jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 29, 2010

Edward Cullen saya

Kamu- kamu sekalian,
tahu berapa kos untuk membina sebuah roket ke bulan.
tak tahu?
saya pun tak tahu!!
warghh!!wargh!!
hokey.
tak lawak.
sila lempang diri sendiri.

saya semakin kusut disini
disini bermaksud menetap di kuala lumpur,
berkerja di kuala lumpur
dan belajar di shah alam.

saya sudah bosan tengok jalan jem sini sana
jem je manjang, roti tak ada pun
saya sentap tau.
roti dan jem tidak boleh dipisahkan tau.

saya sudah menatap wajah-wajah disini.
wajah-wajah disini
bukan bermaksud kawan- kawan dan kenalan saya
tetapi,
wajah-wajah yang asing bagi saya
(ayat skema gila)

saya mahu menetap di bulan
dimana saya boleh mengira bintang- bintang
masak bintang madu sebagai sarapan(honeystar)
membuat mata bintang-bintang

oh.
dan tidak lupa taik bintang versi taik loti
:-D
menakjubkan

manala tahu
saya berkesempatan untuk berjumpa dengan sailormoon
boleh la saya memasuki kelab moongurl.
memakai skirt singkat
owhhh...
bulu kaki harus la ditebang
walaupun bulu kaki itu seksi

kekasih saya ketika itu
mestilah ultraman
utraman ice
saya mahu dia tukar lampu didada itu
bosan la setiap episod lampu yang sama sahaja.
saya mahu dia memasang lampu kelip-kelip
barulah meriah sikit.

pekerjaan saya ketika itu
adalah pemilik restaurant dan hotel
ahli crew star trek boleh la datang singgah dan berehat di hotel saya
dan menjamu selera di restaurant saya.
oh ya
saya akan kirim khabar berita saya kepada ahli keluarga di bumi
melalui sun goku
sun goku selalu jugak bertandang di rumah saya di bulan ini.
saya tahu dia menaruh perasaan dengan saya
tetapi,
maaf la sun guko
kamu apabila tengok bulan sahaja
suka bertukar menjadi king kong
dan membuat tarian pole dance
tarian kamau sungguh tidak seksi tahu.

owh..owh...owh
bulan.
ku seru nama mu kasih
woo wooo

oh ya.
kamu semua jangan jeles tahu
kalau-kalau
kekasih saya bukan ultraman
tetapi
edward cullen.
nanti saya akan kirimkan foto perkahwinan saya ye
buat tatapan warga bumi.

1 comment:

ai lebiu la