jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, May 14, 2009

aku kah manusia yang suka kompelin

tarikh:13/05/2009
lokasi:dalam kete encik seman.
kejadian:langgar lari.

mesej my boss

x~tn.tut,boleh tak saya balik awal ari ini..saya domam.~x

aku tak tahu dah berapa kali aku demam dalam minggu ni tak termasuk bulan lepas...huh...sungguh cool aku rasa.semalam aku telah dikibab oleh en.seman setelah aku memberitahu nya bahawa aku domam+kopala sakit mcm kena headbangging+bowing yang melanda jiwa ini.

pkul 4.30 petang aku dh berambus setelah mendapat kebenaran.didlam kete:

en seman:nape domam nih?
aku:sejuk sngat kat opis.
en.seman:sejuk salah,ponaih pun salah.hey,x bersyukur la---->ni aku tambah ya
anak-anak sebagai penyedap corita.
aku:tak...kat opis banyak habuk.mau tak domam nya---->ni ayat kaber kemaluan akibat
tak bersyukur.

x~aku rasa aku selalu bersyukur ke atas setiap apa yang aku dapat.bukan selalu la.ada la sedikit-sedikit.at least ada la gak kan daripada tak tahu bersyukur langsung.opis aku ni memang sejuk.sotart dr awal2 aku masuk kerja.seminngu aku kerja dulu2,aku dh domam.pada masa itu,aku amat la rajin membuat kerja.aku akan balik tipa-tiap ari pkul 630 pm.aku pun tak tahu apa aku buat smpai balik lambat.akibat kerajinan ku itu,salary aku naik laju.kwan aku yang dulu nya keje sini pun berkata gaji aku naik copat.nak kata aku kaki bodek,aku ni bukan nya gomar membodek pun.nak membodek pun tak tahu bagaimana kah caranya.tp,satu aja aku selalu time komplen pada waktu itu.aku tiada meja nak buek keje.bayangkan bagaimana susah nya aku nk membuat kerja apabila memakai meja komputer yang ada lebihan ruang yang ala2 cukup lotak alat tulis ja.kalo time aku membuat surat,aku tak kisah sangat la.tapi yang paling azab ketika aku mahu membuat akaun.akibatnya,bersepah-sepah fail atas lantai.aku tarak peduli dh time tuh kalo bos aku membebel.

then,my bos pindah opis yang agak besar.sangkaan ku mungkin hendak kembangkan bisnes.tapi hampeh.duduk opis yang beso tuh,aku dapat meja yang beso.kira selesa la aku nak buek keje tapi yang mendatangkan masalah nya,bilik aku tuh panas.ekond tak sampai ke bilik aku.mcm2 cara aku buek dari pakai kipas manual(kipas kertas buatan sendiri) sampai la kek kipas yang aku beli kat down town.huhuhu...tp tak lama selepas itu,aku kembali duduk di opis yang sejuk ini lengkap dengan meja.tapi,yang aku sedari,tahap kerajinan ku mula berkurangan.aku sudah mulai rasa bosan.aku sudah bosan hendak melayan karenah klien-klien yang sering kali mengendah kan nasihat aku,telinga aku dah tuli dengar marah2 cerdik mereka.tapi apa boleh buek,customer always right.

aku tak tahu sama ada aku tidak bersyukur.aku rasa aku amat bersyukur terhadap apa yang aku alami dan apa yang aku kecapi.tapi kita kan manusia biasa.yang banyak emlakukan kesilapan.aku tahu salah aku sebab aku rajin merungut.tapi aku rasa aku merungut bersebab.bukan nya tak bersebab.aku risau nanti kalo aku dapat kerja baru,bagaimanakah perskitaraan nya?dapat kah aku bergaul dengan rakan sekerja aku memandangkan aku sudah lama berkerja sendirian.dapat kan aku membuat teamwork sedangkan aku banyak membuat keputusan sendiri.

aku tak tahu.perjalanan aku masih panjang.aku berdoa agar ALLAH S.W.T mempermudahkan laluan idup ku..AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...(mari panjangkan amin aku agar anda juga mendapat cahaya keinsafan)

2 comments:

  1. semangat yg hilang ni

    mula2 kerja lain

    lama2 dah lain ;p

    ReplyDelete
  2. monkey d luffy:semanagt luntur kena klorox kapten(-_+)

    ReplyDelete

ai lebiu la