jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, August 30, 2010

Jiwa Kacau

Sepupu aku yang aku pernah cite kan dulu yang menghidap penyakit barah paru-paru telah pergi menghadap Ilahi. Serius aku sedih. masa aku sampai kampung, konon berlagak macho tak nak menangis sebab madame suppiah cakap, kalau orang meninggal, kita tak patut menangis sebaliknya kita patut berasa gembira sebab dia pergi menghadap Pencipta. Memula aku bajet nak buat paluan kompang, tapi aku tak mahu berbuka makan lempang, so aku batalkan je la niat haluan kiri aku tau. masa masuk dalam rumah, tengok jenazah, aku sedih.kurus sangat.sedihh..Nak kata rapat sangat, tak la.sebab aku balik kampung pun jarang-jarang. tapi, kalau aku balik, memang aku akan mengusik dia, dia akan menghalau aku. ada ke patut aku baru sampai, ditanya aku bila nak balik kolompo.ceskek betul la.

masa orang nak kapan kan arwah, nak hambek koooo!!!macam empangan pecah ayaq mata turun berjurai- jurai. abes ilang macho aku. lagi sikit tahap nak menanges sampai tersedu sedan.

aku menagis sekejap je.gila nak menangis lama-lama.kang mau madame suppiah paranawei aku,tak ke naya.

pasar ramdhan berlin memang syahdu la.banyak, murah, sedap.memang berbaloi-baloi. hampir-hampir menitik ayaq mata bila tengok gerai- gerai yang terhidang.

housemate aku dah nak pindah. pas ni tinggai aku ngan kak ayu je. tak syok la.

cik seman ni memqng dasar tak paham bahasa. kang aku cakap bahasa uganda baru tau.

ish...tak suka la jiwa kacau- jiwa kacau ni.hilang abes keharmonian 4 unsur dalam badan aku iaitu:gosip, tido, makan, gelak dan senyum.

3 comments:

  1. lu sedih pon menangis. tengok lauk sedap pon nanges. x paham haku

    ReplyDelete
  2. hmm. enjelinajolipit! pehal aku nak pegi blog ko tak leh???

    hmm loti sapa yang meninggal? papepon salam takziah dear..

    ReplyDelete

ai lebiu la