jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, June 28, 2010

promosi sekejap

Ni adalah segmen promosi. Bukan nya segmen promosi diri ku yang gorgeus ini sebagai calon menantu yang solehah atau pun calon bibik yang sangat bertauliah.

ini adalah segmen promosi tuala wanita yang sangat spesel untuk wanita yang sangat spesel seperti aku.( sila muntah).

Tuala wanita Librese.

Aku buat rumusan je la. Citer panjang lebar kalau tak paham pun tak guna jugak. Kesimpulannya:
  1. amat selesa dipakai.
  2. tuala wanita untuk night teramat la panjang dan lebar. so, kalau ada yang spesen tidor buas dan takut ada peta-peta malaysia terlekat di tilam, jangan risau.Librese ada jalan penyelesainnya.
  3. Panty liner dia jugak amatla selesa. aku dah test yang super slim punya.memang slim ibarat anda tidak memakai apa-apa pun. selalunya, bila pakai panty liner yang lain, asyik nak terlekat celah buntut je. Tapi pantry Liner cap Librese tak melekat celah buntut okeh.
  4. Permukaan nya lembut selembut kapas. Ajaibnya, kulit aku tak der naik ruam. Almaklum la kulit aku ni second hand sikit. Cap ayam. Asyik nak naik ruuuuuuuuuuuuuuam aja.
  5. Ada pelbagai jenis. Kalau untuk siang, ada wings anda non wings. Kalau tak silap aku, kaler biru untuk non wings dan hijau untuk wings. Kaler unggu untuk night dan berwings.
  6. panty liner nya ada dua jenis. satu yang aku cakap awal-awal tadi yang super slim tuh. Boleh dipakai untuk hari-hari biasa. Yang satu lagi tebal sikit. Boleh dipakai pada masa akhir period atau di hari keputihan yang banyak.
so, kaum wanita.
Jikalau anda rasa anda spesel, sila la cuba librese.

Para -para bapak, kekanda atau kekasih boleh la membaca. Mana la tau jika anda bersiar-siar di supermarket tetiba kekasih atau bini anda kedatangan "teman baik"nya, anda tidak la mengelabah untuk memilih jenama yang betul.


the end of promosi.aku pun tak tahu promosi ke apa ni.
tapi, sharing is caring kan.
just berkongsi maklumat je.
ni bukan maklumat random. Aku dah test pakai ha. Aku memang suka test - test benda- benda yang baru ha. tetambah barang kosmetik seperti sabun pembersih muka. Kakak aku kalau ada pembersih muka baru, dia akan suruh aku test dulu. muka aku dah macam-macam aku pakai ha.dari tradisional hingga ke moden. tapi, dok ayu macam angelina jolie jugak.Huhuhu...
mencik ai tau

Friday, June 25, 2010

Laaaaggggiii best dari pekena dadah, estacy bagai..lagi high dari hidu marijuana...

Minum nescafe ais makcik leha dan baca komik Gempak edisi 01/07/2010.

Perghhhh...

Marbeles wa cakap sama lu...

Lu olang isap lalah(dadah dalam sebutan high) pun x sestim gua wooooo......




p/s:naseb baik yang buat air tu perempuan. Kalau laki, dah lama aku masuk minang ha.. Hari-hari buatkan nescafe ais je kat aku... Masyukkk...

Thursday, June 24, 2010

Pada masa dahulu,

Pada masa dahulu,

Aku suka menjahit. Bak kata jarum dan benang itu sahabat baik aku la. Selalunya, aku akan jahitkan baju untuk barbie doll aku( dulu aku hanya main barbie doll, bear aku tak main. Bukan tak ada, ada, tapi aku seram sikit dengan bear). Madame Suppiah selalu bising- bising, ugut - ugut tak nak beli baju dekat aku sebab aku selalu do altering if aku tak puas hati dengan t-shirt yang madame suppiah beli. Aku suka jahit silang pangkah"X" dekat baju aku. Kira macam my brand la. Pernah aku termimpi terberangan nak bukak my own butik yang semua koleksi baju adalah hasil ciptaan aku. Kawan aku pernah tergoda dengan jahitan silang pangkah yang aku buat dekat pergelangan tangan baju t-shirt aku siap suruh aku jahitkan lagi untuk dia. Hello, bayar boleh?

tapi, itu dulu. Sekarang tengok jarum dan benang pun nak termuntah dah. Nak jahit butang sebiji yang kebiasaannya mengambil masa seminit untuk dijahit pun mengambil masa sebulan bagi aku.

Pada masa dahulu,

Aku suka karang manik jadi gelang, cincin dan lain- lain. Hari- hari aku pergi kedai yang menjual manik pilih manik- manik yang menarik perhatian aku. yang mana mempunyai warna yang cantik, bentuk yang unik itulah pilihan aku. tak cukup aku buat gelang cincin bagai aku sulam dekat baju walupun jahitan nya mampu membuatkan orang menangis kengerian tapi ada mak kisah? oh ya, grlang aku hasil dari manik-manik, tali ni cukup banyak. kalau disambung-sambungkan boleh buat tali gantung. Hahahahahah.tak lawak!!

Tapi, sekarang, manik tu tergolek golek je dalam kotak.

Entah mengapa, sekarang nafsu aku untuk menjahit dan bermain dengan manik sudah kurang.

Aku rasa aku sudah monopause.

Sigh!~~

Monday, June 21, 2010

tsamina tsmina eh eh waka waka eh eh




menangis aku tengok shakira gelek
aku gelek dangdut pun macam kayu!!

Go brazil go brazil!!

Friday, June 18, 2010

Benda yang buat aku jadi bangang#2

Housemate
Kakak Ipar
Aku
Pelatih designer

"Cantik tak?
"Just nice. Kain tak buat sekali ker?
"Tak.Aku nak beli kain songket pakai ha.
"Akak, nape tak pakai je kain batik macam akak ni?Cantik apa.Padan dengan baju.(tangan tunjuk akak designer dekat sebelah?
"Aku kan dh ada kain batik macam tu kat rumah ha.
"Oooooo....Nape tak letak manik?
"Ada letak manik.Tapi tak banyak la.
"Nape tak letak batu koroski ha?Merelip sikit?
"Bukan koroski la. swarovski la.

Kakak ipar dengan akak designer tersipu-sipu tahan gelak.Okeh sopan
Housemate terburai gelak kuat. Okeh. Ini Kurang Asam.

*Nasib baik Salikin Sidek tak ada. Kalau tak, menangis dia dengar aku sebut batu koroski. Ai lidah kampung ya.. Ai tak reti la sebut benda pelik-pelik ni.

Wednesday, June 16, 2010

Semalam ada pengambaran Filem Industan ke dekat KLCC?

Dari jauh aku nampak, ada seorang gurl ni berlari kencang. Gaya macam ada orang jahat ligan.(flasback macam dalam movie. Orang jahat ligan gadis comel dibelakang lorong yang gelak dan tiba- tiba muncul spiderman datang menolong)

Tetapi,

Gadis itu tidak menjerit- jerit seperti:

"Tolong!!!tolong saya!!!Ada orang nak culik saya yang comel ini!!.

atau

"Tolong mak, nyaah!!Mak tak rela!!".

Sebaliknya, gadis itu berlari tangan sambil tersenyum- senyum tersengih - sengih kalah The Joker (watak side kick dalam Batman. Agak meroyan kalau kena berlawan dengan pejahat seperti The Joker yang tak berapa nak Joker ni)

Orang disekeliling memandang kehairanan termasuk la aku. Terlintas dalam fikiran aku yang gadis ini terkena renjatan elektrik di otak nya.

Gadis itu mendepakan tangan seperti ingin memeluk seseorang dan akhirnya dia berhenti berlari dan memeluk seorang lelaki sambil menjerit-jerit manja( bayangkan sendiri. Tak koser aku nak buat sound efek). Gamaknya lelaki itu mungkin la kekasih,suami atau tunang yang tidak ditemui sekian lama.

Sungguh syahdu. Boleh buat filem yang bertajuk:"KU RINDUKAN PELUKAN MU DI KLCC".

Tapi,kalau aku jdi lelaki itu, aku pun join sekaki melarikan diri dari gadis itu. Malu la...Depan orang ramai.

Auuuuwww!!!




p/s:cik seman, jom kita nari- nari di taman.ai jadi kajol, u jadi shah rukh khan ya.

Tuesday, June 15, 2010

Duit boleh membeli kebahagian

Siapa cakap duit bukan segala - galanya?
Zaman sekarang, duit adalah segala - galanya.

Dengan duit, orang akan pandang kamu tinggi.
Dengan duit, kamu akan disukai ramai.
Dengan duit, kamu akan merasa lebih bahagia.
Dengan duit, kamu juga bisa membahagiakan orang tersayang.
Dengan duit, kamu akan memiliki darjat, pangkat dan kuasa.

Kalau tiada duit, kita tak kan hidup bahagia. Mana nak beli barang dapur, mana nak bayar bil telefon la, bayar duit ansuran kete la rumah la dan pelbagai lagi.

Hidup aku sekarang tak bahagia kerana kadar kewangan aku tak stabil. Dah macam - macam cara aku buat untuk stabilkan ekonomi aku.

Aku nak balik kampung selalu dah tak boleh sekarang. Tiket dah mahal serba serbi. Nak-nak tambang teksi. Mau juling mata aku tengok meter.

Kalau telefon mak, tak boleh cakap lama- lama. Nanti bil melambung tinggi. Aram. Aku guna sikit je, caj sampai melambung - lambung ha.

Aku nak beli mesin basuh kain dengan mak. Sebab kesian dekat mak yang terpaksa guna mesin basuh manual. Ni memang betul - betul manual punya. Bahagian dry tak boleh guna. So,lepas basuh kain, kena perah sendiri sebelum sidai. Aku yang muda ni kalau basuh kain manual pun mau tercirit ha, tambah kan mak aku yang dah tua ni.

Teringin nak bawa mak ngan ayah jalan- jalan. Nak bagi depa enjoy dan nikmati zaman tua. Tak nak bagi depa hidup susah dah. Tapi setakat angan- angan je.

Aku kalau sakit, demam ke apa ke, tak kan pergi jumpa doktor. Sebab? Cas mahai oooooo!!!Tara aku kena demam chigukunya ari tuh pun, 3 kali jumpa doktor rabak jugak la dalam RM 200.00. Nasib baik En. Seman support sikit. Kalau tak, mahu aku makan pasir berulam kan rumput ha.

Birthday mak ayah aku jarang beli hadiah. Hanya ucapan sahaja. Aku sedih. Rasa macam aku anak yang tak berguna. Yang tak dapat membahagikan orang tua nya. Hadiah untuk En. Seman? Lagi la....Dalam mimpi je jawabnya.

Nak pergi jalan, nak pergi melancong? Dalam mimpi jawabnya.
Pergi kenduri kawan?Kalau yang dekat2 insyaalah aku akan pergi. Kalau yang jauh? Hanya doa yang mampu aku adiahkan.

Aku bukan minta duit bertimbun -timbun.
Aku bukan mahu harta melimpa ruah

Sekarang,
Aku betul- betul stress.
Aku tak hepi.
Dalam kepala otak aku sekarang, hanya pikir macam mana nak cari duit.
Lama - lama, boleh jadi gila ha.

Jangan kata aku tak berusaha.
Aku sedang berusaha.
Dengan tulang empat kerat aku.
Dengan kudrat yang aku ada.

Friday, June 11, 2010

Apabila lelaki terlebih maskulin

Begini alkisah nya yang terjadi tatkala aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Kisah bermula apabila Lrt Ampang berhenti di stesen Hang Tuah. Masuk la mamat ni, (bangsa diresiakan, tak penting pun. Rakyat Malaysia jugak). Muka nampak brutal abes, dah macam samseng wanabe. Dengan rambut ditarah pendek tinggal jambul je yang aku tengok dah macam balung ayam. Ayam tengok pun menangis jambul mamat tu cantik lagi. Cincin tak penuh jari dia pakai. Suara macam kawan disebelahnya itu pekak. Sekali........

Kuku tangan dan kaki pakai pengilat kuku uools...Pink gitew!!! auwwwwww*%&*#&#(

Walaupun ai ganas, tapi dalam hati ada taman tau.

Wink..Wink

;-)

Dah macam orang gila semalam aku dok gelak sorang sengih -sengih kalah kan kerang busuk sampaikan orang lain tengok aku pelik..

Adeh....



sepak la nuff ku
dh mcm hidup tak nak
mampuih segan aku tengok
volkwagen kunen feveret ku

Tuesday, June 8, 2010

Benda yang buat aku jadi bangang#1

Aku ternampak The Fish Manhattan Market ke Restoran ha aku confius dekat- dekat dengan Ampang Park.

Dalam hati:

"Fuyoooooo!!Canggihnya orang Kolompu ni!! Pasar ikan pun dekat tengah- tengah bandar!. Tak berbau hanyir ke ikan tu jual tengah- tengah pekan ni".

Selepas itu barula aku tahu bahawa The Fish Manhanttan market ke restoren aku tak pasti merupakan sebuah restoren.

Bila aku cerita dekat kakak ipar aku, sekilo kena gelak..

Nasib baik aku tak tanya dekat Lady Caja atau Classy Doll Baby time tu. Kalau tak, mampus aku kena daftar bebudak tu dekat tanjung rambutan meroyan dengar cerita aku.

Cik Seman pun gelak guling- guling.

Ai tahula ai budak kampung. Dekat kampung mana ada restoren nama yang mengkonpius macam itu.

Mencik ai












sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Pengalaman Tutttttt

1....2....3...
Pusshhhhhh

Hishhhh..Hishhhh...

Hnffff...Hnfffff

Arrrghhhh...Argggghhhh...

Pushh...pusssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...


Kedebus!!!

Akhirnya berjaya jugak membuang bahan buangan yang dh membeku. Pengalaman Buang air besar keras memang tidak best. Dah terpaksa guna teknik- teknik ibu melahirkan anak.

Monday, June 7, 2010

Pergila Air Mata

Setelah lama menanti,akhirnya penantian yang menyeksakan telah berakhir. Novel Pergila Air mata karya saudari hanny telah berada di pasaran.

Akhirnya, segala persoalan mengenai Badrul dan Sabrina terungkai. Bahagia setelah menanggung derita yang berpanjangan. Arang yang telah terconteng di muka dapat dibersihkan.

Cerita digarap dengan penuh perasaan. Menitik air mata tatkala membaca. Otak membayangkan tentang perasaan Sabrina. Derita yang ditanggung.

mulut menyumpah seranah Badrul yang tidak berperikemanusian di awal cerita tetapi menguntum kan senyuman di akhir cerita.

Sesungguhnya, kawan baik yang bikin onar. Sungguh pedih tatkala ditikam dari belakang. hilang kekasih, hilang pekerjaan, hilang harga diri.

Memang best..

Boleh dibaca dekat SINI












sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Friday, June 4, 2010

Bila bergaduh

"Awak, nape bila kita bergaduh je, awak suka off- telephone, pastu bila saya telifon, awak tak angkat, pastu bila saya sms awak tak balas, pastu suka menghilangkan diri?"

"Sebab saya sayangkan awak".


Dah macam orang gila meroyan aku tekan - tekan anfon call. Gamaknya, kalau anfon tu boleh bercakap, kerat jari dia maki aku ketuk - ketuk , picit - picit badan dia kasar.

Dah kalah pensyair, penyajak dah aku bagi ayat. Gamak kalau masuk bertanding, gerenti aku menang. Jiwang tahap membunuh. Nasib baik aku pernah belajar sastera melayu. Tahu jugak buat ayat - ayat puitis.

Tapi,

Ayat puitis pun haram tak makan saman.

Yang makan saman, dua-dua diam buat tak tahu.

Huh~!!

Hilang macho aku.






sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Thursday, June 3, 2010

Mas Kahwin aku hanya Rm2,000 SAHAJA!!

Madame Suppiah kata, dia nak letak mas kahwin untuk anak- anak perempuannya yakni aku dan 2 orang adik perempuan aku sebanyak RM 2,000 sahaja manakala hantaran atau dengan nama lain belanja kahwin terpulang kepada keluarga bakal suami untuk memberinya. Dengan nada ;"Mak tak kisah nyah. U bagi berapa mak terima nok". Isu mas Kawin ni timbul apabila saudara mara aku berkumpul untuk berbincang mengenai majlis pertunangan cucu sulung arwah tok dan tokwan merangkap sepupu sulung aku (lelaki). Sepupu aku ni cakap kalau pihak perempuan letak hantaran kawen+ mas kawen sebanyak RM 15 ribu, dia mampu bawa lagi. Aku dan adik aku yang agak kee-po-chi gaya macam,"What!!Rm15 ribu pun steadi lagi ke!!Demmmm.... Pihak perempuan meletakkan Rm 10 ribu lebih sebagai hantaran dan mas kawennya. Dengar-dengar gosip mengatakan pihak perempuan iatu bakal bini pupu aku ni ada ijazah. ( sekarang mas kawen + hantaran ikut taraf pendidikan ke?)

Mengapa Madame Suppiah letak Mas kawen rm 2k dan hantaran tak kisah berapa:
  1. sebab dh memang sejak dari abang pertama aku, madame suppiah dan en Tat yang menaja belanja kawen. Abang2 aku hanya kuarkan duit mas kawen pastu topop sket2 apa yang tak ada.
  2. madame suppiah kata kalau dia letak mahai2 macam juai anak plak.
  3. madame suppiah cakap pas kawen lagi banyak belanja.kang dia letak mahai2 kang dok bertumbuk plak anak menantu dia.
aku terpikir la. Berapa kah jumlah hantaran aku. Adakah:-

rm2200.00

rm 2020.00

rm2002.00

rm2000.20

rm2000.22

rm2000.02???
















sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku

Wednesday, June 2, 2010

Sambungan Kisah Gosip- gosip Kampung Madame suppiah

*Sambungan dari entri sebelum ini*

Begini kisah full version nya....

(Penerangan nak bagi clear:sebelah masjid ada perhentian bas dan laluan untuk ke kampung aku dan ke rumah Pak Hashim ini hanya sebatang jalan yang kanan nya gaung yang curam kalo jatuh konpom bercalar balar patah riuk dan disebelah kirinya kubur yang panjang sehingga ke rumah aku)

Menurut Madame Suppiah, Pak Hashim ketika itu dalam perjalanan pulang kerumahnya setelah selesai solat berjemaah di masjid. Keluar-keluar je dari gate masjid, Pak Hashim melalui pondok perhentian bas tu(Gosip:pondok perhentian bas tuh sekarang dh jadi tempat lepak encik-encik dan cik-cik an.......tu.Ni konpom Pak Hashim tak tahu.Kalau tau pun tak leh nak buat apa sebab kena lalu situ jugak.) Semasa melintasi pondok perhentian bas itu, pak hashim tak tau bahawa beliau telah ditumpangi oleh cik an..tutut itu.

Kebetulan bini pak hashim ini seorang yang lemah semangat kerana menurut Madame Suppiah, pada zaman mudanya beliau sering terkena rasukan. Oleh itu,apabila Pak hashim pulang ke rumah bersama Cik An..tutut tu,mangsanya ialah bini Pak Hashim la. Bini Pak hashim berkata, beliau merasakan seram sejuk seakan-akan mahu deman dan kepalanya berat lalau mengatakan kepada anak-anak beliau bahawa belaiu mahu masuk tidur dan berehat dan tidak tahu apa-apa kejadian selepas badan nya di"take over" oleh cik annn....tutututut itu.

sebab itu la,terjadinya dialog ini:"Dah abg Hasim lalu,kami tumpang la".

Seram + lawak kan.....

Oh ya,bukan Pak Hashim je kena, adik aku pun pernah nampak ha.. pak su aku sekaki. Patut anak buah aku yang kecik tu,Faqihah Humaira yang bakal berusia 3 tahun bulan 11 ni asyik tutup mata je bila melewati tanah perkuburan dan perhentian bas tu.


sepak la nuff kudh mcm hidup tak nakmampuih segan aku tengokvolkwagen kunen feveret ku