jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, March 25, 2009

pagi rabu yang menawan ati ku

dear blogyy(bajet chumel pangey blogy)
semalam en.hubi pick me at bangsar after kelas.my pren drop me at bangsar lol.kat bangsar ada ke unibersiti@kolej?kurang kepastian la.then,g makan2 sebelom pulang untuk saya mencium bantal busuk saya yang telah saya rindu seharian.he said dat i change a lot..tika itu,saat itu,otak dh mula berputar selaju putaran r0da impian smbil menjerit"wang besar,wang besar",tp beza nya situasi saya xder wang besor tapi ada masalah beso,masalah beso.then,saya tanya la apa yang saya dh berubah walhal dah tau apa jawapan nya ibarat peribahasa melayu'cendanu cendana,sudah tahu bertanya pula".sungguh klise ayat saya.then,dia pun mengelist senarai2 perubahan saya sepert berikut:
  • kurang bercakap(kalo dulu mulut saya akan bercot-cet selama yang mungkin tetapi kali ini saya manyak berdiam diri umpama sedang menyembunyikan kahak di tekak.dear,sori.mungkin tekanan keje+belajor menyebabkan saya kurang bercakap.ataupun saya dah menghampiri peringkat monopos.tetapi saya masih muda lagi?adakah kebarangkalian nya saya akn kena monopos awal?)
  • kurang bersms(ini xdinafikan.semenjak dua menjak 3 menjak ni tangan saya amat berat untuk mereply atau memesej kepada sesiapa saja.mungkin kan tangan saya terkena sumpahan tangan midas?tetapi tangan saya xder pun salutan emas cuma ada saduran bulu2 hasil warisan dari ayah sehinggakan adik saya menyalahkan saya kerna dirinya banyak bulu dan tika itu timbul kenkonpiusan pada diri saya kerana saya adalah kakak nya bukan ibu bapanya dan kenapa dia mengatakan saya sebagai sumber tenaga menyalurkan warisan bulu lebat neh dan sebelum itu saya ingin menghiglightkan bahawa bulu tangan yang LEBAT dan bukan bulu2 lain. harap maklum)
  • kurang bergurau senda(sekarang saya lebey menjadi kepada patung iaitu apabila masuk ke dalam kete otomatik saya akan duduk kaku umpama br keluar dari peti ais giant.faktor ini mungkin di sebabkan otak saya sudah kehabisan idea2 untuk mengilhamkan lawak jenaka)
sori dear.saya akn cuba sedaya upaya untuk mentranpomkan kembali menjadi seperti dulu yang ngetop di era

****
ari ni sewaktu on da way nk gi pwtc,saya transit di masjid jamek untuk mengambil star.tetiba bebola mata saya menangkap segombolan makcik2 memakai baju merah menyala.teringin benar saya nak pheweettt...pheeweeett sambel mengatakan "merah nya mak ngah".tapi saya membatalkan niat suci murni itu memnadangkan kasut yg mereka pakai itu mampu melobangkan kepala saya.pada mula nya,saya menyangkakan mereka adalah ahli puteri umno tetapi tatkala melihat kan kadar kedutan yang ada akibat tidak diseterika dengan elok,baru saya mendapat kepastian bahawa mereka adalah wanita umno.tatkala hendak melintas jalan saya bertambah hairan kerna anggota salah satu gombolan ini mengangkat kain seumpama meredah air banjir.hairan saya.

****
sewaktu hendak pulang setelah selesai urusan di pwtc,saya menaiki putra di masjid jamek menuju ke klcc.di dalam putra,saya melihat salah seorang petugas kaki tangan putera sungguh tekun membaca buku.satu amaln mulia.buku yang beliau baca adalah sebuah buku novel.novel jiwang-jiwangan yang amat di minati oleh kaum pompoan seperti saya jikalo saya terasa ingin berjiwang-jiwangan.sungguh asyik sekali beliau membacanya."beliau"yang saya maksudkan ilah seorang lelaki.mungkin beliau dalam usaha mendalami ilmu kejiwang-jiwangan bagi memahami hati seorang perempuan.sungguh tabik spring saya terhadap beliau.teruskan perjuangan murni anda.:cool:
*saya ingin menyenap gambar beliau tetapi saya tidak mempunyai kudrat mengingat kan beliau mungkin terperasan yang saya ingin mengurat dia...ooohhhhh...pulessss!!!:zonked:

****
semasa dalam perjalanan keluar dari stesen klcc menuju ke opis saya,saya terlihat sepasang lelaki yang mungkin tidak berasal dari malaysia berdasarkan rupa paras mereka.terdiri daripada yang berumur sket yang saya namakan awang manakala seorang lagi agak remaja yang saya namakan mamat.tiba-tiba,mata saya melihat jari awang menjuluk lubang tempat keluar nya sisa kumbahan mamat.serta merta mata saya membulat :aghast: dan secara tetiba seorang perempuan memangil mereka yang saya namakan minah.minah ini agak sebaya dengan si awang jika kita melihat dengan mata kasar.otak saya mula berputar mungkin kah awang,mamat dan minah ini adalah 1 keluarga yang sedang ingin melancong?kalo ia ingin beramah mesra dengan ahli keluarga,tulungla jgn menjuluk mata saya dengan benda yang berkaitan dengan menjuluk:nervous:
(**teringat insiden dimana saya ketika itu sedang pulang dr bank rhb bank di klcc menuju ke opis dimana tika itu di hadapan saya terdapat sepasangan kaple yang sedang manis berchenta.tetapi yang kurang manis nya apabila tangan jejaka itu tiba2 secara lajunya selaju putaran masa menuju ke celah muntut gadis itu dan menyebabkan gadis itu mengelongsor ke hadapan umpama sedang bermain kasut roda untuk mengelak nya smbel bergulak gulita)

itulah kejadian2 yang mencuit perut saya di pagi rabu ini.saya harap ada kejadian seperti ini dipetang rabu nanti...

chekedottt!!!

2 comments:

  1. (**teringat insiden dimana saya ketika itu sedang pulang dr bank rhb bank di klcc menuju ke opis dimana tika itu di hadapan saya terdapat sepasangan kaple yang sedang manis berchenta.tetapi yang kurang manis nya apabila tangan jejaka itu tiba2 secara lajunya selaju putaran masa menuju ke celah muntut gadis itu dan menyebabkan gadis itu mengelongsor ke hadapan umpama sedang bermain kasut roda untuk mengelak nya smbel bergulak gulita) <------------ hahah kejinyerrr

    ReplyDelete
  2. to rizz:saya tidak keji tetapi makan cheze(ayat cuba menyembunyikan kekejain diri sendiri)

    ReplyDelete

ai lebiu la