jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, October 28, 2010

Hantu

Kalau kamu semua diberi peluang, mahukan melihat hantu?
kalau bagi aku, memang jawab nya tidak la kan.
gilo hapo mau melihat nya.
tapi, budak-budak kecik boleh nampak kan.
si faqihah humaira ni selalu bikin jantung aku jatuh.
dia boleh nampak. nasib baik dia ni spesen kuat semangat.
paling kurang dia tutup mata je.
kalau dia tutup mata, dah tau la apa dia nampak.

masa dia kecik-kecik dalam setahun macam gitu.
madame suppiah selalu cakap
dia selalu senyum sorang, gelak sorang dan mata dia selalu tengok dekat satu tempat je.
kadang - kadang dia mampu bikin itu madame suppiah dan maksunya luruh jantung.

time kecik kecik dia bagi tok dan maksu dia luruh jantung.
sekarang dah boleh membebel macam orang tua, dia selalu bagi aku luruh jantung. dah tau aku cepat terkejut, lagi dia nyakat. terbalik kot dah ni.

abag aku yakni bapak si budak kecik ni ada pendampingnya.bukan dia yang carik tapi orang yang hantar. madame suppiah pernah terkena tempias nya. faqihah humaira ni kalau bapak dia balik kampung, dia tak berapa nak sangat. mungkin dia nampak. kalau bapak dia ajak tidur sekali pun dia tak nak. pernah sekali dia menangis kuat sebab bapak dia angkat dia bawa masuk bilik pastu kunci pintu. menjeritla budak ni sebab nak keluar. time itu, otak abang aku dah tak centre sampai la madame suppiah pujuk-pujuk abang aku suruh bukak pintu. kalau aku, tak dernya nak pujuk-pujuk, aku terus karate je pintu itu. keesokkanya baru si humaira cerita yang dia nampak benda itu dekat abang aku.

saspen tak????
ni lagi saspen. dua minggu lepas madame suppiah datang ke kolompo bersama-sama dengan humaira dan adik bongsu aku. konon-konon nak makan angin la. sedang aku dan adik aku khusyuk tengok t.v, tetiba si humaira ni dengan separuh menjerit:

"mak lang!!!!"
humaira nampak anker!!!
(aku dah naik seram tulis perkataan itu berulang kali)


aku dengan adik aku terus tersentap. mana taknya, si humaira ni siap tunjuk dengan tangan lagi kat mana dia nampak. aku panding adik aku, adik aku pandang aku. kalau ikut kan hati, memang aku siku dah humaira ni. dah la aku selalu dok sengsorang kalau kak ayu g out station. lama jugak la dia tunjuk sambil cakap tu, tu, tu..nak tak nak aku terpaksa tengok. aku tak nampak apa kat luar. nak sedapkan hati budak ni, aku cakap:

"mana ada angker la humaira.itu makcik pakai baju putih sedang belajar gerudi inul"

seram tak...seram tak...

2 comments:

  1. aku dari part atas dah mmg naik seram...sampai yang gerudi inul tu aku rase nak makan mekdi sat lagi..apasal ade angker boleh buat gerudi inul??

    ReplyDelete
  2. hentak belipat: aku syak angekr itu mati time sakan bergerrudi inul kot...

    ReplyDelete

ai lebiu la