jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, November 10, 2010

Online shopping

sejak-sejak aku mula berkecimpung dalam dunia penulisan diari alam maya yang asyik buat aku berangan sambil makan pisang berangan cicah ayaq hangat ewah macam pantun pulak dah ni, aku asyik tengok blog-blog on line shopping.itulah koje aku.kadang aku boleh ngangga dekat dua tiga jam hingga lupa waktu makan sebab khusyuk tengok blog on line. selalunya, yang menjadi pilihan aku ialah blog yang jual beg, selendang atau baju-baju. sebab kalau aku g jengjalan dekat-dekat kedai, mata aku ni payah nak berkenan. jujurnya, baju aku dalam almari pun boleh bilang ngan tangan.hehehehehe.sebab aku jarang membeli baju.bagus tak aku.lelaki-lelaki hangat diluar sana, sila la mengurat saya.nescaya, poket anda sentiasa tebal.

aku rasa setakat ari ni ada la dalam lina nam sepoloh kali aku membeli barang on line. barang first time aku beli ialah spin yang ada bentuk cantik - cantik tu. apa kenama dia, ala doodle,dodol, dedel? second, selendang masa aku jinak-jinak merpati dalam arena pemakaina selendang. ketiga beg yang aku pakai time kena ragut. serius beg itu memang kebal. dah kena belasah terajang sepak bagai pun, beg itu totap melekap colah ketiak aku. wangi sangat kot. smpaikan beg itu tidak sanggup nak memelantingkan ( mem+ pelanting= memelanting jahanam bahasa aku) diri sendiri.lepas itu selendang, baju tunics, beg, selendang lycra. penantian tunggu barang sampai memang best tau. berdebar-debar semacam macam tunggu orang masuk minang. kalah berdebar-debar malam pertama( jangan tanya aku. aku main taip je). bila dapat barang yang dipesan tu, happy mengalahkan orang dapat hadiah mercedes menc. dia punya sengihan itu, kalah lisa surihani. hah wa cakap sama lu.

setakat ini, ada tiga blog shopping on line yang aku puas hati. first, kedai zulaikhashop. dia juai tudung.. second, selendang dari cik petisuara.ni kalau tak kenai, pergi la hentak kepala itu laju-laju. jangan tanya aku kepala mana yang nak kena hentak. ke-3, beg dari sepetshop. ni kalau tak tahu jugak, sila la daftar nama dekat aku buat kekah. kualiti memang superb. servis tip top. kira berbaloi dengan bayaran yang korang buat.

baru-baru ni, aku ada beli baju. on line shopping la jugak. tapi, yang membuat aku serba salah ni, kualiti baju itu tidak memuaskan . aku bukan cerewet tapi bila aku tunjuk dekat hencek seman, dia pun cakap tak elok. lagi 1, yang memusykilkan aku, bila aku dapat resit, harga dia lain. aku ada bayar terlebih sebab aku pakai mesin deposit tu ha. almaklumla, mesin tu kaya tak nak terima lima hengget. yang membuat aku resah ni, perlu kah aku memaklumkan owner kedai itu. bukan niat nak menjahanam, tapi niat nak bagi galakan agar masa hadapan, dapat serve more better. hencek seman suruh aku komen dekat blog dia, tapi aku tak sampai hati.

kalau korang, macam mana?

4 comments:

  1. mesin tu banyak songeh..
    mentang2 kaya:)

    hehe

    ReplyDelete
  2. letaklah sekali picca brg ko beli dan klu boleh link sekali ye..hehe..mane tau i berkenan pulak wahai cik lotti..

    Nanti i nak buat bisnes online la boleh u beli dgn i..

    ReplyDelete
  3. cgg:itulah...mesin itu membuat saya resah acap kali mahu membuat bayaran. T__T. mentang2 mesin kaya

    lady pinko:alah.....aku ni dh la maleh menangkap gambor ni. tak sempat mintak komisen...hahahaha..nanti aku letak la gambar.

    ReplyDelete
  4. suma kedai blog online tu kak una tak penah pegi... sapakah??

    lenkali gunalaa online banking... senang... sen-sen pun buleh dikirakan... :D :D

    ReplyDelete

ai lebiu la