jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, December 9, 2010

Bukit Fraser jom!!!

sekali sekala pergi tempat macam ni boleh menenangkan jiwa yang rosak. Bukit fraser ni terletak di pahang ya anak-anak, bukan di selangor. jangan terkonfius macam cik loti yang akhirnya mendapat lukuan di kepala hasil daripada pertanyaan bertalu-talu bak meriam motar kepada cik seman.ala, tau la geografi lulus. tanya sikit pun dah nak luku. baru 144 kali aku tanya. bukit fraser,sebut betul-betul fraser ya.bila cik seman sebut, aku dengar macam dia sebut bukit breastser. Dem!!! Bukan setakat mata aku kondem, telinga aku pun dah kondem. lucah betul. bukit breaster, eh fraser ni kalau nak datang honeymoon amatla sesuai sebab banyak tempat-tempat penginapan pilih je cik jah oii ko nak yang mana 1 macam -macam ada ha. kalau setakat nak jalan-jalan perabih kan minyak yang semakin mahai tak apa kami orang kaya ni, tidaklah digalakkan sebab dia tempat dia more to trail yang membawa maksud marilah kita berjalan kaki di laluan yang disediakan bagi membuang lemak ternakan anda. Dia punya kesejukan lebih kurang kesejukan di genting dan cameron. Bagi yang tidak pernah pergi ke tempat - tempat yang disebut di atas dan tertanya -tanya bagaimanakah kesejukan anda boleh mencuba dirumah dengan memasukkan kepala anda di tempat sejuk beku peti ais anda dan boleh la start imajin cameron dan genting.

On the way nak pergi bukit fraser ni, banyak terdapat apahal ayat macam karangan darjah enam ni, banyak tempat - tempat air terjun yanag anda boleh buat skuba dibing. pilih je cik bedah oooiiii. nak yang dalam, kurang dalam, deras, tak deras macam - macam ado ha. Free of charge sahaja. Antara tempat yang anda boleh nampak di bukit ini macam binaan seni bina British, Allan Lake dimana anda boleh main kayuh kayuh basikal bot dimana bayaran adalah sebanyak RM 6 untuk lima belas minit, ladang starwbery katanya tapi yang ku jumpa hanyalah stawberi dalam pasu bunga di belakang restoran , kebun bunga dan lain lain sebab tak sempat nak pusing bagi abes.

Perjalanan ke sana amatlah mencabar. Jalan dia lebih kurang jalan nak pergi cameron yang kona-kona maut yang potong jari mat- mat drift melompat kegirangan boleh drift. selekoh dia tajam. silap belok, bai-bai la ko duduk dalam gaung reput pun orang tak tahu. jalan dia one way sajork. maksudnya, jalan tu la kau guna nak naik atas, jalan itu jugak la kau guna untuk turun. Dia ada time-time untuk turn dan naik. kalau nak pergi, disyorkan pergi la awal sebab kalau pergi petang, agak bahaya sebab tak ada lampu jalan. tapi, kalau pergi nak stay, tak kisah la pergi pukul berapa pun kan tapi jangan la pergi pukul 8 sebab masa itu lalulintas tak dikawal. maknanya, pandai-pandai korang naik dan turun guna jalan yang sama. kalau selisih keta, pandai - pandai la adjust supaya anda tidak terjun dalam gaung.

tapi, tak rugi datang. Tempat dia memang tip top cantik. Bagi yang nak berhoneymoon, sila la datang ke Bukit Fraser.







































































5 comments:

  1. wah...bukit fraser mmg best...mcm nak g lagi ja...eheh

    ReplyDelete
  2. gua teringin nk pegi kinabalu.. bile lu nk buat entry kinabalu plaks?

    ReplyDelete
  3. wahhh...bestnye..
    tak pernah pergi..teringin sangat nak pergi..

    ReplyDelete

ai lebiu la