jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, August 30, 2010

Jiwa Kacau

Sepupu aku yang aku pernah cite kan dulu yang menghidap penyakit barah paru-paru telah pergi menghadap Ilahi. Serius aku sedih. masa aku sampai kampung, konon berlagak macho tak nak menangis sebab madame suppiah cakap, kalau orang meninggal, kita tak patut menangis sebaliknya kita patut berasa gembira sebab dia pergi menghadap Pencipta. Memula aku bajet nak buat paluan kompang, tapi aku tak mahu berbuka makan lempang, so aku batalkan je la niat haluan kiri aku tau. masa masuk dalam rumah, tengok jenazah, aku sedih.kurus sangat.sedihh..Nak kata rapat sangat, tak la.sebab aku balik kampung pun jarang-jarang. tapi, kalau aku balik, memang aku akan mengusik dia, dia akan menghalau aku. ada ke patut aku baru sampai, ditanya aku bila nak balik kolompo.ceskek betul la.

masa orang nak kapan kan arwah, nak hambek koooo!!!macam empangan pecah ayaq mata turun berjurai- jurai. abes ilang macho aku. lagi sikit tahap nak menanges sampai tersedu sedan.

aku menagis sekejap je.gila nak menangis lama-lama.kang mau madame suppiah paranawei aku,tak ke naya.

pasar ramdhan berlin memang syahdu la.banyak, murah, sedap.memang berbaloi-baloi. hampir-hampir menitik ayaq mata bila tengok gerai- gerai yang terhidang.

housemate aku dah nak pindah. pas ni tinggai aku ngan kak ayu je. tak syok la.

cik seman ni memqng dasar tak paham bahasa. kang aku cakap bahasa uganda baru tau.

ish...tak suka la jiwa kacau- jiwa kacau ni.hilang abes keharmonian 4 unsur dalam badan aku iaitu:gosip, tido, makan, gelak dan senyum.

Wednesday, August 25, 2010

Hidup jangan la bebal sangat.

adik,
jangan la bebal sangat
orang itu dah pijak kepala kamu.
dia dah guna nama kamu.
walaupun dia bekas majikan kamu,
tapi,
kamu janganla berhati mulia sangat.
orang itu dah salah gunakan kebaikan adik dekat dia.
ari ni,
dia incorp company,
pakai nama adik,
tiru sign adik.
esok lusa,
dia pakai nama adik,
tiru sign adik,
buat loan ngan bank,
beli rumah,
beli kereta,
yang susah nya adik,
yang senang nye dia.
nasihat akak
buat aje polis report.
senang.
lagipun dia dah melanggar undang-undang.
mana boleh tiru sign orang lain sesuka hati.

tapi adik,
kalau nak buat report polis pun,
tanya akak nak cerita macam mana,
ni yang buat akak nak bertukar jadi hijau ni.
jangan la lurus sangat.
nak hidup dan terus hidup,
harus ada lurus,
harus ada bengkang bengkok
baru balancing tak lari. paham tak

Tuesday, August 24, 2010

Dua Alam.

Hai. Nama saya Loti. saya adalah gadis-gadis tulen, bukan ciplak. Tapi,sejak kebelakangan ini, saya rasa saya telah bertukar menjadi lelaki yang macho, maskulin terutamanya pada waktu malam. Perkara ini amat mengusarkan saya. Ia membuatkan saya terfikir," adakah saya terkena sinaran pasport kegemilang atau dengan nama saintifiknya sinaran radioaktif yang menyebabkan hormon estrogen saya mengecut dan membuatkan hormon testoren saya memacut-macut keluar lantas menyebabkan saya bertukar menjadi lelaki superhero pada waktu malam. Ia juga membuatkan saya terfikir, adakah sisi saya sewaktu malam sekacak shahir af 8, semacho van diesel dan setampan The Rock.

Namun demikian, perkara ini membawa keburukan kerana, sisi macho saya ini telah menyebabkan satu pergaduhan telah berlaku antara cik seman. hapo la bulan - bulan puasa pun nak gaduh. perdamaian telah berlaku tapi masih suam-suam kuku kambing. sisi lelaki saya tidak tahu memujuk begitu jugak dengan sisi perempuan. kadang kala saya seperti ingin memasuki sekolah pujuk memujuk agar saya handal dan terror dalam bab pujuk memujuk dan bodek membodek. sudah puas saya membuat ayat jiwang yang boleh menyebabkan aktiviti muntah-muntah berlaku, tapi tetap tk jalan. saya syak, ayat jiwang saya itu lebih kepada ayat brutal. oleh itu, saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan bait- bait lagu yang puitis tapi tetap tak berjaya. bukan original katanya.

saya khuatir kerana temperature badan saya seperti temperature kereta yang akan mengeluarkan asap bila sudah panas. saya gusar dengan kemelayangan pinggan mangkuk, kerusi dan sewaktunya bila saya sudah kahabisan idea untuk memujuk.

kepada pakar pujuk memujuk dan bodek membodek diharap boleh menurunkan petua kepada saya agar saya boleh kembali menjadi gadis- gadis yang original dengan ayat pujuk memujuk yang power dan boleh memujuk cik seman yang kereas batu hatta di pecahkan dengan kapal keluli pun kepalanya maintain tak berdarah.

sekian, terima kasih

Friday, August 20, 2010

Ada apa dengan NAMA

Dulu,
masa aku kecik-kecik berhingus tapi tetap vounge dulu,
aku tak suka nama aku.
aku rasa nama aku la yang paling pelik dalam dunia
bak kata orang
one in the million gitew

time aku sekolah,
jarang ada nama sama dengan aku
bukan jarang okeh
memang tak ada pun
dalam kelas aku,

cikgu-cikgu pun selalu tersyasyul pangey nama aku
dari ...... jadi
lina
nina
mina...chee.choi!!

madame suppiah cakap
nama aku membawa maksud
"cahaya agama kami"
(pandai-pandai la cari nama bulat- bulat ye)

tapi sekarang,
aku bangga dengan nama aku
kenapa?
nama orang-orang femes beb
dina malaysia idol
wardina safiyah
dina lorenza?
tet!!!

nama itu satu doa
letak la nama anak-anak anda yang mempunyai maksud
dan digalakkan agar memangil nama penuh rakan-rakan anda
jangan nama mohammad bin abdullah
pangey saja ai mad
tet!!
abes ilang doa

p/s: dulu, aku pernah tanya madame suppiah. kenapa ejaan nama madame suppiah macam nama orang india. madame suppiah cakap kesilapan teknikal. pakcik yang tukang tulis nama dekat surat beranak silap dengar. tokwan aku cakap sufiah, dia dengarnya suppiah. adeh..pokcik..pokcik..kasi telinga overholl dulu la..



Sepagi di KL Sentral


bikin aku pecah perut je pagi-pagi buta.
ada ke minah ni,
dia borak-borak dengan member-member dia
tengok dari cara penampilan,
memang kategori profesional la ni
(perception ni)
member dia tanya, dalam omputeh la, tapi aku translate melayu la eh
"sapa yang bawa tren ni
"i think humans
"no, i thinks robot control the tren"

a'ah minah,
robot yang kontrol
malam-malam dia bertukar jadi transformers
"krak kruk krek
(bunyi besi-besi berlanggar time nak bertukar)

nasib aku well-mannered.
tak terburai gelak depan-depan dia
hanya mampu kembang kempis kan hidung dia je

tren ni automatic kontrol la sayang
mana ada robot bawa

nasib di cakap robot.
kalau dia cakap spiderman yang tarik pakai tali sesawang dia
mau aku pitam di situ jugak noks.


Wednesday, August 18, 2010

Salleh Gregor Samsa

Tahniah.
Anda telah femes seantero dunia.
diatas status laman sosial anda.
peace.

p/s:Ya Allah, sempena bulan yang mulia ini, KAU beriknlah cahaya hidayah kepada hamba-hamba Mu yang terleka dengan duniawi ini.perkasalah iman mereka. Amin.

Tuesday, August 17, 2010

Permohonan kemasukan Uitm

sudah dibuka!!
cepat-cepat isi
tak rugi wooooooo
boleh teman aku kat sini
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Benda yang buat aku jadi bangang#5

Madame Suppiah
Aku yang marbeles
*********************************************************************************
bertuah betul la acak ni. mak suruh tebang pokok pisang lepas ambek pisang tak ditebangnya.
mak,awat nak kena tebang pokok pisang? rugi la. tanam penat-penat,pas dapat hasil mak tebang.merajuk karang pokok pisang tu ngan mak.
adoi....belajaq tinggi-tinggi sampai ijazah. pasai pokok pisang pun tak tau. pokok pisang mana ada berbuah dua kali!!!
laa!!!ye ke?orang ingat kan peribahasa"pisang tak kan buah dua kali" tu metafora je. dekat sekolah mana ada ajaq pasai pokok pisang. cikgu ajaq pasai kira duit je.
(menangis dalam ketensenan)
************************************************************************************
p/s:pisang memang tak buah dua kali eh?rugi ah asyik berbuah sekali je

Monday, August 16, 2010

lagu penenang jiwa#4





lupakan wonder girls
lupakan super junior
mari kita layan brown eyed girls.
ala cak pong.. cakpong
ala cak pong cak pong

Perempuan itu.

Perempuan itu ,
zahirnya tampak lembut,bersih, suci murni
namun,
batin nya penuh dengan hasad dengki,

perempuan itu,
seperti perempuan baik-baik,
dari golongan orang beragama,
lulusan pusat pengajian tinggi,
dirinya dilengkapi dengan agama.
tapi sayang,
dia bodoh,
dia buta,
dia tuli,
dia membutakan mata hatinya.

perempuan itu,
berselindung di sebalik perawakan yang warak,
tetapi,
pekung di dadanya terbuka juga,
bukan disebabkan orang lain,
tapi disebabkan dek diri yang tidak pandai menjaga.

perempuan itu.
sungguh zalim,
kejam,
penuh dengan hasad dengki.

dia membutakan mata hatinya sendiri.
membiarkan nafsu bermaharajalela.
biarla dunia,
biarlah perempuan itu menang di dunia,
biarlah dia menindis insan yang kerdil.
kelak disana, dia akan tahu jugak
tinggi rendahnya langit itu.


Thursday, August 12, 2010

Perempuan + Gosip= Bagaikan irama dan lagu

pada suatu malam,
ketika sang loti sedang berada didalam kereta arjuna seman,
sang loti ingin bergosip.
gosip ala- ala mak enon lipsttik merah.
baru bukak mukadimah:
awak,awak nak tau tak.budak tadi kan..
dah kena sound
"perempuan kalau tak bergosip tak boleh ker?
bergosip je
tak dan tua dah kaki gosip
kansel ah nak buat binik macam ni.(sentap mak tau nyah)
dekat hotel pun ada sorang
keje bergosip
tak padan dah kawen
asyik nak mengutuk yang tu la,
mengumpat yang ni la.
dah abes keje, balik la.
ni tak,duduk bergosip.

errrkkk!!
wrong timing nak bergosip
nak gosip time kawan tengah pening dengan jammed
memang kena dakwah la.

errr...
sebenarnya
aku nak menjawab macam ni dekat arjuna sengget itu
tapi jawab dalam hati sajork
kang mau ditenyehnya kepala aku dekat jalan tar,
naya je.
jawapan aku:
sebenarnya awak,perempuan suka bergosip sebab diorang ada dua mulut.
satu mulut atas,
satu mulut bawah.
(jawapan member skolah menegah aku)

ahakss!!
larik!!





Wednesday, August 11, 2010

Ini semua disebabkan mindset kita

Jap
masa tulis tajuk diatas,
isi bukan main banyak dok timbul-timbul dalam kepala hotak aku ni
lagak macam ikan keloi mengambil napas.
elok nak karang isi je.
haram!!!
ilng abes...
pecut umpama watson nyambek.
hampeh betoi.
naseb bek posa.
sabare...sabare...sabare....
*************************************************************************************
Semalam,
sewaktu dalam perjalanan pulang dari kuliah.
aku tanya kawan aku,
"mengapakah bila kita berpuasa di bulan biasa(contoh macam ganti puasa, puasa sunat) tak terasa letih macam kita puasa di bulan Ramadhan?
kawan aku menjawab,
"mungkin disebabkan oleh bulan Ramadhan itu bulan yang mulia
Justeru itu Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita"


Okey.
jawapan yang bernas.
tapi, bagi aku
ini semua disebabkan oleh mindset kita
contohnya seperti aku
kalau aku tengah buat puasa qadha atau puasa sunat,
suruh melompat aku still macho lagi.
tak der semput-semput ha.
tapi,
bil time bulan Ramadhan,
kalau boleh,
berjalan pun nak suruh orang dukungkan.
sebab kalau bulan tak posa,kita hanya posa seari atau dua hari
tak pun selang-selang.
ari ni posa esok tak posa kan.
so, tak kisah la letih walopon seari.
pas bukak posa,
kalo tak melantak sepenuh jiwa dan raga pun tak apa.
esok masih ada.

tapi,
kalo bulan ramdhan,
nak melantak puas-puas pun masa berbuka dan bersahur je.
kalau tk sempat nak lepaskan keinginan.
esok mula la terbayang-bayang
laksa
bihun sup
rojak
tom yam.
time semayang terawih,
asai tok imam baca surah panjang sikit,
mula la otak kita melayang -layang ingat,
jus bortuqal(oren dalam bahasa arab ialah bortoqal)
jus babaya(babaya ialah betik)
jus al-fawakih(fawakih ialah buah-buahan)
kan tak khusyuk tu.

Justeru itu,
marilah kita sama-sama,
dengan berpikiran begini:
membetulkan mindset kita
"tak aper,kalau tak sempat melantak time berbukak tadi, bulan depan kan boleh melantak puas-puas".
"ala,puasa setahun sebulan je.bukan berbulan - bulan pun".



Puasa Pertama di bulan puasa

Orang lain konpom- konpom tengah lapaq gila.
tapi aku,
tengah mengantuk giler!!!
tak pernah-pernah macam ni.
sambil jalan pun boleh terlelap.
memang luar biasa.
mungkin terlalu penat.
sebab kalau hari aku ada kuliah,
aku akan tidur lambat.
pukul 1 tido.
pukul 645 dah bangun
ok boleh tahan lagi.
semalam,
pukul 130 tido
pukul 5pagi dah bangun.
konpom.
juling mata aku.
sampai opis pukul 815am.
aku bantai lena sampai pukul 915
hambek ko!!
naseb bos xder.

p/s: semalam aku pesan dekat cik seman suruh remind aku yang hari ni dah puasa. bukan apa, aku takut, bila minda separuh sedar aku ni tetiba aku masuk kedai mamak order teh tarik roti canai sudah!! konpom aku warga pertama rasmi naik van jenazah pada bulan mulia ni. hadoi. 1st time tak sambut awal puasa dengan madame suppiah dan mr tat. agak terkilan.

p/s:kawan-kawan, saya mau duit raya muleh tak?

Monday, August 9, 2010

Tekken Vs street fighter

Mau tanya kamu sekalian.
Jin kazama, lori yagami(aku ingat dua je sebab watak gelap mereka mmg cool)dan hero Kyu kusanagi ni watak dalam komik tekken atau street fighter?
kalau chuun lee,ryu ni watak dalam street fighter kan?
semalam penat aku bertekak dengan cik seman pasal tekken ni.
dia cakap Jin Kazama, Lori Yagami dan Kyu Kusanagi ni watak dalam cerita street fighter.
setahu aku, aku baca dalam cerita tekken.
Ke tekken dengan Street Fighter adalah spesis yang sama.

Apa?
Aku otak Komik?
tak matang?
tak perempuan?

ADA AKU KISAH.

Aku memang suka baca komik.
komik yang minat tahap gila babeng dulu adalah seperti berikut:
raja perwira(oh ah fatt)
pendekar laut
pendekar tanpa nama, angin dan awan(aku lupa tajuk komik apa).

dari aku baca novel - novel cintan yang kebanyakkan sama je plot dia.
setakat ni novel yang paling aku salute pergi la air mata dengan cerita kau dan aku.

Cik Seman selalu cakap aku otak cartoon
Tak kisah la aku otak cartoon ke,
otak udang ke,
otak lembu ke,
asalkan aku tak kacau orang suda...

mau tengok tekken.
tapi sudah mau puasa.
macam tak manis la pulak.
orang sibuk buat terawih.
aku sibuk tengok wayang.

Memang wajar dibaling dengan kasut terompah.

Ngeeee~~


Friday, August 6, 2010

Geng Bahasa Arab

Okeh. Aku ambek bahasa arab untuk bahasa ketiga. sem ni aku rasa baru aku paham bahasa arab. sem lepas banyak main - main je. ustaz arab baru ni dia suka cerita pastu cakap arab dh seghupa ngan erl. laju kemain. aku omputeh pun gagap, apatah lagi arab. okey...just nak share pengetahuan ye.
  • orang arab suka tengok pompoan jalan. depa pangey pompoan wezz(ejaan salah tapi sebutan lebey kurang mcm ni), yang bermaksud itik. hampa tahu kalo itik pulang petang macam mana? Terkedek - kedek kan. Kalau dengar pak - pak arab sengih- sengih sambil sebut - sebut wezzzzz, sila cakap,"ekuse me, im not duck, even a donald duck or donald trump".
  • Dekat negara arab, depa ni hanya makan mangga yang masak. kalau kita nak beli mangga yang tak msak, which is still muda hijau bergetah ( macam ai kan), confirm depa akan geleng - geleng kepala kepelikan sambil kata,"tak munasabah la u nok,mak makan yang masak tau".
  • Ada setengah nama, bagi kita macam nama perempuan. tapi bagi arab, itu nama lelaki. contohnya seperti maisarah(kalau tak silap aku). Maisarah adalah nama jawatan untuk lelaki ketika hendak pergi berperang. Tugas nya memegang bendera kelab masing - masing. maisarah ni bahagian kiri tak silap aku. okeh. jika akak- akak maisarah pergi honemuuunn dekat sana, sila la shotpom kan nama anda jadi mai. Hehehehe.
  • Wanita Arab ketika nak kahwin, mereka akan diletakkan kat satu tempat, pastu mak bapak pompoan ni akan bagi pompoan ni makan benda-benda yang mengemukkan. sebab, arab suka yang chuby, kulit mcm minyak-minyak sikit. pas kawen,konpom kena diabetis..hehhehhehehhe.
okey. setakat tu je yang aku dapat ingat. kalau aku ingat lagi, kita akan kembali bersiaran dalam geng bahasa arab episod 2.

adios amigos.
sayonara.

Wednesday, August 4, 2010

Sari Berita Hari Ini

  • Kes Datuk Abdul Aziz Mohd Dan Siti Rohana
Aku dengar berita pasal kes "bunuh dan bunuh diri" yang terjadi pada Datuk Abdul Aziz
Mohd Dan Siti Rohana dekat Radio Hot f.m pagi tadi. Yang aku faham, terdapat kesan
tembakan pada kedua- dua mangsa dan kereta yang dinaiki oleh arwah terbabas. Al-
Fatihah. kak Ayu dan Kak ENi dah macam NCIS( betul ke?aku dah lama tak tengok) dok
buat analisis. Siap dengan gaya-gaya lagi ha. Gaya bunuh dan bunuh diri.Sempat lagi jadi
polis.( kalau silap,sila betul kan aku)

  • Majlis Agama Melaka membenarkan remaja lelaki dan perempuan berkahwin pda usia !8 tahun( bagi lelaki) dan 16 tahun ( bagi perempuan) bagi membendung gejala maksiat.
Berita di atas ni jadi topik pagi di hot f.m. Setuju atau tidak. rata - rata pendengar yang
telifon dan sms bersetuju. Kalau difikir - fikir kan balik, agak la wajar untuk membendung
gejala maksiat yang semakin meruncing. lagipun, bukan semua pelajar yang nak kawen
muda kan. Dari diorang wat senyap- senyap, pastuh buncit pastuh buang baby yang tak
bersalah tuh, baik dilonggarkan kan sikit had maksimum kawen tu. Mana la tau, lepas
berumah tangga, timbul satu azam untuk memajukan diri sendiri dan keluarga kan.Tak
semestinya kalau kita dah kahwin, kita tak boleh enjoy.( cik Seman, cepat pinang kite.kite dah
tak sabar nak kawen ni..T_T
).
  • Katy Perry kagum dengan tandas Di malaysia.(kOSMO)
Si keti ni dia kagum dengan kecanggihan toilet yang terbuka secara automatik apabila anda
hendak menggunakan nya. Dekat mana dia pergi dan terjumpa dengan toilet yang tempat
duduk tandas terbuka secara automatik ni? Ingin juga aku tau dimana ya. Pastuh,keti juga
kagum dengan rawatan kaki mengunakan ikan. Aku dah test. Geli yang hamat. Kedai yang
aku pergi tu, dia guna ikan besaq- besaq. Aku syak bapak ikan tu. Sekali gigit, abes ilang
bulu - bulu kerinting ku. Huhuhu. Keempunan nak buat dreklock.

  • kapal terbang terhempas dan terbakat dekat timur siberia, 12 maut.
Cik seman, harap maklum. Rancangan and untuk membawa saya pergi bercuti di sarawak
itu, sila la batal. Gerenti potong bulu idung saya tak akan naik kapal terbang sekepas
terbaca berita ini. Nasib anda la kerana saya terbaca surat khabar pada hari ini selepas 3
minggu tak baca surat khabar.

Tuesday, August 3, 2010

Kuik apdet

Hidup kembali normal.
Dah tak ade benda - benda bangang, lawak jadi dekat aku.
at least...
im normal!!!
(abaikan)

kuliah dah bermula
so,
bermula era kemalasan aku nak masuk kuliah
mari la kita ponteng secara berjemaah dan bertauliah,
aku ambek 4 paper.
empat - empat paper aku sudah ponteng seari.
seari je boleh ponteng.
ponteng banyak - banyak hari kang mau berdarah telinga dengar leteran-leteran menusuk kalbu tatkala nak pinjam nota.

ari ahad.
aku ada dua buah kelas ganti untuk bulan posa.
pagi-pagi pikul 9 dah terpacak dekat uitm
sayang sungguh aku kat uitm.
pastuh,kelas sambung pukui 2.
aku pun dah bertukar.
dari manusia ke superhero.
belatuk gurl.
asyik ketuk meja tahan mengantuk.
(eh..eh..macam pantun)
oh ya...
dah nama pun part time student kan..
so, kalau nak mencari kedudukan kelas yang selalu berpindah randah aku tak tau bila pulak la kelas berkaki ni amat la mencabar.
seperti ari ahad ari tu.
mau cari kelas ctu.
dah macam treasure hunt dah aku rasa.
kalau betul la treasure hunt,
aku rasa dah lama bungkus.
bising je lebey.
tetiba kawan aku boleh mengeluarkan dialog begini,
"eh..bangunan ni macam dalam cerita blok 404".
aku dah rasa macam nak bagi back hand je.
tapi,
memang seram pun.
toilet dia pun mengerunkan.

seperti yang sedia maklum.
aku dah tua
(sob..sob)
tua - tua ai masih bergetah tau.
En. Seman macam biasa hadiahkan sejambak bunga.
(dear, bunga taun lepas pun masih elok lagi ha)
dan,
sepasang kasut.
(hasil muka kesian.hehehehehe)
apa-apa pun,
thanks dear.
u make my dear like
shalalalalalala
evening in perissssssssssssss.

thanks to all yang wish ai okeih.
ai lap u'olss.

(ja,thanks for beatiful wishhhh)




Monday, August 2, 2010

Hati yang telah kau sakiti

By Rossa

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti


p/s:hujan dalam hati.