jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, July 14, 2010

Apa kata hampa je yang bagi tajuk?

Masa zaman- zaman berhingus hingus mendaki tangga politeknik dahulu kala, lecturer aku pernah bagi petua. Petua langsingkan badan? Petua kurangkan bulu Idung? Idok la noks. Petua nak kuatkan ingatan. Sesuai untuk aku yang slow motion bab - bab ilmu ni. Bab lain aku laju je.

Ahaks.

okeih. Petuanya ialah:
  • Kata lecturer aku, kalau nak makan roti, jangan makan yang tepi - tepi tu. yang itam - itam keliling roti tu. Sebab apa? Sebab time bakar roti tu, gas yang terperangkap dalam roti tu akan membentuk yang tepi tepi itam tu. Kalau makan, konpom akan rasa mengantuk. Aku pun time tu macam, owh patut la aku rajin berdengkur dalam kelas. Ghupanya asyik menelan yang itam - itam tu.
  • Dia cakap lagi, jangan gosok gigi sambil berak atau kencing. Hah!!macam mengata kat aku je. Standard budak yang duduk asrama. Kalau shower penuh, dalam jamban pun boleh mandi. Nak jimatkan masa sebab bangun lambat, aku selalu gosok gigi sambel membuang kumbahan. Patutlah terlebih cerdik.
  • Jangan tengok najis anda ketika berak. Konpom otak tumpul. tapi, aku suka tengok. Nak tengok tahap kesihatan hasil pengeraman aku.
Eh..semua benda dia cakap macam mengata aku je. Encik sekodeng saya ke? Hak..hak..hak...dulu ye aku buat semua tu. Sekarang aku tak buat dah gosok gigi sambil berak. Tak ada feel doh...

1 comment:

ai lebiu la