jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, May 3, 2010

Entry ilmiah yang pernah terhasil setakat ini oleh aku-Senaman Qiqong

*Thanks to google. Aku dapat artikel ni dari goggle-upm@usm tak silap aku.aku dah lupa.main copy and paste je. Actually, aku terdengar pasal senaman ni time aku tengok berita. Ada seorang pesakit kanser pulih setelah mengamalkan senaman ni. Doktor memberitahu dia hanya boleh hidup seminggu sahaja coz tumur sudah pun memenuhi paru-paru dia. After dia mengamalkan senaman ni, kanser dia berkurang. Aku search coz nak baca dan nak inform pada sepupu aku yang sakit kanser paru-paru tuh. Sedikit sebanyak aku dapat tahu faedah-faedah senaman qi-qong. Aku share kan. Al-maklumlah,sharing is caring. Caring is care- junior...Aku dah start merapu.*



Apa itu Qigong?

Qigong adalah sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai “Chi Gong” atau “Chi Kung” yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan (Zhong, 1984). “Qi” bermaksud “pernafasan” dan “tenaga utama” (Tang, 1994). Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman (Mann, 1971). pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (meditation).
Mengikut kajian lampau, ramai pesakit kanser dan juga pesakit kronik lain di negara China telah pulih dan sembuh selepas mengamalkan Qigong. Mengikut Da Hong (1982), seorang doktor perubatan, “qi” tidak hanya setakat untuk pernafasan dan penghembusan tetapi bertindak lebih “vigor” atau merupakan “tenaga utama” dalam badan iaitu keperluan utama “qi”. Berdasarkan kepada istilah perubatan moden, “qi” bertindak sebagai “antibody” atau daya tahan dalam badan terhadap sesuatu penyakit dan bertindak menyesuaikan badan kepada persekitaran luaran serta membolehkan badan untuk pulih dengan cepat.
Faedah Qigong
Dengan mengamal dan menjalani latihan Qigong ini, ia dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan koordinasi dan menegangkan otot-otot (Gallia, 1999). Mengikut Chang (1985), Tan, Sun dan Zheng (1989) pula, pengamalan dan latihan Qigong dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, gastik dan lain-lain penyakit yang dikaitkan dengan tekanan atau stress seperti sakit kepala dan migraine. Gallagher (2003) dari Institut Pemulishan New York mendapati Qigong juga dapat mengubati penyakit arthritis, sakit belakang.dan meningkatkan daya imbangan serta kecergasan kardiovaskular seseorang.
Sancier (1999) pula mendapati latihan Qigong dapat membantu dalam penyakit asma, darah tinggi dan kanser. Untuk penyakit darah tinggi, selepas menjalani Qigong, didapati kadar kematian dan kadar mendapat strok berkurangan dan untuk penyakit asma, ia dapat membantu mengurangkan pengambilan ubat-ubatan asma manakala untuk pesakit kanser, ia dapat mengurangkan kesan sampingan akibat dari rawatan konvensional kanser.
Kesan fisiologi yang amat ketara adalah pengamal Qigong menunjukkan hasil penurunan dari segi kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan kadar pengambilan oksigen serta kadar metabolisma. Dapatan kajian menunjukkan jumlah kapasiti pengambilan oksigen telah meningkat selepas menjalani latihan Qigong serta telah meningkatkan kualiti tidur seseorang.


sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la