jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, June 16, 2010

Semalam ada pengambaran Filem Industan ke dekat KLCC?

Dari jauh aku nampak, ada seorang gurl ni berlari kencang. Gaya macam ada orang jahat ligan.(flasback macam dalam movie. Orang jahat ligan gadis comel dibelakang lorong yang gelak dan tiba- tiba muncul spiderman datang menolong)

Tetapi,

Gadis itu tidak menjerit- jerit seperti:

"Tolong!!!tolong saya!!!Ada orang nak culik saya yang comel ini!!.

atau

"Tolong mak, nyaah!!Mak tak rela!!".

Sebaliknya, gadis itu berlari tangan sambil tersenyum- senyum tersengih - sengih kalah The Joker (watak side kick dalam Batman. Agak meroyan kalau kena berlawan dengan pejahat seperti The Joker yang tak berapa nak Joker ni)

Orang disekeliling memandang kehairanan termasuk la aku. Terlintas dalam fikiran aku yang gadis ini terkena renjatan elektrik di otak nya.

Gadis itu mendepakan tangan seperti ingin memeluk seseorang dan akhirnya dia berhenti berlari dan memeluk seorang lelaki sambil menjerit-jerit manja( bayangkan sendiri. Tak koser aku nak buat sound efek). Gamaknya lelaki itu mungkin la kekasih,suami atau tunang yang tidak ditemui sekian lama.

Sungguh syahdu. Boleh buat filem yang bertajuk:"KU RINDUKAN PELUKAN MU DI KLCC".

Tapi,kalau aku jdi lelaki itu, aku pun join sekaki melarikan diri dari gadis itu. Malu la...Depan orang ramai.

Auuuuwww!!!




p/s:cik seman, jom kita nari- nari di taman.ai jadi kajol, u jadi shah rukh khan ya.

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la