jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, April 28, 2009

demn u

aku tak nak jadi baik dah!!
aku tak nak berlemah lembut dah!!!
aku dah tak nak bertimbang rasa dah!!!
aku dah tak nak bertolak ansur!!!
aku tak nak menjaga hati sesiapa dah(kecuali pamili sahaja)

aku dah penat..aku buat baik,orang pijak kepala.aku diam,orang mempermainkan aku.aku nak jaga hati seseorang,orang tuh tak jaga hati aku...

aku dah penat..penat nk menjadi seorang manusia yang hanya bertungkus lumus menjadi person yang everbody love me..

all dat is bullshitt!!!demn u!!!


pueh hati haku!!!!

Monday, April 27, 2009

entri kelabu asap

assalamualaikum dan salam sejahtera pada para hadirin sekalian...
berduduk nya saya di sini adalah dengan 1 hasrat, 1 tujuan,1 cita-cita..
oleh itu,ayuh semua...
marilah berkerja bersama saya!!!

****
ari ahad kelmarin kuar g second date(^_^)setelah 1st date di buat pada ari sabtu sejurus selepas en.kakanda sherman selamat menjejak kan kaki ke tanah malaya dan dia merempit mandi manda dan merempit ke rumah ceq untuk mengkibab ceq pi tgk cerita Bohsia:jgn pilih jalan itam.syabas buat anak yusuf haslam..mmg sadis pilem itu sesadis aku melihat adegan di mana nabila huda dikendurikan secara beramai2(3 orang tuh kira ramai la sbb lebih dari sorang kan).otak hu memikirkan bagaimana reaksi husband nabila melihat isteri nya membuat adegan itu..sama2 kita memikirkan.pas ni boleh la wat cerita Bohjan:jangan pilih laluan sempit polak ye dak.

then,ari ahad seperti biasa menuntun wayang..aku pun dah bertukar kaki dah.dari kaki cium bantai busuk ke kaki wayang.nseb kaki wayang kan.kalo bertukaq jadi kaki botol ke kaki laki ke mahu kaki aku kn p0tong.akibat terpengaruh dengan adegan menukang dari blog nuar kwn si rizz,aku telah memaksa bouncer seman membawa aku ke setiap giant yang ada semata2 nk beli menatang alah itu.ya...aku tau aku sadis.nk buat mcm mana.sbb aku gadis.

sebagai membalas kesadisan aku itu,aku telah dikencing mengunakan kata2 oleh brader sherman.dia mengatakan kepada daku bahawa kwn nya membilang padanya di putrajaya terdapat sup sedap.aku pun berkata jom kita g putrajaya sbb tekak pun rasa nk menjamah sup.dan bila tiba di putrajaya,dia membehentikan kereta dan menggunakan kuasa veto nya memaksa aku membawa kereta walopon aku membuat muka mengigil dan chumel ala2 chipmunk.

sepanjang menekan brek aku membaca bismilah...

30 meter pertama,aku membawa ibarat kanak-kanak ijau berlatih mengayuh basikal walopon basikal nya mempunyai roda 3 dan aku mempunyai roda 4.

40 meter kedua,aku membawa ala2 permainan game yang lumba2 itu(lupa nama)

50 meter ketiga, aku membawa ala2 mikel skumaker.

50 meter keatas,aku membawa ala2 to fast to furios tanpa memikirkan yang aku baru mula berjinak2 dengan stereng kereta setelah pulahan bulan aku tidak memegangnya.selaju aku menekan minyak selaju itulah mulut kanda sherman membebel dan selaju itu lah tngan nya memulas minyak di lengan aku.

dan aku kembali ke 30 meter

***
a,ah aku terlupa.adakah aku makin tua..tidak aku masih muda.semuda buah betik di kampung ku.encik kekanda singgah sebentar di kedai menjual cd.aku pun turut singgah.aku melihat tukang jurujual nya sungguh gerun.dia membuat lukisan yang menggunakan gerudi dan dakwat itam(tatoo)di badan nya.merata2.yang sempat di proses oleh mata ku ialah di lengan nya,di kakinya,de belakang badan nya.tiba2 aku melihat ketiak nya...Ya...ketiak nya agak gulap dihiasi dengan juraian2 bulu ketiak yag halus mulus.tetiba otak ku berputar.

aku berpikir tetiba lelaki bertato bebulu ketiak itu jatuh hati kepada ku(bajet cun sangat la tuh).
dia membelasah kekanda kesayangan ku sherman..ooohh tidak!!!jgn pukul buah hati daku!!ooohhh...aku benci kamoo...deshum..deshummm.aku memukul dada laki bertato berbulu ketiak itu dengan ala2 tenaga gadis lembah lembut berserta ayu.tp aku kalah.yelah..nama pun gadis ayu...lelaki itu menyeringai memandang ku smbil air liur nya menitik tup...tup...tup....(suasana saspen)dia menerkam ke arah daku..ooohh tidak!!!!tetiba.........jom yang..balik dah abes beli dah...ces...potong khayalan la kekanda ini..br nk saspen....

bila aku mengutarakan khayalan aku itu,dia mengatakan boleh tahan jugak ya khayalan awak itu smbel kepala nya menunjal kepala bernas ku..

aku harus mendapat kan topi rugby nih...harus



Friday, April 24, 2009

sepi itu indah

penah tak kamo merasakan yang kamo adalah seotang manusia yang sangat loser?
ya...
aku penah merasa dan ketika ini aku sedang merasakan nya.
dari pagi smpai sekarang aku masuk kerja,aku hanya merenung komputer dia dalam sebuah opis yang kecil molek tanpa mendengar suara-suara manusia yang lain.
sungguh bosan kan jikalau kita berkerja berseorangan?
makan seorang
duduk bergosip seorang
masuk toilet seorang
mekap seorang

sungguh membosankan!!

tapi aku hanya mampu bersabar.
kerja-kerja kosong yang aku mintak dan apply selama ini semua tak mengena
mungkin aku harus mandi bunga
mandi bunga melur
bunga ros
bunga tulip
bunga kertas
bunga raya

semua bunga kecuali bunga taik ayam dan bunga tayar.
sungguh merbahayakan.

pendapat orang mengatakan kita harus berkerja menggunakan keihklasan
dan berkerja didalam bidang yang kita suka

dulu aku sangat ikhlas berkerja
aku akan datang kerja awal dan balik lambat
kwn aku bertanya kenapa aku buat overtime walhal tidak mendapat bayaran
aku menjawab"tidak mengapa,aku ikhlas"

itu jawapan aku untuk 12 bulan yang dahulu.
bila masuk usia setahun aku berkerja,aku mula rasa bosan
aku mula rasa dipergunakan.

aku ingin mencari perkerjaan yang sesuai dengan aku
seperti penari
bukan penari kelab malam
penari poco-poco
sungguh bergaya bukan

Tuesday, April 21, 2009

*daku menantimu di pintu boarding*

^_^

yipee!!yipee!!(lompat smbel mengangkat kain batik dan mengerbangkan rambut ala2 kanak rebena)..

encik sherman coming home tis friday@saturday...muahahahahahaha...suke..suke...suke nk tgk gambo2 kat nogara2 er0pah..suke nk tadah tangan menanti not2 euro msuk dalam koleksi...

suke...suke...apapun,aku mendoakan keselamatan dia sekeluarga pulang ke malaysia(angkat tngan berdoa semua cepat)

dia mms gambo semalam.guna nset mumy dia..dia dh ada janggut.sekali aku tgk,dua kali aku usha,3 kali aku kelebek,empat kali aku juling.dh mcm shaharudin thamby aku tengok(maaf ya incik kalo saya silap eja)

sungguhhhhhh.... xtipu...mcm shahrudin thamby...

ari kamis ni dh setart 1st paper.kepala otak dh rancang agenda2 yang akan di buat selepas 1st paper tuh.ya hadirin sekalian!!!st paper..br pas paper dh rancang mcm2 nk buat..kalo dh last paper gamaknya konpom buat parti golek2 muntut ayam.

apa yang aku cadang nk buat?aku cadang nk:
  • hasut member aku g jaya jusco yg beso kat subang tuh.nama dia aku xtau
  • g mandi2 kat sungai
  • ajak kwn g mkn2(dalam percobaan mengefailkan usaha kwn men'diet')
  • balik umah tido(gila loser aku)

aku paling tidak suka ketika menaiki lrt jika berlakunya adegan2 ini:
  • bediri di sebelah lelaki di dalam lrt yang agak sesak.tatkala lrt itu bergoyang kiri dan ke kanan seiringan badan kamu bergoyang kiri dan kanan,kamu boleh terasa tangan lelaki itu dimuntut kamu bergerak seperti wiper kereta.YA!!!!tak suke...xsuke...
  • berdiri di belakang wanita yang mempunyai rambut ala2 iklan rejoice.tatkala mereka mengerbang kan rambut untuk merapikan serta mengeluarkan haruman dan binatang ternakan,rambut mereka juga dengan tidak sengaja telah memopkan muka anda dan sehelai rambut mereka termasuk ke dalam rambut anda.
  • dihimpit oleh kaum lelaki rapat ke pintu @ besi2 yang ada dengan tujuan untuk dipegang sehingga anda boleh merasakan denyutan si"adik" kaum lelaki.YA...seriyes fish geli siot..lebey rela lintah membuat love bite.
  • berdiri disebelah kaum lelaki@wanita yang memakai baju lengan pendek.kaum2 ini biasanya mempunyai ketinggian yang lebey tinggi yang menyebabkan aku boleh melihat utan rimba di celah2 ketika dan menahan kesakitan kepala ku diketuk tatkala mereka melepaskan pegangan pada tali pegangan untuk keluar.
  • menahan dan mengimbangi badan disebabkan oleh orang sebelah anda sedang membuattarian porno menggunakan tali yang dipegang yang menyebabkan badan mereka berlanggar dengan badan anda berkali-kali.
aku suka naik teksi yang pemandu nya :
  • ramah
  • jenis yang tak banyak tnya pling best.msuk bg direction.senyap smpai umah.
  • yang suka bg nasihat
aku tak suka naik teksi yang pemandunya:
  • marah2 aku bila lorong umah aku terpaksa membuat u-turn kerana jalan di hadapan ialah jalan mati dan menyuruh aku turun di hadapan simpang.
  • menceritakan masalah mereka berkenalan dengan gadis2 yang dengan niat menipu sehingga membuat aku seram.
  • terlebih ramah.contohnya seperti anda tnya pakcik teksi itu dengan soklan begini"pakcik,pandan indah pergi tak?".dia menganguk dan tatkala anda sudah berada di dalam teksi dia menoleh belakang dan berkata"abang mana2 pergi adik"smbil melontarkan senyuman yang pada pemikirannya pling seksi.

Monday, April 20, 2009

dari dap0r mak minang lenggang menyediakan ap0m balik terkangkang

kali ni dapor mak inang ingin menyajikan petua-petua yang digunakan oleh zaman nenek moyang kita dalam menjaga kecantikan rupa pasras dan juga kebersihan dan kenaggunan diri.

petua-petua yang pertama sekali mak inang ingin ucapkan ialah cara-cara untuk menghilangkan bau badan.cara-caranya ialah ambek sebiji buah limau xkira limau apa selagi dia bernama buah limau.dibelah dua dan ditoyoh di celah2 ketiak cucu selepas sudah manda ya...jgn di toyoh sebelom mandi...kang xnyempat jus2 limau tuh nk perap lam kulit.cuba la setiap ari nescaya bau badan akan ilang.silap ari bulan boleh bukak kedai spa sendirik.

yang kedua ialah kalo muka anak2 berjerawat batu,jgn riso.penawarnya pun berbatu jugak...ambek daum jambu batu ya anak2.tumbuk sehingga lumut dan campurkan sedikit dengan bedak sejuk dan tempek dekat kawasan yang berbatu itu.nescaya,kawasan yang berbAtu itu akan di simen semula.

yang ketiga adalah untuk melembutkan lambut.sapu rambut anak2 dengan santan lalu dibungkus selama beberapa jam supaya santan itu berjaya menyerapkan diri.setelah itu,basuh la rambut anaka2 dengan rejoice.mengapa rejoice?sbb mak inang menggunakan rejoice.guna jari pun boleh kerepeng!!kalo gamak nya rambut anak2 tidak mahu lembut,rendam la rambut anak2 dalam pelembut kain softlan.

yang ke-empat ialah cara2 untuk mengebukan kulit wajah anda.mbek sebeiji telur diasingkan keputihan dan kekuningan nya.ambil keputihannya lalu disapukan ke muka anak2 dan biarkan kering.sesudah kering,bilas muka anak2 dengan air bersih.jika cara ini tidak mengebukan kulit anda.ambil klorox dan rendam kan muka anda..

selamat mencuba dan selamat beramal!!!

Friday, April 17, 2009

aku negatif,kamo positifnya

lately,aku asyik berpikiran negatif...bkn lately,dh lama dh aku suka berpikiran negatif..kepala otak aku ini mcm sudah membuat satu setting agar aku akan memikirkan perkara2 negatif seperti mcm aku sedang menaiki tren star nk p0lang ke umah ku yang terchenta kan..tertiba2 berlaku satu kejadian dimana tren yang aku naiki itu terbabas keluar dari landasan nya..boleh digambarkan suasana di dalam tren itu panik dengan teriakan.teriakan sapa?op kos la teriakan kaum hawa..kaum hawa kan memang terkenal dengan weeee...woooo...mak tlg aku...amma..appa nya(aku bukan p0mp0an ker?jap nk wat semakan)dan menambah kan lagi kegawatan yang melanda seumpama kegawatan ekonomi yang melanda semua benua yang ada di muka bumi ini, terdapat ibu mengand0ng yang tetiba anaknya teringin nak keluar awal menyaksikan pesta yang berlaku...dan di dalam kegawatan yang berlaku tuh,munculah superher0in(bukan her0in ganja mau pun her0in yang muncul dengan memakai g-string ya)superher0in loti(yang muncul smbel memakan roti gardenia berperisa butterscotch...sngat enak di makan smpai terduduk anda di buatnya)superher0in loti datang membantu untuk menyelamatkan keadaan.dengan pantasnya,superheroin loti membantu bakal ibu bersalin dahulu.ye la..kang kalo lambat bantu xpasai2 anak dalam tabung rahim akan kelemasan..huhuhuhu...x ker sedih tuh...kome ingat senang ke nk dapat anak....selepas berjaya membantu ibu itu melahirkan anak nya,supper her0in loti mengunakan kuasa nya yang terunggul di mana kuasa ini beroperasi mudus kan di dalam senyap iatu super tenaga pikiran.tren yang terbabas landasan yang kepala yang mengandungi tempat pemandu memandu yang terjulur keluar dr landasan di angkat pelahan2(cuba bayangkan keadaan pemandu itu.mesti jadi biru+ijau +cekelat)ya...c0baan superhiroin loti berjaya.dengan sekali mukadimah sahaja,tren kembali ke landasan..keadaan yang riuh pikuk dengan teriakan amma appa kini bergema dengan tepukan dan sorakan kepada kejayaan superheroin loti.akan tetapi superheroin loti todak boleh gah..resia identiti haruslah di jaga...dengan secepat kilat, superhir0in loti bertukar kembali menjadi seorang p0mp0an yang agak nerd yang jaln selalu nk jatuh,duduk terperuk di penjuru tren menyaksikan keindahan langit dari tingkap tren......

amacam...sadis x pikiran negatip aku nih...

Thursday, April 16, 2009

da next gaban in making

tarikh ari ni 16.04.2009 jam 2.48.my dear kat negara2 eropah yang mn 1 xtau la,aku konpom sedang lena diulit mimpi berselimutkan selimut lima enam inci untuk mengelakkan daripadabertukar menjadi orang salji.

pagi tadi,sewaktu aku membuang sampah sementara akak eni(housemate aku) memanaskan enjin keteny,aki ditegur oleh makcil landlord aku.ny0nya la landlord aku.dia dalam umah aku luar umah dekat pagar borak2 terpekik2 pepagi buta.agak zalim kan.tp aku xpeduli semua itu...muahahahahaha.dia berpesan kepada aku agar aku hati2 berjlan kaki ketika lalu di bawah jambatan yang menjadi tempat aku berjalan dr lrt pandan indah ke umah aku(akan daku snapkan gambarnya).aku tanya mengapa auntie(nada paling manja).dia kata anak dia kena rompak ari selalsa lalu.perompak itu memeluk anak lelaki auntie dr belakang dan mengetuk2 kepala anak auntie itu.seriyes shit...aku xrasa lawak.aku dh rasa seram n memikirkan bagaimana kah caranya aku nk balik petang sat g.anak auntie itu bernasib baik kerna perompak itu melarikan diri coz terperanjat disebabkan kehadiran sebuah kereta yang kebetulan lalu di bawah jambatan itu.auntie itu mengatakan per0mpak itu bermotosikal.lagi sekali seriyes shit....naik moto tuh...

aku menalipon mak ku dan mengkabarkan berita itu.niat bukan nk menambah kegusaran tetapi nk mendapatkan infomasi.mak kata berselawat,baca surah Qursi n surah aku dah lupa nama surah itu.mak pesan lagi time balik karang jgn asyik pandang depan saja.pandang belakang sama.akan aku ikut nasihat itu tetapi bab nk membaca ayat Qursi itu,aku mohon maaf.aku fail sbb aku hanya dapat ingat separuh aje.sungguh loser kan aku..aku hanya membaca satu doa yang emak penah ajar secara x langsung kepada aku ngan adik2 aku.mengapa aku kata secara tak langsung?sbb emak ku mengajar kami doa itu dengan bernyanyi surah itu setiap ari.dan kami mendengarnya setiap ari dan secara x langsung apabila emak menyanyikan doa itu,kami akan sing along sekali.emak ku mengajar kami menghafal doa melalui nyanyian dan diulang sehari2.sbb itu la aku boleh mengingatinya..malah,emak akan membaca surah2 Al-Quran kepada si budak kecik itu,Faqihah Humaira sebelom budak itu tido.emak hanya berkata begini:humaira,mai tok baca doa kat telinga cepat.dan si humaira akan pergi ke emak ku dan menadahkan telinga nya untuk mendengar doa2 yang didengdangkan oleh tok nya.

dulu,sebelom aku melangkah kaki berkerja di kolompo,sebelom tido,aku akan bersalam dengan emak ku meminta maaf dan mengucapkan selamat malam.amalan itu aku berlajar dari adik ku yang bongsu,sungguh malu kan.tp x mengapa..kami saling ajar mengajar.

akan ku siapkan senjata untuk menghadapi kemungkinan perompak itu akan datang.tp2,mintak2 xlah..otak aku sudah mampu membayangkan imijinasi yang amat dasat2....huhuhuhuhuhuhu...mintak2 la di jauhkan,....

Amin....

ketiadaan mu disisi ku ......

setart dr 01.04.2009 until yesterday aku berkejaya tanpa melayari internet..huh..sungguh cermelang,germilang dan terbilang aku...lai..lai...para2 sakura bos diluar sana...mari la beratur melelong gaji2 lumayan untuk membeli aku agar aku berkerjaya ngan kamooo semua.....muahahahahaha...ini adalah gara2 opis aku telah berpindah ke tempat asal...ya...aku rasa opis aku ini dalam cobaan untuk melakarkan nama dalam malaysia book of rekod sebagai opis yang berjaya memindah randah dalam kawasan yang sama dan menerai pakai unit yang lain...YA...sbelom semua orang konpius mari aku berceritera....sebelom ini(sebelom aku menjejak kaki ke kolompo dan sebelom bergelar pekerja songlap)opis aku terletak di tingkat 6 di wisma tata titi tutu(*maaf,bukan nama sebenar).dan xlama kemudian,telah berpindah ke tingkat 5(aku tlah menjejak kan kaki mencemarkan jalan dan sudah mula setat berkerja) dan tak lama kemudian,berpindah ke tingkat 4 dengan alasan opis kat tingkat 5 ini kecil...YA...memang kecil.hanya sekadar cukop memuatkan 2 orang tenaga pekerja..setelah genap setahun aku menduduki di tingkat 4(01.04.2008-30.03.2009),opis aku kembali berpindah ke tingkat 5....YA...mcm kerja kartun ya...nsib baik la aku pengemar kartun terutamanya katun slam dunk yg ensem berserta bleach yang macho...yang menjadi mangsa keadaan nya adalah aku.di bawah adalah senarai2 kerja2 yang dilakukan oleh bos aku dan kerja2 yang dilakukan oleh aku(bukan dengan niat mengungkit).

tuan majikan yang dihormati:
  1. mengangkat dua buah lamari tempat menyimpan fail2 bersama saya..angkat je ek...menolak atas troli adalah saya bersama2 ngan jiran opis sebelah..tentunya lelaki..YA>>>saya mengelabah..sbb apa..saya mmg kaki gelabah.
  2. memungah fail2 dan mengangkut ke ats bersama wifenya
  3. mengangkat sofa panjang dan 2 buah sofa kememtut serta meja tulis sebijik,1 kerusi opis,1 meja kopi dan tong ayaq berserta bekas ayaq tuh.diangkat bersama2 seorang partnership kompeni.berdua la mengangkatnya la ek.

aku yang gagah perkasa:
  1. mcm nombor 1 kerja yang dilakukan oleh tn.majikan
  2. 1 almari kabinet(ber0da),1 almari(xberoda,kecil,sederhana berat),1 meja komputer(beroda)-diangkat berseorangan
  3. 2 kotak a4 berisi common seal(cop bagi syarikat).100% besi..ya..amat berat dan amat la busuk ketiak ku menolaknya diatas troli kerna peluh2 mengalir.(beseorangan)
  4. fail2,kotak kertas a4 yang xdigunakan lagi,dokumen2 syarikat yang amat la banyak.(beseorangan)

secara puratanya,aku telah naik turun dari opis lama ke opis baru di tingkat 5 dalam 6 kali la aku naik turun..dan sepanjang aku mengemas opis aku telah banyak kali ponteng kelas dek sbb tidak mampu nk menghadiri kan diri ke kelas sbb penat weeee.....naik turun,naik turun...dh bulan naik ke bulan aku rasa..selepas berhempas pulas mengemas,akhirnya aku berjaya mengemas opis lama dan keluar dr opis lama pada 30.03.2009.masuk opis baru,aku terpaksa pening kepala hendak mengemas barang2 sbb opis baru ni kan kecik sket.so terpaksa la aku bijak mengatur kedudukan perabot supaya tak nampak serabut walopon sebenarnya aku bukan pandai sngat mengemas2 nih...huh..pengakuan berani mati..jatuh saham tp xpe...maintain tinggi di mata my dear seman...huhuhuhu...

sepanjang 01.04.2009-16.04.2009,manyak kisah yang berlaku..meh nk cerita:
  1. aku kena tipu dengan pakcik tua bangka xsedaq diri...huhuhuhuhu...melayang duit aku..dh la lam purse duit xberapa nak meriah.kena kencing kat dlm opis sendiri.alkisahnya begini.2nd aku kat opis baru.time tuh time lunch.kebiasaannya,aku akan tapau dan makan dalam opis(yela...mn da opismate nk ajak makan sambil gosip2).time ngah makan2 smbil bernyembang bergosip dengan encik dear dalam tepon,pintu opis di ketuk.aku usha la sket melalui bidai pintu.kelibat nampak mcm bos aku(time tuh bos xder kunci lagi sbb aku xbuat kunci pendua lagi).aku pun bukak la ngan selamba badak sekali bukan bos aku daaa...seorang pakcik tua..pandangan aku mengatakan dia berumor dalam lingkungan 60 keatas.memakai kemeja biru gelap,seluar slack kaler kelabu dan kasut yang ala2 bukan kasut opis(xtau nk letak kasut apa)..perbualan kami seperti berikut:

    • aku:ya...dari mana(ayat biasa apabila ada orangdatang)
  • pakcik kencing aku: ni syarikat apa(gaya mengelabah)aku:abc servicespakcik kencing aku:bos nama apaaku:tn.tut...
  • pakcik kencing aku:(suar tangan nk salam ngan aku,tp aku tolak dengan cara baik).saya kwn lama tn.aji.blh saya masuk?
  • aku:maaflan cik.saya seorang kat dalam .(ayat aku yang bodo)
  • pakcik kencing aku:xpe..pakcik ada 3 orng anak pompoan.pakcik nk tingalkan pesanan kat tn.tut.tn.tut saya punya kenalan lama.
  • aku:bg masuk pastuh nganga dengaq dia citerpakcik kencing aku:saya tn.tut punya kwn lama.saya xcident dekat bawah dengan cucu dan ank pompoan saya.saya short cash money rm40.00.saya ada klinik dkat bawah.tn.tut tu saya punya patient.saya punya nurse pergi ambek anak dia..blh x tlg pinjamkan cash rm 40.00.nti saya bayar sebelom pkul 2.00@petang sket ari ini.
  • aku:sori pakcik.kitorang punya cash abes(jujur x aku)
  • pakcik kencing aku:xpelah.personal la.nti sebelom pkui 2@petang pakcik gantikan.blh bg pen dan kertas.pakcik nk tulis nota dekat tn. tut.
  • aku:aku pun bagi la duit aku dengan kertas dan pen.(aku tunggu smpai ke petang,batang idung pakcik tu aku xnampak and when i ask my bos bout dat guy,dia kata dia x kenal n bila bc nota yang pakcik tuh tinggalkan,bos aku xfaham tulisan dia even me pun xleh nk bc n faham.sah...makkk....eden kena pulau.....eehhh silap...pukau....waaaaa...nseb baik dia mntak duit.kalo mntak lain...uikksss..simpang malaikat 44 la.....)
serius fish aku ckp,aku xtau napa aku blh bagi pakcik tuh masuk walhal time tu time lunch.kebiasaanya,aku time luch,kalo talipon@ada org ketuk pintu,sumpah aku xtakn bukak sbb time aku rehat jgn arap aku nk wat keje.sepanjang aku sembang ngan pakcik tuh,otak aku blur.aku x ingat pun nk talipon bos aku.yang aku tau,sepanjang aku sembang nagn pakcik tuh,aku hanya rasa takut.akak aku mngatakan aku kn pukau.xtau la pukau ke x.niat aku ikhlas nk menolong.kalo dia salah guna niat aku,itu urusan dia la.

  1. encik dear berangkat ke luar negara bercuti.dia akan melancong ke negara2 eropah.negara2 eropah tuh mcm negara2 malaysia ker?mcm kita negara negara malaysia kan.dalm negara malaysia ada negeri kedah,kelantan,pahang dan sebagainya.kalo negara eropah tuh,ada negeri apa dalam tuh?sbb aku mcm konpius sket.sbb bila aku tnya en.dear kat mana,dia cakap dia skunk ada kat rome,itali nti nk g paris.pastuh jerman..jerman negara2 eropah ker?seriyes shettt..aku xtau.georgrafi aku xlulus..sungguh2 aku mengaku.tp,aku sedih sbb en.dear xder kat sebelah aku time saat2 genting..time aku demam almost 2 minggu tp gigih jua g keje ngan kelas,time kengkawan kelas aku bahan kan aku sbb aku pkai tia amelia(sungguh berkesan...sbb tuh depa jeles),time aku xleh wat test(seriyes sheett aku sedih dan mengigil sbb aku tau aku akan parah nk score lam final).aku baru tau selama ni aku sayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyaaang sngat kat dia(kak una jgn jeles ya).selama ni aku selalu marah2 dia,cubit dia2 even penah tumbuh dia...woooo..nseb baik dia xmembalasnya..kalo x,mau aku terlantar lam ICU in kalipornia..sesungguhnya dia amat sabar dengan aku.time aku belom solat asar sbb gara2 lambat abes kelas dan bergegas terus ke stesen komuter shah alam dang memaksa dia dtg mbek dengan alasan kaki patah,dia sabar mencari surau untuk aku memnunaikan kewajipan sedangkan aku di sebelah kontrol ayu korek idung.series weeeyyyy...inilah ciri2 lelaki yang aku mau..tanggungjawb terhadap agama. sape tahan dengan aku.kalo gila,gila sngat..kalo naik antu,kalah inkedeble hulk..inilah manusia...bila dh jauh dari mata..barulah kita tau menghargai seseorangkan...babe...i luv u(aiseh malu la plak:">)
  2. aku dh jarang tido lam opis...huhuhu..dulu kat opis lama aku rajin membuta...muahahahahahaha..opis baru sejuk siot...selang 5 menet aku pi toilet.mn tenteram nk tido..asal penjam mata ja,nk terkuncil...hairan aku...mimpi basah betul la.....
  3. aku menjadi pendail setia untuk menelipon 100(tm careline).menyusah kan kaki tangan kat situ dengan soklan lazim aku...internet bila boleh pakai?cpt boleh x?saya nk buat keje...muahahahahahhahaha
  4. aku rajin buat keje dh...sungguh wey..dedikasi sungguh aku...sebelom tenet ok la..selepas tenet ok...kemalasan aku kembali...muahahahahaha
  5. aku jatuh tangga eskalator kat setesen lrt masjid jamek.time aku naik naik dr putra menuju ke tempat keluar stesen..berdarah siut kaki aku.smlm kelas aku abes lambat.aku smpai bangsar pkul 10.30 mlm.aku naik tren putra dr bangsar nk ke msjid jamek 10.40 mlm..mn akux gelabah nya..aku nk kena naik star smpai stesen maluri then naik teksi balik umah aku.lambat2 kang teksi payah dapat...mana x mengelabah smpai terjatuh...huhuhu..akak aku kata lutut aku lembik kot.akak housemate aku kata aku pitam.xtau la aku yang mn.yang aku tau aku mmg xsedar bila masa aku jatuh..tau2 je aku dah tercium eskalator...huhuhu.xpe..aku gagah..luka sket x menguris kemachoan aku.
thriler x kisah aku.my dear balik 28@29.04.2009...lambat lagi siot..aku dh mcm nk gila dh ni kerinduan..oohh ya...aku dh dapat carrymark aku untuk paper audit aku.13.75 per 30...wat da fishhh betui la......xtido malam la aku nk score final...huuuhuhuhuhuhu...ujian...ujia...xpe...aku gagah perkasa..aku yakin aku boleh buat...insyaallah...

apa kata anda!!!!