jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, May 29, 2009

tag dari zie x boleh nk copi paste.br je nk copi paste dah kena sergah.tag zie pasal translate nama dalam bahasa jepun

let chekedot!!!

n-to
u-do
r-shi
u-do
l-ta

d-te
i-ki
n-to
a-ka

mera name:todoshodota tekitoka

dh serupa nama makanan jepun

dan aku maleih nak taged sapa2 sbb xbuleh nak copi paste dan tebiat aku yang maleih nak taip smbil refer page sebelah.adios amogos bethi

syukur ku kepada MU

salam kepada semua makhluk di atas muka bumi ni
pada yang berjalan
pada yang melata
pada yang merangkak
pada yang mengesot
pada yang menyodol
dan pada-pada semua

ingin di nyatakan bahawasanya saya loti anak kepada madame jerjoeus suppiah dan padame machoaman mukhtar dah pulih dari demam-demam panas di mana kepanasan nya boleh di gunakan untuk memasak telur masak,air masak serta nasi masak.berkat menelan sepapan panadol dan khidmat mandi sauna yang dijalankan di dalam bilik sendiri,sykur alhamdulilah saya sudah sembuh.

tapi timbul masalah baru.seluruh badan saya serta muka saya kemerah-merahan.saya baru tahu mcm mana ghupanya udang bila terbakar.saya sudah menjadi muka udang terbakar.sungguh menyelerakan.

aiseh..aku sudah tidak ayu di hari perkahwinan abang aku..aiseh....

Wednesday, May 27, 2009

penyakit moden

my mum kena demam ckigunya.betoi ke x betoi aku eja ni.nama glamer sangat..patut org kampung ceq sebut demam penyakit moden.my mum punya badan xpanas tapi my mum tak boleh bergerak.doa kan agar my mum cpat sembuh.

eden dah 2 minggu demam..demam ceq ni mcm chipsmore plak...kejap ok kejap tarak ok..oh ya...mau tanya kamu sekalian.kalo parut luka biasanya berwarna koko kehitaman kan.tetapi mengapakah parut luka daku yang diterima time terjatuh dokek lrt masjid jamek berwarna merah ek.aku jatuh dh lama dh.bulan 4 lagi.aku baru perasan tadi.dan kaki kanan aku amat sakit kalo time nak bangun.kekadang mcm nak menitik air mata time sujud dan rukuk.dekat betis aku ada bekas kaler merah.dan di kedua2 kaki aku ada bengkak mcm kena gigit ngan something.

jom ikut aku.aku mahu google mahu pencari tanda-tanda chiguya.moga-moga aku hanya demam biasa.

Tuesday, May 26, 2009

bunga-bunga cinta

tarikh:26.05.2009
waktu:10.30a.mlokasi:atas kerusi.

kelenting!!kelenting(sms msuk,bunyik sungguh kool)

en.seman:gud monink cinta.tengah buat apa tuh
aku:monink pa.tengah korek bijih timeh.nak join?
en.seman:eeeee...bengom

bunga-bunga cinta ku berkembang seiiring dengan kemajuan bijih timah ku membiak....pinjam jari sesapa jap.habuan nak wat cangkul..

(^_^)


ahad, isnin,selasa, rabu,kamis,
rutin harian mencari duku,
jari-jari halus mulus,
akan ku buru untuk menjadi cangkul ku.

Monday, May 25, 2009

jurnal trabel

para hadirin dan hadirat sekalian.berdirinya saya di sini pada hari ini,tika ini adalah untuk membentangkan hujah-hujah tentang pentingnya kehijauan pemandangan mata kita bak kata pepatah sejuk mata memandang.oleh itu marilah kita melencong!!!!!

buat tatapan khas kak husna dan acik lebih-lebih lagi acik..sila la jeles kan sama saya ya....




tuan rumah menyambut kedatangan tetamu dengan muka bengis nya...







model puting-puting.








ini adalah sebahagian kotak hantaran yang dikerjakan oleh daku bersama akak ayu..santik kan.biasa la...owang yang buek tuh santik jugak....x_x


ya murid-murid...ini adalah pokok rambutan..pokok rambutan ini ada buah.tapi buahnya tidak boleh di makan lagi sebab tak masak...kenapa tak masak lagi?sebab mak tak goreng dengan minyak masak...warghhh...wargggghhh...warggghhhh....


awan terpilu.....sunnguh memilukan daku.bagaikan pungguk merindui bulan..bagaikan loti diidamkan kan kata tart jem nenas...


pondok humaira.abaikan gadis berbaju pink yang tidak mandi lagi walopon sudah sore.


close up mangsa-mangsa yang akan datang



SPOT THE DIFFRENCE BETWEN THESE THREE PICTURE AND STATE THE REASON WHY??


PIC A


PIC B

PIC C


puan durian yang sedang sarat membuntingkan anak-anak yang pertama setelah mengalami keguguran yang seriyes pada episod yang lepas.kembali menganas pada episod ini.baka apa la nih
anak-anak puan durian yang jerjeus
mak dokong sedang mendukung anak dokung.mak dugong tak boleh dukung anak dokung ya.apa kaitan nya...lu pikiaq la sendirik...


sekian,terima kasih...

harap maklum

pecah kaca pecah gelas
lepas baca arap balas

pen merah pen biru
u mara i lap u
(^_^)

Friday, May 22, 2009

rancangan-rancangan yang berfaedah semasa lawatan ke negara berlin,09100,kedah darul aman

lawatan-lawatan@aktibiti-aktibiti yang akan dilaksanakan ialah:
  • menyembang dengan madame suppiah yang jojeus selam 24 jam sehingga fius mulut longgar@diberi tamparan oleh madame suppiah suh berenti menyembang.
  • mentalbiah adik-adik selama 24 jam agar menjadi anak dan adik yang terbilang,gemilang da cemerlang.
  • membuat kawad kaki yang di khaskan untuk prebet humaira.
  • menyerang sup sedap
  • perancangan untuk memakan laksa yang dibuat oleh madame suppiah terpaksa dikanselkan bagi menjamin kesejahteraan kesihatan agar terus cemerlang.
  • mensekodeng buah durian yang masak untuk dijadikan tempoyak.
  • menyekodeng almari baju adik untuk meninjau koleksi baju-baju yang ada.
  • menggunakan kuasa veto untuk memerintahkan adik membuat sambal belacan untuk menicah bersama-sama intan sarapina(ini nama mempelam yang diberi khas oleh arwah tokwan ku)
  • mengkhatamkan astro(almaklumla kat umah sewa xder piring terbang cap astro nih)
  • menjadi pengasuh yang berjaya kepada pekan,si kucing pemalas.
setakat ini laporan aktibiti saya.

yang menurut perintah

loti

por da pist time


ehem...ehem...di sini ingin saya mengumumkan bahawasanya buek julung-julung kali nya saya telah mengambil medical certipicate setelah berhempas pulas menahan ketakutan untuk ketemui doktor tanpa di temani omak yang tercinta...omak,anak mu ini sudah besor..omak tak payah lagi nak toman ceq g jpe doktor kalo ceq domam ke apo ke.omak hanya perlu meneman ceq untuk berjumpa dengan doktor gigi sahaja sebab ceq dah setart pobia ngan doktor gigi.




obat-obatan ku yang tersendiri.selama ini kalo domam atau selesama,ceq akan pinjam daripada kak eni yang merangkap hosmate ku sebab dia akan simpan ubat-ubat untuk ku sebab dia tahu daku penakut jpe doktor.sumpah wey...aku takut jpe doktor.selalu aku g jpe doktor ditemani oleh omah aku yang gorjeus sbb hanya mak aku yang akan berinteraksi bersama doktor jinjius.mulut aku terkunci rapat tatkala aku menghampiri kelinik@sepital.tapi memandangkan somalam aku domam diiringi dengan selsema dilengkap kan polak batuk-batuk yang merdu disamping sakit-sakit sendi.atas nasihat seorang teman agar aku mendapat kan pemriksaan sbb sekarang kan kecoh dengan selsema baby.tapi aku mana pernah keluar negara.keluar negeri pernah la..muhahahahahahahaha..tapi tsk....tsk...T_______T..T____T...doktor tuh mengunakan stesteskop untuk mengecek kadardenyutan jantung ku berlari yang kencan seiring dengan lagu kuda ku lari gagah berani.tak pernah aku jumpa doktor yang berdedikasi sebegini ghupa.selalu jpe doktor,tak de nya nak cek-cek menggunakan alat2 tuh.main pakai tanya pastuh taram ubat.kalo mcm tuh,aku pun boleh jadi doktor..tenkiu doktor kelinik semalam.aku dh pulih dh...haiyaaakkk!!!
pist time aku tengok bagaimana ghupanya mc nih...hohoho..bangga nya aku

Wednesday, May 20, 2009

ting tong T_________T

rutin harian seorang perkerja,pelajar,pemalas,pengular,perawan,pemasak,pentidoran dan sebagai per lagi.

6.45 a.m:bangun,gosok baju smbil tido pastuh kumur2 sembahyang
6.55 a.m:ambel tuala bertenggek depan pintu bilik ayaq tunggu turn.
7.05 a.m:abes mandi.aku mandi jap jerk.kang mandi lelama beku plak aku.bak kata p.ramlee dlm
bujang lap0k,bersih apa yang patut.
7.20 a.m:abes bersiap.bertenggek tunggu kak ayu ngan kak eni bersiap.aku natural
beati...muahahahahaha
8.45 a.m:smpai opis setelah bersesak-sesak bersama karyawan-karyawan,tahan napas,kaber
pewut selim.on pc sesuma..bukak tenet..tunggu panggilan klien.
9.00 a.m- 12.00 p.m:still mengadap pc sampai tersengguk2 menahan kegantukkan..
2.00 p.m-6.00 pm:mngadap pc,hadap pc,pc hadap,hadap pc smpai la balik.

itulah rutin ku kalo xder klien call nak mintak apa2..kalo dh bosan sngat,terpaksa la aku menggali keje yang buleh aku buek.aku demam ri nih.half day ri nih.dh longgar idung aku bersin...kak una,eden balik kampung minggu nih..jgn jeles na.cakap kat acik xbley makan laksa mak...muahahahhahahahahaha

Monday, May 18, 2009

mari-mari kita sesama join kan contest uncle joegrim joe

X~sesaje nak menyebuk walhal bukan tau puncanya pun...huhuhu..please vote for me ya...kenangan ku ketika kecil p0werpuff gurl hingga menjadi lady wanabe tyra bank...muahahahahahahahaha....aku ingat-ingat lupa kenangan aku time kecik smpai besor sebab aku ni senang lupa...so,kalo sok lusa aku terlupa nama yang tercatat dalam surat beranak,tulung sembuhkan aku dengan wat tarian dangdut gerudi ya....~X

kenangan ketika kecil:
  • pernah lemas sebab menyahut cabaran member acik untuk mengikuti dia berenang ke tempat yang dalam walhal tak tau berenang...pride beb..mana bleh kalah.nseb baik acik jd hero menyelamatkan aku.tuh pun dia baling tali jerk suh aku pegang pastuh dia tarik...huhuhuhu..kalo tak,xder la aku kat sini nak menyusah kan warga kolompo x_x
  • time kecik-kecik dulu aku bad temper.aku plak anak pompoan yang sulung.atas aku ada 3 orang lelaki yang separa normal.kalo gado ngan abang2 aku,mn ada aku gado stail anak2 pompoan.aku pernah bantai abang aku ngan besi kat belakang badan dia time bergaduh..ja rule beb!!aku kan macho
  • time ni dekat kampong aku kek baling.aku kuar malam ngan akak pupu aku.standard kampung pkul 8 ke atas tuh dh senyap sunyi dh.hanya dengar bunyik mergastua ja.akak pupu aku ni time tuh dia tingkatan,aku plak br men darjah2 sbb tuh dia ajak aku sbb senang nak cover line.kami g kedai@jpe kwn akak pupu kalo aku xlupa.time nak balik tuh,tengah jengjalan jengjalan,ada pakcik pkai baju batik naik honda kapchai berenti lalu dia tarik tangan akak pupu aku dan cakap "mari la ikut pakcik"(kalo tak salah aku la).mengelupur akak pupu aku lari sambil heret aku.nseb baik time tuh aku slim resepi jerk.dh umpama berada di kayangan jerk masa dia tarik aku.nseb baik terlopas.kalo tak masuk paper headline dua orang gadis santik ditemui berpelukan akibat terkejut di "tut"...
  • pernah nak lari dari rumah time kecik-kecik dulu.aku dh siap susun semua baju-baju dalam bakul.macam mana aku nak bawak pun tak tau la..junjung atas pala kot.time tuhkecik lagi mana otak nak berkembang abes.
  • aku pernah duduk dalam reban ayam bersama-sama sepupu lelaki dulu time main-main.ni kalo aku g cerita ni mau pecah perut.reban ayam yang setengah sekangkang kera kena cabul ngan kami yang badan agak bagak nih.
  • aku pernah tekel ustaz aku time darjah 5.motip aku ngurat?aku syok ngan ustaz muda,ensem lagi bergaya tuh?aku jatuh chenta ngan ustaz muda bergaya lemak berkrim disukai ramai tuh?tidak sama sekali.motip aku ngurat ustaz sebab aku rimas mata tengok akak darjah 6 terkinjal-kinjal macam beruk dapat rose.naik juling bijik mata akak-akak darjah 6 tuh ketika aku dengan ustaz muda itu jalan seiringan berjalan ke stesen bas smbil bergelak gulita seperti pasangan kekasih...muahahahaha.aku kan kool.
  • pist time kena puji santik dengan kawan sekelas.lelaki..tetiba aku rasa macam ada setempek water kaler warna merah kat pipi aku.siut betul..aku brutal.mn boleh puji santik-santik nih.i malu tau x_x
  • masa aku sekolah rendah,aku seorang yang pendiam.tak banyak cakap.kalo nak dengar aku bercakap mcm muntut ayam,jgn arap la.aku masuk politeknik,aku jpe balik ngan kawan sekelas aku.dia tnya ni ang ka?aku ckap ye la.pasai pa.muka aku dh santik mcm brad pitt ka?dia kata dulu aku pendiam.skunk mulut dah macam muntut ayam..eceh...kes mkn banyak muntut ayam la nih.
kenangan time beso:
  • aku ponteng kelas balik awal.tapi aku rasa ponteng kelas tak best sebab aku tak tau nak buat apa kat umah.ye la balik awal kan.tuh la pist n last aku ponteng kelas.
  • aku kena anti ngan ustazah.asal spot cek tudung je,msti nama aku kena nya.kekadangtime spotcek,blom ustazah cek,aku dengan rela hati angkat tangan bagi nama sbb aku konpom aku akan kena punya tak kira tudung aku singkat ke labuh.ustazah tuh gak pernah bagi adiah kat aku.tudung labuh.bila aku test pkai kat kelas,dia punya labuh,xpayah pkai baju pun tak pa.
  • start dr pom 2 until lower 6,aku wajib kena marah ngan cikgu2 untuk reason yang tak logik.tiap kali aku senyum time kena marah,mesti kuar ayat ni dari mulut cikgu-cikgu aku:"tengok tuh,dah kena marah pun senyum2 lagi".wajarkah aku menangis??
  • pist time aku tau kulim kat kedah.
  • pist time aku kena masuk duduk kat asrama sebb sambung belajor kat politeknik.
  • pist time aku rambang mata tengok lelaki pelbagai jenis..x_x

dh la.aku dah tak larat nak mengupload memori aku yang sekangkang kera nih.uncle joe,pls select me as ur winner x_x

Friday, May 15, 2009

BINKAI NYER AKU

x~setart pada ari ini aku akan memotivasikan diri aku sendiri.aku tak akan kompelin-kompelin dah pasal kerja-kerja aku.aku harap kompeni aku akan pulih dari krisis ekonomi ni.aku juga harap agar cleine-client aku juga akan pulih dari kegawatan ini dan mampu bayar yuran perkhidmatan yang disediakan oleh kompeni aku.aku sedar setiap manusia serba kekurangan.aku kekurangan.my bos kekurangan.walaupun aku selalu kompelin-kompelin,sebenarnya aku kesian dekat my bos ni.dia baik.aku banyak kali tolak tawaran kerja yang baik sebab kesian.(kak una jgn report kat mak)dulu aku berazam nak majukan syarikat bersama-sama ngan my bos.tapi,apa kan daya,my bos dh getting old n dia punya kesihatan tak berapa nak cantik.bos,eden mintak maap na dari ujung kaki sampai ujung rambut.eden tahu eden selalu melawan cakap bos,eden suka ngular tapi eden ngular time tak der kerja ye,eden selalu balik awal,eden balik awal sebab eden selalu masuk awal bos.u ar the best bos(che...che...ayat bodek nih).ampun ya bos~x

(-_+)?!

apabila darah sudah mencanak-canak didihnya hingga keberasapan muncul

text message:

A:is the document already done?im on the da way to take it

B:yes.i already sent by pos laju

A:which address u sent?

B:at his company la.xxx,ting.xxx.

A:i said sent to his house

B:u dont said sent to his house.u just said sent to xxx.sdn.bhd

panggilan masuk:

A:i already said sent to his house address.his company already move there.

B:u dont told me that the company already move.u just said that sent to xx sdn.bhd

A:next time,i will write note for u.everytime i said,u always said i didnt tell u.

B:i will do the document again.

A:bos

B:balaci iaitu aku.

x~aku tak tahu sama ada aku yang salah atau my bos yang salah.yang aku tahu memang dia suh antar dokumen tuh dekat kompeni tuh tapi seingat aku dia tak cakap pun yang kompeni tuh da bertukar alamat.yang aku ingat dia cakap kompeni yang bertukar alamat satu lagi klien kitorang.masuk ni dah banyak kali dia silap cakap ngan aku.aku ingat lagi pist time aku masuk.dia suh aku pos kan dokumen dan dia just kata alamat ada kat dalam.aku pun pos la alamat berdasarkan letterhead kompeni tuh..logik aku la sebab aku ingat kan tuh adalah dokumen yang kitorang sediakan untuk kompeni tuh.alih-alih yang sebenarnya dia suh pos kat alamat putrajaya.bila dia kata dia suruh pos dekat putrajaya,bukan dekat kompeni tuh.aku kata la yang dia tak kata pun suruh pos dekat putrajaya,sebaliknya suruh pos dekat alamat yang kat dalam.dah banyak kali dh misunderstod kominicate ni berlaku.selalaunya berlaku tatkala dia memberitahu something secara lisan bukan nya bertulis.kalo dia bercakap,memang tarak betul nya. yang aku tahu ari ni konpom aku akan gado punya.aku dah prepare surat resign nih...hohohohohohohohoho~x

Thursday, May 14, 2009

DOA PEMANIS MUKA

Lepas nie adalah kengkawan yg ensem & wanita plak bertambah2 lah Sahamnya

yeaaaaa..... ....

Selamat mencuba & Semoga berjaya...!! !!!!

DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA 'AT:

Pagi2... jumaat lagi afdal kalau baca sebelum keluar rumah. Baca kuat-kuat lagi bagus..... Jgn rahsia2.... Bagi semua orang dengar.....

Doa pemanis muka nie sesuai dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau alat2 solek atau minyak rambut atau aper je lah...


Selamat mencuba..... amalkan lah.. Tak rugi...!!!!! !!!!!!!




>


>



>



>



>




>





>





>





>





>




>





"minyak si tuang tuang,







ku tuang dalam kuali,







muka ku macam beruang,







semua orang gerenti lari.







kuang.. kuang..kuang. ."


p/s:cuba lah.gerenti muka kalian secantik jeniper lopes

RAHSIA WANITA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari
- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac
- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April
-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei
-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun
- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali

Julai
-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos
-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.---->agak2 kurapat tak kalo aku percaya nih..ada ke menikah dari 1?mintak2 la dijauh kan

Setember
-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober
-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November
-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember
- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

aku kah manusia yang suka kompelin

tarikh:13/05/2009
lokasi:dalam kete encik seman.
kejadian:langgar lari.

mesej my boss

x~tn.tut,boleh tak saya balik awal ari ini..saya domam.~x

aku tak tahu dah berapa kali aku demam dalam minggu ni tak termasuk bulan lepas...huh...sungguh cool aku rasa.semalam aku telah dikibab oleh en.seman setelah aku memberitahu nya bahawa aku domam+kopala sakit mcm kena headbangging+bowing yang melanda jiwa ini.

pkul 4.30 petang aku dh berambus setelah mendapat kebenaran.didlam kete:

en seman:nape domam nih?
aku:sejuk sngat kat opis.
en.seman:sejuk salah,ponaih pun salah.hey,x bersyukur la---->ni aku tambah ya
anak-anak sebagai penyedap corita.
aku:tak...kat opis banyak habuk.mau tak domam nya---->ni ayat kaber kemaluan akibat
tak bersyukur.

x~aku rasa aku selalu bersyukur ke atas setiap apa yang aku dapat.bukan selalu la.ada la sedikit-sedikit.at least ada la gak kan daripada tak tahu bersyukur langsung.opis aku ni memang sejuk.sotart dr awal2 aku masuk kerja.seminngu aku kerja dulu2,aku dh domam.pada masa itu,aku amat la rajin membuat kerja.aku akan balik tipa-tiap ari pkul 630 pm.aku pun tak tahu apa aku buat smpai balik lambat.akibat kerajinan ku itu,salary aku naik laju.kwan aku yang dulu nya keje sini pun berkata gaji aku naik copat.nak kata aku kaki bodek,aku ni bukan nya gomar membodek pun.nak membodek pun tak tahu bagaimana kah caranya.tp,satu aja aku selalu time komplen pada waktu itu.aku tiada meja nak buek keje.bayangkan bagaimana susah nya aku nk membuat kerja apabila memakai meja komputer yang ada lebihan ruang yang ala2 cukup lotak alat tulis ja.kalo time aku membuat surat,aku tak kisah sangat la.tapi yang paling azab ketika aku mahu membuat akaun.akibatnya,bersepah-sepah fail atas lantai.aku tarak peduli dh time tuh kalo bos aku membebel.

then,my bos pindah opis yang agak besar.sangkaan ku mungkin hendak kembangkan bisnes.tapi hampeh.duduk opis yang beso tuh,aku dapat meja yang beso.kira selesa la aku nak buek keje tapi yang mendatangkan masalah nya,bilik aku tuh panas.ekond tak sampai ke bilik aku.mcm2 cara aku buek dari pakai kipas manual(kipas kertas buatan sendiri) sampai la kek kipas yang aku beli kat down town.huhuhu...tp tak lama selepas itu,aku kembali duduk di opis yang sejuk ini lengkap dengan meja.tapi,yang aku sedari,tahap kerajinan ku mula berkurangan.aku sudah mulai rasa bosan.aku sudah bosan hendak melayan karenah klien-klien yang sering kali mengendah kan nasihat aku,telinga aku dah tuli dengar marah2 cerdik mereka.tapi apa boleh buek,customer always right.

aku tak tahu sama ada aku tidak bersyukur.aku rasa aku amat bersyukur terhadap apa yang aku alami dan apa yang aku kecapi.tapi kita kan manusia biasa.yang banyak emlakukan kesilapan.aku tahu salah aku sebab aku rajin merungut.tapi aku rasa aku merungut bersebab.bukan nya tak bersebab.aku risau nanti kalo aku dapat kerja baru,bagaimanakah perskitaraan nya?dapat kah aku bergaul dengan rakan sekerja aku memandangkan aku sudah lama berkerja sendirian.dapat kan aku membuat teamwork sedangkan aku banyak membuat keputusan sendiri.

aku tak tahu.perjalanan aku masih panjang.aku berdoa agar ALLAH S.W.T mempermudahkan laluan idup ku..AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...(mari panjangkan amin aku agar anda juga mendapat cahaya keinsafan)

Wednesday, May 13, 2009

jeles la aku

x~heaven tak aku kalo aku masuk opis dari pukul 9 am samapi skunk aku hanya melayari internet tanpa melakukan apa2 kerja kecuali menalipon client memberitahu bahawa dokumen yang diminta semalam sudah siap..heaven tak kamo rasa~x

MyEm0.Com

apabila gambar mengambil alih kuasa menaip











x_x

aku mengenal komputer 1 set lengkap ketika aku berusia form 3.sebelom ini aku hanya mengenal keyboad aje dan aku telah di buli oleh ayah aku yang paling ensem.ayah aku suh aku berlatih menaip dengan keyboard dan berijiminasi bahawa mata aku melihat monitor walhal ketika itu aku sedang melihat tibi.

dan apabila komputer sampai ke umah,aku la orang yang paling jakun di antara yang jakun di umah itu kecuali omak aku la.dikecualikan sebab omak aku hanya mengenal typewriter dan omak aku dahulu adalah penulis skrip untuk drama dalam radio rtm.sungguh cool bukan.x_x.

aku mengenal chatting iaitu mrcq,email dan sebagainya ketika berusia form 4.dan atas pengaruh kengkawan,aku mempunyai email ku yang pertama.aku masih ingat lagi email ku itu.goody_ghost@hotmail.com.tetapi telah lama dikebumikan kerana aku tidak tahu menggunakannnya dan tidak tahu apakah kegunaan nya.

buat julung2 kalinya aku menggunakan kan disket ketika aku berusia form6 bawah.itu pun mengigil2 tangan aku memasuk kan disket itu ke pacuan empat roda nya.apabila disket itu tersedut dalam pacuan empat roda nya,aku telah menjerit menyebabkan kengkawan aku yang berada di dalam makmal komputer meluru kepada aku dan bertanya:napa loti,napa ngan ang nih" dan aku ngan selamba biawak nya berkata:disket kena telan,mcm mana nk bawak keluaq?kang abes virus komputer".

aku mula mengenal yahoo mesengger ketika aku berusia tahun 3 iaitu semester 5 di sebuah politeknik di utara.dan pada masa itu,rata-rata kawan aku sudah mempunyai akaun friendster,myspace dan pelbagai.sedangkan aku hanya mempunyai akaun bank islam,cimb,tabung aji.dan apabila kengkawan aku bercerita tentang sahabat maya nya,aku hanya mampu mendengar sambil menitik air mata kerana aku hanya mempunyai kawan realiti dan kawan permimpian..x_x

dan ketika ini,aku baru mengenal icon2 cantik ini boleh didapati dengan mudah di laman web.sungguh kool aku kan..tak begitu..x_x


MyEm0.CoM

MyEm0.CoMkini aku pun sudah mempunyai akaun2 seperti kalian


MyEm0.CoMakan ku tumbuk sambal untuk mu

Tuesday, May 12, 2009

anak manakan ku!!

x-humaira panggey dekat tokwan dia iaitu ayah aku lole..aku tak tahu lole tuh apa.menurut kata emak,dia nak sebut tok wan tak lepas lalau dia memanggil lole dan pagi tadi menurut emak lagi,dia mencari ayah aku iaitu tokwan dia sambil menyebut lole,lole...-x

x-humaira panggil baba nya iaitu abang aku dengan panggilana acaq.acaq tuh panggilan kami kepada abangku yang sengal sbb dia anak sulung yang suka main ayaq acaq.sambil mengetuk pintu,humaira akan memanggil baba nya begini:"acaq,acaq,kak(bukak) pintu"

careless me

x-for da pist time-x

aku terlupa nak simpan patung lap lip lap yang en.seman belikan dekat aku..aku tertinggal dokek ataih meja secret resepi.balik ghumah baru terperasan.apa lagi,mengamok la pokcik tuh..aku tak sengaja nak lupa..aku memang lupa.selalunya,pas beli barang2 yang kecil2 nih aku akan simpan dalam beg.sebab tuh aku suka beg2 beso. then semalam,pas en.seman beli kan patung lap lip lap tuh aku terlupa aku simpan dalam beg sebab beg aku dia yang pegang.so,totally memang aku terlupa.huhuhuhuhu...sian kat aku...

x~perkara-perkara paling "cool" yang pernah saya lakukukan

aku rasa perkara-perkara yang bengom tapi paling cool yang pernah aku lakukan banyak...time kocik-kocik dulu mana nak tau benda2 bahaya ke tak...yang penting,kita enjoy!!!
  1. pernah kaco jiran sebelah umah daten sampai dua2 ekor naik tensen...cara mangacau ialah dengan mengikut kemana saja akak ngan abang tuh pergi sambel naik beskat.sapa suh daten lam taman..kang kn kaco(*time darjah 6)
  2. penah nk hawen adik( baling) kat bawah bukit sbb adik ngada2..nseb baik tak jatuh.kalo tak naya aku(*time ni darjah 6 dan cepat marah)
  3. pernah cucok muntut mak aku ngan pen.tetiba terigin nak tengok bagaimanakah reaksi emak aku apabila buntotnya tercuck pen.cara-cara nya ialah aku pegang pen tuh atas kusyen pastuh tunggu mak aku duduk.mak pulak terus duduk tanpa tengok bawah.apa lagi melompat la omak eden apabila tercucuk..aku ngatkan aku kn makan penampor dh time tuh.tp mak aku buleh cakap abes koyak seluar emak pastuh smbung sembang.
  4. jatuh pokok sebab nak elak beruk..eh,bukan..beruk tuh x buek apo pun..tuan punya beruk yang mcm beruk tuh ha...ada ker dia suh berok tuh gigit saluran airteh aku.apa lagi,aku buek skil terjunan berirama la..sekali gedebuk jatuh kat tepi longkang.idung aku terhantuk kat tepi longkang.lari2 balik umah,guling2 atas katil tahan sakit pastuh tepuk dahi sebab terlupa mcm mn keadaan muka aku time idung berdarah.adakah aku tetap kool apabila idung berdarah..
  5. hanya tahu idung herot apabila ditegur oleh ayah.ayah tegor mcm ni"eh,idung loti herot la"dan aku hanya mampu berlari ke cermin dan berkata,a'ah..idung herot..mesti akibat jatuh pokok time darjah 6 dulu dan pada masa ayah tegur aku berusia form 5.
  6. jagoan datang lambat ke kelas fardhu ain sehingga kan ustazah dengan selamba jerk berkata seorang bapa murid baru,"depa ni memang rajin datang lambat".balik awal aku pon jagoan..terharu aku.tak sangka aku popular sebab datang lambat ari-ari.
  7. nama kena panggil dengan cikgu kaunseling bersama-sama dengan budak-budak yang ternakal di sekolah yang kesemua nya lelaki dan hanya aku seorang sahaja pompoan..YA!!!aku adalah ketua mereka.sila respek aku.
  8. pernah kena halau keluar kelas akibat berkata dengan muka cun nya,cikgu xpayah la belajar.apabila kena halau aku selamba bangang je kata ala,cikgu melawak pun xbuleh ka..akibat tindakan aku itu,1 kelas kena halau keluar...muahahahahahahaha x_x
  9. pernah tertido masa 1stdate( time bodo-bodo cerdik dulu) dan membiarkan si lelaki itu bercakap seorang .sbb tak tahu apa best nya date bersama-sama seorang lelaki yang di gelar pacar..time tuh aku pun tak tau berpacaran tuh mcm mana...muahahahhahahahahaha
  10. pernah kena cop dengan doktor ambel dadah sebab aku cakap merapu.alkisahnya aku amat takut jpe doktor dan aku terpaksa jpe doktor sbb nak buat medical chek up.aku heret mak masuk sekali dan memberi amaran kat mak aku,kalo dia tak nak teman aku,aku tak nak jpe doktor.kebetulan puladoktor tuh kenal arwah tok ngan tokwan aku.dia tnya aku arwah tokwan aku meninggal selang 6 bulan selepas tok aku ka.aku mengiyakan kan saja sambil berkata"arwah tok n tokwan saya kan romeo n juliet.mana boleh pisah2". n aku kn cop ambel dadah sbb cakap merapu.
  11. pernah tersedut gam gajah kerana kekreatifan yang tak mengenal bahan.hajat di hati nak buat belon.terlebih pandai suda,aku menggunakan gam gajah.time nak tiup gam tuh,aku tersedut bau gam tuh....oooohhhh....aku berjumpa syurga duniawi.aku buat kerana sains ya.
itu saja yang mampu aku ingat

Monday, May 11, 2009

selamat ari ibu kepada madam suppiah

text massage
10/05/2009
masa tak hengat.petang..


"hepi mother's day.nanti ceq balik mak buat laksa na"

Friday, May 8, 2009

pokul berapa datuk harimau

tunjukkan daku bukti ketulusan dan keihlasan kamoo kepada ku!!!!
***
nak tnya ni...harap2 ada la yang dapat membantu saya ya....
1-kalo kita nk resign 24 jam,ada x syarat2 dia ataupun kriteria dia yang kita kena patuhi?
2-apakah kepentingan engangement letter?

seriyes wes...aku tak tau ni..aku tau aku datang pkul 9 balik pkul 6(kekadangla pukul 6).wat keje,lunch.itu je la yang aku tau.aku tak tau apa benefit aku sebagai seorang pekerja dekat company ini since inilah 1st company aku berkejaya (setelah 6 bulan menunggu hasil penanaman anggur).

satu lagi,kita kerja 8 jam tuh termasuk sejam rehat ke tak?kalo aku kira dari tempoh aku kerja iaitu dari pukul 9 until 6.00,maksudnya aku kerja selama 9 jam la(kekadang aku tak keluar lunch.selalu nya aku tapau and makan dalam opis sambil buat kerja).mcm tuh ek?

ari jumaat aku balik 6.30 ptg.kenapa aku balik pkul 6.30 petang?mengikut kata orang besar,aku balik pkul 6.30 petang adalah kerana pada ari sabtu aku tidak berkerja.aku konpius nih?kita kerja 40 jam kan seminggu kan?kiranya setengah belen ari jemaat tuh kira sebagai OT la kan?wah,kalo mcm itu,harus banyak OT aku ini...muahahahahaha

tolong la jawabnya seseriusnya sbb aku tak tahu bab2 kerja ni..yang aku tau tiap2 bulan aku dapat gaji...hehehehehehehehehehe

Thursday, May 7, 2009

HOYEHH...HOYEH...


PIST TIME ADA BLOGGY SUH MBEK AWARD...MUAHAHAHAHAHA...PILIH JERK DIA KATA TERUJA AKU MENENGOKNYA..AKU BERKENAN YANG INI SBB ADA MOMOK KUNEN...I WILL FOLLOW U WHERE EVER U ARE..EVEIN JAMBAN OR IN BATHROOM...I WILL FOLLOW UR..

THANK YO TO ADUKA...BANGGA TAHAP CEPAN DH NIH....HINSHHH...HINSHHH...IDUNG KEMBANG DAH NIH

patut ka atau tidak patut

my bos msok opis today...pokul 3.30 ptg.n he told me that opis akan pindah kat ukay perdana.my mata jgn cakap la..membolat beso macam mata ikan uji rashid tuh(wat laksa pun sodap tuh).dalam ati wat da fish dh nih...nekad nk pi carik contoh surat resign 24 jam....hahahahahahaha...nekad ala2 berani mati la nih.walopon umah eden agak dokat dengan ukay perdana(dokat tidak la dokat sangat,berbulu jugak la kalo nak ke sana ditambah dengan jammed)pastuh..pastuh...jeng...jeng.....(sila wat saspen dengan bunyik gong sebagai latar belakang)my bos kata dia akan belikan kancil kepada ku sbagai transpot utk ku berkejaya....muahahahahahaha...sbb apa dia nk belikan doket aku keto?sbb aku penah kata kalo kompeni nak pindah ke taman melawati(dulu) aku akan ambik tindakan nekad iaitu berenti koje....itu pasal la depa nak beli kete kat aku...mula-mula kata kancil then pas aku kata kancil mana ada dah sekarang...my bos kaya viva@myv....huhuhu...xpe..xpe...air liur aku xmeleleh ya..kalo bos aku sebut savy mau gak air liur aku umpama budak2 kecik yang ala2 comel lapaq susu ya...dalam palo otak aku ni dok memikirkan bagaimana kalo aku dapat kejo lain dan aku blah?mesti hancur luluh kan..aku rasa la daripada belikan aku kete,baik naik kan gaji aku.kalo pkai kete kompeni,konpom2 duit minyak kn guna duit aku nya dulu...huhuhuhu...tak kuasa mak.i rela gaji i naik dari i naik kete.

here gudi..gudi..where ar u....u can hide...but i will find u...


huh...aku google dapat kecik konek jerk gambaq wolverine nih...huhu... tak patut..tak patut...mendikrimasikan orang but0 it sungguh serperti aku...akceli,just nk war-warkan supaya ayuh rakyat jelata!!!marilah beramai2 menonton pilem ini kerna pilem ini amat lah best..pilem ini lah yang berjaya membuat aku duduk diam(ya...aku tipu..sebarnya aku amat meminati wolverine ketika dia masih di dalam komik lagi.apabila dia dia upgrade ke wayang,lagi lah bertambah keminatan aku itu)..kalo tak tengok rugi wooooo....

just wanna to know

bilangan penganggur pada masa kini kian bertambah akibat perubahan ekonomi yang tidak konsisten...siapakah yang harus dipersalahkan?para graduan yang mementingkan taraf pekerjaan yang layak dengan kelulusan ataupun para majikan yang ingin pekerja yang mempunyai pengalaman?
***
mak:dina peksa ke ari ni?(07/05/2009)
aku: xlah mak..10.05.2009 baru peksa
mak:la mak ingat kan ari nih...x balik kampung la jumaat ni?
aku:x la...pas abes peksa baru balik.ayah balik ka minggu ni?
mak:ayah balik minggu ni..mak ingat kan dina balik minggu ni..
aku:x la...minggu 1 lagi.mak,minggu 1 lagi tuh pun xtau nk balik ke x..sbb kat pwtc ada wat
pesta kerjaya.15.05-17.05.2009.
mak:xpa..nanti mak suruh acak pi...ni dina,nati jgn lupa isi kat adik2 kerja kosong kat kedah
na.awat husna x dapat u..kwn2 dia banyak yang dapat.
aku:nti dina isi.xtau mak..kwn2 husna dapat result mcm dia ka baik sket dari dia?
mak:lebih kurang la..
aku:xpa la,,nti dina test isi mara kat dia.
mak:xpa la...buat la kerja dulu...assalamualaikum
aku:Waalaikumusalam..

kesalahan yang aku buat:
  • aku lupa wish mother days kat mak
  • aku dh sebulan tak balik kampong n mak aku tiap2 minggu tnya balik ke x
  • aku lupa nak call ayah
  • aku tau mak suh balik sbb dia nk aku tlg dia wat preapre tuk kenduri abe aku yang ke-3 nih.xpe mak..minggu depan dina balik kita wat gotong royong besar-besaran ek.
***
aku ingat aku nk berhenti kerja la..aku tau sekarang ekonomi tak berapa nak cantik tapi bila aku pikir-pikir balik,aku datang kerja ni sebenarnya tak ikhlas..bila tak ikhlas,benda yang kita wat pun akan jadi lebih kurang ala-ala nak makan spageti tp termakan nasi lemak la jawabnya.bila pikir balik aku ni mcm mak guard pun ada.bezanya aku tak pegang senapang la..aku pegang pensel ngan keyboad komputer jerk.

aku tau mesti ramai yang akan mengodemsasikan aku dengan umpatan2 seperti aku tidak besyukur la apa la dan banyak lagi.tapi ada aku kisah..korang tau ke apa yang aku rasa.larat ke kalo korang nak kena mendengar orang maki hamun?kalo sorang dua boleh diterima pakai.ye la,kalo setakat bos yang maki hamun aku tarak kisah punya la...ni kalo dh client mai maki hamun,ada aku nk kebal lagi ker?perisai kebal pun boleh terhakis tau dengan jutaian ayaq lioq client..

dh nama lumrah nya pelanggan kan.customer always right..ya..itu aku sokonk.tp yang aku x sokonk nya bab liat nak bayaq utang.kalo bab nk mintak itu ini,laju jer meminta nya.kalo aku telipon nak mintak utang,ada jerk alasan.siap pas aku kesini sana lagi.ingat aku bola ker.yang bos dok komplen kata duit lam bank kurang.apa..ingat aku tak buek koje ker?aku menelipon client walopon x la ari2 sngat.malu bai nk mintak2 utang nih..aku bukan spesen suka sangat mintak2 utang nih...mentang2 la sora aku ala2 kanak2 kindergarten,boleh di buat derk nyer..

apa2pun aku skunk lam proses nk carik keje lain.doakana aku berjaya ya



Tuesday, May 5, 2009

indahnya ari ini seindah sang purnama melebarkan sayap mardagascar

aku hepi....

awat aku hepi...

aku berjaya mkn petai ari nih...

muahahahahahahahaha...kebuloq gila nk mkn petai...dh lama nk mkn....ari ni berjaya mengkidnap 3 biji petai ja...tuh pun setelah penat kaber daripada mamat2 yg kat sebelah tengah cedok lauk...kang dikata nya muka manis tp mkn petai...tp...aada aku kisah...nk kata org kampung kata la...aku sedia menadah telinga...sbb aku memang orng kampong..penah sekali hamba Allah ni tnya aku dah berapa lama aku duduk dkat kl...aku jawab la setahun..dia tnya apsal dok ckp lorat kedah lagi...yolah...dh aku orang kedah...aku ckp la kedah.....

pulun kedah pulun.....

Monday, May 4, 2009

KEMBANG KEMPIS IDUNG KU

patut tak kalo aku nk marah, nak bebal,nk bertukaq jd ijau..
patut tak?
benda yang aku mintak tlg carikan bukan nya susah mn pun nak carik..
just mintak tlg carikan kapoq dinding ja...
habuan nk sumbat dinding yang berlobang2 gara2 paku..
dh berbuih aku cakap....
member dia mintak tlg sekali blh plak dia ingat
pastuh boleh tanya kat aku napa aku tak ingat kan...
aku ni dh kejung mulut mengingatkan...
jenis aku bukan suka ingatkan banyak kali..
kalo kat tempat aku iaitu kedah tau la mn aku nk mencari.
ni aku duduk tempat orang
walopon aku dh duduk kat kl ni setaun.tp manalah aku rajin berjalan...

huh..pas ni apa2 aku nk buat akan aku usahakan sendiri...

gurl p0wer....


ngah emo nih...ngah marah nih

entri tanpa title

haishh...5 ari cuti membuat kan otot2 daku yang sentiasa sengal ini bertambah sengal..

aku target bulan depan aku mesti dapatkan interview untuk kerja baru
so,skunk ni aku gigih mencari kerja baru
doa kan agar aku berjaya

kenapa aku nk cari kerja lain?
-aku teringin nak bergosip dengan rakan2 sepermanian...eh2...silap....rakan sepermainan
-teringin nk gi jalan2 kat mall ngan kawan2 sepermainan
-teringin nk kutuk bos ngan rakan2 seperjuangan
-aku nk kena selamatkan kesihatan diri ku...setart aku duduk opis baru ini,tak terbilang ngan kuku jari kaki ku berapa kali aku demam...dan tika ini aku sedang mengaru2 pipi gebu ku dan idung muncung ku akibat kegatalan yang melanda
-aku teringin nk merasa bonus dua bulan gaji
-aku teringin nak mbek mc(baik kan aku...tak penah pun aku mbek mc)
-aku nk merasa cuti 16 ari

s0,sesapa yang rasa kat tempat dia tuh ada offer keje kosong,calling la aku yek...

".)