jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, June 3, 2010

Mas Kahwin aku hanya Rm2,000 SAHAJA!!

Madame Suppiah kata, dia nak letak mas kahwin untuk anak- anak perempuannya yakni aku dan 2 orang adik perempuan aku sebanyak RM 2,000 sahaja manakala hantaran atau dengan nama lain belanja kahwin terpulang kepada keluarga bakal suami untuk memberinya. Dengan nada ;"Mak tak kisah nyah. U bagi berapa mak terima nok". Isu mas Kawin ni timbul apabila saudara mara aku berkumpul untuk berbincang mengenai majlis pertunangan cucu sulung arwah tok dan tokwan merangkap sepupu sulung aku (lelaki). Sepupu aku ni cakap kalau pihak perempuan letak hantaran kawen+ mas kawen sebanyak RM 15 ribu, dia mampu bawa lagi. Aku dan adik aku yang agak kee-po-chi gaya macam,"What!!Rm15 ribu pun steadi lagi ke!!Demmmm.... Pihak perempuan meletakkan Rm 10 ribu lebih sebagai hantaran dan mas kawennya. Dengar-dengar gosip mengatakan pihak perempuan iatu bakal bini pupu aku ni ada ijazah. ( sekarang mas kawen + hantaran ikut taraf pendidikan ke?)

Mengapa Madame Suppiah letak Mas kawen rm 2k dan hantaran tak kisah berapa:
  1. sebab dh memang sejak dari abang pertama aku, madame suppiah dan en Tat yang menaja belanja kawen. Abang2 aku hanya kuarkan duit mas kawen pastu topop sket2 apa yang tak ada.
  2. madame suppiah kata kalau dia letak mahai2 macam juai anak plak.
  3. madame suppiah cakap pas kawen lagi banyak belanja.kang dia letak mahai2 kang dok bertumbuk plak anak menantu dia.
aku terpikir la. Berapa kah jumlah hantaran aku. Adakah:-

rm2200.00

rm 2020.00

rm2002.00

rm2000.20

rm2000.22

rm2000.02???
















sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

6 comments:

  1. bagus.. tahniah kepada ibu anda kerana berfikiran begitu.

    Yang penting rumahtangga bahagia.

    Hantaran tinggi tidak menjamin kebahagiaan rumahtangga sebaliknya sikap tolak ansur yang paling utama.

    ReplyDelete
  2. sori.. giles mahai klo hantaran ang RM15k..

    ang pilih je.. RM2020.20.. cun!!

    ReplyDelete
  3. RM2000 untuk mas kawen adelah mahal. kat selangor pun baru RM300 jaa mas kawen walau dikatakan nilai yang paling tinggi ditetapkan antara semua negeri kat malaysia...

    jadi sila jangan cakap nilai mas kawen anda CUMA RM2000 SAJA...

    ReplyDelete
  4. lekir:hehehhe..mak saya berpikiran wawasan 2020

    Lady Caja:uikss...kalo aku hantaran RM 15k,konpom aku wat wedding of the year

    animous:saya orang kedah...kalau tak silap saya,mas kawen kedah tak ditetapkan.

    ReplyDelete
  5. acik kata RM2K itu mahal... acik kata lagi, kalau ada adik-adik dia nak kawen sok lusa, dia nak tanya dulu, mampu ke nak bagi sebanyak itu... dia kate takmo kasi kawen kalau sampai perlu ambil loan...

    sebab kawan dia ada yang baru berpisah sebab dibebani hutang masa nak kawen, selain hal-hal kewangan lain... (anak, kereta, rumah, etc.)

    itu acik kata...

    kak una kata, rm2K memang agak mahal... kak una dulu tak sampai rm1K pun... lebihkan pada duit hantaran, sebab duit tu yang digunakan untuk kerja kenduri nikah kawin... mas kawen tu adelah hak mutlak pengantin perempuan, bukan mak, bukan ayah, bukan juga adik beradik lain...

    ape-ape pun, terpulanglah...

    ReplyDelete

ai lebiu la