jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, July 26, 2010

Apabila hormon perempuan merembes terlampau banyak.

Perasaan menjadi tidak seimbang. Keseimbangan telah lari. Macam dalam cerita avatar:the last airbender tu. Apabila kesimbangan antara unsur api, air, angin dan tanah menjadi senget, keharmonian dunia pun menjadi senget. Tapi aku tak ada 4 unsur tu. Yang aku ada pun unsur api puting beliung. Handal sikit dari Prince zoku tu.

Eh.Lari tajuk. Sila pulang ke pangkal tajuk.

Okeh. Keseimbangan perasaan aku telah menjadi senget sebelah. Seperti dacing jika anda terlebih letak kilo disebelah kanan, kati disebelah kiri secara automatic nya menjadi senget. Begitu la dengan perasaan sensitif aku. Perasaan sensitif aku telah berjaya mengalahkan perasaan macho dan maskulin didalam satu peperangan yang telah dijalankan secara diam - diam tanpa aku sedari. Cis!! Memang dasar pemberontakan. Aku ong bak kan jugak ha.

Pagi ni je mood aku telah dihancurkan dengan mimpi yang membuatkan aku tidak tenteram. Memang tahap silaka punya mimpi. Bukan mimpi kena patuk dengan ular. Kalau mimpi kena patuk dengan ular berulang kali pun tidak mengapa. Sebab aku sudah tidak sabar nak berumah tangga. Dasar miang buluh. Ni aku mimpi aku telah digigit oleh 2 ekor anjing itam. Ceskek betul la. Mimpi itu telah menyebabkan aku lewat bangun dari tidur yang tidak enak dan sekaligus menyebabkan kejadian mandi kerbau berlaku. Ceskek lagi.

Dan, ditambahkan lagi permohonan carian nama syarikat bagi client aku tidak diterima. Bukan direject seratus peratus,tetapi pihak SSM memerlukan penjelasan bagi nama dipohon. Aduh, pecah kepala aku nak memberi penjelasan.

Sampai je opis, telifon berbunyi kring, kring,kring, ku angkat ku dengar tut...tut...tut...Fax nak masuk. Berulang kali. Boleh tak kalau aku nak tukar telifon jadi buah epal. kalau berbunyi, boleh aku makan. Hahahahahha.

maaf. otak aku otomatic jadi senget. aku nak jadi rapunzel la.duduk dalam menara yang tinggi sambil sikat rambut dan menyanyi feeling- feeling suara merdu walaupun hakikatnya suara mengalahkan buluh pecah menunggu kedatangan putera ensem datang menyelamatkan aku dari menara itu.

okeh. aku tak tipu.ada cerita rapunzel nak keluar pawagam tapi bukan dengan tajuk rapunzel. tajuk nya aku lupa. yang aku tau, aku nak tengok airbender. kalau tak best macam kartun punya, memang aku fire bender kan night shamalayan tu.( betul ke ejaan nama ni)

4 comments:

  1. gelak aku baca..
    hahahahhaa

    sama2 la nantikan airbender!

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok kartun airbender tu..tp pilem shayamalanyana tu sentiasa sedapp

    Fnd

    ReplyDelete
  3. bila hormon perempuan merembes terlampau banyak.. bukan ke bakal jadi perang dunia ke sploh.hehe

    ReplyDelete
  4. Cik Gula-Gula:Kita taip pun rasa lawak..Ngeeeee

    Fndarocka:Cartoon dia bestttt!!!

    bellarossa:bukan setakat perang dunia sepoloh ha...Seribu dah ha...hehehehe

    ReplyDelete

ai lebiu la