jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, May 10, 2010

Serius..Hidup aku sekarang dah tunggang langgang..

Duit simpanan dalam ASB dah tinggal secoet. Menitik aiyaq mata melihat angka- angka yang terpapar dalam buku tuh. Penat lelah aku menghimpun duit untuk membeli kereta punah hancur begitu sahaja. Ini disebabkan oleh nak bayar hutang. Hutang apa? hutang bil tepon. Serius shit betul la.aku dok membayar, tapi jumlah tak kurang-kurang pun.pundek betul.ingat aku cop duit ke?macam - macam nak caj.asal x cas penggunaan memegang telipon sekali. Aram betul. Masa nak langgan bukan main lagi cakap. Plan ini murah la,berbaloi- baloi la kalo pakai. Aku rasa kalo aku sepak pungkuk ang lagi berbaloi- baloi...

Dah tau tahap kewangan tuh goyah, boleh tak duduk diam-diam dekat rumah. tak yah nak g sana la,g sini la. Umo je 25 tahun. Muka je nampak tua. Tapi akai tak baligh-baligh lagi.

Serius kepala aku sakit. Sakit yang amat- amat. Dah banyak kali aku nak terpitam. Jalan kalau tak pegang apa-apa,memang alamat cium lantai la.

Aku rasa roda hidup aku sedar berputar ke bawah. Aku sabar. Duit kurang, aku sabar. Sakit kepala, aku sabar. Lapar, aku tahan. Tapi paling yang aku tak boleh tahan dan sabar, kalo kepercayaan aku diperkotak katik kan. Dah dah la apa yang ang dah buat. Aku bukan robot tau. Nak tunggu aku meletup, baru nak sedar.

Zaman sekarang ni, nak buat baik kena tengok - tengok jugak. Manusia spesen sekarang ni amat menepati peribahasa:"Bagaikan melepas anjing tersepit". Niat di hati nak menolong, tetapi di gigitnya kembali. Tapi aku rasa, anjing much better peel nya. At least,anjing tahu jugak menghargai orang yang berbudi padanya.

Makin lama aku menetap di sini. Aku jadi sesak. Rimas. Aku rasa kalau aku kena penyakit pun bukan sebab cara pemakanan aku, tapi cara gaya hidup aku. Sungguh tak menyihatkan. Keluar-keluar je dari rumah, berbakul - bakul makian keluar.

Kuala Lumpur. Keburukkan nya terselindung di balik kecantikkan, kemasyhuran nya.

Aku rindukan kampung. Biar la orang kata kolot, budak kampung. AKu tak kesah. Hakikatnya, aku memang budak kampung. Membesar dengan bergelumang lumpur. Sekurang- kurangnya aku tenang.






sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

3 comments:

  1. cikloti..betui ker umo dah 25..
    ermm..nmpk cam 21 jer..hehe

    ala..cikloti jgn tnsion2..naper tak share ngn org tsayang jer..mungkin dy boleh tlg ker..

    ReplyDelete
  2. sky8men:sabar separuh dr iman

    mr rulez:ye ker 21?auwwww

    ReplyDelete

ai lebiu la