jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, March 31, 2010

silence

tatkala aku diam,
 bukan bermakna aku tewas.

tatkala aku diam,
bukan bermakna aku merelakan perbuatan kalian.

tatkala aku diam,
 bukan bermakna aku pengecut.

tatkala aku diam,
 bukan bermakna aku dungu.

diam..
kadang kala lebih baik daripada bersuara.
 ibarat murai tercabut ekor.

diam.
boleh dijadiakan senjata dalam sesuatu permasalahan.

 diam.
 boleh mengurangkan dosa dan menambahkan pahala.

 diam.
 boleh mengurangkan musuh dan menambahkan sahabat.

 diam adalah lebih baik daripada berkata-kata yang kadangkala boleh melukai perasaan orang lain tanpa sedar atau dengan sengaja.

daripada bising umpama ayam bertelur riuh sekampung,lebih baik aku diam.Agar aku tidak menunjukkan kedunguan ku dengan berkata-kata.


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, March 30, 2010

lain jangan mengata dekat kat orang.kan dah terkena dekat batang idung kemek senirik

dulu,
aku rajin mengutuk, mengata cik seman. apa kelas main mafia wars. macam budak- budak la dok bertenggek je depan pc semata - mata ngadap mafia war....

 itu dulu...

 sekarang...

aku pulak yang ketagih mafia wars.. ketagih sebab tengok duit yang meningkat naik apabila selesai melakukan sesuatu job. ohhh... nyata sekali aku mata duitan... sesekali ter'feeling' sebagai awek mafia wars..memakai sut itam yang ketat yang menunjukkan potongan badan seperti megan fox yang boleh menyebabkan angelina jolie menangis guling- guling,lincah dalam melaksana kan tugas sebagai pembunuh upahan. tetapi, komitmen sebagai pembunuh upahan hancur tatkala bertemu dengan mangsa yang hendak di bunuh yang mempunyai muka iras- iras  van diesel, gaya seperti shaheizy sam dan potongan badan seperti dawyne the rock.lantas cinta berputik menyebabkan aku,awek mafia diburu bersama-sama mangsa yang merangkap kekasih cinta padang pertama menyelamatkan diri daripada pihak organisasi assasin....

 bahagia kan angan- angan.....

dulu facebook ku diabaikan.sekarang facebook ku ditatang, dibelai dan dimanjai semata - mata mafia wars. lebih baik aku menghadap mafia wars daripada aku nak jalan-jalan dekat page orang lain tetiba tengok pergaduhan status dan pergaduhan wall. sungguh comel.seperti kanak-kanak riang.

sesiapa yang bermain mafia wars,sila la add aku..aku nak tambahkan ahli keluarga ku.baru 5 orang je ahli keluarga mafia wars aku..sob..sob..macam mana nak jadi awek taiko yang digeruni kalo setakat lima orang nih.....

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, March 29, 2010

amnesia-ilang ingatan?????

 sejak2 akhir ni aku rajin sangat terlupa..kadang-kadang tak sampai lima minit,aku akan terlupa benda yang aku nak buat.contohnya seperti sekarang.aku nak mengarang entri baru.dalam pala otak dah ada rangka badan nya.tapi bila nak taip,ilang suda seperti angin yang keluar dari lubang dubur.haishhhh....nak dikatakan kuat makan kepala ikan,aku mana makan ikan sekarang.asyik-asyik kedarah ayam je sampai naik muak aku.nasib baik aku tak kedarah mak ayam.kalo tak,mahu gegar satu pekan baling.Nasib baik kawan aku remind latihan yang harus dibuat untuk kelas ini.dah la muka wanted.aku pun tak tahu apa yang kami buat sampai di wantedkan oleh lecturer.ala,mr wong....setakat potostat buku teks je pun..tuh pun nak diwantedkan kan...oh ya...buat pertama kalinya,aku mendapat markah yang paling banyak untuk subjek calculation.77/100.lagi sikit nak melompat tapi harus dikontrolkan kerna pakwe ensen,pakwe ensem, usha..walaupun bukan A,tapi aku bahagia.bayangkan dari darjah 1 sampai tingkatan 5,dari sem 1 sampai sem 6,aku tak pernah skor B dalam subjek calculation.betapa dungu nya aku...tapi,kalo bab duit.aku laju.tetiba je jadik pandai calculate.hahahhahaha...

aku dh ingat dah...

aku nak buek entri pasai earth hour...ohhh...aku jugak menyokong earth our.aku setart padam lampu pukul 835.aku on balik lampu pukui 920...hahahahhahahaha....bangga aku..lampu off.televisyen dan kipas on...tetiba feeling tngok wayang gold klas punya..nasib baik pop corn tak ada.kalo tak,dah lengkap wayang gold klas aku....

dalam feeling eart hour,dalam hati dap dip dup jugak la jantung ini sebab gelap dan otak aku ni penuh dengan imiginasi yang tak sepatutnya.nasib baik ari sabtu bukan nya ari kamis.kalo tak,tak ado maknanya aku nak ber'earth ' hour sorang-sorang terkebil-kebil dekat umah ha...





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, March 25, 2010

hidup

bagaikan pentas soap opera
pelakon nya terdiri daripa pelbagai bangsa dan agama
pelbagai warna kulit
hitam,koko,kunen langsat
tiada hero segagah rosyam noor
tiada heroin secantik aiswariya rai
kita semua pelakon nya
pelakon di atas pentas dunia
sedih gembira.
tawa dan tangis

hidup,
mengertikah kamu
bahawa kamu
sungguh seksi



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, March 24, 2010

lagu penenang jiwa#3

wanabe mp4











credit to youtube and cik seman sbb dia beria-ia suruh aku tengok siap tinggalkan pesanan dalam anset aku.
agak chumel spicy boy itu

hahahahahaha



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, March 23, 2010

dogaan...dogaan...dogaannnnnnnnnnnn

 my mama sms i tau malam semalam
my mama cakap,cousin i yang handsome dan bakal cikgu tuh masuk sepital
i macam, wahat!!!mama..dont play play tau.not veri good to my jantung kondision tau.
my mama said,baby,bila masa mama main ni?mama tau main congkang and stone seremban je tau(batu seremban).

***gedik tak***

hahahhahaha..

okeh
series ni
sepupu aku masuk sepital
mula-mula syak ada dalam ketumbuhan dalam paru-paru

pastuh.semalam madame suppiah mesej aku mengatakan sepupu aku telah disahkan menghidap kanser paru paru atau bahasa cangey nya,lung canser.

aku terkesima jap.dalam hati berdoa,biarlah di tahap yang tak teruk lagi.sepupu aku tu laki.baik orangnya.kalo kena buli,still boleh senyum manis lagi.memang stok calon pakwe mithali dan bakal suami main tali..

walopon sakit,madame suppiah cakap dia tak mengeluh.bak kata aku,uk tak..ek pun tak.aku?demam skit pun aku dah transpom jadi puting beliung ha.memang tak mensyukuri betul la.bak kata ustazah,sakit tuh kan boleh meluruhkan dosa.


mesti ada orang ingat sepupu aku ni aktif bersmoker ak tunjuk macho kan.tak..dia tak merokok...nak lepak dengan orang merokok pun tak...macam mana aku tau?aku pasang cctv kat badan dia..bpleh sekodeng...auwwwww..melalui pemerhatian aku.sepupu aku ni jarang nak melepak dengan orang yang merokok.so,kurang la tempias asap-asap durjana tuh kat idung dia kan.

tapi,sakit sihat tuh kan kurnian ALLAH S.W.T.aku bermohon agar kalian dapat mendoakan kesejahteraan sepupu aku.muda orangnya..bakal cikgu kanak-kanak khas@istimewa.tak banyak kan budak muda nak jadi cikgu pastuh mbek bidang nak mengajar kanak-kanak istimewa kan..

doakan kesejahteraan sepupu aku

perjalanan hidup dia masih panjang
baru nak bermula

 sesapa nak mengutuk ke apa ke,sila kutuk dalam hati ye.jangan bagi aku nampka atau aku terbaca.kang tak pasal-pasal kena sumapah seranah dari aku.


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, March 22, 2010

buat ahh fat

kesinambungan dari pakcik tak gosok gigi minum ayaq teh tarik oarang len.

gilo hapo aku nak tunggu pakcik empunya air minum ayaq teh tarik tuh.kang tak pasai-pasai aku yang muntah ijau siap dengan guling-guling maut 18 kali pusingan lagi. tak sanggup aku bayangkan kot-kot ada terlekat sisa- sia taik gigi dekat straw...errr..penambah perisa...


waaaaaa...T__T
eden tak sanggup








sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, March 19, 2010

rojak hari jumaat

rojak 1:thanks to ah fatt coz wat tutorial pasai blog punya background.memang sonang ah....ah fatt,betul la apa ko cakap semalam.memang letrik tak masuk.wayar rosak.muahahahahahahahaha.

rojak 2:semalam pagi,akak umah aku park kete tepi cimb bank yang berhadapan kl sentral.kalo tak salah aku,jalan brikfield ke sambathan ntah aku tak tau.depan cimb bank,ada sebuah moto park.then,datang seorang pakcik jika ditafsir dari segi luaran,mungkin kebanyakkan akan mengatakan di gila,merempat dan sebagainya.pokcik itu menyelongkar raga motosikal..selongkar punya selongkar,kelebek punya kelebek...TARAAA!!!pakcik tuh jumpa sebungkus teh tarik yang masih kaw kaw yang aku agak penunggang motosikal tuh baru je beli dan sempat sedut dalam sekali sedutan sebelum dia tinggal air teh tuh dalam raga.pakcik itu pun tanpa membuang masa terus menyedut dengan sedikit kerakusan...SULPPP!!!! dan aku GULPPP!!!Haiyoh.....dia minum air orang woooo tanpa kebenaran....tapi pakcik ni kira bagus jugak.dia tahu air tuh bukan air dia dan dikira sebagai mencuri kalo dia mengambilnya so dia meletak kan kembali air tuh ke tempat asal dan terus berjalan.dan otomatik,tekak aku kembang.dalam otak aku hanya terlintas ini:tak mandi--->tak gosok gigi-->gigi kunen-->taik gigi bertempek-->sedut teh tarik-->letak balik-->penunggan moto yang tak tau apa sedut air yang telah disedut oleh pakcik tadi-->konpom marbeles......

rojak 3: selipar aku putus tadi depan ssm kl sentral.amat la sua suwey good morning sungguh dan ari ni aku rasa bukan hari aku coz cik seman tepon aku mintak watkan dia surat resign.dia nak resign dari keje sekarang dan mahu kerja di lumut,perak.Demm!!aku rasa macam ada orang baling bata atas pala aku.cinta jarak jauh selalunya tak berhasilkan.selepas ni,aku kena siapkan dengan perisai.aku tau coz aku ada pengalaman di tambahkan dengan pengalaman kawan-kawan aku dan orang yang dekat dengan aku.

rojak 4:aku pun mahu cari keje lain.mahu cari kawan baru,mahu cari bos baru,mahu jadi pengalaman baru.cari pakwe baru?oohhh no no no!!i want nobody nobody but you!!aku hanya setia pada yang satu..aisehhh...

rojak 5:aku tengah rangka karangan ucapan yang bakala ku lontarkan pada bos aku untuk memungut upah akaun aku.berjanggut tunggu wooooo....

rojak 6:aku nak join buat karangan kontest nuffnang pasal gatsby tapi otak aku kering.ada sapa nak bagi cecair lebihan kat otak aku?dipersilakan...













sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, March 16, 2010

mari kita lihat siapa yang kena!!1


aku ingatkan blog aku ni hanya terpemes(perasaan jap) di singapura
tetapi,
sungguh tak ku sangka
dekat india pun pemes jugak
adesss
apa yang diorang bacanya ek??

konpius...konpiusss


*hasil malas nak edit*

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, March 15, 2010

V3 SAMSENG JALANAN.memang "samseng" sangat

ekceli memula aku ingatkan v3 samseng jalanan ni cite yang elovosi kl drift 2.aku pun nengok la dari a sampai ke z sambil menunggu dimana la kemunculan shaheizy sam nih smbil bawa kete herot- herot sampai ke tepi jalan.jenuh aku nunggu sampai part aqasha langgar farid kamil dengan gaya willy wekang laici kang sambil mamat yang nama nya macam siam tak siam aku nak eja tak reti dukung cik liza sambil jerit rudiiiii!!! tetiba keluar tulisan mengatakan samseng dan kamsah ditangkap di sempadan siam.

aku blur

dimana ketenya
mana driftnya

tu padahnya kalo menonton wayang tanpa melihat tajuk.harapkan cik seman membeli tiket je(ohh..cik seman sudah pulang dari bertapa di gunung kukupunyacintahahah tapi aku syak dia kena kidnap dengan ufo sebab wayar humor dia hilang)

watak cik lisa yang dipegang oleh intan lidyana amat la bersahaja.oh...cara cik liza mengucapkan terima kasih kepada rudi sebab menghantar dia ke tempat mesyuarat amat la sempoi.sekeping stiker kiss dilayangkan di sebelah pipi beralaskan helmet.sungguh cool bukan..

watak kamsah(aku syak kamsah ni orang siam mcm aku gak nih) sesuai dengan moto perilis..mutu,,keunggulan itam itu menawan.dua poloh ompek jam aku tengok dalam citer tuh merokok.ohh..kamsah ni ada martial art.dia jadi bodigad garing..ohhh...garing tuh lelaki tau..tapi aku musykil laki apa pkai bodigad pompoan nih.heheheheheh...

dia punya samseng terserlah bila bab-bab pukui-pukui,lumba-lumba pastuh kuar perkataan aram jadah,anak aram..oohh..ohhh..aku wendu sama perkataan -perkataan tersebut dimana aku jugak selalu menggunakannya tatkala aku masih menuntut di high school "musikal" untuk menunjukkan kesamsengnan aku tapi tewas juga di tangan madame suppiah tatkala dibedal menggunakan hanger baju..ohhhh...madame suppiah memberikan pukulan kasih sayangnya kepada aku..

cite ni jugak banyak pelakon tambahan perempuan.ohhh..perempuan-perempuannya sungguh marbeles dan menawan.aku syorkan kepada para makwe-makwe,tunang-tunang female dan isteri-isteri kalo hendak melihat movie ini sila bawa penapis untuk menggelakkan mata lelaki-lelaki anda terjojoi keluaq.

sekarang ini,aku hanya mahu menghilang kalendar untuk menonton evolusi drift kl 2 sambil menahan air mata kasih apabila melihat kete-kete evo,lancer dikorbankan begitu sahaja..oohhhh.kalo sedekah dekat aku pun tak apo.boleh buek gerek pi uitm...




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, March 12, 2010

hello world...thanks for ur love.feeling beatle know

im heal know
oh yeah....
wanna keep rockin!!!!

to my lovely dupley sweetly mucukly boiprenly:
syaja
anis
ana

i lap u all

*hati:aku dh sembuh.luka2 dh tak ada dh.*
*akal:ye ker???skunk ni boleh la aku berfungsi dengan normal..*
*hati:selama ni ang tak normal ka?*
*akal:cilakak lu*








sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, March 11, 2010

setelah dilempang,di rotan baru la aku teringat bahawa aku....

ada utang tag kat ziana wonderwomen yang suka pakai baju two peaces nih...
adeh....
lebih kurang begini la tag nyer:



Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang.
aku lupa.ari2 aku tonyoh tanpa melihat jenama nya


Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
maaf!!saya tak makan sardin begitu sahaja.kalo makan pun bila ia menjadi sandwish sahaja.oleh itu,saya tak kisah ada ke tak sardin.....tepuktangan


Apalah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
tangan...penampor orang best tau!!!!sengihnampakgigi


Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
errrmmmmmm...macam tak ader jerk....

Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
bila dapat anset corby colurful ur life dengan kete volkswegen beatle...indahnya idoppp!!!


Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
ai bagi ciuman mesra ala2 french kiss tuh..muahahahahahaha...barula dikatakan menantu pilihan ramai


Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume?
(Yang mana lebih wangi dibandingkan dengan bau kentut anda?)
aku rasa petai sebab bontut aku lebih wangi dengan aroma petai....

Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
kalo ziana ada adidas,aku ada cap ayam..beli pun akt masjid jamek hat sepoloh hengget ada hati nak berjenama....


Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga
apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Mesia?Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri aper?
if aku menteri pembangunan masyarakat & perancangan keluarga,aku akan wajibkan seminggu sekali ada majlis pernikahan beramai2...ini adalah untuk mengelakkan berlakunya gejala buang anak,tikam anak,bakar anak dan sebagainya dan barang siapa yang mendera anak,satu hukuman khas akan dijalankan..hahahahah yang akan memnuatkan pesalah trauma dan fobia(ada bakat tak)

aku nak jadi menteri kewangan.ari2 kira duit.tido dalam duit...oh donia!!!!
siul


Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!

  1. menteri syaja
  2. menteri sally
  3. menteri syazira
  4. menteri zie
  5. menteri mentara(acara bebas.terbuka untuk semua kontestant)


hahahaha..selesai sudah......




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

what can i said baby....u already cross the line and i really pissed off...

oohhhhh..setelah lama aku memendam rasa dengan apa orang disekeliling aku buat,kata dekat aku...hari ni belon kesabaran aku dah meletup....oh baby...u ask for it..u got it...im really pissed of...


rite now...
i wanna blow my hingus
coz sudah melimpah ruah dalam lubang idung aku
mcm cendol
sapa mau
murah2 ja
talak mahai
wa mau tolong....


oh yaaa
aku mahu tengok alice in wonderland
aku mahu main bowling
aku mahu main game kat mall
ada sapa mahu jadi kekasih itam putih ku
ai tak kira jantina tau...
awwww....






sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, March 9, 2010

haiyokkkk!!!contest lg coklat dh ado pemenang dan......

ai bukan la pemenang tersebut.
sob..sob..sob..
heart brek
tapi tak pe la.ai tumpang hepi coz dey all deserve it.

the winners is:
1. Joshua Wong (http://tallboyz.blogspot.com/2010/01/why-i-like-it-longer.html)
2. Wee Yin San (http://theeggyolks.blogspot.com/2010/01/why-i-like-it-longer.html)
3. Chong Chee Ching (http://c-chingz.blogspot.com/2010/02/why-i-like-it-longer.html)

errr...kongsi-kongsi boleh tak...

hahahahahaha





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, March 8, 2010

apa kes asyik mimpi ular je nih!!!tak memberahikan langsung

asal aku lelap je,mimpi ular.
ular sawa.ularr tedung selar,ular lidi,
dah macam rancangan national georgraphic versi mimpi.
yang tak best,aku plak jadi mangsa keadaan.
kena patuk la,kena belitla,kena cuiman mesra la.
pastuh tak ada plak hero ala-ala van diesel selamatkan aku.
mak tak suka nyah tau macam nih..
adakah ini satu petanda?
petanda suh aku nikah kawen cepat-cepat?
auwwwwww!!!
ai tak rela yuuuuu!!!

gedebusshhh!!
ambek gedik sangat





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Thursday, March 4, 2010

lagu penenang jiwa # 2







mood retro kembali
sekarang ni selera muzik aku sudah bertukar kepada zaman mak-mak ayah-ayah memakai rambunt kembang seluar ketat dan skrit sambil menari twist

aku cuba bayangkan mr.tat rambut kembang, madame piah pakai skrit.
syahdu
T_T




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, March 3, 2010

proses pemuliharaan akhlak

aku penat
nak jaga hati orang
hati aku?
sapa nak jaga.
asal?
sebab apa dekat aku je ang berani buat muka,tarik muka lapan belas?
dekat yang lain tak?
sebab aku jarang melawan.
sebab aku jenis tak kisah.

bai,
sabar aku ada limit.
jangan bagi aku meletup.
kalah tsunami kang.
cukup dengan masalah aku yang sedia ada.
ang dah besar.
dah ada otak,ada akal.guna la akal tuh.
jangan buat pekasam.

aku tau sapa kawan,
sapa lawan,
sapa sahabat,
sapa teman.

*selingan*
cik seman,kita tak macam dulu dah eh.
kenapa ek?

*selingan 2*
woi ana.tarik balik mulut masin ang tuh.apo dahhhh kata aku expired dua tahun...aku penat dh wei nak berkenalan nak bercinta nih.capek tau.

*selingan 3*
errr....buat mak-mak menakan,renti-renti la tanya soklan bila aku nak kawen kalo tak nak dapat jawapan yang menggedikkan,menggelikan,meloyakan kan.aku tak sampai seru nak kawen lagi.masak pun tak reti.

*selingan 4*
aku mimpi ayah aku bagi adiah kete kelisa.asal aku mimpi dapat kete kelisa.tak menjadi kenyataan la nih!!!!sob...sobbbb

*selingan 5*
aku mau mandi bunga.kasi semua cinta-cinta,luck-luck semua datang dekat sama aku.itu bad-bad semua syoh-syoh jauh- jauh...



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, March 2, 2010

perbualan tatabahasa

#situasi pertama

ali:weh,apa korang kaler tak terang ni?meh aku nak bagi terang
aminah:sampai kulup kaler pensil ang tekan.
ali:apa ko lucah sangat ni?
aminah:apa yang aku lucah?aku kata mata pensel tu kulup.
ali:terus mewarna

#situasi kedua

joyah:kaler pensil dia bagi tak cukup la.banyak kaler yang tak ader.
aminah:a'ah.kami guna je yang mana ada.dah tu,pengasah pensel pun tak ader.
ali:joyah,ko mesej abu mintak belikan pengasah pensel.
joyah:(taip mesej)abu,belikan pengorek

tut..tut(mesej masuk)

joyah:abu mesej.dia kata ko nak korek apo?
aminah dan ali:ko taip apo
joyah:aku suruh dia beli pengorek
aminah:sharpener la.pengorek..pengorek..
ali:ntah nyer
joyah:sharpener dalam bahasa melayu apo?(dengan nada tak puas ati)
aminah:pengasah pensel.
joyah:hehehehe(tunduk kemaluan kuis kuis kaki di lantai)


..............................................................................................................................................

#situasi ketiga
lokasi:pasar malam di jalan tar

laili:wei,aminah.ang tengok tuh.kuih tuh kecik konet je
aminah:weh!!konet tuh slow-slow.kang orang cop ang gila sex
laili:lor!!!aku cakap pasai kuih.bukan nya pasai benda len.
aminah:kita ni dok kat mana.kolompo.bukan kedah.ang dok sebut kecik konet..kecik konet..kang
orang dok ingat ang cakap zakar kecik tau.
laili:ah!!tak peduli
aminah:ikut suka ang la


**kecik konet=kecik yang teramat2.mcm small,smaller,smallest.kecik konet termasuk dalam smallest.contoh ayat macam:weh,ang tengok buku tuh.kecik konet je,

jangan pikir lain







sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Monday, March 1, 2010

BUAT PENDERA BUDAK-BUDAK

TAK YAH GADO-GADO NAK SUMBAT DALAM PENJARA
PENJARA PUN DAH SOSAK
KUMPULKAN 6 5 LIMA ORANG YANG BADAN BAGAK-BAGAK MCM BOUNCER KELAB MALAM
SEPAK DIA MACAM MANA DIA SEPAK BUDAK KECIK TUH
BAGI DIA RASA SAKIT MACAM MANA BUDAK TUH TANGGUNG
BAGI ORANG LAIN GERUN SAMA.BOLEH GAK BUAT TERPIKIQ 5 6 7 8 KALI KALO NAK MENDERA BUADAK-BUDAK..

HUH!!
NAMA JE MANUSIA
ADA AQL AND IRADA
TAPI BANGANG MENGALAHKAN LEMBU YANG HANYA ADA AQL TAK DER IRADA



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku