jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, January 28, 2010

Fakta Menarik Yang Tak Di ketahui Ramai

****credit to my fren coz email me this mail.***
aku tahu kamu pun mcm aku kan.jangan malu-malu,
yok kita joget ramai-ramai
ayuh dong!!!!


1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang
menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..(zip seluar aku tulis AAK.apakah?)

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.(kalo bergema,conform telinga berdarah)

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.(hahahha,ni kalo kena ligan ngan anjing liar,tak payah la pura-pura buat kutip batu bagai.baling kek jerk.harus di bekalkan kek dalam beg setiap masa nih)

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses. (nasib aku tak pakai lipstick.bibir ai merak bak delima semulajadi yuuu..petua nya?tenyeh la setiap hari dengan cabai merah...auwwww!!!)

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.(lepas ni kalo demam aku togok ah botol sos tomato nih.jimat duit jumpa doktor)

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.(errr..arrrrrr.apakah mereka tidak memakai jam di tangan)

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.(memang luar biasa...wachaaaaa!!!ai loti lee cooper!!)

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah'flutterby' .(ok ya anak-anak.rama -rama ialah butterply)

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.(lepas ni wat gedung mata nyamuk.agak-agak mosquito man handsome tak)

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan
ketika anda menggunakan flush tandas.(uweekkkk...berus gigi aku gantung..muahahahaha)

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.(kalkolatur aku hanya mampu menekan angka 1 sebanyka lapan kali sahaja.oleh itu,aku tak dapt mengesahkan fakta ini)

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.(ai suka biru.adakah ai warga america?america...america)

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.(kalo tanda (*) apakah disebet ostoporosis?)

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.(mau lepas tuh tergedik-gedik nak kutip bola mata jatuh tersembul)

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.(agak-agak la kan,kalo manusia boleh buat mcm ni,ada orang nak kena heart attack tak)

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus..

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.(apakah?????sehingga kini pun mereka kurang gemar memakai seluar dalam)

19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.(dasar bapak ayam,mak ayam,anak ayam,ayam kampung,ayam bandar)

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk -
penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali
dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang
fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik
minat pembaca untuk mengetahui dari atas
.

last but not least:

28-tuan tanah kepada tanah sekangkang kera ini bakal menjadi miss unverse taun 2030 dan memegang gelaran nenek paling vouge mengalahkan anak dara dan menjadi kegilaan ramai.pewit!!!phewiiitttttttttttttttttttt!!!

hahahahahahahahahahhahahaha!!!!






sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la