jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, August 24, 2010

Dua Alam.

Hai. Nama saya Loti. saya adalah gadis-gadis tulen, bukan ciplak. Tapi,sejak kebelakangan ini, saya rasa saya telah bertukar menjadi lelaki yang macho, maskulin terutamanya pada waktu malam. Perkara ini amat mengusarkan saya. Ia membuatkan saya terfikir," adakah saya terkena sinaran pasport kegemilang atau dengan nama saintifiknya sinaran radioaktif yang menyebabkan hormon estrogen saya mengecut dan membuatkan hormon testoren saya memacut-macut keluar lantas menyebabkan saya bertukar menjadi lelaki superhero pada waktu malam. Ia juga membuatkan saya terfikir, adakah sisi saya sewaktu malam sekacak shahir af 8, semacho van diesel dan setampan The Rock.

Namun demikian, perkara ini membawa keburukan kerana, sisi macho saya ini telah menyebabkan satu pergaduhan telah berlaku antara cik seman. hapo la bulan - bulan puasa pun nak gaduh. perdamaian telah berlaku tapi masih suam-suam kuku kambing. sisi lelaki saya tidak tahu memujuk begitu jugak dengan sisi perempuan. kadang kala saya seperti ingin memasuki sekolah pujuk memujuk agar saya handal dan terror dalam bab pujuk memujuk dan bodek membodek. sudah puas saya membuat ayat jiwang yang boleh menyebabkan aktiviti muntah-muntah berlaku, tapi tetap tk jalan. saya syak, ayat jiwang saya itu lebih kepada ayat brutal. oleh itu, saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan bait- bait lagu yang puitis tapi tetap tak berjaya. bukan original katanya.

saya khuatir kerana temperature badan saya seperti temperature kereta yang akan mengeluarkan asap bila sudah panas. saya gusar dengan kemelayangan pinggan mangkuk, kerusi dan sewaktunya bila saya sudah kahabisan idea untuk memujuk.

kepada pakar pujuk memujuk dan bodek membodek diharap boleh menurunkan petua kepada saya agar saya boleh kembali menjadi gadis- gadis yang original dengan ayat pujuk memujuk yang power dan boleh memujuk cik seman yang kereas batu hatta di pecahkan dengan kapal keluli pun kepalanya maintain tak berdarah.

sekian, terima kasih

3 comments:

  1. lelaki merajuk? sisi gelap kak una cakap, abaikan aje... biar sejuk, biar reda sendiri...

    sisi tak berapa gelap plak kata... tunggu sejuk dulu, baru pujuk lagi...

    sebenarnya, kak una pon tak reti mujuk orang... orang merajuk? bior lantak ke dema la nak merajuk... kose nak pujuk nih, okeh? Hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  2. tak susah nak blja semua 2..skrg benda tu dah mmg ader dlm diri ko sndri..cuma ko jela yang kena keluarkan..ader pham..

    mmg ko nmpk cam brutal n ganas tp tu semua luaran..cuba ko duduk sorg2..tmenung jap..nnt akan dtglah sifat pmpuan ko yg sbenar..cayolah kata den...hehehe

    ReplyDelete
  3. HI LOTI:)


    da pth da..
    nak ke bazar mana today?

    ReplyDelete

ai lebiu la