jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, April 30, 2010

Dan yang sebenarnya......

aku seorang yang panas baran. Bukan sikit. ni dah lebih kepada boleh bertukar menjadi abang ijau yang marbeles tapi aku kalo bertukar menjadi akak hello kiti yang comel.!~Ahaks~

Masa aku sekolah dulu, memang aku selalu mengamuk. Selalu aku mengamuk diam- diam. Aku tak nak bagi orang lain tahu. Tapi First time aku mengamuk, sahabat baik merangkap lesbian aku tengok. Tapi time tuh,hanya bunga- bunga sahaja. Aku baling besi ke arah kawan aku. Hajat di hati mahu membaling ke arah pokok tapi kawan aku pula mencari penyakit dengan bermain kuu-chak-aaa disebalik pokok. Nasib baik tak kena, kalo tak, mahu aku menjawab ngan mak bapak dia.

Second, aku mengamuk dalam kelas. Kawan -kawan perempuan dengan niat nak mengusik . Depa pas pas buku aku sehingga la sampai dekat satu budak lelaki ni pastu kata aku bagi coz aku syok dekat dia. watefak! Aku dulu hanti lelaki wokeh. tak der makna nya aku nak bertangkap cintan cintun ngan lelaki dulu-dulu. Hasilnya, meja terbalik. Tapak tangan aku berdarah coz kulit tangan terkoyak sket aku buat. Diam perempuan - perempuan sekalian coz aku tunjuk darah tuh kat depa. Gila banyak darah menitis tapi aku tak tunjukkan rasa sakit pun. Gila psiko!!

Paling best,aku bergado ngan acik( my 2nd bro yang paling garang). Sebabnya? Aku pertahankan adik lelaki dituduh oleh bapak kawan adik aku. Actually, buakn dituduh. Memang betul la adik aku pukul anak dia. Tapi setakat sekeh kepala sekali, pastuh adik aku berambus pun dikira memukul ker? oh ya.pakcik ini dengan bijak serta membuat muka bengis terus serang mak aku dengan soklan bertubi- tubi. Suara pakcik tuh? Tok sah cakap. Stok nak bagi jiran jiran sebelah umah pasang telinga. Al maklum la,ayah aku xder time tu. Ketika itu,hanya ada mak,acik ngan adik lelaki itu. Pakcik itu datang menuduh hanya berdasarkan satu panggilan yang mendakwa adik aku pukul anak dia. Nama pemanggil pun dia tak tau. Bila aku tanya, pakcik tuh diam. Tetiba acik naik antu marah aku.Dia kata pasai apa aku marah pakcik tuh.Aku cakap aku bukan marah, aku tanya.Tak terpikir ke kalo ada orang nak buat naya dekat adik aku. Then,aku ngan acik bergaduh. Bukan gaduh mulut ye. Ni stok gaduh ala -ala WWE punya. Acik nak pukul aku dengan helmet @ piala ayah aku, aku tak berapa pasti. Kalo kena, konpom aku msuk ICU. Aku cakap,mai la pukul. Tarak gentar!!Hehehhehe. Tapi tak jadi,mak aku masuk campur. Pakcik tuh?terus angkat kaki. Pakcik ingat pakcik sorang je ada kepala angin? kepaala angin aku ditambah kepala angin acik, el-Nino pun kalah ha.

aku cukup pantang dan akan cepat mengamuk kalo ada orang usik:
  1. ahli keluarga aku. mengata pun dah cukup membuat darah aku mendidih.
  2. kawan-kawan aku.
  3. kucing aku.
  4. Lelaki yang aku sayang.
setakat ni, mangsa kerakusan amarah aku:
  1. meja patah kaki
  2. anset pecah berderai
  3. tangan penuh parut aku toreh coz tahan geram
  4. pintu umah kalo ke-3 tendang konpom tak dapat diselamatkan
  5. aku tak ingat dah
setakat ni,selain mak bapak aku, hanya cik seman je yang mampu bertahan dengan aku.

oh ya.pernah sekali nak tahan marah punya pasai, aku picit botol sos dalam air nescape.abes 1 botol....

tapi,sekurang-kurang nya aku bersyukur. At least, dengan panas baran aku ni, aku boleh lagi mempertahan kan diri dari serangan peyanggak. Mana tahan beb.kepala aku bukan bola nak disepak nya banyak kali. Ayah aku bayar zakat tau. Oh ya. Parut luka akibat serangan itu still ada di hidung dan jari aku. Cik seman suruh sapu dengan minyak gamat masa awai2 luka tu, tapi aku tak nak. Aku cakap biar la. sekurang2 nya bila terpandang parut tuh, aku akan ingat penyanggak tuh.

Hanya satu je mampu bagi aku cool down. Apa itu. BABY!!!! Hahahahahha.itu la ubat penenang aku. Pernah aku marah- marah tpi aku jadi sujuk coz ada anak buah aku..

Aku nak baby. Tapi aku tak nak kawen lagi. Aku fobia.

psiko me?








sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, April 23, 2010

gurl vs b0y

Perempuan
  1. Tiap - tiap bulan kena beli pampers. Tiap- tiap bulan bertukar jadi ijau. Pamper kalo sebungkus RM 1 tak pe jugak. Ni mau menelan kos perbelanjaan RM 15 tiap- tiap bulan. Tokey kilang papan pun boleh bangkrap kalo ada anak dara 15.
  2. Kena pakai dua lapis baju, kena pakai dua lapis seluar. besar sepasang, kecik sepasang. Rimaih tau tak.pakai cawat je tak kan tak boleh kot.
  3. lipstik, bedak, blusher, eye shadow, lip liner. Semua menatang alah tuh selalu ditempek dekat muka oleh kebanyakkan perempuan. Aku? Kalau tempek semua menatang alah tuh, konpom madame suppiah tak kenai mana satu anak dia, mana satu badut sarkas. Sarkastik betul!!
  4. Nak kena ayu, sopan santun, Kalo jalan macam gorilla, lelaki tak pandang. Lagi di cop nya minah senteng. Naya je. Jatuh saham.
  5. Kalo umo dah cecah 30-an, tahap ketinggian saham tuh agak2 sesak napas. Lelaki banyak dah tak pandang. Kalo pandang pun kalo artis ya. Huh!!High maintenance betul.

Lelaki.
  1. kalo muka beringus, comot selekeh, menten digilai ramai.
  2. Makin digilai ramai kalo dah kawen. Tambah-tambah kalp perut ke depan. Lagi saham naik. Pemanis orang cakap.
  3. Pakai boxer deret seminggu tarak hal lagi. Boleh menten muka suci murni.
  4. tak gado nak mekap- mekap. Muka tetap menten suci murni
  5. Pakai singlet jalan - jalan pun tak menjadi isu. Tambah - tambah kalo pakai seluar pendek paras peha hinhha menampakkan bulu kerinting kalo direbonding pun boleh buat pintalan rambut mahupun sanggul tetap tak menjadi hal.
  6. Umo 30? Tetap meningkat tinggi saham. Bak kata orang putih, makin lama makin berisi. Chett!!

Hah!!Jadi lelaki kan senang dari jadi perempuan. Ni apa hal nya dok operate bagai, tambah bumper depan belakang semata- mata nak jadi perempuan. Tolong la jadi lelaki. Lelaki dah la sikit tau tak.










sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Back to the Past Present Tense

Sedar tak sedar, kita dah mula nak kembali ke zaman dahulu. Fesyen Vintage menjelma, rambut kembang tebuan termasuk sesat cari jalan keluar, fesyen tali ikat kepala. Owhh..Semua itu glamer okeh.

Ada lagi glamer. Tiap - tiap ari masuk paper. Sampai muak nak baca. Fesyen toron- toron, i sayang u, u sayang i, u bagi perut ai buncit, i buang baby u. Sudahnya, merata - rata baby yang tak bersalah buang. Hello pembuang bayi diluar sana!! Kalau nak buang pun, boleh tak buang kat tempat yang lebih selamat sikit. Cuba la pikir, bayi tu ada nyawa, sedangkan nyawa seekor semut pun berharga, ni kan nyawa seorang manusia yang tak berdosa. Cuba la diletakkan depan pusat kebajikan ke, apa ke, at least budak tuh still bernyawa. Ni tak, dibuang nya dalam longkang, sungai, dalam sampah. Hampa tau tak, bila dah kojol nanti, baby yang korang buang ni akan tunggu tau dekat akhirat. Menjawab la!!

Aku yang garang - garang ni pun boleh sejuk hati tengok budak - budak tau. Nak sangat ikut budaya mat saleh. Tapi heran, mat saleh yang selalu kita pandang negatif tuh pun tak la sekejam yang disangka. Sekurang - kurangnya, diorang tak ada pula kes - kes buang bayi walopon mengamalkan 18xs bebas.

Hah,satu lagi. Kes wanita hamil yang meninggal akibatdipijak.Ada akai ka tadak akai. Lembu pun pandai lagi tau!!









sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku
tengokvolkwagen kunen feveret ku

Monday, April 19, 2010

mereka TILU,

 Aku PILU.

Hahahahahhaha..Memang thumb up untuk lagu Ku bukan Aku. Ye..Aku tahu. Aku agak ketinggalan. Semua orang dah bercakap pasal kumpulan ni, aku baru je terhegeh-hegeh nak bercakap.Well,kali pertama aku dengar nama kumpulan ni,aku bajet lagu dia pun besa-besa ja. Lebih urang - kurang je. Tapi, bila kawan aku Lady Caja dah macam obses ngan lagu tuh, aku test la carik dan download. After that, tangkap lentok. Aku suka suara vokalis dia. unik. Ala-ala sora orang dulu-dulu.Macam saloma pun ada ha. Genre musik dia nak macam ala -ala ska. Apa-apa pun,keep it up! Teruskan menghasilkan lagu - lagu yang best. Oh Ya.Video kelip dia memang best.





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, April 16, 2010

Emergency nih!!

Ada tak sesapa geng blogger ni yang reti buat koset bunga mawar? Koset? Apa itu. Korang tengok tak gaun pegantin umie aida pkai time nak belah kek? Kan kat skirt dia ada bunga mawar. Tuh la koset. Kalo sesapa tau, sila la bantu aku ek. Aku memerlukan pengetahuan itu untuk membuat suprise kepada 3 orang yang aku sayang. Sape? Ofcoz la ayah aku, mak aku dan Cik Seman. Apa aku nak buat dengan bunga itu? Nanti aku tunjukkan. Please..please...kalo ada sesapa yang tau, sila la bantu aku. Nanti aku belanja mkan ek.

Wink!!Wink!!

 Sayang kamoo

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Aku mahu tanya kamu semua,

 Cik Seman tanya aku, aku tanya kalian. Cenggini, kelab kete pak cik Seman ni nak buat famili day la kat kawasan air turjun, then ada seorang crew request suh buat game. Yang paling best, pak cik seman tanya aku. Uikss.. Aku dah la pala otak tepu. Kang yang kuar dalam otak aku semua direjectnya. Aku kata jom la wat game men congkak kan. Kita korek tanak wat tujuh lubang kecik, dua lubang besar. Direjectnya. Dia cakap kang lambat. Nak carik game yang cepat. Nak yang cepat lawan tiup tepung ar carik cekelat. Game tradisi. Nak jugak buat game yang lain dari lain. Yang boleh merangkumi tua muda, besar kecik.

 Kalian - kalian ada cadangan tak?

 Jangan cadangkan buat acara berenang kuak rama - rama sudah. Aku snipper karang




sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, April 14, 2010

jawapan bijak untuk soalan bijak

Soalan:"Bila ang nak kawen?"
Jawapan:"Ceq tunggu anak Habib Jewels mai minang".

 *Masalahnya, anak Habib Jewels kenai ka aku?Hahahahahaha...
   Tapi,sori ya.Ai sudah berpunya.
   *muntah*


Soalan:"Kata demi cinta mu pada ku sanggup buat apa.Tunjuk kan lah".
Jawapan:"Pernah makan nasik dengan selipar tak?".

 *Muka ala- ala Stone Cold ushar lawan sambel pegang selipar cap ayam RM 10.00*

 Soalan:"Semua orang dh bawa partner masing - masing time gathering. Pa je yang solo. Bila la nak bawa tag  team ni?
Jawapan yang lebih menjurus kepada penampar: Tagteam tu apa ? Kek ker?

 *Hah!!Kata fanatik WWE aku ni.Tagteam pun tak tahu. Naseb cik seman tengah pegang stering kete. Kalo tak,mahu kepala aku dupusing nya macam skrudrebar. Tak sanggup eden.

 Soalan:Mak tak kisah anak - anak mak nak kawen dengan sapa, asalkan jaga solat, jaga adab. Hah, yang *** mcm mana?
Jawapan: Ceq nak kawen dengan omputeh. Senang nak ajaq. Dia malas, kasi tibai guna rotan.

 *,mak:orang cakap,dia men - men.
   aku: men apa mak.orang tengah makan ni. Ada ka nak men tengah makan.


**jawapan bijak untuk soalan bijak. Khas untuk para - para gadis yang bercinta menggunakan akal, bukan nya nafsu hingga membuahkan hasil cinta yang tak dihargai dan dicampak merata - rata tempat.**

Soalan:Kalau betul la u cinta kan ai, ai nak u tunjukkan bukti nya?
           * Soalan macam ni lebih terjerumus kepada penyerahan bodi sebagai bukti chentaaaasssss*

Jawapan:Ya,ai cintakan u. Sebelum ai membuktikan cinta ai kepada u. Ai nak u buktikan cinta u kepada ai dulu dengan menjadikan ai milik u dengan sah dengan ikatan pernikahan.





*ada bran***


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, April 13, 2010

telephone

dah semacam fobia dengar bunyi telefon
dah menyampah dengar bunyi telephone
tetiba rasa mau kembali ke zaman dahulu
pakai public phone je
Bunyi telepon saja dah mampu merangsang deria kemarahan aku. Sebab tuh kadang- kadang aku biar je telepon aku berbunyi.


Aku semakin lama semakin pening kepala dengan "peel" manusia. Kalau "peel" yang menyenangkan takpe la juga, ini "peel" yang menyakit kan hati. Tak pe..Tak pe..Aku diam je. Kan aku cakap, selagi aku boleh sabar, aku sabar je. Kalau dah tak boleh sabar tuh, harap maafla. Aku pun ada hati nak kena jaga. Tak kan nak asyik jaga hati manusia - manusia yang kekadang aku rasa tak berhati ni.

Orang tengok aku asyik bercakap, asyik gelak. Jarang nak marah. Kalau orang kutuk, orang hina, aku senyum je. Sebab apa aku senyum? Sebab aku rasa orang yang mengata dekat aku tuh bodoh. Bodoh yang sebodohnya. Aku tak nak se"geng" jadi bodoh. Cukup la dengan seorang manusia yang bodoh, buat apa aku nak tambah. Aku malas nak marah. Kalau aku marah, susah nak berhenti. Aku ni dah la jenis takkan stop mengamuk sampai tak nampak barang pecah ataupun darah keluar. Yep!! Aku panas baran. Tapi, setakat ni, aku boleh lagi kontrol panas baran aku. Sebab aku selalu ingat pesanan Madame Suppiah, jaga baran tu. Tapi, aku memang tak kan boleh tahan kalau ada orang start kutuk,mengejek atau buat lawak salahsilah keluarga aku ataupun ahli keluarga aku. Salah ke kalau keluarga belah madame suppiah ada darah siam? Hina sangat ker? Aku senyum je.

Aku dah semakin malas nak layan karenah manusia yang kadang kala tak reti nak hormat orang lain.

Aku dah malas.

Buatla apa yang hampa nak buat. Asalkan yang aku tahu,jangan libat kan aku.

p/s:esok kalau aku nak kawen aku nak mak mentua macam madame suppiah.very da relax mak mentua.

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Saturday, April 10, 2010

baru aku tahu

baru aku tahu, menghafap skrip, nak menjiwai watak walaupun sekecil kuman pun amat la menyusahkan.

adeh

asal subjek arab kena ada buek movie?????

ponek eden hapal skrip


sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Friday, April 9, 2010

etika-etika ketika pergi interview

  1.  Kena jadi peramah. Peramah disini bukan bermaksud dengan si peng"interview" mahu pun rakan saing tetapi dengan sesiapa saja hatta dengan pakcik drebar taxi pun dan dengan terlebih ramahnya aku menginterview pakcik teksi dengan soalan- soalan banggang seperti;,pakcik dah berapa lama bawa teksi?. Pakcik tak takut kena rompak ker?. Pakcik mesti kaya kan dah lama bawa teksi kan. Keramahan diteruskan dengan menegur kakitangan syarikat di sebelah syarikat yang ingin di"interview". Bak orang kata, intai peluang. Ramah punya ramah, pakcik itu mengajak aku pergi minum lepak -lepak dengan dia... Auwww pakcik!!U nak interview ai jadi pekerja yu ke jadi menantu yu ke jadi binik number dua yu...Awww.Blushing ai
  2. Jangan gelabah atau panik. Kalau nak mengelabah atau panik, biarlah gelabah atau panik yang profesional. Bermaksud, orang tak boleh kesan anda sedang panik. Ya, semalam aku tak panik. Setakat jatuh kerusi, beg jatuh meja,kusyen berterabur  sampaikan ada orang tegur;, are u okey?u look panic? Owh..Terus aku thumb up menandakan aku cool.
  3. Sila jawab dengan  muka konpiden dan yakin  ketika penginterview menanyakan soalan- soalan yang tak masuk dek akal seperti,;what is sijil peng-har-gaan?.Eh,this is SRP slip!. Wokeh. Aku hampir pengsan tahan nak gelak. 
  4. Sila gunakan ke'kreatif'an anda untuk menukarkan suasana yang menakutkan ala-ala sedang menunggu surat utang kepada suasana hapening seperti The Rock hendak melamar anda. Sejam aku masuk interviev. Aku rasa dalam sepoloh minit ja interview. Pastuh terus tukar jadi sesi sembang menyembang, praktik lawak bodo dann bergelak gulita.
cubala amalkan etika- etika di atas. Konform tak mujarab!!!









sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Wednesday, April 7, 2010

aku memerlukan interview tourist guide!!!!

Apakah???
Macam pelik je bunyi nya.
 Esok aku ada interview. Dekat The Loaf. Orang yang call aku cakap office diorang terletak dalam The Millenium Hotel(known as The Regent Hotel). Dia tnya,"u familiar tak dengan Jalan Bukit Bintang?. And aku time dia call tuh tengah mabuk tahan mengantuk, so dengan riak + sombong bodoh + mengantuk tahap cipan terus menjawab, "oh ya...dat palce.i always play at there once". Hanggok la kan kalo aku nak menjawab macam tuh. Aku cakap aku tau. Dalam pala otak tertiba terlintas yang hotel the regent ni terletak berhadapan dengan berjaya time square. dua kali hanggok la kat aku. walhal tempat tuh kat mana halam pun aku tak tahu. akak umah aku ngan member aku cakap dekat dengan pavilion. ohhh!!!pavilion pun aku tak besa pergi. so, tadi lunch dengan penuh keazaman aku pun berjalan kaki menuju kearah bukit buntang dengan tujuan nak mencari bangunan hotel tuh. cari punya cari, aku sesat ha...

wahhhhwahhhwahhhhwahh!!!!!

 macam mana aku mahu ke sana esok!!!!

 migrain ah aku...


mujur la da pakcik teksi. tak kira...aku nak suh jugak teksi pergi sana..tak kira..tak kiraaa

sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

aku wendu:~

  • Dekat kucen - kucen aku..  2 ekor mati sebab sakit tua.Sekor melarikan diri sebab merajuk. Macam gurl - gurl je merajuk walhal awak tu brother!!
  • Kengkawan sekolah menengah aku yang ada setengah dah lost kontek..Teringat dimana aku menerima pengajaran tentang pemilihan pad yang sesuai dipakai ketika haid yang diceramahkan oleh kawan aku. Kawan aku itu lelaki ye, bukan perempuan. Tengok, betapa terer nya dia.
  • Time- time belajaq dekat politeknik dulu. Sanggup tipu pak gad nak kaver aku yang tiba - tiba ilang ingatan terlupa tang mana aku simpan kad outing aku.
  • Nak panjat pokok gajus then ber'feeling'seperti mendaki gunung everest sambil menjerit "Dunia ini aku yang ponyaaaaa!!!!!.
  • Kawan baik aku dari kocik hingga tua berjanggut berbulu penuh satu badan.Wendu nak men kira keta dekat highway time tunggu azan magrib untuk berbuka posa.
  • Dekat kawan - kawan YM . Bila lagi nak bergerak cergas membuat lawak - lawak bingai tak masuk akai dan melakukan aktiviti pemakian secara berjemaah yang kekadang langsung tak nampak ganas pun.
  • Kat bantai busuk aku yang lagi dua tuh. Aku balik kampung baru- baru ni, cari bantal aku yang berdua tu dah tak ader...Mumy,where u put my lovely dovely bantal ha? Ini padah nya tak angkut sekali mai kolompo. Bantal - bantal aku sering jadi mengsa keganasan la. Tau la wangiiiiiii.....
  • Dekat arwah sepupu aku, arwah tok n tokwan aku. AL-Fatihah..
  • Rindu nak makan petai, jering dan genuak..Hahahahahaha....





sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, April 6, 2010

blog-blog yang aku paling:

 1-setiap pagi wajib bukak,kelebek baca, komen:
  •   Blog Ah Fat-tahap kreatif dia amat luar biasa dan penggunaan bahasa dia amat baik dan mudah    difahami. Selain daripada itu, ah fat juga selalu mempromosi blog nya dan juga diri nya dengan dilengkapi oleh "tut'nya. Satu kaedah penekanan yang mesra pembaca.
  • Mr Kocik- ayat dia simple tapi best. Nak kata jiwang, tak sangat tapi memang membuat ku tertawan kalbu. Dari 1st baca dekat gengblogger, terus aku follow..oh ya,dia ni sweet couple tau.. 
  • akak seroja mari bernyanyi seroja ku bunga seroja- aku suka baca kisah - kisah hidup dia. Aku bukan penyibuk badan ye,tapi just nak kongsi pengalaman walopon pengalaman aku tak banyak. Aku suka baca citer - citer dia handle guest - guest hotel. Gila kelakar bila baca "peel' setengah orang yang konon - konon nya cerdik tapi sebenarnya tak brapa nak cerdik.....
2-yang aku hari- hari baca, tapi jarang tinggai komen:-
  • noe- aku rasa dia ni sebaya aku tapi cara penulisan dia matang dari aku yang macam kanak- kanak rebena riang ria ni. Dari citer dia kat alam belajar, belajar, kerja, kawen beranak, semua entri dia aku bagi A. Memang betul - betul thumb up la....
  • haniz zalika- Blog ni konpom semua orang kenai. Pelajar cum model sambilan. Dia pernah masuk kontest Malaysian Dream Girl. Aku tau dia model pun pas baca blog dia...hehehehhe. Kalo tak, memang tak tau nyer. Giler katak bawah tempurung aku.
  • iz - kawan hanis zalika. Comel orang nyer. dia punya ayat gila- gila. Life student dia pun giler - giler. Asal la aku tak terpikir nak sekodeng asrama lelaki wal hal asrama lelaki dokek sangat ha dengan asrama perempuan.. Melepas.....
  • wonder mama- si ziana ni aku kenai dia dkat gengblogger. Memang meraptkan ukhawah betul la...Anak dia cumel siut. Boleh reserve wat stok menantu ha.

    2-Yang selalu bagi aku berangan:
    • Blog Blvgari Gurl- Kisah hidup dan kisah percintaan nya umpama novel dan feri tales. Bak orang kata,  sekali baca, konpom ketagih.
    • sepet- aku jeles dengan qery dia...errr...sepet, pinjam qery barang sepurnama boleh? Hahahahaha... Agak - agak nak kena bom tangan tak???

    3-Yang selalu aku kelebek sebab mempunyai background yang cantik dan senang nak bukak:
        (ni semua belog kawan aku yang tesayang ha)
    • Lady Caja - ringkas dan menawan kalbu. Boleh ambek upah deko blog ni.Macam Eric apa ntah belakang dia.
    • ClassyDoll Baby -minah ni rajin tukar- tukar bekground. Yang aku jeles, semua santik- santik macam dia jugak ha.
    • zie- mama hot zie ni. blog dia makin lama makin glamer. jeles ai tau
    • eira - pesal lama tak hupdate ha....gambo-gambo dia tangkap lawa tau...ada bakat jadi fotographer nih

    ada banyak lagi blog yang aku suka baca tapi ni antara yang paling suka. aku kalo wat blogwalking memerlukan mata lebih.sebab aku menjiwai penulisan. giler poyo statement. 3 ari aku update belog,luyai apo terapic aku.....

    sepak la nuff ku
    dh mcm hidup tak nak
    mampuih segan aku tengok
    volkwagen kunen feveret ku

    Friday, April 2, 2010

    kau pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    al-fatihah untuk arwah din beramboi yang selalu membuatkan ku keliru sama ada din beramboi di alam nyata sama dengan din beramboi dalam buku ujang...orang yang sama ker?

    walopon aku tak tengok raja lawak-umah xder astro
    walopon aku tak dengar era pepagi-aku dh berpaling tadah dengan mendengar hot f.m

     tetapi,
     aku tetap terasa kehilangan dia...

     takziah kepada keluarga din berambooi.Moga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman....AMin....



    sepak la nuff ku
    dh mcm hidup tak nak
    mampuih segan aku tengok
    volkwagen kunen feveret ku

    Thursday, April 1, 2010

    ohhhh...setelah sekian lama...benda yang aku takuti berlaku...

    macam mana aku boleh terlupa dalam dompet ku hanya ada lima kupang dan aku dengan selambanya pesan mee goreng, nescafe ais satu mamak siap wokehhh!!!!Hah..tak mengelupuq ko nok tengok dalam dompet ado lima kupang jo...kalo lima hengget boleh dimaafkan lagi...ni lima kupang....boleh bayor ais ketul jo jawabnya....nasib la aku terjumpa akak yang keje sama level dengan aku dulu. terpaksa tebalkan muka aku yang sedia nipis ni akibat hakisan ozon pinjam lima hengget...waduh....

     ni semua kes pagi tadi la...sebelum masuk tido pukul 12.00 am....aku kuarkan semua duit yang aku bawa keluar dari atm, dengan bertujuan untuk di'divide'kan  mengikut kepentingan.dan Demmm...aku terlupa kuarkan duit untuk makan bulan ni..aku pujuk hati yang bengkak."xpe hati..esok sebelum naik lrt,kita g atm cucuk duit ye". Dan pagi ni,aku terus berlalu melewati mesin atm tanpa mengingati yang aku tak ado duit dalom dompet ha.....

     Ya..aku memang kaki ralik(leka), kaki mengelabah tapi bukan kaki kencing ya...
     aku pernah seminggu jalan2 tanpa bawak IC.aku ingat kan IC aku dalam dompet aku. Tapi bila cek, tak ado.mengelabah aku cari..ingatkan hilang...ghupa-ghupanya aku tertinggal dokek opis...

     patut la mak aku risau lebih dekat aku berbanding adik-adik aku...
    haahhahahahaha....

     mujur ada akak tuh..kalo tak,merasa aku cuci pinggan di kedai mamak...haiyokkk...

    sepak la nuff ku
    dh mcm hidup tak nak
    mampuih segan aku tengok
    volkwagen kunen feveret ku