jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, November 30, 2010

Aku

  1. tak boleh makan sotong, tak leh makan belacan tapi suka sangat bedal dua benda alah ini.
  2. tak boleh tak makan nasi.
  3. cepat muntah kalau makan laksa without makan nasi sebagai lapik perut.
  4. kadang-kadang satu hari tak makan apa-apa pun rasa bertenaga.perut second hand.kadang-kadang senget sikit.
  5. kena makan makanan pedas dan masam untuk menjanakan sistem perkumuhan yang cemerlang.kalau makan makanan ala-ala kanak-kanak, perut akan membusung laksana perempuan mengandung sembilan bulan.
  6. cepat marah dan cepat sejuk.
  7. cepat lupa.
  8. lebih pentingkan perasaan orang lain dari perasaan sendiri.
  9. tak suka pinjam duit dekat orang lain hatta mak bapak sendiri tapi suka bagi orang pinjam.( anis, thanks tolong aku walupun time tuh aku dah rasa muka aku dah tebai sepoloh hinci).
  10. dalam seminggu , hampir lima kali aku demam. baiknya cuma dua hari.
  11. Badan aku berangin. Sebab itu aku kena makan nasi, kalau tak aku cepat muntah. selalu sangat naik benjol angin dekat kepala dan selalu sangat dengar ceramah perdana dari kak ayu tentang bahayanya kalau angin naik kepala.boleh kiok katanya.erkkk!!!
  12. kalau marah, tak suka maki-maki hamun. lebih suka naikkan tangan dan kaki. tak caya, cuba tanya cik seman dan adik-adik aku.
  13. kadang-kadang aku nampak macam bodoh alang, tapi sebenarnya aku malas nak mengeluarkan pendapat aku.
  14. tak boleh hidu bau makanan dekat baju, baju kotor atau asap makanan dekat baju. kalau tak, seratus hempat puluh hempat kali aku akan hidu.
  15. susah nak sebut perkataan i lab u, u lab me, i sayang sebab aku rasa benda-benda macam tu adalah perkara senang yang nak di ucapkan. aku lebih suka tunjuk melalui perbuatan sebab dari situ kita boleh tahu sama ada orang itu ihklas sayang kita atau tak.
  16. cik seman dan bekas bos masa praktikal kata, aku sukar diramal.cuaca pun boleh ramal.

1 comment:

  1. hi loti..
    akak sehat je..
    cantek background!
    waaa

    ReplyDelete

ai lebiu la