jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 29, 2010

Edward Cullen saya

Kamu- kamu sekalian,
tahu berapa kos untuk membina sebuah roket ke bulan.
tak tahu?
saya pun tak tahu!!
warghh!!wargh!!
hokey.
tak lawak.
sila lempang diri sendiri.

saya semakin kusut disini
disini bermaksud menetap di kuala lumpur,
berkerja di kuala lumpur
dan belajar di shah alam.

saya sudah bosan tengok jalan jem sini sana
jem je manjang, roti tak ada pun
saya sentap tau.
roti dan jem tidak boleh dipisahkan tau.

saya sudah menatap wajah-wajah disini.
wajah-wajah disini
bukan bermaksud kawan- kawan dan kenalan saya
tetapi,
wajah-wajah yang asing bagi saya
(ayat skema gila)

saya mahu menetap di bulan
dimana saya boleh mengira bintang- bintang
masak bintang madu sebagai sarapan(honeystar)
membuat mata bintang-bintang

oh.
dan tidak lupa taik bintang versi taik loti
:-D
menakjubkan

manala tahu
saya berkesempatan untuk berjumpa dengan sailormoon
boleh la saya memasuki kelab moongurl.
memakai skirt singkat
owhhh...
bulu kaki harus la ditebang
walaupun bulu kaki itu seksi

kekasih saya ketika itu
mestilah ultraman
utraman ice
saya mahu dia tukar lampu didada itu
bosan la setiap episod lampu yang sama sahaja.
saya mahu dia memasang lampu kelip-kelip
barulah meriah sikit.

pekerjaan saya ketika itu
adalah pemilik restaurant dan hotel
ahli crew star trek boleh la datang singgah dan berehat di hotel saya
dan menjamu selera di restaurant saya.
oh ya
saya akan kirim khabar berita saya kepada ahli keluarga di bumi
melalui sun goku
sun goku selalu jugak bertandang di rumah saya di bulan ini.
saya tahu dia menaruh perasaan dengan saya
tetapi,
maaf la sun guko
kamu apabila tengok bulan sahaja
suka bertukar menjadi king kong
dan membuat tarian pole dance
tarian kamau sungguh tidak seksi tahu.

owh..owh...owh
bulan.
ku seru nama mu kasih
woo wooo

oh ya.
kamu semua jangan jeles tahu
kalau-kalau
kekasih saya bukan ultraman
tetapi
edward cullen.
nanti saya akan kirimkan foto perkahwinan saya ye
buat tatapan warga bumi.

Monday, September 27, 2010

Pengakuan ikhlas:Saya seorang Penagih.

ya.
saya seorang penangih
ketagihan saya alami ini sudah di tahap menara gading
errr...
bukan maksudnya saya ketagih membaca buku-buku ilmiah
buku - buku ilmiah hanya mampu membuat saya
tidur lena seperti seorang bayi
yang bila besar nanti akan menjadi
seorang gadis yang cantik, lemah lembut
seperti saya
errr...
anda boleh skip bahagian masuk dan anda tolong angkat itu

saya juga bukan ketagihan alat-alat kecantikan
kerna saya adalah natural beauty
bak kata cikgu bahasa inggeris saya
kejelitaan adalah hak milik setiap individu
natural beauty dalam konteks pemahaman saya ialah
saya tidak boleh memakai alat solek
kerna ia akan men"transform"kan saya
menjadi seorang pelakon opera cina
ini membawa kejimatan
kerana anda kaum lelaki tidak membazirkan wang anda
untuk membeli alat kosmetik untuk saya
oleh itu,
sila la beramai-ramai mengurat saya
sementara stok masih ada

saya ketagihan apa?
ohh...
ketagihan saya sudah di tahap kronik
sehinnga tidak mampu disembuhkan oleh harry potter
mahupun french kiss daripada edward cullen pun
tidak bisa menyembuhkan saya
lamaran perkahwinan daripada van diesel pun
tidak dapat menyelamatkan saya daripada ketagihan ini.
jangan menangis dawyne the rock.
proposal anda untuk menjadi kekasih gelap masih K.I.V

Punca ketagihan saya?

Ya....
itu dia
sang kopi

bukan seorang lelaki yang memiliki nama kopi
mahupun mempunyai kulit seperti kopi

kopi.
kopi
tanpa secawan kopi di waktu pagi
dan diwaktu tengah hari
serta di waktu malam
mampu membuat saya tidak bermaya
jikalau saya mempunya lampu otomen di dada
necsaya lampu akan berwarna merah
serta mengeluarkan bunyi
i wan nobadi nobadi
bat u

kesannya pada saya?
saya mebancuh secawan teh
dengan niat untuk menghilang ketagihan kopi ini
tetapi
saya sudah hilang keupayaan
tsk..tsk
T__T

hilang keupayaan apa?
hilang keupayaan untuk mengecam mana 1 gula dan mana satu garam
natijahnya,
saya membancuh secawan teh berperisa strawberi dengan garam

sadisnya...sadisnya...



Wednesday, September 22, 2010

huduh is gorgeus, chantek is ugly

Semalam, kawan perempuan aku tegur cara aku bergambar. Dia cakap, "Loti ni tak reti ambek gambar elok-elok ke?Kalau nak pandang atas tuh,pandang la betul-betul".Aku tengok semua gambar-gambar yang pernah aku tangkap, tak kira la untuk acara solo atau berduet, gambar muka aku je yang terlebih suda. Lantas, aku menjawab kembali,"kalau tangkap gambar sempurna tak ade cacat cela dan cantik, rasa macam hodoh la pulak. tapi, kalau tangkap gambar sengal-sengal, nampak lubaang idung, Ya Rabbi, chanteknya aku". Kawan perempuan aku hanya mampu tersenyum dan tersengih.

Tak percaya? Nah, lihat la foto ini.


*ini gambar normal.tiada muka huduh dibuat*



*ini gambar hodoh.muka seperti minta penampar lima enam das*

betul tak aku cakap.gambar hodoh adalah lebih gorgeus dari gambar chantek@normal.

Tuesday, September 21, 2010

Kes Datuk Sosilawati

Takziah aku ucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa. Bersabar. Allah selalu bersama hamba-hambanya.Orang yang bertanggungjawab akan terima pembalasannya.tak kat dunia, dekat akhirat. Biarla dia menang kat dunia, kalah dekat akhirat. setiap pebuatan itu ada balasannya.
***************************************************************************************
aku terpikir
harta loyer yang bertimbun-timbun
selain dibekukan
tak der apa-apa ke
aku lebih tertarik kat duit tunai dia
RM 100 juta
boleh beli volkswegen 18 bijik
mengerjakan perkara yang wajib 24 kali

nak sedekah
akak aku cakap duit tak halal
kang mau bangunan runtuh ke hapa kang

kalo bayar zakat
agak-agak duit itu dah bersih kembali tak
banyak gila siot duit dia
memang otak jinius betul

Monday, September 20, 2010

salam e ish

terpengaruh tengok cite industan tivi 2
salam e ish
aku ni memang jenis cepat terpengaruh dengan cite hindustan
dulu pernah jadi anti lelaki
sebab asyik tengok heroin kena belasah je
hasilnya,
bila nampak lelaki,
aku asyik nak belasah je.

tapi,
citer industan ari sabtu arituh
memang betul-betul buat aku
in love
caiiirrrr je
ada enam citer
enam situasi

paling suka dekat part atosh dan tazheeb itu
walaupin si tazheeb itu sudah hilang ingatan akibat kemalangan keretapi,
si atosh masih setia menemani,
walupun si tazheb dah bagi green light suh carik yang baru,
si atosh nak jugak dekat si tazhebb ni
atosh,ai ada ..wink...wink...

baru aku paham apa maksud ni
kamu hanya mencintai masa, bukan mencintai orang yang menghabiskan masa dengan kamu".

anda- anda faham tak

p/s:awat aku rasa karangan aku makin lama makin boring ha macam aku?boring...boringgg

Wednesday, September 15, 2010

semangat raya tak boleh nak lawan semangat nak balik kampung

taun ni raya
aku rasa tak meriah sangat pun
semangat nak raya pun zero
tapi, taun ni
aku tak lupa mandi sunat hari raya
taun-taun sudah asik terbabas je
mana tak nyer,
mandi pun pukul 2 petang
sah-sah la beraya depan t.v kan.

bunyik meriam, mercun dan seangkatan dengan nya pun sudah kurang
kalo tidak dulu,
mau aku dengan madam suppiah dok gelak berdekah-dekah dengaq bunyi meriam buluh,
yang kuat beno bunyik macam meriam betul pun ada,
yang bunyik ciput pun ada,
kentut aku pun rasa lagi kuat ha.
aku syak otai- otai meriam buluh ni semua dah kawen la
diorang main meriam buluh cara lain pulak.
tinggai la super junior
yang dok sory sorry kamimainbajetensem,

masa dengaq pengumuman raya pun,
tak ader eksperasi(macam mana nak eja ni) saspen,
muka bajet mintak penampor lima nam das ha.
kalo posa lagi enam ari lagi pun aku sanggop,
mana taknye,
taun ni aku posa limabelas hari je,
dok angkat bendera sampai dua kali,
penin aku nak menggantinya,
jiwa aku sakit,
hormon aku pun sewel.

dua ari sebelum raya,
tak silap aku,
ari rabu kot.
akak ayu masuk sepital
gastrik tahap otai dah
muntah- muntah sampai dah tak ader menda nak dimuntahnya,
pagi madame suppiah tunggu
petang aku tungggu
kot-kot madame suppiah nak balut ketupat masak rendang ke,
nak harap aku masak ketupat,
konpom kucen bercakap ai leb u pun aku tak terre

aku duduk sepital tk sampai 8 jam
esok dah demam
kan saya dah cakap
saya alergik dengan sepital dan seangkatan dengan nya
mana tak demamnya,
time misi nak cucuk ubat dekat tiub yang dipasang dekat pergelangan tangan kak ayu,
aku tutup mata,
pastu madame suppiah cakap kat misi tu,
yang aku penakut dengan doktor,
lagi misi tu dok tala jarum depan mata aku,
siap paksa aku tengok,
memang betul - betul mintak tapak kasutsaiz 10 la jawabnya.

mr tat dah pesan,
taun ni raya ala kadar je,
menghormati keluarga pak tam,
yang baru kehilangan anak,
ziarah kubur semua banjir
kubur arwah moyang
kubur arwah tok dan tokwan
kubur arwah abang shawn(1st sepupu yang meninggal.umo masih muda time meninggal.tak salah aku 25 ke 26 macam tu la.bekas pemain bola sepak kedah.tak silap aku la.meninggal sebab penyakit saraf.sepupu yang memang cool gila dowh.ko cakap la apa dekat dia,siap kutuk berguni-guni, dia maintain senyum je.)
kubur arwah keri(2nd sepupu yang meninggal)

tapi,
dalam tak ader semangat raya tu,
baju kurung dua pasang,
blous raya sepasang,
selendang raya sampai 4 helai,
kasut heels nak perasan vogue sepasang.
aku ni terlebih ke terkurang semangat raya?
berapa banyak ketupat aku balun,
jangan dok tanya la,
dok fobia nak timbang berat badan.
takut jarum penimbang tercabut.

tapi,
mak totap dapat duit raya uolls
RM 54
jangan jeles
RM 50 kakuna( syah shah) dan acik bagi.
RM 4 sepupu aku yang marbeles bagi.
melepas gian nak dapat duit raya.

(p/s:kawan kelas plk aku kehilangan abang dan kakak ipar dia dalam kemalangan pada pagi raya.sungguh menyayat hati.al-fatihah)

Monday, September 6, 2010

Pergi berperang Di Jalan Tar

Orang macam semut hurung gula!!!
Omaigoddd!!
kalau tak sebab nak cari baju kurung untuk perempuan-perempuan di kampung halaman itu,
Jangan haraplah aku nak mencecah Jalan Tar.
Aku rasa puasa aku hari tuh dah setipis kulit bawang.
merempit menggunakan sepasang kaki Beyonce
mengalahkan micheal schumacer bawak kereta.
(eh,macam pantun reject la pulak)

Aku hairan la
macam mana la orang boleh shopping sesak macam tu
bukan setakat berlanggar bahu dah
dah berlanggar bontot- bontot dah
mau bontot macam jenifer lopez
sekali terbelanggar,
impak lantunannya boleh sampai ke sogo.
kalau mak mak dara terbelanggar bontot tak pe la
saham tak turun tak naik
kalau anak-anak dara marbeles macam aku ni,
abes la susut nilai
kalau setiap kali pelanggaran disusutnilaikan sebanyak 10% dr nilai hantaran
kalau sepoloh kali perlanggaran?
menangis la bagi sesiapa yang mempunyai nilai hantaran yang ciput
macam aku.

nasib baik perbelanjaan aku pada hari itu masih didalam bajet lagi
kalau tidak,
lepas raya ni confirm makan meggi je
pastuh,
straight puasa enam dengan puasa ganti.
slim aku nanti
macam lisa surihani
jangan jeles okeh