jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, August 4, 2010

Sari Berita Hari Ini

  • Kes Datuk Abdul Aziz Mohd Dan Siti Rohana
Aku dengar berita pasal kes "bunuh dan bunuh diri" yang terjadi pada Datuk Abdul Aziz
Mohd Dan Siti Rohana dekat Radio Hot f.m pagi tadi. Yang aku faham, terdapat kesan
tembakan pada kedua- dua mangsa dan kereta yang dinaiki oleh arwah terbabas. Al-
Fatihah. kak Ayu dan Kak ENi dah macam NCIS( betul ke?aku dah lama tak tengok) dok
buat analisis. Siap dengan gaya-gaya lagi ha. Gaya bunuh dan bunuh diri.Sempat lagi jadi
polis.( kalau silap,sila betul kan aku)

  • Majlis Agama Melaka membenarkan remaja lelaki dan perempuan berkahwin pda usia !8 tahun( bagi lelaki) dan 16 tahun ( bagi perempuan) bagi membendung gejala maksiat.
Berita di atas ni jadi topik pagi di hot f.m. Setuju atau tidak. rata - rata pendengar yang
telifon dan sms bersetuju. Kalau difikir - fikir kan balik, agak la wajar untuk membendung
gejala maksiat yang semakin meruncing. lagipun, bukan semua pelajar yang nak kawen
muda kan. Dari diorang wat senyap- senyap, pastuh buncit pastuh buang baby yang tak
bersalah tuh, baik dilonggarkan kan sikit had maksimum kawen tu. Mana la tau, lepas
berumah tangga, timbul satu azam untuk memajukan diri sendiri dan keluarga kan.Tak
semestinya kalau kita dah kahwin, kita tak boleh enjoy.( cik Seman, cepat pinang kite.kite dah
tak sabar nak kawen ni..T_T
).
  • Katy Perry kagum dengan tandas Di malaysia.(kOSMO)
Si keti ni dia kagum dengan kecanggihan toilet yang terbuka secara automatik apabila anda
hendak menggunakan nya. Dekat mana dia pergi dan terjumpa dengan toilet yang tempat
duduk tandas terbuka secara automatik ni? Ingin juga aku tau dimana ya. Pastuh,keti juga
kagum dengan rawatan kaki mengunakan ikan. Aku dah test. Geli yang hamat. Kedai yang
aku pergi tu, dia guna ikan besaq- besaq. Aku syak bapak ikan tu. Sekali gigit, abes ilang
bulu - bulu kerinting ku. Huhuhu. Keempunan nak buat dreklock.

  • kapal terbang terhempas dan terbakat dekat timur siberia, 12 maut.
Cik seman, harap maklum. Rancangan and untuk membawa saya pergi bercuti di sarawak
itu, sila la batal. Gerenti potong bulu idung saya tak akan naik kapal terbang sekepas
terbaca berita ini. Nasib anda la kerana saya terbaca surat khabar pada hari ini selepas 3
minggu tak baca surat khabar.

2 comments:

  1. aah.. kena peka terhadap perkembangan semasa kan? bagus2.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Ahaks..Baru nak peka Jard. selama ni memang tak hambek port pun. Tu yang asyik ketinggalan ha

    ReplyDelete

ai lebiu la