jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, July 30, 2010

Naif itu comel?

Aku tak tau la sama ada aku naif,
atau
lampi
atau
lurus bendul.

tapi,
madame suppiah cakap,
aku lurus bendul,
tak der la sampai go straight langgar tiang kan mak bendul ai,
ada jugak gohed gostan aku ni.

misalnya,
kalau madame suppiah suruh beli kicap,
spesifik kicap tok mudim(erkkk!!)
dekat kedai pak mat telo
aku pergi cari kicap dekat kedai pak mat telo,
kicap tok mudim abes.
aku balik dengan muka inesen,
lantas memberitahu madame suppiah kicap abes,
madame suppiah tanya,"semua kicap ke abes?".
aku jawab,"tak la.kicap tok mudim je.
konpom madame suppiah cakap
"masyaallah..awat la yang lurus bendui sangat niiiiiiii!!".
seketui kena.

aku ada beli bubur pulut itam dekat kawasan aku tinggal,
aku balik rumah dengan semangat nak makan la.
sekali basi.
aku tak buang lagi.
dalam hati aku berfikiran sama ada bubur yang basi,
atau lidah aku yang expired.
aku rasa lagi.
sah!!
basi.
buang la begitu sahaja.

hari berikutnya,
aku pergi balik ke tempat aku beli bubur tu,
hajat di hati hendak memberitahu perihal bubur basi itu,
untuk faedah bersama,
sekali, bila aku buka je mulut,
"makcik,bagi bihun seringgit".
aiseh.

hari ni,
aku tersuruh bos aku buat cek untuk payment lodge document.
bos aku tanya nak buat 1 cek atau asing- asing,
dengan semangat aku jawab 1 suda.
sekali,
bila bos aku balik,
aku tepuk dahi.
macam mana nak lodge sedangkan ada satu company tak send over
audited account dia kat aku lagi.

mampos!!
nampak gaya nya kena pakai duit aku dulu la
Tsk!!Tsk!!

ada sesapa nak beli bendul aku tak?
aku nak juai.
tak mahai.
sekilo lima hengget.

Tsk!!Tsk!!

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la