jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, January 29, 2010

hello amoi!!yu nak makan kaki ai ker?

tengah-tengah aku dok feeling perempuan sejati,ada je malaun yang cuba membangkitkan naluri kejantanan aku.yo,amoi..hang awat?apa masalah hang.aku guna singki ang bertenggek sebelah aku.tak reti nak guna singki sebelah ka?yang dok meghela nak bertenggek sebelah aku pehal!!pastuh,buat muka bengis..reti sabaq tak.aku nak ambek air semayang.bukan lama sangat.tak sampai lima minit.

kira aku masih bertamadun hormat ang.pikir ang tua.aku beralah.aku masuk toilet duduk coz nak sambung mbek wudhu.almaklumla,terganggu tumpuan dengan amoi kereput.elok aku pusing nak masuk,aku dengaq amoi tuh bersuara:"tunggu,tunggu mau masuk".aram jadah apa nih!!time aku guna singki,ang tak kalut nak masuk toilet.aku msuk,baru tergedik-gedik nak masuk.aku?ada aku kesah???

aku bukak pili continue basuh telinga kiri dan kanan.aku ingatkan amoi tuh dh start buat keje dia cuci cawan(amoi ambil upah sebagai cleaner cuci mana-mana opis yang nak kan khidmat dia).rupa-rupanya tak.tengah aku feeling basuh kaki kanan,dia bawak baldi biru,adalah air sket2 dalam baldi dicampur dengan benda apa ntah warna putih,kira macam air kotor la,simbah dekat kaki aku.homak aih!!!tersirap darah aku ni..dah rasa nak bagi penerajang dah ha.tapi,mengenangkan dia tua je aku still tahan lagi.kalo muda,tak der maknanya aku nak cakap banyak.

fine,aku diam.aku ambil air semayang lain.after that,aku g dekat sinki balik coz nak pakai tudung.dia tengok aku.aku buat tak reti jer.dekat sebelah baldi dia,ada pin aku.dia letak baldi dia sebelah pin aku.aku pun tak kisah dekat pin tuh sebab dok kalut nak perbetul pin dulu.
tetiba,amoi tuh boleh mbek pin tuh baling dekat singki belah kanan(amoi tuh guna singki belah kri.1st singki yang dia dok bertenggek time aku guna tadi).

walamak!!!!lu bikin gua panas beb!!!

baik aku cabut walopon aku tak pin tudung lagi dengan tudung serabai sebelum ada orang yang makan kaki aku.

kalo aku jumpa amoi tuh tepi jalan mengemis nak beli air dutch lady,siap aku bagi ayaq longkang.

ptuiiih punya olang!!!

gamaknya dia marah aku kot.dua kali aku reject dia bila dia tanya nak cuci opis aku.

aku tengah nak cool ni.saja je ada yang nk bagi tambah bara.


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

pompeii=lesbian+gay?

pernah dengar cerita pasai kota pompeii?
sebuah negara yang kini merupakan sebuah kawasan yang terletak di itali dan dahulunya merupakan sebuah kota purba yang pemes dalam empayar rom.(sambil taip entry ni aku bukak paper metro wat rujukan di samping en.google yang sedia berkhidmat.)

Dek akibat terlampau pesat membangun,macam biasa la.Negara membangun,gejala maksiat pun maju la jugak kan.apa yang aku paham dari yang aku baca,aku dengar,aku google,pompeii ni sebuah negara yang gejala maksiatnya berleluasa.Ia juga tempat aktiviti songsang,seks bebas dan pelacuran berleluasa.Aktiviti ni jugak dilakukan secara open air bukannya close air(betulkan aku sekiranya aku salah).

Negara ni musnah dalam kejadian letusan gunung berapi.Hatta tatkala gunung berapi sedang meletus,larva turun membuak-buak pun,penduduk pompeii sedang asyik bergumbira.Even dekat umah pelacuran pun,digantung dekat pintu nya ialah alat kemaluan lelaki.(Aku tertanya-tanya jugak, alat kemaluan lelaki ni yang depa gantung ni yang ori ke yang ciplak.Kalo yang ori,lelaki mana yang sanggup bersedekah hartanya itu)

tak silap aku,kaum Nabi Luth pun spesen macam ni kan???????
betulkan jikalau aku salah.
errr....agak-agak nye la,gunung berapi pun sakit mata kan dok tengok panorama macam ni.errr...errr...errr.....dekat dalam dunia ni banyak gunung berapi kan...kan...kan...errr....errrr....errrr....





*credit to mr google*

aku suka baca bab-bab sejarah ni.sejarah percintaan romeo dan juliet, sejarah pompeii,sejarah melaka,sejarah negeri kedah.tetapi aku heran,awat subjek sejarah aku dapat c5????musykil..musykil...ada lagi sejarah yang aku nak baca ta[i tak ada dalam mana-mana arkib mahupun dalam perpustakan?sejarah apa?sejarah hikayat loti macho dihasilkan?tapi,terpaksa dipendam.kang tak pasai2 aku marathon dekat pekan baling 3 ari 3 malam.mau bodi jadi mcm maria ozawa ha.marbeles gitewwwww.....




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, January 28, 2010

Fakta Menarik Yang Tak Di ketahui Ramai

****credit to my fren coz email me this mail.***
aku tahu kamu pun mcm aku kan.jangan malu-malu,
yok kita joget ramai-ramai
ayuh dong!!!!


1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang
menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..(zip seluar aku tulis AAK.apakah?)

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.(kalo bergema,conform telinga berdarah)

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.(hahahha,ni kalo kena ligan ngan anjing liar,tak payah la pura-pura buat kutip batu bagai.baling kek jerk.harus di bekalkan kek dalam beg setiap masa nih)

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses. (nasib aku tak pakai lipstick.bibir ai merak bak delima semulajadi yuuu..petua nya?tenyeh la setiap hari dengan cabai merah...auwwww!!!)

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.(lepas ni kalo demam aku togok ah botol sos tomato nih.jimat duit jumpa doktor)

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.(errr..arrrrrr.apakah mereka tidak memakai jam di tangan)

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.(memang luar biasa...wachaaaaa!!!ai loti lee cooper!!)

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah'flutterby' .(ok ya anak-anak.rama -rama ialah butterply)

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.(lepas ni wat gedung mata nyamuk.agak-agak mosquito man handsome tak)

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan
ketika anda menggunakan flush tandas.(uweekkkk...berus gigi aku gantung..muahahahaha)

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.(kalkolatur aku hanya mampu menekan angka 1 sebanyka lapan kali sahaja.oleh itu,aku tak dapt mengesahkan fakta ini)

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.(ai suka biru.adakah ai warga america?america...america)

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.(kalo tanda (*) apakah disebet ostoporosis?)

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.(mau lepas tuh tergedik-gedik nak kutip bola mata jatuh tersembul)

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.(agak-agak la kan,kalo manusia boleh buat mcm ni,ada orang nak kena heart attack tak)

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus..

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.(apakah?????sehingga kini pun mereka kurang gemar memakai seluar dalam)

19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.(dasar bapak ayam,mak ayam,anak ayam,ayam kampung,ayam bandar)

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk -
penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali
dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang
fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik
minat pembaca untuk mengetahui dari atas
.

last but not least:

28-tuan tanah kepada tanah sekangkang kera ini bakal menjadi miss unverse taun 2030 dan memegang gelaran nenek paling vouge mengalahkan anak dara dan menjadi kegilaan ramai.pewit!!!phewiiitttttttttttttttttttt!!!

hahahahahahahahahahhahahaha!!!!






sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, January 27, 2010

world most expensive

credit to mrs classydollbaby coz email me this mail.sangat menarik dan terjuntai bijik mata melihatnya.ada banyak tapi dah capek nak mendownload nya.durata menunggu sekeping gamba di download adalah bersamaan seperti memasak seperiuk nasi ,ayam panggang,kangkung masak belacan,ulam petai,sambal dan tempoyak.






Most expensive Lipstick KissKiss cost 62,000 dollars








Most expensive Diamond tie 220000 dollars



Expensive diamond Sandals cost 2mn dollars




Expensive Dog Collar cost 1.8 mn dollars




Earrings cost 8.5 million dollars




Diamond Handbag Cost 1.9 Million dollars






Most expensive wedding dress cost 15,000 pounds






most expensive bride to be cost 10 millions dolar



**amacam tergugat keimanan tak**



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

saman,seman,soman,suman,siman

aku dari yang tak berapa nak berkenan ngan fahrin ahmad(tak berkenan tengok muka dia jer tapi kalo drama dia berlakon tetap aku tengok) terus jadi tangkap leleh bila tengok dia menangis.alolololololo...so sweet!!!laki menangis menunjukkan dia jujur dengan perasaan sendiri kan.dah tak der ego ke,hipokrit bagai ha.kalo aku nampak lelaki menangis disebabkan agama,famili dan chenta,konpom aku tangkap cintan dekat situ jugak.

errr...tak pe fahrin..ai ada untuk yu...auuuuwwwwwww

agak-agak bila van diesel ngan dawyne the rock nak bagi aku tangkap chentan ngan diorang plak ek?

**nak tengok tooth fairy...sapa nak juin?**

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, January 26, 2010

ASAP!!!errr bukan ASAP dh tapi dh sepantas bunyik kentut urgent nyer

nak kerja lain
nak kerja lain
nak kerja lain
nak kerja lain

sebelum:

  • jadi meroyan
  • mental tetapi cun(ya..boleh muntah)
  • jatuh muflis tanpa di distihar(mcm mn nak eja eh...gagap polak)
  • bakal menjadi penganggur yang terhormat kembali
  • menjadi penghutang kepada kenalan-kenalan yang terdekat..errr...dh siap list nama-nama pemiutang potensial nih.(penghutang-orang yang berhutang)(pemiutang-orang yang memberi hutang)(asas perakaunan jap)
  • cashier dekat kfc dan mcd yang akan membuat kalian jadi meroyan(aku dh aim dh..kalo tak dapek jugak kerja lain..mmg 2 tempat ni la aku tuju awal-awal)
  • hilang mata pencarian(aku dh dapat rasa dh bau-bau opis nak tutup nih)
please
please
pleasa
tolong
tolong
tolong

**nak kena mandi bunga ni**
mandi bunga api
mandi bunga raya
mandi bunga mawar
mandi bunga taik ayam
mandi bunga kertas
mandi bunga tayar
segala mandi bunga la

bagi kerja terpikat dekat ku

***wink...wink***





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, January 25, 2010

takzirah hari isnin dan keraftangan perabiskan waktu yang bak tisu

takzirah kita hari ini bertajuk mengapakah kita harus diam di waktu azan.?

ini adalah kerana:

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."


Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.


***ya..ayat di atas la menyebabkan terjadi nya takzirah hari ini.*********

keraftangan:penyakut baju pelbagai guna-gunaan



tadaaaa!!!!caya la uuuuu..boleh sangkut selendang sama itu tudung wot...wotttt...wottt

penutup hari ini.terimala gamba geli-geli dr tuan tanah










sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, January 22, 2010

layan je la

dady & anak



Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....








Name:..................................

School:....................................

Class:.....................................

Sex:...........................................


moral:fahamila soklan sebelum menjawabnya





















sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, January 21, 2010

mengapa aku suka dia panjang...(why i like it longer)

percubaan pertama menceburi kontest yang di anjurkan oleh nuffnang mengenai LG Chocolate BL40 phone yang bernilai RM2,199. mana tau aku cukup bertuah.tak sia-sia aku mandi bunga api...

*aku frust.tak mo taip panjang-panjang.td dah taip panjang-panjang dah ilang.frust menonggeng betul la.tengok..tengokk..berapa banyak perkataan panjang aku taip*
***************************************************************************

tajuk:why i like it longer
dalam bm (kenapa saya suka dia panjang)


  1. sebab dia panjang,aku terbantut.bila dia disamping aku,automatik aku nampak tinggi.(ceh,teori tak leh pakai)
  2. sebab dia panjang dan dia slim manakala aku pendek dan tembum.oleh itu,kami merupakan pasangan yang ideal bila digandingkan bersama.
  3. sebab kepanjangan nya mampu membuat kan ku seperti supermodel tyra banks dan se jelita megan fox.auwwwww!!!!!
  4. sebab dia panjang la jadi aku senang memegangnya tatkala sedang bergayut seperti tarzan..ooooooOOoooOOOoooOOO!!!!
  5. sebab dia panjang dan slim,senang la bila aku nk simpan dalam poket jeans.tak la nampak mengelembung sana sini.bila letak dalam beg,senang nak nampak dia sebab dia panjang dan sudah semestinya akan nampak terjulur sket.bak kata omputeh" u can run but u cant hide".(ceh,psyco sungguh)
  6. sebab dia panjang la automatik skrin nya menjadi sangat la lebar(lebar ke horizontal ek) dan memudahkan aku membaca dan mentafsir supaya aku yang kaki baca salah ini tidak tersalah lagi.contohnya seperti:kawan aku lady caja menulis di facebook"tak baik menganiaya bintang" tetapi aku bila aku baca jadi " tak baik menganiaya haiwan".tengok!!aiseh..cuba bayang kan cik seman taip mesej bunyi begini "saya nak kawen dengan awak" dan tetiba aku baca "saya nak kawen dengan biawak". sungguh suwey kan.
  7. (aku tak nak dh guna sebab dia panjang,kang para juri mengantuk.ayat tak klise sungguh).selain daripada itu,aplikasi-aplikasinya akan tersusun dengan lebih kemas kerana kepanjangan skrin nya mampu memberi kan setiap satu aplikasi nya ruang yang tersendiri tanpa perlu bersesak-sesak seumpama menaiki bas dan lrt.(opsss!!!!)
  8. sebab dia panjang bentuk nya dan panjang skrin nya,memudahkan aku melayari laman web.selepas itu,boleh la aku melayari t.v online tatkala di dalam kelas menonton boys over flower kerana skrin nya seumpama t.v plasma...Omaigod!!!i lebiu la
  9. sebab nama dia LG Chocolate BL40!!Tengok..tengok!!aku bold chocolate.mana ada chocolate pendek-pendek.kalo chocolate pendek,orang tak panggil chocolate,orang panggil gula-gula.kalo anset LG ni pendek,dah tak leh sebut chocolate la.kena pangil candy..kan..kan..kan...
  10. nak kena genap kan sepuluh ker?genapkan la.mana tau 10*10=100 markah penuh.sebab aku tak ader anset panjang,so aku nak anset panjang-panjang nih.lagi pun nama dia chocolate.boleh la aku makan malam-malam.selain daripada itu,aku juga boleh jadikan anset ini sebagai pembaris tatkala masuk kelas calculation nanti memandangkan aku tak ader pembaris.tengok.sungguh pelbagai guna anset ini akibat kepanjangannya.
sekian,tajuk karangan saya mengenai "why i like it longer" dalam versi bahasa melayu.sila la undi saya.loti idol auwwwwwwwwww...sure mengamatkan anda!!!
LG Chocolate BL40


tengok!!!!!!
panjangggggggggg kan..panjanggggg.....panjanggggggg punyaaaa!!!!












sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, January 20, 2010

it's hurt dude

sakit tau bila kau buat mcm ni
sakit tau bila kau buat aku terus menanti
sakit tau bila kau meminta maaf tapi kau terus mengulanginya lagi,
sakit tau bila kau kata kau sayang tapi kau tak menunjukkan,
sakit tau bila kau gembira tapi kau tak tahu aku gembira atau tidak,
sakit tau bila aku tak mampu membenci kau,
sakit tau bila aku terus jadi bodoh,
sakit tau bila aku melihat kemesraan pasangan lain,
sakit tau bila aku melihat pasangan lain mengambil berat tentang pasangan nya,

sakit
hati aku sakit
parah
aku dh kehilangan kegembiraan
tiada lagi senyuman
aku umpama boneka bernyawa
tiada perasaan






sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, January 19, 2010

omaigod!!!mengapakah ramai manusia yang berhati dengki ini?

merata-merata blog aku pergi
mesti konpom wajibal ghunnah harus dimestikan dikonpomkan
ada komen anon
kalo komen anon yang sedap kita baca
saujana mata memandang
tak aper la jugak
ni yang jenis kaki kondem
kaki kutuk
kaki tungkik
kaki yang nak mengatakan dia lebih better dr kita

apa punya olang daaaaaaaaaaaaaaaa

kalo olang mau tulis itu kisah percintaan ka
itu dia punya suka la
napa lu anon aaaaa
suka2 kondem sana sini
mengapa kamu dengki sama dia
biarla dia di alam fantasi dia
dia tak pinjam alam fantasi kamu pun
kalo dia pinjam
logik la nak marah
betul tak

kalo dia nak tulis entri2 merapu merapan
biarla kat dia
mana tau hidup dia suka merapu merapan
asalkan dia tak bawa pisau hunus sana hunus sini

kalo dia nak menceritakan kisah idup dia
dia kaki shoping ke
dia kaki ulat buku ker
dia kaki bola ker
biar je la
hak dia nak menulis apa2
asalkan tak melanggar undang-undang hak asasi kemanusian

ni kira nak bagi komen-komen yang aku agak
person tuh jenis mentaliti dia low
kurang keyakinan diri
jenis yang suka berlagak.tak boleh orang lebih dari dia
pantang nampak orang gumbira sikit
konpom yang mental dia sakit

apa daaaa

p/s:selama ni aku ingat kan pokok pisang mcm pokok buah-buahan yang lain.akan berbuah ikut musim dia..bila mak aku tebang pokok pisang selepas dia berbuah,aku pun naik heran?awat la mak aku tebang pokok pisang ni?bila aku tanya,mak aku tanya"ni pi sekolah kee tak nih"?

patut la ada peribahasa
pisang berbuah dua kali

i dont want banana fruit two times

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, January 18, 2010

perihal adnan si sempit

aku tak nak review cerita pasai adnan sempit sebab merata meriti blog sedang hangat menceritakan adnan sempit seperti pemangunan yang pesat.aku nak cerita penangan adnan sempit ni.bayang kan.semalam.3 bijik mall aku dan mr ginger(cik seman) meredah mencari adnan sempit nih.3 bijik!!!!boleh dapat award pencinta movie tegar nih..

1st mall-mines.penuh.pukul 930pm pun penuh!!!haishhhh.pergi hari ahad mana tak penuhnya dengan orang-orang berduyung tiba.memandangkan adnan sempit xder,aku tak nak menyempitkan masa dengan merewang dengan tiada hala tujuan.mau bershopping pitis enggak ada.mau karoke?ohhh tidak pak....tempatnya penuh dengan pelapis2 wali band,nidji,ada band,sheila on seven!!!ku tak sanggggguuuuppppppppppppppppppppppp!!!!
muka mr ginger?sedikit ketat memandangkan dia yang begitu teruja nak melihat adnan sempit.lantas aku berkata,jom g jusco balakong

2nd mall_jusco balakong>penuh jugakkkkkkkkkkkkkk.muka mr ginger?tak ketat dh.dh tukar kaler ijau.aku?still senyuman manis di pipi ooohhh nyonya manisssss...lesung pipit di pipi....aku dh blur.dh tak tahu nak usulkan pangung wayang kat mana ada dh.sebab otak aku dh tepu.aku laparrrrrrrrrrrrrr...pergi makan dengan food court jusco.satu benda je yang aku tak berkenan dekat food court jusco ni..satuuuuuu je..apa kejadahnya mengorder kat tempat lain patuh bayar kat tempat lain??????berapa ratus kali nak kena beratur?mengorder pun kena beratur.nak bayar pun kena beratur.nak kolek makanan pun kena beratur..WTS la!!!(wat da sempit)kalo ayah aku,mahu dia protes la la tuh jugak.

disebabkan aku tengok muka mr ginger seperti meminta lima kupang punya cap jari,aku mengeluarkan pendapat jom pergi leisure mall.kalo xder jugak,jom pergi downtown carik cd !!!

3rd mall-leisure mall.nasib baik ada.kalo tak mau ada yang mengamuk....

i don want banana fruit 2 times aaaaa

selingan*******

filem terbaru farid kamil.v3.samseng jalanan.pergi la tengok ramai2.....aku dh warning mr ginger.aku tak mo tengok citer nih.....aku dh penat tengok citer lumba-lumba,preng-preng minyak,hentak2 kepala guna helmet.
niyang rapik pun aku tak mo tengok.kang tak pasai2 tengah2 malam aku terjaga dok merapik sorang.
ju-on itam putih pun aku tak mo.kang mau tiap2 malam aku tido sumbat earpon dlm telinga.


ohhhh.ada sesiapa dh tengok cerita perihal pari-pari?eh,betulkah tajuk nih?
yang pelakon nya liyana jasmay dan que haidar.
apa kesudahannya?
aku tengok sekerat jalan
lagi sekerat jalan aku dh angkat kaki dr wayang
sebab aku dh nak bertukar jd ijau.

p/s:kenapa aku kena in caj kolek budak2 kelas aku untuk renioun ha?

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, January 15, 2010

why!!why!!

aku ada masalah
tapi tak boleh nak cerita
bukan tak pernah cerita
pernah
tapi
tak ader yang paham

aku boleh faham masalah "dia"
aku boleh dengar masalah "dia"
tapi kenapa bila aku ada masalah
kenapa "dia"
tak boleh faham
tak boleh dengar

adakah aku ini
tempat untuk "dia"
untuk ceritakan semua permasalahan
yang kebanyakkan
jenis yang cari penyakit sendiri

aku tak memerlukan simpati
tapi
aku juga tak boleh
nak buat2 gelak,sengih, senyum sepanjang zaman
takut di cop gila satu hal
takut terkena penyakit mental pun ya

aku tak tahu sampai bila aku boleh sabar
paras sabar aku sekarang tak sampai ke level bahaya
kalo sampai ke level bahaya
kalah incredible hulk aku rasa

duduk disini
walopon dikeliling orang
tapi
tetap aku rasa aku keseorangan



p/s:jihan....aku rindu sama ang......
ana,aku rindu ang jugak

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, January 14, 2010

tangga=stairs?star?stim?stem?

sejak-sejak kebelakangan ni
aku ayik terbayang-bayang
yang aku jatuh tangga dekat umah
bukan umah yang ada 3 tangga yek
ni bertangga-tangga
seperti tangga batu caves
yang dibahagi sepuluh ditolak 18 dinegatifkan 15

akak aku cakap
mimpi jatuh tangga
petanda tak baik

ni kalo terbayang-bayang jatuh tangga
petanda apa ya
bakal jumpa emas ker

ohhh heaven kalo jumpa emas





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, January 13, 2010

bagi aku,lelaki yang suka naik tangan pada perempuan ini ialah lelaki dayus yang patut ditanam hidup2 je

*emo sikit.sikit je tak banyak*

perempuan-perempuan kat luar sana termasuk aku
sila la lengkap kan diri anda dengan martial art
supaya senang nak bagi penerajang kat lelaki-lelaki hamapgas yang suka sangat nak naik tangan kat orang perempuan
even dalam Islam pun dh ada garis panduan
kalo nak pukul isteri dengan niat nak mengajar ye
bukan nya dengan niat nak lepaskan perasaan yang konon-kononnya anda pahlawan yek
nak memukul pun jangan smpai bagi kemudratan pada sang isteri

ni aku tak paham
kalo pukul tuh
dh mcm puching beg ha
pukul pompoan tuh dh rasa mcm JANTAN sangat la

haila
please
kalo nak tunjuk jantan
biar dengan jalan yang betul
pelihara,lindungi,bagi kasih sayang yang cukup
itu barula jantan yang sejati

kalo nak beradu kekuatan pun
carilah lawan yang sesuia
g la berpuching beg ngan van diesel ker,dawyne the rock ke,hulk hogan ke,incredible hulk ke,superman ke,spiderman ker,apa-apa man la

please la
kami ni pompoan
dicipta dari tulung rusuk kaum lelaki
tolong la
lindungi dan sayanggi la kami


*emo sbb der kenalan aku kena puching beg sama itu lahabau ha*
aku plak jenis pantang sket dengar tangisan kawan2 aku ni
mula la hormon incredible hulk nak menonjol2 ja

sabar.sabar..
aku tak prejudis ngan kaum lelaki
malah aku adore lelaki
lelaki yang sejati jer
sila paham dengan makna sejati yerk

sejati-yang melindungi
-yang mengasihani

bukan sejati yang boleh bagi anak riban2 yek
mahupun berpuching beg yek




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, January 12, 2010

here i am,waiting for u

i,
just a little gurl,
little little tiny tiny one,
struggle to achieve what i dream,
percaya bahawa hidup ini,
seumpama fairy tale,
bak hikayat cindrella,
derita di awal,kebahagian diakhir
umpama beauty and the beast,
dimana kebaikan mengatasi kejahatan,
kelembutan menawan sang raksasa,
sekilas sleeping beauty,
yang menunggu sang pria untuk menyelamatkannya dengan penuh kesabaran,
seperti pochantas(aku tak tau eja),
gagah berani bertempur mempertahankan tanah air,
selembut dan secantik snow white,
memaafkan kesalahan orang lain.

ya
aku mahu begitu
oleh itu,
marilah aku,
berusaha untuk mencari keje lain dan membeli kete volkswagen beetle kaler kunen(kini aku tau siri dia)
go go power rangers!!!



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, January 11, 2010

excuse me,excuse me.please clean ur shit please!!!

macam biasa.
setibanya di wisma,perkara yang wajib aku buat ialah pergi kedai paper@buku akak tudung ijau(selalu pkai tudung hijau.damainya mata aku).asal nampak aku, akak tuh senyum dan berkata"adik,ari ni gempak@utopia edisi baru tak keluar la".aku just tersenih-sengih je.handal akak ni membaca fikiran aku.bekpes roti canai n teh tarik.marvellous n mula la aku mencari-cari toilet selepas makan.sistem kumbahan yang terlebih efektif.tapi tak ramping-ramping jugak aku.

selalunya,pagi-pagi,aku yang merasmikan toilet.aku suka toilet waktu pagi.semerbak dan seindah baunya.tapi,pagi ni ada yang merasmikan nya.

pengguna toilet tuh diam je.dh la diam,lama pulak tuh.aku yang kat luar ni dh buat mcm2 tarian dh.nak je aku sekodeng.mana tau pengsan ke hapa ke.bunyik air pun xdengar.sedar2 aku dengar bunyik flash.bila pintu buka,terus aku terkam nak masuk.hajat di hati mesti dilepaskan.sekali...................................................................

errr,amoi.can u please clean ur shit properly?

tercalit shitnya di mangkuk toilet

shit betul la

tau la cuci muntut pkai tisu

tpi,make sure la semua taik tuh dh betul2 hilang ketul-ketul nya berserta kesan-kesannya,

jangan tingal-tinggal

bukan nya berharga pun.

smpai sekarang aku terbayang- terbayang

mcm mana aku nak makan nanti




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, January 8, 2010

jobsmalaysia

aku nak tanya
pasai jobsmalaysia nih
aku dh daftar
and jobsmalaysia ni dh banyak buat pandanan kerj untuk aku based on aku punya qualification
and ada setengah kerja kosong yang mana aku tengok sesuai,aku dh apply mohon
tetapi,
dari tahun lepas hingg la sekarang
aku tak dapat apa2 feedback pun
yang banyak call aku pun
adalah berkenaan dengan place & training
dimana kita akan pergi buat training kalo tak silap aku selama dua bulan
selepas tuh diorang akan place kita dekat kompeni-kompeni yang high profil la
tapi semua aku kata aku tak berminat
sebab apa
sebab bila aku tnya kursus tuh start dari pukul berapa abes pukul berapa,
jawapan aku dapat mesti sama
pergi interbiew dulu,then kalo dapat baru tau
haih la..
bukan nya susah nak jawab soklan aku la kan

boleh bantu
aku nak tau
kenapa aku tak dapat apa2 feedback
aku dh mcm ilang arah dh nih

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, January 7, 2010

yo lady...eh silap...yo bitch!!much better

dh hebat sangat ke ang buat mcm tuh?
handal ker?
ang nak buktikan apa?
nak buktikan yang ang mampu menawan,menambat hati semua kaum lelaki
wat da heck!!!
kalo setakat nak menawan hati lelaki dengan mengangkang,mengedik
aku pun boleh
but,
sori ya
i got pride
do you have??
i dont think so
u are cheap cheap one la
remember one thing
wat goes around come around
(mcm terbalik je bunyi)
tak pe la
ang menang di dunia
kat akhirat ang menjawabla
tuh pun belum tentu ang selamat kat dunia
ang tau kan
doa orang teraniya
insyallah termakbul
takkan tak tau kot
kata sekolah agama
pkai tutup litup
tapi kan
baik la ang tak payah bertutup litup bagai ha
tak payah la berlagak baik sedangkan hati ang tuh
kalo operate scan la
konpom hitam bernanah berulat
kan,kan,kan
aku tengok ang pandai
tapi
hakikatnya
aku yang spm celah gigi ni lagi pandai
aku tak tahu la ang spesis manusia jenis apa
tak tau hormat orang
sedarla
ang tuh muda
nak kata cntik,
pun tak guna kan
iyelah.setakat cantik diluar huduh didalam
pun tarak guna maaaa
tapi
satu je aku mintak
insaf2 la
bawak-bawak bertaubat
tak payah la nak berlumba-lumba kumpul dosa
tak ada faedahnya
dunia ni sementara je



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

TAKE TWO:ai tak suka yuuuuuuuuuuu

pemberitahuan:entri ni adalah kejadian semalam tetapi ditaip pada hari ini disebabkan pemangsa tidak mempunyai cukup oksigen untuk menafas menyebabkan darah tidak dipam ke otak dan telah menyebabkan konklusi dimana pemangsa telah koma secara celik.harap maklum


da take two begin
******************************************************************

dem!!!aku tertinggal kunci rumah dan kunci opis.bagaimana aku mau masuk ke opis.bos aku demam.takkan aku mahu paksa dia datang ke opis semata-mata mau antar kunci dekat aku.otak ku berputar-putar mencari jalan penyelesaian.sesaat dua aku berfikir,datangla dua jalan penyelesaian iaitu:
  1. pecah masuk opis.dulu aku agak terrer bab2 nak buka mangga ke,kunci ker tetapi sekarang skill agak kurang.lagipun aku tiada alat yang secukupnya
  2. pergi ambil kunci umah dekat akak aku yang opis nya terletak di kl sentral dan balik umah mbek kunci
setelah dipikir2,aku mengambil jalan penyelesaian nombor dua.mbek nombur 1 kang tak pasai2 kena cekup atas tuduhan cuba merompak.sesudah aku brekpas,terus aku gerak memulakan mudus operasi

klcc----->kl sentral---->jalan kaki pergi plaza sentral----->>patah balik pergi kl sentral----->pergi msjid jamek nak transit mbek star----->>smpai la pandan

tapi yang paling ai tak suka ialah:
  • kat kl sentral,aku nmpak amoi ni.dia pkai skirt paras lutut.cantik.rambut curl.bila dia pusing belakang,fulllllllllllllamak...lagi cantik.amoi,baju lu spesen lut cahaya ka?ai boleh nmpak clear lu punya spender.kaler putih meh?aiyo..talak seksi ma...pki la kaler itam n g-stringla.boleh kasi lelaki-lelaki darah idung maaaaaa.demmm!!hell for me..heaven for men..
  • dh smpai setengah jalan aku berjalan kaki menuju ke lrt star,tetiba aku terpikir:"eh,pintu umah aku dh tutup ke belum".dem!!!kena patah balik.penat tau tak otak..ai tak suka la yu dable crosing hati ai nih.
kesudahannya,aku smpai opis pkul 11 pg dengan penuh keletihan dan kehausan

l/s:daya ingatan aku dh menurun la.takkan muda2 bergetah lagi dh nyanyuk kot....tak macho sungguh.ada apa2 petua nk ilangkan nynyok tak.aku rasa aku nak pinjam otak albert ensten la...


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, January 5, 2010

aMs GiFt Part 2 And The EnD

the package

mr ginger bered





da speech




da aksi telebih gedik by pemenang


da plying kentut from mr ginger bered


da kenduri bermula...nyumm..nyumm..terkammmmmmm!!!!!!!



mr ginger bered kehausan,keletihan,kecapikan


**gambo tunggang terbalik.aku malas nak rotate.kuang..kuang..kuang....thanks ya ween lalink for da lovely gift :-* **
















sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, January 4, 2010

mimpi-ular=kawen???

kamis malam jemaat
malam new year
orang smbut tengok bunga api
aku smbut dengan terbongkang ataih katil
penat bersempit dengan en.seman g makan seafood kat kelang lama
capek bertenet ngan pakcik polis ke jpj aku pun tak tau buek roadblok
2nd time kena tahan.
muahahahahahahahahah.no flat kenderaan dihadapan tidak ada.salahkan tuan kenderaan kerana hendak stylo bagai ha dan aku melihat pelbagai ragam manusia yang kena tahan membuat muka manja dan hensem agar dilepaskan.haih...manusia...manusia..haishh people..people...

*****
(dan malam nya aku bermimpi.bukan mimpi basah bukan mimpi 18xl.ini kategori mimpi cacamerba)

aku di dalam kelas bersama-sama kawan ku,ati.sekolah menengah ya anak-anak.then,aku mengadu dekat ati yang aku dahaga.ati menyuruh ku membeli air dan berkata "pergilah beli.cikgu masuk lambat lagi".aku melihat jam tangan power rangers ku dan waktu ketika itu 2.45 pm dan aku pun keluarlah kelas.kebetulan sekolah ku dalam mimpi itu menganjurkan hari kantin(tak salah aku).so,banyak la gerai buka.ketika aku berjalan-jalan hendak membeli air,aku terserempak dengan kawan ku ,hanim.dia bertanya sesuatu kepada ku dan ku hanya mampu menggelengkan kepala.aku berjalan-jalan hendak membeli air.aku beli air anggur.motif air anggur??ketika makcik tuh hndak mencedok air msuk lam plastik,tetiba je ada mamat yang kukenal tapi aku lupa siapa dia memeluk ku dan cuba mencium ku.lokasi kejadian di kawasan umah lama ku di sungai petani(part cacamerba nih)aku agak hairan bagaimana sepantas kilat berubah lokasi.aku cuba melepaskan diri dan berjaya.tetapi bak kata pepatah,terlepas dari ciuman sang lelaki,termasuk dalam patukan ular.aku dikerumi ular di kawasan aku menunggu bas di taman *** di sungai petani.ular pelbagai jenis.semua meluru ke arah ku.bagai kan aku sang ratu.tiba-tiba ada seekor ular sawa yang panjang meluru ke arah ku dan cuba mematuk ku.tetiba aku terjaga dan tergaru-garu idung.

apa motip aku mimpi nih.dari kawan aku sekolah menengah smpai kwn part-time terlibat ni.makcik juai kuih dekat kawasan umah aku pun terlibat sama nih.




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

testing diskas buek kali kedua..testing..testing

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

tiga hari cuti

menyebabkan otak ku tumpul
membuatkan setting jam loceng badan lari
membuatkan mata ku kelabu
dan kuyu
dan stim ala-ala mata mat korea
membuat ku malas nak bergerak
3 ari cuti
tak mengadap komputer
membuatkan ku lupa bagaimana nak menggunakan komputer
banyak nya entry kome-kome taip,
tak terlarat aku nak mengkhtam nya






sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku