jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Saturday, July 31, 2010

Ogos

Datang lagi

Sucks..

Boleh tak buang bulan ogos dalam kalendar?
aku tak nak tua
nak maintain gorgeus dan solid je

Friday, July 30, 2010

Naif itu comel?

Aku tak tau la sama ada aku naif,
atau
lampi
atau
lurus bendul.

tapi,
madame suppiah cakap,
aku lurus bendul,
tak der la sampai go straight langgar tiang kan mak bendul ai,
ada jugak gohed gostan aku ni.

misalnya,
kalau madame suppiah suruh beli kicap,
spesifik kicap tok mudim(erkkk!!)
dekat kedai pak mat telo
aku pergi cari kicap dekat kedai pak mat telo,
kicap tok mudim abes.
aku balik dengan muka inesen,
lantas memberitahu madame suppiah kicap abes,
madame suppiah tanya,"semua kicap ke abes?".
aku jawab,"tak la.kicap tok mudim je.
konpom madame suppiah cakap
"masyaallah..awat la yang lurus bendui sangat niiiiiiii!!".
seketui kena.

aku ada beli bubur pulut itam dekat kawasan aku tinggal,
aku balik rumah dengan semangat nak makan la.
sekali basi.
aku tak buang lagi.
dalam hati aku berfikiran sama ada bubur yang basi,
atau lidah aku yang expired.
aku rasa lagi.
sah!!
basi.
buang la begitu sahaja.

hari berikutnya,
aku pergi balik ke tempat aku beli bubur tu,
hajat di hati hendak memberitahu perihal bubur basi itu,
untuk faedah bersama,
sekali, bila aku buka je mulut,
"makcik,bagi bihun seringgit".
aiseh.

hari ni,
aku tersuruh bos aku buat cek untuk payment lodge document.
bos aku tanya nak buat 1 cek atau asing- asing,
dengan semangat aku jawab 1 suda.
sekali,
bila bos aku balik,
aku tepuk dahi.
macam mana nak lodge sedangkan ada satu company tak send over
audited account dia kat aku lagi.

mampos!!
nampak gaya nya kena pakai duit aku dulu la
Tsk!!Tsk!!

ada sesapa nak beli bendul aku tak?
aku nak juai.
tak mahai.
sekilo lima hengget.

Tsk!!Tsk!!

Wednesday, July 28, 2010

Alam Perkahwinan

Tengok kawan - kawan aku yang dah berumah tangga, beranak pinak, teringin pulak aku aku nak melangkah ke alam rumah tangga ni. Tapi, bila dipikir- pikir kan kembali, aku dah cukup bersedia ke nak ubah tittle bujang ke title isteri orang ni.

Jwapan nya: Belum lagi.

Kui...kui..kui...Tapi mengedik nak kawen. Aku pernah tangga kawan sekelas aku. Dia dah kawen. Pangkat akak la. Aku tanya, tak boring ke ngadap muka hasben tetiap hari? Pagi petang siang malam asyik ngadap muka hasben, mula la harimau nak mengaum. Aku awal-awal bercintan cintun ngan cik seman jumpa hari - hari pun dah boring. Sekarang, ambek ko....Seminggu sekali ha. Akak tu cakap, kalau aku boring tengok muka dia hari, dia pun boring tengok muka aku....Har...har...harunnnnnn betui. Tak la...Akak tu cakap maknanya sayang dan cinta aku pada cik seman tak kuat lagi. Dia kalau boleh hari - hari nak berkepit dengan laki dia. Akak tu la yang cakap.

Fikir - fikir balik, betul jugak. Alam rumah tangga ni bukan macam orang bujang. Dah ada tanggungjawab. Boleh ke aku jaga makan minum laki aku nanti? Dah la masak tak reti. Harap terer masak nasi ngan telur je. takkan ari - ari nak makan nasi lauk telur dengan kicap. mau muka anak laki aku macam telur nanti. Sedangkan diri aku yang sorang ni pun aku tak terurus, macam mana la aku nak jaga anak orang.

Tapi, kalau cik seman ajak, aku on ja...

Hahahahahha..

Dasar miang buluh

Monday, July 26, 2010

Apabila hormon perempuan merembes terlampau banyak.

Perasaan menjadi tidak seimbang. Keseimbangan telah lari. Macam dalam cerita avatar:the last airbender tu. Apabila kesimbangan antara unsur api, air, angin dan tanah menjadi senget, keharmonian dunia pun menjadi senget. Tapi aku tak ada 4 unsur tu. Yang aku ada pun unsur api puting beliung. Handal sikit dari Prince zoku tu.

Eh.Lari tajuk. Sila pulang ke pangkal tajuk.

Okeh. Keseimbangan perasaan aku telah menjadi senget sebelah. Seperti dacing jika anda terlebih letak kilo disebelah kanan, kati disebelah kiri secara automatic nya menjadi senget. Begitu la dengan perasaan sensitif aku. Perasaan sensitif aku telah berjaya mengalahkan perasaan macho dan maskulin didalam satu peperangan yang telah dijalankan secara diam - diam tanpa aku sedari. Cis!! Memang dasar pemberontakan. Aku ong bak kan jugak ha.

Pagi ni je mood aku telah dihancurkan dengan mimpi yang membuatkan aku tidak tenteram. Memang tahap silaka punya mimpi. Bukan mimpi kena patuk dengan ular. Kalau mimpi kena patuk dengan ular berulang kali pun tidak mengapa. Sebab aku sudah tidak sabar nak berumah tangga. Dasar miang buluh. Ni aku mimpi aku telah digigit oleh 2 ekor anjing itam. Ceskek betul la. Mimpi itu telah menyebabkan aku lewat bangun dari tidur yang tidak enak dan sekaligus menyebabkan kejadian mandi kerbau berlaku. Ceskek lagi.

Dan, ditambahkan lagi permohonan carian nama syarikat bagi client aku tidak diterima. Bukan direject seratus peratus,tetapi pihak SSM memerlukan penjelasan bagi nama dipohon. Aduh, pecah kepala aku nak memberi penjelasan.

Sampai je opis, telifon berbunyi kring, kring,kring, ku angkat ku dengar tut...tut...tut...Fax nak masuk. Berulang kali. Boleh tak kalau aku nak tukar telifon jadi buah epal. kalau berbunyi, boleh aku makan. Hahahahahha.

maaf. otak aku otomatic jadi senget. aku nak jadi rapunzel la.duduk dalam menara yang tinggi sambil sikat rambut dan menyanyi feeling- feeling suara merdu walaupun hakikatnya suara mengalahkan buluh pecah menunggu kedatangan putera ensem datang menyelamatkan aku dari menara itu.

okeh. aku tak tipu.ada cerita rapunzel nak keluar pawagam tapi bukan dengan tajuk rapunzel. tajuk nya aku lupa. yang aku tau, aku nak tengok airbender. kalau tak best macam kartun punya, memang aku fire bender kan night shamalayan tu.( betul ke ejaan nama ni)

Friday, July 23, 2010

Cantik ke?

Cantik ker layout blog aku ni? Dah macam apa aku tengok. Semalam, tangan aku gatai- gatai tekan sana, tekan sini, hasil nye, terjadilah layout sebegini rupa.

Kiyut macam blog perempuan - perempuan? eksikius me. im Lampuan tau. blog laki + perempuan= feminim + maskulin.

Aku dah banyak kali download layout -layout yang mengancam tetapi apa masalahnya pun aku tak tahu la.

Jeles ai tau tengok bloh uolss yang mengancam membunuh kalbu tau

Thursday, July 22, 2010

Movie review:Prediator

Fuc*ing Awesome man!! Must Fuc*king Watch it. Totally Fuc*king menyesal if tak g tengok.

Tak..

Aku tak mencarut. Dah semua pelakon dia asyik sebut skrip yang sama. Dari awal stori sampai abes cerita, dok asyik dengaq perkataan F.U.C.K je. Senang tukang buat skrip tu nak wat skrip untuk cite ni.

Cite ni memng best.

Thums Up.

Tetiba teringt pada movie 1st prediator.masa arnold susah nak eja tu berlakon. Best gile.

part paling senang, si yakuza tu.sepatah aram dia tak bercakap. satu line je skrip dia. tak gado nk perah perah otak ingt skrip...

Wednesday, July 21, 2010

U TOUCH ME, ME TOUCH YUUU

Aku orang yang simple je.
Sangat - sangat simple.
Kalau mai angin gelong,
pakai baju kaler merah, seluar kaler ijau aku masih rasa cun lagi.
Kalau angin ribut taufan aku datang,
van diesel kat sebelah aku pun konpom - konpom aku patah- patahkan
dulu aku penyabar.
sangat- sangat peyabar.
sekarang,
penyabar aku dah balik Sabah.
dia dah tak nak keje ngan aku dah.
Sebab dia tau,
petang ni konpom aku jadi incredible hulk
mana tak nya,

KAD TOUCH N GO AKU BILA NAK SIAP!!!!!
AKU DAH BAYAR RM 100 LA DOL!!
KALO RM 10 AKU BOLEH LAGI BERGELAK GULITA!!!!
PETANG NI DAH NAK MASUK 3 KALI AKU PERGI NAK TUNTUT KAD AKU TAK SIap-SIaP LAGI!!!!
TAK TAU NAK KIRA SEBULAN KE?
KALAU TAK TAU NAK KIRA, MEH AKU AJAQ KAN!!
DAH LA BUAT SILAP
AMBEK KAD AKU TAK IKUT PROSEDUR.
BORANG ADUAN TAK SURUH DIISINYA..
APA HANGPA INGAT AKU KAYA KAAA!!!!
KAYAP ADA LA
AKU TAK KIRA
AKU NAK BALIK KAD AKU
YANG AKU TAU BILA KAD AKU ADA KAT AKU
RELOAD UNTUK 30 HARI COMPLETE

BAKU BENGIS NI!!!!

KANG TAK PASAI PASAI AKU DOK BAGI MANTRA SERAPAH KANG

Tuesday, July 20, 2010

Senget kah aku?

Kalau perempuan lain, konpom dah mengamuk memaki hamun kalau dapat tau pakwe dia kena kacau.

Aku masih boleh tersengih.

Maih cool.

Sah!!!

Aku dah tak normal..

Jom!!!

Mari la ramai - ramai pack baju jumpa pakar psikitari.

Ahaks..
Nasib baik En. Seman bagitau dari mulut dia sendiri. Kalau aku dengar dari mulut orang lain, nescaya akan lahir la incredible hulk versi wanita jelita.

ohh.. Aku dah baca mesej gurl tu. Sangat psiko.

Monday, July 19, 2010

Mantra

Kalau dari rangking 1 hingga 5, aku bagi 3.5.

Tak best ke?
Bukan tak best, tapi boleh tahanla...tak boleh lawan santau. santau memang superb. lakonan puteri mardiana(mardihah ke mardiana ek...aku konpius) memang mantap. tambah- tambah dekat part jin yang merasuk puteri mardiana mengikuti bacaan ayat - ayat suci al-quran yang di baca oleh tok imam tuh.. terangkat beb.

Okeh, berbalik kepada mantra pulak. yang aku paham, mantra ni cerita dia berkisar mengenai perebutan seorang perempuan yang bernama ani oleh dua lelaki yang bernama muzir dan hasbi. ani dah kawen dengan muzir. gamaknya, hasbi frust, dia kenakan serapahan mantra( ilmu hitam) kat ani. dek kerna sayang kat ani, muzir sanggup belajar ilmu hitam dan membuat perjanjian dengan syaitan untuk menyelamat kan ani.(nak suruh aku citer dari awal sampai abis ke? tak yah la..kang tak suprise plak)

a'ah.citer ni ada part bogel. nampak sebelah muntut muzir. ahaks...

aweks-aweks sila la pergi. tapi, jangan la bawak pakwe anda.. kang jeles mereka apabila anda melihat buntot orang lain.

oh ya..mantra ni kisah dia tak seram sangat. sebab, kisah dia pun bukan pasal antu, jin merasuk manusia. kisah dia mengisarkan manusia membuat perjanjian dengan syaitan serta pengamalan ilmu mantra yang boleh merosakkan akidah seseorang.

Banyak yang boleh dipelajari.

Apa- apa pun, thumbs up buat pengarah.

Friday, July 16, 2010

harga minyak naik?

tak aper
aku suka
gaji aku banyak

madame suppiah,
nanti kalo mak nampak ceq slim,
paham - paham je la...
ceq catu gaji
buat tambang minyk nak g kelas.

owwwhhhh
ku masih tersenyum
:-D

Wednesday, July 14, 2010

Apa kata hampa je yang bagi tajuk?

Masa zaman- zaman berhingus hingus mendaki tangga politeknik dahulu kala, lecturer aku pernah bagi petua. Petua langsingkan badan? Petua kurangkan bulu Idung? Idok la noks. Petua nak kuatkan ingatan. Sesuai untuk aku yang slow motion bab - bab ilmu ni. Bab lain aku laju je.

Ahaks.

okeih. Petuanya ialah:
  • Kata lecturer aku, kalau nak makan roti, jangan makan yang tepi - tepi tu. yang itam - itam keliling roti tu. Sebab apa? Sebab time bakar roti tu, gas yang terperangkap dalam roti tu akan membentuk yang tepi tepi itam tu. Kalau makan, konpom akan rasa mengantuk. Aku pun time tu macam, owh patut la aku rajin berdengkur dalam kelas. Ghupanya asyik menelan yang itam - itam tu.
  • Dia cakap lagi, jangan gosok gigi sambil berak atau kencing. Hah!!macam mengata kat aku je. Standard budak yang duduk asrama. Kalau shower penuh, dalam jamban pun boleh mandi. Nak jimatkan masa sebab bangun lambat, aku selalu gosok gigi sambel membuang kumbahan. Patutlah terlebih cerdik.
  • Jangan tengok najis anda ketika berak. Konpom otak tumpul. tapi, aku suka tengok. Nak tengok tahap kesihatan hasil pengeraman aku.
Eh..semua benda dia cakap macam mengata aku je. Encik sekodeng saya ke? Hak..hak..hak...dulu ye aku buat semua tu. Sekarang aku tak buat dah gosok gigi sambil berak. Tak ada feel doh...

Tuesday, July 13, 2010

French Kiss

Semalam, masa aku dalam perjalanan pulang dari kelas aku nampak la couple ni depan tangga lrt. Kiss kanan, kiss kiri, kiss depan..Walauweii... Abes la ilmu aku. Abes la contribution value punya formula, melayang la formula break event point. Abes la aku lupa mcm mana nak calculate Net Profit. Dah la aku bengap calculate. Math moden aku dapat 6c tau..Matematik Tambahan aku 8E tau...Cerdik tak aku. Tapi, Prinsip akaun aku dapat A2. Nampak sangat mata duitan.

Tadi, masa nak g keje, tengah jalan layan mengantuk mata pun separa buka, aku nampak la sepasang laki bini. Sang laki menghantar sang bini kerja. Lalu Sang bini menghadiahkan kiss dimulut. Nah!!cerah bijik mata aku. Dari sepet macam amoi terus mata bulat macam Heliza Af.

hehehehe...Kita semakin moden kan..kan..kan...ai nak french kiss jugak la.

Monday, July 12, 2010

Snap there, snap here,sanap there, snap here, old mc donald had a farm



Sebelum disunatkan oleh fndrocka.

sebenarnya, ini lah gambar - gambar yang ingin ku upload kan pada hari jumaat. Nasib baik kebijaksanaan ku telah kembali pada hari Isnin yang sungguh gemilang ini. Mungkin kah kebijaksanaan ini disebabkan oleh kemenangan Spain ke atas belanda?

Ahhhhh.. Pedulikan semua itu....



aktiviti berjalan - jalan main game...taun bila punya gambo pun tak tahu la.bersemangat sungguh pakcik sorang ni berlari - lari sehingga 6 pax kiri dan kanan bergeger - gegar lalau posing macho di atas tangga dengan harapan aku akan mengambil gambar tapi malangnya aku tak paham signal tersebut... Nasib badan la.....













aktiviti menghabiskan boraih dengan lady caja..aku teruja dapat tangkap gambo depan cermin.dah lamo mengidam ha..





bajet popular la tuh..lempang karang ha....



konon- kononya ayu dan seksi la tuh...



taman permainan beliau..




lunch aku pada ari jemaat...




eh...macam mana gambaq ni terlepas kat bawah???




sekian,
wasalam...

Friday, July 9, 2010

sebetulnya

Aku nak upload gambo. Tapi,

Apa kebijaknya nye aku g save sume gambo dalam fon memori, bukannya dalam memori kad. Dah satu ghoje nak memanage kan balik semua gambo-gambo tu.

Ah...

Tak koser mak nak buek ghoje ompat limo onam kali.

Ngabih kan boraih ajo..

Thursday, July 8, 2010

Perbualan bijak yang patut dibualkan bersama sepupu anda.

Husna(adik aku)
Be'ah(pupu)
Aku


Husna, husna kalau balik sekolah jalan dekat kubur tuh, tak jumpa ngan biawak ke?
ada je jumpa kak be'ah.
kalau usna jumpa, husna cakap apa dekat biawak tuh
"excuse me, can i pass away?.
gamak kalau biawak tu boleh bercakap, konpom dia gelak guling-guling dekat ang.pastu dia cakap dipersilakan mati.

Aku ingatkan aku je yang senget. Budak- budak ni pun sama senget ha. Ada ke mintak izin nak lalu dekat biawak. pass away pulak tu.

Wednesday, July 7, 2010

Peel Faqihah Humaira.




- Faqihah humaira.
- 3 taun.
- cucu sulung mr tat dan madame suppiah.
anak sulung rahayu dan fakruzaki.
- rakan komplot mr udin, yakni pak chu nya dalam mengepaw madame suppiah.
- terrer mengepaw mak lang nya iaitu aku dan lolan nya(mar tat)
- pengganas.
- mulut macam bertih Jagung. cakap macam orang tua.
- muka nampak ganas tapi dalm hati ada taman.
- pantang nampak kfc dan longwan.itu merupakan tempat beli belahnya.
- amat suka dengan sticket. madame suppiah sudah penin kepala menengok kan peelnya yang
suka melekatkan stiker dimana - mana sahaja termasuk di badan comel, kucing kuning yang
gedemok dan pemalas.
- suka minum ayaq rebena.
- berlakon yang handalan.
-suka main ayaq tapi bila time nak jirus otomatik akan melalak terlolong seperti ombak ingin
menelannya.
- mempunyai bantal busuk seperti aku yang dipanggil anak.aku sedikit blur bila aku tonyoh
bantal busuk aku dekat dia,dia sebut" tak mo...ni anak mak lang. bila masa aku kawen dan
beranak pun tataw la.
- pantang nampak handset. pada usia nya 2 taun, dia sudah pandai tangkap gambarnya sendiri
dan mms kepada laki pupu aku, yakni bapak saudaranya. gatai no...
- raya taun lepas, dia memasang niat suci murni nya untuk menolong mak chik nya yakni husna
menyusun cawan.ye...dia susuun cawan. cawan kaca. setinggi klcc. menjerit makciknya
melihat ketinggian cawan yang disusun.tatkala pecah cawan itu, humaira sepantas kilat lari
menyuruk di belakang madame suppiah dan membiarkan makchiknya membebel sorang-
sorang sambil meyapu pecahan cawan itu.
- aku berkomunikasi dengan nya menggunakan bahasa melayu, kekadang omputih. gamak dia
tak paham bahasa, aku cakap bahasa tamil.ajaib.paham pulak dia....yenadey ina soley..
- terrer menyanyi lagu halimah jonggang.
- kekadang mamanggil aku mak lam.dan dari situ tercetusnya lagu, mak lam, mak lam bila
malam ku lihat wajahmu umpama bulan..
- selalu cakap mak lam galak bila dengaq aku gelak besaq. chett punya budak.





humira bersama kucin kunen gemok yang pemalas, comel.

Monday, July 5, 2010

Analitik nuffnang yang paling cantik pernah ku hasilkan.


bukan senang tau nak hasilkan karya seni yang begitu indah nan rupawan ni.
hehhehehehe
bukan aku tak buat blogwalking.
aku buat.
tapi aku selalu terlupa nak tinggalkan pesanan penaja..
hehehehehehehe

Benda yang buat aku jadi bangang#4

Lokasi:Lingerie shop, time square.

kak ayu
aku

Loti(nama sebenar harus diresiakan), cantik tak ni?
huduh berderau ah kak ayu.
yang ni?
ok.cantik.
kak ayu.ambek la ni.ada cap calvin cleen lagi.dari jauh boleh nampak.
kah..kah..kah(terguling2 dia gelak uolls)
awat kak ayu?
calvin klein la.bukan calvin cleen.
ahh...sama je la...ni cap muhung.harus disebut calvin cleen.
(ayat cover malu)

aku sebut klein tu cleen.bermaksud cuci.calvin cuci.
mencik ai..apasal berbelit sangat nak sebut barang-barang jenama ni ha..

Friday, July 2, 2010

Benda yang buat aku jadi bangang#3

Aku
Cik Seman
Akak ambik order MCD yg shantek


Hai selamat datang ke Mc Donald.Makan sini ke Bungkus
Makan sini.Bagi Spicy Mc Chicken 1 set, Double cheese beger 1 set.
Ok.Ada apa - apa lagi nak tambah?
Nak tukar air?
Boleh. Tapi dikenakan Caj tambahan sebanyak Rm 1.00
Ok.Bagi air milo 1. U?
Errr...Bagi air nescape ais 1.
Maaf cik.Kami tak ada nescafe
Abes kat belakang tu?(tangan tunjuk teko kopi dibelakang)
Maaf, Itu kopi.
Errrr...Kopi ngan nescape tak sama ke?
Tahan senyum.
Sudah melarikan diri sambil menghantukkan kepala.
Maintain ayu je....