jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, June 15, 2010

Duit boleh membeli kebahagian

Siapa cakap duit bukan segala - galanya?
Zaman sekarang, duit adalah segala - galanya.

Dengan duit, orang akan pandang kamu tinggi.
Dengan duit, kamu akan disukai ramai.
Dengan duit, kamu akan merasa lebih bahagia.
Dengan duit, kamu juga bisa membahagiakan orang tersayang.
Dengan duit, kamu akan memiliki darjat, pangkat dan kuasa.

Kalau tiada duit, kita tak kan hidup bahagia. Mana nak beli barang dapur, mana nak bayar bil telefon la, bayar duit ansuran kete la rumah la dan pelbagai lagi.

Hidup aku sekarang tak bahagia kerana kadar kewangan aku tak stabil. Dah macam - macam cara aku buat untuk stabilkan ekonomi aku.

Aku nak balik kampung selalu dah tak boleh sekarang. Tiket dah mahal serba serbi. Nak-nak tambang teksi. Mau juling mata aku tengok meter.

Kalau telefon mak, tak boleh cakap lama- lama. Nanti bil melambung tinggi. Aram. Aku guna sikit je, caj sampai melambung - lambung ha.

Aku nak beli mesin basuh kain dengan mak. Sebab kesian dekat mak yang terpaksa guna mesin basuh manual. Ni memang betul - betul manual punya. Bahagian dry tak boleh guna. So,lepas basuh kain, kena perah sendiri sebelum sidai. Aku yang muda ni kalau basuh kain manual pun mau tercirit ha, tambah kan mak aku yang dah tua ni.

Teringin nak bawa mak ngan ayah jalan- jalan. Nak bagi depa enjoy dan nikmati zaman tua. Tak nak bagi depa hidup susah dah. Tapi setakat angan- angan je.

Aku kalau sakit, demam ke apa ke, tak kan pergi jumpa doktor. Sebab? Cas mahai oooooo!!!Tara aku kena demam chigukunya ari tuh pun, 3 kali jumpa doktor rabak jugak la dalam RM 200.00. Nasib baik En. Seman support sikit. Kalau tak, mahu aku makan pasir berulam kan rumput ha.

Birthday mak ayah aku jarang beli hadiah. Hanya ucapan sahaja. Aku sedih. Rasa macam aku anak yang tak berguna. Yang tak dapat membahagikan orang tua nya. Hadiah untuk En. Seman? Lagi la....Dalam mimpi je jawabnya.

Nak pergi jalan, nak pergi melancong? Dalam mimpi jawabnya.
Pergi kenduri kawan?Kalau yang dekat2 insyaalah aku akan pergi. Kalau yang jauh? Hanya doa yang mampu aku adiahkan.

Aku bukan minta duit bertimbun -timbun.
Aku bukan mahu harta melimpa ruah

Sekarang,
Aku betul- betul stress.
Aku tak hepi.
Dalam kepala otak aku sekarang, hanya pikir macam mana nak cari duit.
Lama - lama, boleh jadi gila ha.

Jangan kata aku tak berusaha.
Aku sedang berusaha.
Dengan tulang empat kerat aku.
Dengan kudrat yang aku ada.

6 comments:

  1. money is not everything
    but something

    ReplyDelete
  2. bersabar.

    aku pun sedang rasa benda yang sama. sedang bekerja, cari duit walaupun dengan gaji yg kecil. (part time). duit mmg penting. tapi kita hanya akan tau kepentingan duit bila kita sendiri yg usaha cari duit tu kan. peace. =)

    ReplyDelete
  3. joe:Betul.Duit bukan segala-galanya.

    puteri biru:hanya bersabar,pasrah dan berusaha mencari duit yang halal

    ReplyDelete
  4. Dina, kak una selalu buat camni...

    bila kita dilanda susah dalam hidup, duit tak cukup ke, atau apa saja, kita fikir balik, kat mana silap kita.

    apa kita ade terguriskan hati ibubapa tak? kalau tak pasti, tanya. lepastu minta ampun sampai dia betul-betul redha, baru rezeki kita dipermudahkan...

    atau juga kita terbuat perkara maksiat. Minta ampun dengan Allah. doa, doa, doa dan doa banyak-banyak...

    kak una tak kata kak una baik... tapi adalah sangat berbaloi-baloi untuk praktikkan cara ni.

    ReplyDelete
  5. memang duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. hubungi saya kalau nak ubah hidup anda walaupun sedikit

    ReplyDelete
  6. uit..1st tyme aku baca entry ko yg buat aku terpikir..jauh aku mmikir..

    semua yg ko cakap 2 serba sedikit kena dekat batang hidung aku..mbuatkan aku rasa...(;

    ReplyDelete

ai lebiu la