jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, May 31, 2010

Gosip-Gosip kampung

  1. Bila balik kampung, benda pertama yang diwajib buat ialah salam mak dan mengusik budak gemuk gedempol Faqihah Humaira yang banyak songeh tapi mak lang tetap ai leb yu.
  2. Ari jumaat, tolong jiran sebelah rumah yang merangkap saudara mara belah Madame Suppiah lebih tepat lagi bau bau bacang. Tanpa makan, terus memulakan aktiviti perkerjaan tetap iaitu membasuh pinggang mangkuk. Aktiviti yang mampu mematahkan tulang belikat akibat duduk terlalu lama tapi mampu memancing hati bakal- bakal mak mentua yang berpotensi tinggi. Siap ada yang promote. Ai malu yu...Terus campak pinggang cari makanan.
  3. Pak long yang kena strok dan lumpuh separuh badan dan boleh berjalan. Syukur alhamdulilah. Pak long,pas ni jom kita menari dangdut na.goyang gerudi..hak...hak...hak...
  4. Anak saudara dah bertambah akibat kegiatan sepupu-sepupu yang mesra alam. Balik kampung je,ada 3 new baby termasuk baby kakak ipar. Cuma baby kak intan tak sempat nak tengok. Sentap ah....2 lelaki satu perempuan. Apa lagi. cepat la berbesan...HAhahahahahaha
  5. Sepupu paling sulung(cucu sulung) dah nak kawen. Akhirnya,kawen jugak. Cak pong!!cak pong!!Buek kat hotel la. Wedding of the years...Hak..hak..boleh gak usha-usha datuk2 yang berpotensi..Hehhehehehehe
  6. Madame Suppiah gosip2 citer hantu.Seram + lawak. Dekat kampung aku, ada one gurl ni bebudak kampung aku pangey ratu kampung coz dia paling cantik. jeles ai. Then, mak dia kena rasuk. Kebetulan, ayah dia ni ada ilmu sket. Pastu berdialog la ngan jin itu. Oh ya,bapak ratu kampung ni kalau tak silap aku nama nya hashim. Pak Hashim ni tanya datang dari mana? Ada orang hantar ke? Pastu,tau dia jawab apa? Benda alah tuh jawab mcm ni:,tak da sapa antaq aih.abg hashim lalu.kami tumpang la".nah hambek...
  7. Aku dh saspen
  8. chaw!!






sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Thursday, May 27, 2010

Aku tak tau nak letak tajuk apo!!!~~~

  1. Makin lama aku makin bingit dengar bunyi telefon ofis. Silap haribulan ada yang nak berkecai dari badan. Huh!! Aku makin bosan.
  2. Mau balik kampung. Cuti 3 hari harus di manfaat dengan sebaik mungkin. Otak perlu di rehatkan sebelum aku menjadi gila.
  3. 5/7 sudah mula masuk kuliah. Atoiiii!! Malasnya.. Lagi dua tahun mau habes. Hadap la aku menghadap peel orang kembali.
  4. Antibodi badan sudah expired. Siapa tau dekat mana ada antibodi refill.
  5. Mau pergi berurut. Urat- urat badan sudah kembang, angin makin banyak sebab itu rajin terkuntut- kuntut. Sebelum itu, kepada makcik - makcik urut di kampung, im sssooooori jika saya tersepak anda. Saya geli bila ada orang sentuh badan saya.
  6. Aku terjumpa rakan - rakan sekolah rendah. Paling menarik, terjumpa gambar kelas masa aku darjah 5. Mengambil masa selama 2 minggu untuk melakukan pengecaman wajah sendiri dan recall kembali memori. Kalau tunjuk dekat Madame Suppiah, konform dia berbangga kerana berjaya menghasil kan bakal Miss Universe.
  7. Oh ya. Ketika ini dan saat ini, duit didalam dompet tinggal sebanyak RM 18.00 sahaja. Tambang teksi berapa ek? Sudah lupa.
  8. Semalam aku cium kaki aku. Wangiiii. Kalian mau cuba?
  9. Aku baru perasaan yang ada bintik - bintik merah dekat tangan aku. Lalat sudah kalerkan taik dia kah?
  10. Wokeh. Dah cukup 10. Nuffnang aku ada Rm9.75.




sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Tuesday, May 25, 2010

Mimpi yang memeningkan kepala aku

Mimpi#1
lokasi:atas tilam dalam mimpi..

Mengelupur sorang- sorang feeling nak tergelincir dari tangga eskalator. Cuih!!Apa punya mimpi daaaaa... Intro tak ada, tetiba masuk klimaks dimana hanya ternampak sepasang kaki yang marbeles cantik nya tergelincir dari tangga. After that, aku terjaga sambil mengutuk-mengutuk. Apa mimpi tak abes ni. Tak ader adegan mamat ensem sambut aku sambil mata memandang, dari hati ke hati, kau yang bawa ku terbang, di langit yang biru sila sambung sendiri.

mimpi#2
Lokasi: Atas meja dekat opis. Rehat sebentar bersama kit- kat.

Agaknya mimpi ke-dua ni nak sambung dari mimpi satu kot. Ayik-asyik terus dari klimaks je. Penat mengelupur after tergelincir dari tangga tapi aram tak ader mamat ensem ala- ala van diesel. Buka - buka je bijik mata, aiseh meja banjir dengan lautan air liur basi la.... Hak...hak...hak.... Padah mengular di waktu kerja. Sila jangan contohi la saya.

mimpi#3.
Lokasi: Tilam dalam bilik.

Aku mimpi aku mahu menonton wayang bersama en.Seman Dang Ding Dut. Dan tidak semena - mena, aku ingin ke toilet untuk membuang air kecil. En. Seman ketika itu sudah membebel - bebel lagak ayam pencen teruja mendapat ayam kampung. Aku dengan wajah bengang terus melangkah masuk ke toilet yang kebetulannya terletak disebelah kaunter tiket tanpa melihat simbol toilet lelaki atau perempuan. Ate nama pun tengah marah, mana ada masa nak usha- usha kiri kanan dah. Aku terus melangkah masuk ke arah tandas cangkung. Yang hairan nya, toilet tersebut tiada pintu, tapi ada aku kesah??Hajat itu penting dan mesti di lunaskan. Sedang aku khusyuk membuang, tetiba pintu toilet yang utama tuh(paham-paham sendiri la, aku fail bab-bab terang-terang ni) dibuka. Muncul la......teng...teng...teng....LELAKI!!!!Dia masuk terus melangkah ke tempat yang di khas kan untuk akum Adam pancut. AKu ketika itu sedang blur. Dua-dua tidak menjerit. MAsing-masing tunduk ke bawah. Ye la. AKu boleh nampak dia, dia boleh nampak aku. Muka masing - masing blur. Memikirkan sapa yang salah toilet..Setelah lelaki itu siap urusan dia dan keluar, aku tanpa membuang masa terus keluar menilik simbol di luar pintu masuk toilet...Ces!!Ces!!!Cess!!!Aku yang salah toilet rupanya...

Naseb baik lelaki tidak naik seh. Kalau tidak, aku dinodai dalam mimpi....Ai tak rela uuuu





sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Friday, May 21, 2010

intpretasi lagu dalam otak ku

Sedar atau tak,kadang- kadang lagu boleh mengambarkan cara kehidupan kita. Contoh nya,jika kita dilamun cinta, kita lebih berminat mendengar lagu- lagu yang soft, yang agak jiwang - jiwang karat. Kalau putus cinta plak, lebih kepada lagu heavy dan ke arah caci maki.

Dalam kepala otak aku, lagu - lagu yang boleh mengambarkan keadaan aku sekarang ialah:

  • mika- rain
I’m not angry Don’t know what to do
After all the years that I spent with you
I can’t blame you for the things you say
I was using you just to hide away

More than this
Whatever it is
Baby, I hate days like this
Caught in a trap
I can’t look back
Baby I hate days like this


  • wali band- baik-baik sayang
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

  • train-hey,soul sister.
Just in time,
i'm so glad you have,
A one track like me,
You gave my life direction,
A game show love connection,
We can't deny,

  • alanis morissette-Hand in my pocket

i'm broke but I'm happy
I'm poor but I'm kind
I'm short but I'm healthy, yeah

I'm high but I'm grounded
I'm sane but I'm overwhelmed
I'm lost but I'm hopeful, baby

And what it all comes down to
Is that everything's gonna be fine, fine, fine
'Cause I've got one hand in my pocket
And the other one is giving a high five

  • Enrique Iglesias-Ring my Bells
sometimes you love it, sometime you dont,
sometime you need it then you don't and you let go,
sometime we rush it,sometime we fall,
it doesn't matter baby we can take it slow

  • M. Nasir- Duit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

  • Owl City- Fireflies.
Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
Cuz I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here)
When I’m far to tired to fall asleep


Itu sahaja.

Akhir kata zombi kampung pisang,

Otak......Otak.....ooootaaaakkkkkkkk




sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Wednesday, May 19, 2010

perkara menyesakkan#1

awat la rumah- rumah sekarang, diorang cantumkan tandas dan bilik mandi sekali? Tak pasal-pasal aku berkawad satu rumah tunggu akak rumah settle mandi.. Waduh..Kok nya ibu lambat benar ya mandi? Buat apa dong...Aku dah serupa askar berkawad keliling rumah weh. Dah la keracunan makanan. dari semalam asyik memerut je. Nak je aku sepak perut aku bagi duduk diam- diam..




sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Tuesday, May 18, 2010

Ramalan tok nujum

Banyak -banyak aku tengok horoskop, tilik tukang nujum dan sengangkatan denga nya dah aku eja tak betul mengatakan bahawa aku seorang yang:
  1. panas baran-agak betul
  2. kurang keyakinan diri-walauwey betul
  3. disukai ramai-banyak minum minuman manis mana orang tak suka.
  4. sukar diramal-cuaca pun boleh ramal.sapa nak ramal aku plak neh?
  5. pentingkan diri-errrrr....agak kurang dipercayai nih
  6. Mempunyai bakat dalam bidang muzikal, seni dan komunikasi lisan- bakat apo?bakat nak menghancurkan,aku ada la
  7. Kaki mimpi di siang hari- mak benci yuuu

Itu sahaja.. Aku dah malu. Rupa nya banyak sifat huduh aku nia.

Pergi menyucikan diri dengan clorox dan tops.








sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Monday, May 17, 2010

Entry jiwang yaaaa nak mampusss

*entri ni berbau-bau kekaratan jiwang. Sila jangan muntah setelah membacanya*

Duhai hati,
Adakah aku yang bersalah. Mengapa aku dihukum sebegini rupa? Salah kah aku menyanyangi nya? Salah kah aku mencemburui nya? tidah kah cemburu itu tanda nya sayang.

Hati,
Aku bukan cemburu buta. Hakikatnya, aku tidak cemburu. Aku cuma terkilan. Mengapa diriku tidak dilayan seperti mana dia melayan rakan-rakan nya. Aku bukan saja mahu jadi pasangan tulang rusuknya, bahkan aku mahu menjadi sahabatnya. Tempat berkongsi segala cerita.

Alam,
Maafkan aku jika aku telah mengotori hamparan permaidani mu. Aku cuma insan yang kerdil yang cuma ingin memberi ketulusan sekeping hati nya.

Kusangka kan kembara cinta ku sudah berakhir. Namun hakikatnya, ia baru bermula.

Bulan, izinkan aku meminjam cahaya mu untuk menyinari dirinya. Sesungguhnya,dia la yang kudamba.


*ada rasa loya-loya tak*












sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Friday, May 14, 2010

Entry buat TERUNA BERSAHAJA

teruna bersahaja
tidak dapat dikesan,
0000000,
Malaysia.

Tuan,
Perkara:PENCARIAN KAWAN SESENGAL


weh, mana ang menghilang. Aram blog ang xleh komen macam mana nak tinggal pesanan penaja. Kalo ang baca entry ni, sila la kontek aku balik. Number fon ang hilang. Ri tuh anset aku rosak.
Kalo ada pesbok, sila la add aku. Ang tau kan id aku ngan emel aku kan....

Kerjasama daripada pihak anda amat la dihargai
sekian,

wasalam

yang benar,

loti merbeles





sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Thursday, May 13, 2010

Hafiz Hashim

Agak-agaknya la, Hafiz Hashim ni solo lagi tak...
hehehehhe

Beregi bidan terjun memang mantap
perlawanan yang sengit. Sehingga membuat ku tak senang duduk. Dah serupa kucen nak beranak..

Show Down
*Vote for Floor Fever and Wakaka Crew*
Vote
vote
vote

Tetiba nak belajar beli dance la











sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Wednesday, May 12, 2010

Aku nak....

Melancong luar dan dalam negara. Aku nak pi Sabah dan Sarawak. Aku nak merasai keindahan di dalam negara sendiri. Aku nak pergi Sepilok. Nak beramah mesra dengan kawan Cik seman( Opsss..hehehhhe). Aku nak tengok ayaq laut kaler biru. Aku nak pergi Rome. Aku nak tengok Taman tergantung. Nak tengok macam mana dia kena gantung. Adakah menggunakan tali rapia atau pun bukan. Aku nak tengok kangaroo. Aku nak suh dia lompat2 dekat pokok durian supaya senang nak kutip buah durian.

Tetapi,

Aku penakut dengan kapal terbang. Letak Rm 8 juta depan aku pun dah tak heran dah time tuh.

Aku teringin nak pergi Genting Highland naik bas pastuh bas stop perambat suruh naik kete kebal. Eh silap. Kete Kabel. Tapi,

Nak mampus ko. Nak bagi aku terjerit terlolong sepanjang perjalanan tuh pastuh ada orang tensen akibat tak tahan dengan pekikan padu aku lantas menendang punggung ku lalu jatuh ke dalam gaung dan menjadi header surat kabar. Ah...Tak nak aku nyah...

Baik aku duduk kampung tanam jagung ini macam. Hasrat nak g Sabah Sarawak hanya akan tercapai kalo ada jambatan di bina merentasinya. Tetapi, jambatan tuh nak start dari mana?

Konpius...konpiuss...







sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Tuesday, May 11, 2010

Aku tengok citer hindustan ari sabtu,t.v 2. Tajuk dia Jaan, Jaon, Jakun entah aku lupa. Kisah dia mengenai seorang perempuan yang berumur 9 tahun dirogol oleh 3 lelaki yang bernafsu arnab. Budak kecik tuh pun ko nak baham. Budak itu mati akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian "tut"nya. Meroyan mak bapak budak tuh.

Masa adegan budak kecik tuh kena rogol,pergghhhhh!!! Dia punya meraung tuh sampaikan aku sendiri tak gamak nak tengok.

Tetiba,

Mak. tak nak kawen la macam ni..






sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Monday, May 10, 2010

Serius..Hidup aku sekarang dah tunggang langgang..

Duit simpanan dalam ASB dah tinggal secoet. Menitik aiyaq mata melihat angka- angka yang terpapar dalam buku tuh. Penat lelah aku menghimpun duit untuk membeli kereta punah hancur begitu sahaja. Ini disebabkan oleh nak bayar hutang. Hutang apa? hutang bil tepon. Serius shit betul la.aku dok membayar, tapi jumlah tak kurang-kurang pun.pundek betul.ingat aku cop duit ke?macam - macam nak caj.asal x cas penggunaan memegang telipon sekali. Aram betul. Masa nak langgan bukan main lagi cakap. Plan ini murah la,berbaloi- baloi la kalo pakai. Aku rasa kalo aku sepak pungkuk ang lagi berbaloi- baloi...

Dah tau tahap kewangan tuh goyah, boleh tak duduk diam-diam dekat rumah. tak yah nak g sana la,g sini la. Umo je 25 tahun. Muka je nampak tua. Tapi akai tak baligh-baligh lagi.

Serius kepala aku sakit. Sakit yang amat- amat. Dah banyak kali aku nak terpitam. Jalan kalau tak pegang apa-apa,memang alamat cium lantai la.

Aku rasa roda hidup aku sedar berputar ke bawah. Aku sabar. Duit kurang, aku sabar. Sakit kepala, aku sabar. Lapar, aku tahan. Tapi paling yang aku tak boleh tahan dan sabar, kalo kepercayaan aku diperkotak katik kan. Dah dah la apa yang ang dah buat. Aku bukan robot tau. Nak tunggu aku meletup, baru nak sedar.

Zaman sekarang ni, nak buat baik kena tengok - tengok jugak. Manusia spesen sekarang ni amat menepati peribahasa:"Bagaikan melepas anjing tersepit". Niat di hati nak menolong, tetapi di gigitnya kembali. Tapi aku rasa, anjing much better peel nya. At least,anjing tahu jugak menghargai orang yang berbudi padanya.

Makin lama aku menetap di sini. Aku jadi sesak. Rimas. Aku rasa kalau aku kena penyakit pun bukan sebab cara pemakanan aku, tapi cara gaya hidup aku. Sungguh tak menyihatkan. Keluar-keluar je dari rumah, berbakul - bakul makian keluar.

Kuala Lumpur. Keburukkan nya terselindung di balik kecantikkan, kemasyhuran nya.

Aku rindukan kampung. Biar la orang kata kolot, budak kampung. AKu tak kesah. Hakikatnya, aku memang budak kampung. Membesar dengan bergelumang lumpur. Sekurang- kurangnya aku tenang.






sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Thursday, May 6, 2010

Update Si Sengal

Si Sengal masih lagi pusing. Pusingannya mengalahkan roda ferris. Si Sengal mandi tak basah, makan tak kenyang, sekilas pandangan macam di lamun cinta. Si sengal masih lagi tidak berjaya meng"install"kan microsoft yang tak sengaja di"remove"kan. Si sengal sudah letih mengoogle. Ibaratkan google sebagai sehelai kain putih yang kotor, sisengal menyental2 beberapa kali sehingga sehingga menjadi keputihan. Begitulah aksi si sengal mendownload.sudah berpuluh-puluh di downloadnya. Tapi hampeh, satu pun tidak berjaya. Si sengal bingung. Kawan si sengal ada membantu. Dibaginya link untuk download. Berjaya!!Tapi,itu link untuk microsoft front page. Apabila si sengal membuka document untuk membuat kerja,box install program masih lagi mengacau..Ohh!!untuk apakah microsoft front page ini. si sengal sudah letih.

ada tak pendita hebat di luar sana yang boleh membantu sengal ini.

wink..wink..








sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Tuesday, May 4, 2010

bila si sengal berlagak pandai

ada seorang budak sengal. Si sengal ini hendak membuang software-software yang dirasakan tidak penting kerana si sengal ini suka mendownload software yang ntah hapa-hapa ntah. Sedang si sengal ini sedap-sedap me"remove"kan software yang tidak pandai,si sengal ni dengan bijaksana nya meremove kan microsoft office. Si sengal terkesima~~!!Abes micro office tidak boleh dibuka. Si sengal seumpama mahu menembak diri senirik sahaja. Hendak meng"install kembali, cd room komputer office nya tidak boleh pakai. Mahu diusing pergi ke kedai, di khuatiri kantoiii.....

Ada sesapa boleh bantu si sengal ini???~~~

Ini kisah benarrrrrrrr











sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Monday, May 3, 2010

Entry ilmiah yang pernah terhasil setakat ini oleh aku-Senaman Qiqong

*Thanks to google. Aku dapat artikel ni dari goggle-upm@usm tak silap aku.aku dah lupa.main copy and paste je. Actually, aku terdengar pasal senaman ni time aku tengok berita. Ada seorang pesakit kanser pulih setelah mengamalkan senaman ni. Doktor memberitahu dia hanya boleh hidup seminggu sahaja coz tumur sudah pun memenuhi paru-paru dia. After dia mengamalkan senaman ni, kanser dia berkurang. Aku search coz nak baca dan nak inform pada sepupu aku yang sakit kanser paru-paru tuh. Sedikit sebanyak aku dapat tahu faedah-faedah senaman qi-qong. Aku share kan. Al-maklumlah,sharing is caring. Caring is care- junior...Aku dah start merapu.*



Apa itu Qigong?

Qigong adalah sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai “Chi Gong” atau “Chi Kung” yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan (Zhong, 1984). “Qi” bermaksud “pernafasan” dan “tenaga utama” (Tang, 1994). Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman (Mann, 1971). pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (meditation).
Mengikut kajian lampau, ramai pesakit kanser dan juga pesakit kronik lain di negara China telah pulih dan sembuh selepas mengamalkan Qigong. Mengikut Da Hong (1982), seorang doktor perubatan, “qi” tidak hanya setakat untuk pernafasan dan penghembusan tetapi bertindak lebih “vigor” atau merupakan “tenaga utama” dalam badan iaitu keperluan utama “qi”. Berdasarkan kepada istilah perubatan moden, “qi” bertindak sebagai “antibody” atau daya tahan dalam badan terhadap sesuatu penyakit dan bertindak menyesuaikan badan kepada persekitaran luaran serta membolehkan badan untuk pulih dengan cepat.
Faedah Qigong
Dengan mengamal dan menjalani latihan Qigong ini, ia dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan koordinasi dan menegangkan otot-otot (Gallia, 1999). Mengikut Chang (1985), Tan, Sun dan Zheng (1989) pula, pengamalan dan latihan Qigong dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, gastik dan lain-lain penyakit yang dikaitkan dengan tekanan atau stress seperti sakit kepala dan migraine. Gallagher (2003) dari Institut Pemulishan New York mendapati Qigong juga dapat mengubati penyakit arthritis, sakit belakang.dan meningkatkan daya imbangan serta kecergasan kardiovaskular seseorang.
Sancier (1999) pula mendapati latihan Qigong dapat membantu dalam penyakit asma, darah tinggi dan kanser. Untuk penyakit darah tinggi, selepas menjalani Qigong, didapati kadar kematian dan kadar mendapat strok berkurangan dan untuk penyakit asma, ia dapat membantu mengurangkan pengambilan ubat-ubatan asma manakala untuk pesakit kanser, ia dapat mengurangkan kesan sampingan akibat dari rawatan konvensional kanser.
Kesan fisiologi yang amat ketara adalah pengamal Qigong menunjukkan hasil penurunan dari segi kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan kadar pengambilan oksigen serta kadar metabolisma. Dapatan kajian menunjukkan jumlah kapasiti pengambilan oksigen telah meningkat selepas menjalani latihan Qigong serta telah meningkatkan kualiti tidur seseorang.


sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku