jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 15, 2010

semangat raya tak boleh nak lawan semangat nak balik kampung

taun ni raya
aku rasa tak meriah sangat pun
semangat nak raya pun zero
tapi, taun ni
aku tak lupa mandi sunat hari raya
taun-taun sudah asik terbabas je
mana tak nyer,
mandi pun pukul 2 petang
sah-sah la beraya depan t.v kan.

bunyik meriam, mercun dan seangkatan dengan nya pun sudah kurang
kalo tidak dulu,
mau aku dengan madam suppiah dok gelak berdekah-dekah dengaq bunyi meriam buluh,
yang kuat beno bunyik macam meriam betul pun ada,
yang bunyik ciput pun ada,
kentut aku pun rasa lagi kuat ha.
aku syak otai- otai meriam buluh ni semua dah kawen la
diorang main meriam buluh cara lain pulak.
tinggai la super junior
yang dok sory sorry kamimainbajetensem,

masa dengaq pengumuman raya pun,
tak ader eksperasi(macam mana nak eja ni) saspen,
muka bajet mintak penampor lima nam das ha.
kalo posa lagi enam ari lagi pun aku sanggop,
mana taknye,
taun ni aku posa limabelas hari je,
dok angkat bendera sampai dua kali,
penin aku nak menggantinya,
jiwa aku sakit,
hormon aku pun sewel.

dua ari sebelum raya,
tak silap aku,
ari rabu kot.
akak ayu masuk sepital
gastrik tahap otai dah
muntah- muntah sampai dah tak ader menda nak dimuntahnya,
pagi madame suppiah tunggu
petang aku tungggu
kot-kot madame suppiah nak balut ketupat masak rendang ke,
nak harap aku masak ketupat,
konpom kucen bercakap ai leb u pun aku tak terre

aku duduk sepital tk sampai 8 jam
esok dah demam
kan saya dah cakap
saya alergik dengan sepital dan seangkatan dengan nya
mana tak demamnya,
time misi nak cucuk ubat dekat tiub yang dipasang dekat pergelangan tangan kak ayu,
aku tutup mata,
pastu madame suppiah cakap kat misi tu,
yang aku penakut dengan doktor,
lagi misi tu dok tala jarum depan mata aku,
siap paksa aku tengok,
memang betul - betul mintak tapak kasutsaiz 10 la jawabnya.

mr tat dah pesan,
taun ni raya ala kadar je,
menghormati keluarga pak tam,
yang baru kehilangan anak,
ziarah kubur semua banjir
kubur arwah moyang
kubur arwah tok dan tokwan
kubur arwah abang shawn(1st sepupu yang meninggal.umo masih muda time meninggal.tak salah aku 25 ke 26 macam tu la.bekas pemain bola sepak kedah.tak silap aku la.meninggal sebab penyakit saraf.sepupu yang memang cool gila dowh.ko cakap la apa dekat dia,siap kutuk berguni-guni, dia maintain senyum je.)
kubur arwah keri(2nd sepupu yang meninggal)

tapi,
dalam tak ader semangat raya tu,
baju kurung dua pasang,
blous raya sepasang,
selendang raya sampai 4 helai,
kasut heels nak perasan vogue sepasang.
aku ni terlebih ke terkurang semangat raya?
berapa banyak ketupat aku balun,
jangan dok tanya la,
dok fobia nak timbang berat badan.
takut jarum penimbang tercabut.

tapi,
mak totap dapat duit raya uolls
RM 54
jangan jeles
RM 50 kakuna( syah shah) dan acik bagi.
RM 4 sepupu aku yang marbeles bagi.
melepas gian nak dapat duit raya.

(p/s:kawan kelas plk aku kehilangan abang dan kakak ipar dia dalam kemalangan pada pagi raya.sungguh menyayat hati.al-fatihah)

3 comments:

  1. loti .. tak aci.. da beso lebo dapat wit raya.. nak jugakkkkk :'( huwaaaa!!

    ReplyDelete
  2. memula acik takmo kasik, tapi kak una kata Dina blajo lagi... Tu kasi gak tu...

    Tapi abes studi sok-sok takde can dah le... Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  3. semangat raya lu nampak secara fizikal je. rohani nye takdooo

    ReplyDelete

ai lebiu la