jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, June 2, 2010

Sambungan Kisah Gosip- gosip Kampung Madame suppiah

*Sambungan dari entri sebelum ini*

Begini kisah full version nya....

(Penerangan nak bagi clear:sebelah masjid ada perhentian bas dan laluan untuk ke kampung aku dan ke rumah Pak Hashim ini hanya sebatang jalan yang kanan nya gaung yang curam kalo jatuh konpom bercalar balar patah riuk dan disebelah kirinya kubur yang panjang sehingga ke rumah aku)

Menurut Madame Suppiah, Pak Hashim ketika itu dalam perjalanan pulang kerumahnya setelah selesai solat berjemaah di masjid. Keluar-keluar je dari gate masjid, Pak Hashim melalui pondok perhentian bas tu(Gosip:pondok perhentian bas tuh sekarang dh jadi tempat lepak encik-encik dan cik-cik an.......tu.Ni konpom Pak Hashim tak tahu.Kalau tau pun tak leh nak buat apa sebab kena lalu situ jugak.) Semasa melintasi pondok perhentian bas itu, pak hashim tak tau bahawa beliau telah ditumpangi oleh cik an..tutut itu.

Kebetulan bini pak hashim ini seorang yang lemah semangat kerana menurut Madame Suppiah, pada zaman mudanya beliau sering terkena rasukan. Oleh itu,apabila Pak hashim pulang ke rumah bersama Cik An..tutut tu,mangsanya ialah bini Pak Hashim la. Bini Pak hashim berkata, beliau merasakan seram sejuk seakan-akan mahu deman dan kepalanya berat lalau mengatakan kepada anak-anak beliau bahawa belaiu mahu masuk tidur dan berehat dan tidak tahu apa-apa kejadian selepas badan nya di"take over" oleh cik annn....tutututut itu.

sebab itu la,terjadinya dialog ini:"Dah abg Hasim lalu,kami tumpang la".

Seram + lawak kan.....

Oh ya,bukan Pak Hashim je kena, adik aku pun pernah nampak ha.. pak su aku sekaki. Patut anak buah aku yang kecik tu,Faqihah Humaira yang bakal berusia 3 tahun bulan 11 ni asyik tutup mata je bila melewati tanah perkuburan dan perhentian bas tu.


sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

1 comment:

  1. kak una pun kalu balik kampung sampai time dinihari, lalu situ misti pejam mata... takpun bukak spek...

    yang penting, sebelum mulakan perjalanan, baca doa supaya selamat dalam perjalanan dan takde yang main 'tumpang-tumpang' nih...

    ReplyDelete

ai lebiu la