jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, October 11, 2010

Bercinta Umpama Macam main roda-roda jalanan

semasa dalam perjalanan pulang dari kelas yang amat memerengkan kepala otak saya yang telah sedia mereng,
saya telah berbual-bual bersama -sama dengan sahabat saya,
saya berkata kepada dia:
"minah, kamu tahu tak, bercinta ini boleh juga diibaratkan seperti roda"
bak kata heidi klum dalam project runway
one day u in
one day u out.

minah bertanya kembali kenapa
saya telah terbaca status seorang kawan kepada adik kawan saya semasa kecil
(kalau pening, salahkan mata anda,jangan salahkan tatabahasa saya yang tunggang langgang)
dia menulis
cinta ini ibarat roda
dari cinta, kasih sayang,
jadi rindu.
dari rindu,
jadi dendam,
dari dendam.
jadi benci,
dari benci,
jadi rindu
dan dari rindu
jadi cinta kembali.

betul kan
cinta ini macam roda
kamu bercinta,
kamu rindu-rinduan hatta terpisah 5 saat je untuk ke toilet
kamu jadi benci, dendam ketika bergaduh, bercakaran.
tetapi,
kamu akan merindui pasangan kamu kembali dan seterusnya kembali bercinta kembali.

tapi,
bagi saya
cinta ini ada tahap-tahapnya

tahap pertama iaitu tahap kemaruk cinta.
tahap dimana kentut pun bau perfume lancome
taik pun rasa macam coklat cadbury
muka sememh pun dah dianggap ensem macam edward cullen
badan sekeping pun dah dianggap gagah macam van diesel.

tahap kedua ialah tahap saling bercakaran.
terbesin sedikit pun dah diluku
terkentut sikit je pun dah muncung sedepa.sangkut hanger pun boleh.
salah sikit, bom nuklear sampai.
bergaduh macam berperang
mulut dua- dua dah jadi macam pop con.

tahap ketiga
dimana masing-masing dah bersikap cool
"awak,saya nak pergi makan dengan kawan lelaki"
"ok pergila"
"awak,saya nak pergi mandi buih dengan kawan perempuan"
"ok.have fun".
okey,gila kentang cool.
dah tak ambek peduli dah masing-masing nak buat apa.
selalunya kes-kes termain kayu tiga selalu jadi di tahap ini.

saya berkata kepada minah.
kalau begitu,
kita seharusnya memilih tahap 1
bila nak memasuki tahap 2
carik yang lain dan bercinta
dan seterusnya
confirm tak kawen-kawen sampai ke tua
asyik nak bercinta je.

minah cakap dekat saya
"ko ni senget la"
tu la, hafal rumus matematik bagai nak rak
wayar otak pun dah terbakar.

errkkkkkkkkkk


2 comments:

  1. uit..aku tak berapa pahamlar story ko nie..takpun aku dlm keadaan serabut shingga otak aku tak mampu nak bpikir scara waras..hurrmm..hehe

    ReplyDelete
  2. aku pun tak berapa faham apa yang aku taip ni.otak dah senteng
    T___T

    ReplyDelete

ai lebiu la