jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, August 28, 2009

pantun

pantun 1

anak melia berlari-lari
berlari2 smbil rambut dipintal-pintal
puhhh sana puhhh sini
mintak2 la kelas batal

mari belajar akaun part II

ramai orang kata akaun susah
salah sebenarnya akaun x susah
walopon aku kerap kali kata
"weh,susah la"
"mcm mn nak rekod nih"
"weh,angka ni mai dr mana"

sebenarnya,kita seharusnya memahami konsep debit dan kredit dahulu walopon aku terselalu salah mengkredit dan mengdebit sesuatu urusniaga.cukup anda paham bahawa debit adalah untuk urus niaga yang megeluarkan duit seperti belanja dan kredit untuk urusniaga yang mendatangkan keuntungan.ya...aku sebenarnya tidak berapa nak cerdik dalam teori akaun tetapi aku rela membuat akaun daripada membuat matematik yang boleh mencabut deria kerangsagan aku.aku tidak tahu gerangan siapakah yang mencipta formula seperti x punca kuasa dua,y punca kuasa tiga yang membolehkan aku kehilangan punca..

kesimpulannya,marilah kita belajar akaun sesungguhnya akaun adalah sangat sonang walopon saya tidak pernah mendapat sebarang anugerah dekan..oohhh...lupa...ada akaun yang susah iatu akaun kos..sbb ia melibatkan formula..katakan tidak pada formula...

sekian daripada saya,loti karam tengelam walimatuurus melaporkan daripada bilik tibikauntan

Wednesday, August 26, 2009

aksi kurang waras

agak2nya kalo aku buka posa kat opis
mengancam x
ada x mengalir air mata daroh
aku maleih nak balik ghumah
time mcm ni sesak
nak beli kat bazar ramadhan masjid jamek,baik aku masak sedap lagi
beli kari x seghupa kari
mcm ayaq + serbuk kari je
weh...ampa tuh meniaga nak bagi orang makan
cuba buek elok2 sket
ni menjuai nak dapat untung yo
dosa org dok jampi serapah x kiro lagi
tak tahu balik nak berbuka ngan apo
mkn megi pun marbeles jugak

mimpi yang mencurigakan

aku mimpi
aku mimpi belog aku
dapat komen sebanyak
299 komen
giler nuts aku
punya gumbira nak membaca
tercelik baru mata
baru aku sedar
ghupanya aku mimpi
dem!!
kalo betul2
konpom aku teruja
senyum sampai ke telinga
giler mimpi belog

mari balajarr akaun

jom kita belajar mengakaun perbelanjaan
sempena ari raya ini:
rm
  1. kuih raya ( 2 balang setakat ini dn bakal ditempah again)= 46.00
  2. baju raya(bajet2 jerk) 100.00
  3. tiket bas balik kampong(kak una ngan acik balik baling ka raya ni?tumpang boleh...muehehehehe(*giler mahai tiket bas) 71.60
  4. duit raya mak 50.00
  5. duit raya ayah 50.00
  6. duit raya udin 10.00
  7. duit raya husna 10.00
  8. duit raya adik 10.00
  9. duit raya sepupu(nseb baik da 3 je yg tocik lg):abang 1.00
  10. angah 1.00
  11. atin 1.00
  12. duit raya humaira (akan di konsiderkan)
  13. part ni yg nak mengalir ayaq mata nih:duit raya tuk anak pupu yang keje buek anak yo:
  14. anak kak syida:2 orang 2.00
  15. anak bang pit(sorang.dlm perut x dikira yo) 1.00
  16. anak kak wa( 3 orang) 3.00
  17. anak kak intan( 2 orang) 2.00
  18. anak bang shahrukkhan(aku lupa nama daaa) 1.00
  19. anak kak mona 1.00
  20. anak kak nurul 1.00
  21. anak kak akulupanamajarangjumpa 1.00
total rm 262.60

tolak gaji + bonus raya= rm 1250.00
balance rm 987.40

mak ai...mcm parah yo...jap2..aku lupa..kensel ar duit raya kat bebudak tuh...warrrrgghhhhh....aku kan studi lagi...muehhehehehehhe...errrrr...mak mintak tolong canangkan kata saya studi lagi yo mak...peliss...peliss...pelisss...karang xdapek duit rayo...errrr...buek atam ngan acik ngan acak x ketinggalan,sila la hulur2kan duit raya kek adik mo ini...buek kekandasariman dol,nak duit rayo....heheheheheheheheh....buek anak2 pupu,kalo nak duit rayo,doa2 kan mak lang loti dapat keja lain yg gaji marbeles lagi....errrrr...agak2 kalo aku tempek resume aku kat sini,ada x keje yang x mencurah2

Tuesday, August 25, 2009

manakah relevan nya

dimanakah relevannya
manakah mungkin
seorang wanita di hukum sebat
sedangkan mengikut hukum hudud
tiada hukuman sebat dijatuhkan
kepada pesalah wanita

relevannya,
tiada
hukuman sebat seharusnya
dijatuhkan keatas pesalah yang membuat zina
bukan di atas kesalahan minum arak
sebat seharusnya dijatuh kan kepada kaum lelaki
kerana kaum lelaki mempunya sistem imunisasi yang kuat
berbanding dengan kaum wanita
andaikan kata wanita disebat
ini boleh memudaratkan kesihatan
wanita tersebut boleh lumpuh
sistem peranakan boleh out of service
apatah lagi jika wanita itu
pernah berkahwin dan melahirkan anak
yang menyebabkan sistem imun sedikit longgar

heh,
ayat aku,
dh mcm puisi
agak2 bolah jadi sasterwawan negara tak



Monday, August 24, 2009

salute sama dikau

salute sama
itu model sambilan
kartika sari dewi shukarnor
yg bertegas mahu disebat atas kesalahan
yang di buatnya
iaitu minum arak
bapaknya memohon kartika disebat
di khalayak ramai
agar menjadi teladan
kepada rakyat
khususnya kepada mereka yang
beragama ISLAM
Doa ku
agar tabah
dalam menghadapi hukuman tersebut
sesungguhnya ini yang dikatakan
berani buat berani tanggung
sama-samalah doakan kesejahteraan dan kecekalan
beliau dalam menghadapi hukuman
tersebut










l/s:bayangkan pungkuk kita yang dok besa kena tibai ngan bulu ayam pun pedih.ini dengan rotan yang xtau berapa punya besaq la....kuurrrrr semangat

Friday, August 21, 2009

selamat datang RAMADHAN...aku meinduimu

lakukan:
-amal ibadah
-bersedekah
-bertaraweh
-mengaji
-berzikir

abaikan:
disko
dangdut
mengumapt
mengutuk
memarah@memaki
mengomplen

*ingat tuh lotikus disarimankan*
*bawak bersabar*

kak una di wajibkan membaca ini

sok
1st ramadhan
xbley balik kampung
ada test bel ngan quiz far
tuh ar
gedik lagi nak sambung belajar
kak una,menumpang kasih sayang
kat umah kak una boleh x
MyEm0.Com


Tuesday, August 18, 2009

aku mahu makan donut gebu tapi di mana ya

aku akui
pemakaian selendang di iringi dengan mask sebagai
perhiasan muka
amat la gorgeus
ini ada lah
disebabkan mata anda saja kelihatan
terkebil-kebil
heh
sunggoh misterios
aku harus
memakai selendang dan mask setiap ari
setiap bulan
tak payah nak tahan teksi
teksi dh tersedia berenti
marbeles
MyEm0.Com


niat ku untuk singgah beli donut
di roti boy
tersonut
akibat segerombolan kanak-kanak tadika
yang berada di dalam barisan yannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggg ammmmmmmmat panjjjjjjjjang
sehingga menyukar ku untuk membelok menuju ke kedai roti itu
akibatnya
aku terpaksa
berjalan seiringin sejalan
seindah bunga di taman
bersama kanak-kanak itu
sehingga mengakibatkan
orang sekitar
bertanya kepada aku
"sekolah mana nih"
siggghhhh...
aku bukan cikgu
aku tak nak jadi cikgu
muka aku muka cikgu ka
MyEm0.Com

gamaknya
kalo aku menjadi cikgu
ada tak gaya cengini
MyEm0.Com

bertungkus lumus mengecek kertas ujian
muaaahhaaaaa

gaya aku mengajar
MyEm0.Com

cukup sebulan
anak murid aku bertukar menjadi
MyEm0.Com














Monday, August 17, 2009

selamat malam

MyEm0.Com


puteri dayang senandung mahu bersenandung sudah

longkang itu amat anggun--tajuk kanak2 br nak mengenal karangan

ari2 aku g keje naik putra dr kl sentral-klcc.ari2 mata aku di sajikan dengan kecantikan seni grafiti yang tertacap kat dingding pembentung sg.gombak(aku taram ja nih).sungguh la cantik.lukisan depa buek itu sungguh la idup.nampak live.aku nak gak tangkap gambaq tempek kat sini,tapi kang orang kata aku jakun pulak.kang dari niat nak tangkap grafiti aku g tangkap plak gambaq bulu ketiak org.aiseh..sungguh memual kan.

terbaru,aku lihat grafiti @ lukisan @apa2 je lah yasmin ahmad(selalu tersyasul sebut yasmin hamid..ampun paaakkkkk).sungguh marbeles.cantik yang amat.kekadang aku teringin nak jumpa si pengrafiti yang berbakat ni.ingin sekali ku memohon untuk di jadikan anak murid...ooohhhh...tunjuk ajar ku sipu(psssssss....pas ni kalo nampak kelibat berkelubung putih tercongok2, terkial2 kat sg. gombak tuh,jgn sergah na.kemungkinan aku sedang menelaah seni lukisan)
MyEm0.Com

kekadang aku terpikir,pukul brapa si pengrafiti ni keluarr dari kepompong waktu siang nya lalu bertukar manjadi leornando da vincci yang mempunya tangan ajaib untuk melakarkan seni yang hebat ni(ayat x boleh belah).tak ada plak aku dengar pasal orang kena tangkap time wat grafiti nih.

satu lagi spot grafiti ni,kat sekitar jalan time square.bapak aih....penuh2 dengan lukisan warna warni.orang cat warna putih konon2nya nak menghilangkan seni tuh la..tup2 sok lusa muncul balik...kah..kah...kah...buek ponek yo cat..

aku nak cadangkan la.daripada dok cat konon2nya nak tutup kesan "contengan"lukisan tuh,apakata di bayar nya upah untuk melukis di sepanjang sg.gombak tuh.bukan kan pembentugan itu panjang.

aku bet,kalo lukis sepanjang jalan,lukis elok2.mesti akan jadi tourist punya spot nak snap picture.bkn nya hodoh pun depa tu lukis,cantik apa.daripada depa duh membuat vandalisme dengan merosakkan harta benda awam kan.buek mcm tuh.at least mn tau,daripada pengrafiti ni akan lahir seorang karyawan yang sama lebel dengan leornando da vincci.pastuh lukis masterpiece"loti smile"..

MyEm0.Com

Friday, August 14, 2009

:)

aku konpius.
kenapa entry ku di bawah
gambarnya enggak kelihatan ya
waduh
bikin pusing saja

peace over da world

salam tangan kanan dari ku buat kalian,
sebagai mukadimah pembuka bicara,
izinkan tinta ku mencoret kalam,
untuk tatapan daku di hari duka.

heh..dh lama agaknya aku x mengupgrade kan belog nih.bukan setakat bersawang dh nih.berkulat dh nih.aku maleih nak menaip.aku lebih suka membaca.aku memang penyegan..oh ya...semester baru dh bermula.aku semester ni bnyak yang ting tong nya.pihak admin ting tong menyebabkan studentnya tong teng.dengan nama aku di senaraikan sebagai potensi untuk di GUGUR TARAF kan..sha shak suew betol la..aku dh bayar yuran pun masih di senarai ka.nasib baik aku tetap maintan kesejukan walopon telah menerima mesej daripada pihak uitm mengatakan aku potensi gugur taraf..uitm antar mesej tuh..tak pernah2 aku dapat.heh..gugur la taraf aku..kang mau ada yang gugur rambut kang.

kuliah untuk kelas far aku pun lambat.lect mengajar akaun mcm mengajar sastera.tetiba je aku pandai sastera akaun..kan syaja kan.

dengan krisis with lect bel-kelas bahasa inggeris memang mencalarkan kecomelan aku.nasib ang la dapat gelaran botak dan pemes dengan nama botak.dan awas ko kakak vios,ko gelakkan aku time aku kena soal siasat ya..aku tukarkan jadi bumblee kang.

wahai lect,len kali boleh tak jangan buek kuiz mengejut.taik eden tersontot tau x acapkali terkezut dengan kuiz terkejut.kok nya kepingin nak masuk pop kuiz,antarla borang penyertaan.

heh...adventure of sem 5.


Monday, August 10, 2009

Wednesday, August 5, 2009

aku yang ketinggalan zaman atau zaman yang meninggalkan aku

bila maa not rm 50 bertukar
apsal xdak dalam berita?
eh...
tapi aku tak tengok berita
aku teruja tengok rm 50 baru nih
hajat di hati nak guna bayar yuran
tapi terlalu shantek
aku tak nak bayar yuran guna duit baru boleh tak
eh
tapi
aku mana ada duit lain
tapi aku memang xmo guna duit baru ni
aku teruja nih
kalo tangkap gambut duit tuh letak kat sini
agak2 kena saman tak
lepas nih
duit apa polak nak tukar ek

Tuesday, August 4, 2009

Monday, August 3, 2009

sua suey gud morning

gua tarak mood ari nih.
mud nak beramas mesra sudah ilang.
wa ingat mau bikin itu demonstrasi jugak la
tapi demonstrasi aman gua bikin
xdak kecoh2 mcm itu ari sabtu punya demo
bikin kacau sajak
gua mau jalan2 dekat masjid jamek pekena laksa kedah pun x bley
tau tak gua keempunan laksa kedah nih
rasa mau pelengkung je
ahli demo tuh
wat gaya ala stone cold
pastuh kepit guna gaya the rock
smbel kata
"did u smeeeeell the laksa kedah punya baaaauuuu"
heh
lain kali kalo mau buat demo carik la tempat lapang
g dekat pinggiran2 utan ke
ni dh..dekat tumpuna pelancong gak di buat nyer
tau tau rugi bape bnyak
tau x gua kn tunggu brapa ari until da next saturday menjelma
huh
gua angin satu badan neh..
mau jugak jeneyah kolr putih..
bos,
lu mau bayar gaji wa bila.
gua mau bayar yuran esok lu tau ka
baik lu sediakan motip2
yang menyokong kelambatan pembayatan gaji gua
setaff sorang pun lu kemut2 nak bayar ka
gua nak jd inkedebile hulk nih