jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, October 29, 2010

Sari Berita Hari in- Penemuan mayat didalam beg pakaian.

komen aku: manusia sekarang banyak yang jiwanya sakit dan tak menyedari jiwanya skit.

aku: dengan ini, saya ingin memberitahu bahawa jiwa saya sedang sakit!!!!

doktor-doktor psikitari yang hensem di luar sana, sila la rawat saya.

Thursday, October 28, 2010

Hantu

Kalau kamu semua diberi peluang, mahukan melihat hantu?
kalau bagi aku, memang jawab nya tidak la kan.
gilo hapo mau melihat nya.
tapi, budak-budak kecik boleh nampak kan.
si faqihah humaira ni selalu bikin jantung aku jatuh.
dia boleh nampak. nasib baik dia ni spesen kuat semangat.
paling kurang dia tutup mata je.
kalau dia tutup mata, dah tau la apa dia nampak.

masa dia kecik-kecik dalam setahun macam gitu.
madame suppiah selalu cakap
dia selalu senyum sorang, gelak sorang dan mata dia selalu tengok dekat satu tempat je.
kadang - kadang dia mampu bikin itu madame suppiah dan maksunya luruh jantung.

time kecik kecik dia bagi tok dan maksu dia luruh jantung.
sekarang dah boleh membebel macam orang tua, dia selalu bagi aku luruh jantung. dah tau aku cepat terkejut, lagi dia nyakat. terbalik kot dah ni.

abag aku yakni bapak si budak kecik ni ada pendampingnya.bukan dia yang carik tapi orang yang hantar. madame suppiah pernah terkena tempias nya. faqihah humaira ni kalau bapak dia balik kampung, dia tak berapa nak sangat. mungkin dia nampak. kalau bapak dia ajak tidur sekali pun dia tak nak. pernah sekali dia menangis kuat sebab bapak dia angkat dia bawa masuk bilik pastu kunci pintu. menjeritla budak ni sebab nak keluar. time itu, otak abang aku dah tak centre sampai la madame suppiah pujuk-pujuk abang aku suruh bukak pintu. kalau aku, tak dernya nak pujuk-pujuk, aku terus karate je pintu itu. keesokkanya baru si humaira cerita yang dia nampak benda itu dekat abang aku.

saspen tak????
ni lagi saspen. dua minggu lepas madame suppiah datang ke kolompo bersama-sama dengan humaira dan adik bongsu aku. konon-konon nak makan angin la. sedang aku dan adik aku khusyuk tengok t.v, tetiba si humaira ni dengan separuh menjerit:

"mak lang!!!!"
humaira nampak anker!!!
(aku dah naik seram tulis perkataan itu berulang kali)


aku dengan adik aku terus tersentap. mana taknya, si humaira ni siap tunjuk dengan tangan lagi kat mana dia nampak. aku panding adik aku, adik aku pandang aku. kalau ikut kan hati, memang aku siku dah humaira ni. dah la aku selalu dok sengsorang kalau kak ayu g out station. lama jugak la dia tunjuk sambil cakap tu, tu, tu..nak tak nak aku terpaksa tengok. aku tak nampak apa kat luar. nak sedapkan hati budak ni, aku cakap:

"mana ada angker la humaira.itu makcik pakai baju putih sedang belajar gerudi inul"

seram tak...seram tak...

Monday, October 25, 2010

Hit and run

Officemate akak yang selalu tolong aku dalam bab setiausaha syarikat bagitahu aku bahawa akak ni kena langgar. langgar lari. dalam pagi kamis atau jumaat.aku dah lupa. alkisahnya yang diceritakan kepada aku yang melanggar kakak itu dan laki dia ialah pemandu perempuan. sapa kata perempuan tak gengster? aku rasa, perempuan la yang bawa kereta paling merbahaya sekali. kalah mara bahaya. selaju-laju abang aku derift, aku rasa selamat lagi dari selaju - laju kawan perempuan aku bawa sampai berdecit brek nak stop dekat traffic light coz tak nampak lampu ijau tukar merah. naseb baik tak ada apa-apa, kalau tak... tak kawen la aku.

berbalik kepada akak itu.

puncanya ialah laki dia mengherdik pemandu peremouan itu yang menhimpit motor merak. laki dia cakap "hoiii" and then, pemandu perempuan ini balas balik hoii...lepas itu, laki dia pecut moto kedepan. pemandu peempuan itu ikut dari belakang dan melanggar akak itu dan lakinya. melambung akak itu dan akibatnya, tangan taktau kiri ke kanan sebab aku lupa jugak patah tiga.
dan driver itu melarikan diri.

kesimpulannya: driver perempuan itu memang hati kering. nasib dia baik coz time dia langgar, jalan lengang. kalau tidak, mahu kena bantai. tapi, agak sadis la dia buat kat orang macam itu. takkan sebab kena hoiii pun sampai nak langgar. nasib baik patah tangan je, kalau meninggal macam mana? tak aman la hidup.

p/s: errr akak.saya nak g tengok akak tapi saya takut nak masuk hospital ni..macam mana nak buat ni? 3g boleh tak akak?

Friday, October 22, 2010

hepi aniveseri

  • api aniveseri enggaged
  • api eniveseri wedding
  • api aniveseri beranak anak 1
  • api aniveseri kaple
  • HEPI ANIVESERI KENA CIUM DENGAN PENYAMUN SAMDOLLL!!!!
Bulan depan cukup setahun aku bergomol-gomol manja dengan penyamun samdol yang aku rasa baru first time kot terjebak dalam dunia kesamunan. Abang samun, lain kali kalau dah acu pisau tu, sila la cakap dialog drama seperti:-

"ini rompakan, jangan bergerak!!serahkan beg anda"

atau

"ini bukan rancangan bam bam boom..ini rompakan real punya"

atau

"hai cik adik manis menawan kalbu hati abang penyamun, izinkan abang menyamun adik manis".

supaya otak aku dapat berfungsi dengan jelas bahawa ini satu penyamunan.ini tidak, dah la lompat keluar dari tempat sembunyi tak bagi salam, acu pisau pastu diam. aku pulak yang terkebil-kebil memikir apa kah tujuan utama kejadian itu. Ya kawan-kawan, pada mulanya saya tidak tahu itu satu kes samun@rompak@ ragut. saya mengesyaki ada orang sedang buat rakaman bang bang boom dimana saya la watak utamanya. ini kerana, madame suppiah selalu berpesan, jangan lalu dibawah jambatan tersebut seorang diri tetapi saya ini spesis dogil tahap mengkala ulu. mata saya liar mancari dimana kamera tersembunyi.

ha!!!golak...golak....eden tangkap tium baru tau!!


tapi kan...tapi kan...

abang penyamun, bagi la balik anset soni erikson ai tu.. mak sayang tau enset tu nyah...nanti mak gantikan dengan blackberi edisi terbaru punya mau?

madame suppiah cakap dia totapkan mas kawen rm 2,ooo.oo. totapi, eden ado parut di idung ni, ibu jari kanan pun kembung somacam ha. susutnilai la mas kawen eden..
uwaaaaaa!!!!!!

@_@



Wednesday, October 20, 2010

overload

otak kalau dah terlebih muatan, macam-macam boleh jadi seperti ini:-

  • bayangkan anda masuk kedai mamak pagi-pagi, dengan muka tak bersalah mengorder "mamak!!!teh tarik 1!!roti canai 1 wongeh!! tanpa menyedari didalam purse anda tiada sehelai pun duit? ya...mengelupur aku kejap...
  • ketika anda mengambil ayaq kotak perisa mango deka kedai runcit dan ketika hendak membayar, baru anda sedar yang purse anda tertinggal dekat ofis? ya...mengelupur kuasa dua aku.
  • seminggu berjalan tanpa menyedari tidak membawa kad pengenalan dan ketika sedar bahawa berjalan tanpa membawa kad pengenalan, anda cuba mengingati dimana anda letak kad pengenalan tetapi tidk berjaya? mengelupur kuasa 3 berserta puuuuulasan telinga daripada hencik seman.
  • ketika pintu bilik anda diketuk dan anda merangkak membuka pintu,kakak anda bertanya", eh...tak keje ke ari ni.ambek cuti ker? dan anda dengan wajah yang masih bertaik mata bertanya:"eh..bukan hari ni hari sabtu ke?
  • sedang anda bershoping sakan di jusco balakong, mengambil pisau, kuali dan almari plastik untuk menggantikan pekakasan yang ada dirumah dan tatkala hendak membayar, baru anda perasan bahawa purse tertinggal didalam kereta. hencik seman dah jadi watson nyambek berlari ke parking utk mengambil purse.
jika semua kejadian berlaku, segera la anda memadam kapasiti di dalm wotak anda.

Monday, October 18, 2010

Angkata otak senteng

  • Peperiksaan akhir sudah pun menjelang tiba.oh saya sungguh takut sehinggakan lutut saya mengeletar.pada hari ini, saya mempunyai satu ujian,iaitu perakaunan pengurusan yang menggunakan banyak sungguh formula-formula yang mampu mengecutkan otot-otot saya sehinggakan saya terpaksa menyuntik botox kembali untuk menengangkan otot-otot otak saya sambil menikmati otak-otak.
  • my akak,actually sister in law cakap kemungkinan dia akan berpindah kembali kat kedah coz dia punya kompeni akan bukak cawangan dekat sana.good for her la coz dekat dengan my anak buah dan boleh bermanja-manja selalu.itu budak kicik pun dah banyak akal ha.the problem nyer:-

  1. sama ada aku still keje tempat yang sama tetapi berpindah rumah. kena sewa bilik la kan.tetapi, memandangkan aku ni kawan pun tak ramai, dekat ofis pun aku sorang-sorang, aku terpikir dekat mana la aku nak menyewa and siapala bakal housemat baru aku. tapi, aku ni dah tak berapa nak percaya dengan orang memandangkan dah banyak kes kencing-kencing yang berlaku dekat aku, aku pun menjadi kegusaran.
atau
  1. aku carik keje baru yang salary nya RM 18++ dan still sewa umah yang lama. aku dah selesa duduk umah ini. nak pindah pun, aku rasa berat hati.bukan apa, dekat dengan kemudahan. aku pulak jenis susah nak adjust diri dengan new enviroment.
atau
  1. balik kedah.berenti keje.berenti belajar.duduk guling-guling dengan madame suppiah sampai la dapat keje baru.
aku dok memikirkan perkara-perkara macam nila yang membuatkan otak aku senteng sangat-sangat sampai dah tak ghairah nak menghadapi final exam.otak aku tengah kergersangan mencari jalan penyelesaiannya. aku memang nak beralih keje coz dah terlalu lama dekat sini.dah terlama aku keje sensorang sampai kan aku takut nanti aku dah tak boleh nak berkomunikasi dengan orang.so,sesiapa yang diluar sana, yang mana ada kekosongan, silala beritahu aku. aku tak kisah keje apa tetapi kalau boleh bagi la dalam bidnag aku- akaun. aku nak kmpul pengalaman dan gai.aku dah terdesak ni.desperate girlhouseeeeeeeeeeeeeee

Friday, October 15, 2010

Fall In love again-with a gurl



damn cute.
ada tak sesapa tak yang ada lagu ni?
aku nak...
dari semalam mencarik tak jumpa

Thursday, October 14, 2010

milo ais+ anak lipas tak comel= terbaik dari dapur.

secara ringkasnya.

weh!!aku terminum ayaq milo yang ada lipas tau tak!!!!
kalau lipas tuh setakat berenag-renag ditepian tak apa la jugak
ni dah berenang-renang dalam mulut aku tau.
gila ah scary
bila aku g komplen dekat staff ****
(nama restoran aku resiakan la.kesian la pulak)
diorang macam felik
helllo!!saya tak tipu hokeh
si lipas itu masih tergedik-gedik kemiangan setelah ber"french kiss" dengan haku tau tak
lepas itu mati
apakah??
en. lipas,
kenapa anda mati?
adakah lemas ber"french kiss" dengan saya ataupun
mulut saya dah boleh disamakan dengan loji indah water.

gila ah trauma
bertambah trauma apabila nak mengorder air kopi dekat mcdonals
tetapi takut tersalah sebut "neskape" lagi
ahhh...gua tak tahan kemaluan terselah sekali lagi
lalu terpaksa mengorder ayaq milo
trauma tau tak
trauma yang melanda
menikam-nikam jiwa.
sampai kan aku terpaksa memaksa en.seman minum dulu ayaq milo itu
untuk memastikan kualiti nya terjamin.
hokeh...en.seman selamat
tak ada can nak suruh dia wasiatkan hartanya.

ahhhhh...
apasal la aku tak saman
kalo tidak,
makcik kayo!!
sudah..
gua amau kumur dengan clorox
terasa lagi bahana ber"french kiss" dengan lipas



Wednesday, October 13, 2010

Kepada Diari Elektronik yang dikasihi.

diari elektronik,
kita tengah sedih
kamu saje yang tahu nape kita sedih kan.kan.kan
sebab itu kita sayang kamu
kamu menjelma la jadi lelaki ensom yang gentlemen yang memenuhi ciri-ciri idaman perempuan.
ala...macam cite cendana tu.
tapi cendana waktu siang jadi patung,
kamu diari elektronik.
bagaimana mau bertukar?

kamu,
kita sudah la rungsing final exam dah nak dekat
bukan around corner dah
dah betul-betul tang corner ha
alang-alang nak mansuh UPSR,
mansuhla sekali final exam ni.
kalau tidak, bertambah la senget otak aku yang tersedia senget ni.

pastu,
kita sedih sebab rindu dekat madame suppiah dan mr tat
madame suppiah kira orite lagi
hari-hari tepon
hari-hari bergosip mak enon.
mr tat ni spesis batman.
time malam je baru menjelma
macam mana nak tepon.
mata kita setart pukul 10 dah melekat-melekat ha
apatah nak berjaga sampai pkul 5 pagi
itu sebab la kita terlepas tengok brazil lawan

sedih yang last ni
boleh ibaratkan macam ketua segala sedih la
bak kata orang lama-lama
otai
awak,
apa yang awak mahu lagi
apa yang awak nak, kita buat
apa yang awak xsuka,kita tak buat tapi sekali sekala tu ada la terbuat.
kita tau awak ada masalah.
ala awak ni.
macam tak biasa
kalau awak ada masalah, mastermind ni jugak la yang selesaikan
patutla otak makin senget
tapi,
boleh tak kalau setiap kali awak ada masalah
jangan dok pi merela dengan orang lain boleh tak.
hatta dengan kawan perempuan sendiri pun
hatta dolmat lagi la tak boleh
kalau nak jumpa dia nak design baju kawen kita boleh.
dok bersayang-sayang la
nak kita lempang awak bagi melayang-layang tak?
siap deal nak berdate bagai
hello....kite ni hape?
tunggul kayu versi patung cendana?

kang kita bertukar jadi hulk hogan kang susah ha
mau jugak saya peluk kamu panjat bangunan klcc
ala...macam cite gorilla tu
tapi,
time adegan baju koyak-koyak tu
tolong la cover yang mana-mana yek
kang hulk hogan versi orginal tergoda
tak rela ai yuuuuu

Tuesday, October 12, 2010

Aku suka keju, kau suka singkong

Aku dan cik seman tak ada langsung persamaan.
betul.
memang tak ader
dia suka tengok wayang,
aku tak suka tengok wayang.
buat wayang suka la
kah..kah..kah...

dia suka berkaroke.
melalak terlolong
dah serupa kuntilanak
megilai-ngilai ketakutan dikejar anjing
aku tak suka
gila suara macam doremon nak menyanyi
mau kena baling dengan terompah.

aku suka baca buku.
bagi la buku apa pun, konpom aku bernafsu
tapi,
tolak buku ilmiah,buku politik dan buku matematik
yang itu mampu bagi aku mati pucuk.
en.seman tak suka membaca.
kalau nampak aku melangkah kaki yang cantik macam beyonce ni ke kedai buku,
konpom ditariknya aku macam layang-layang.(feeling ramping sekejap)
kalau dia nampak nun jauh disana ada kedai buku,
ditutupnya mata aku.
yelah.
aku kan rabun-rabun ayam.
mana nak nampak jauh-jauh ni
clark kent dah pinjam kuasa mata jauh ni
tapi, kalau lelaki hensem,
dari jauh pun aku dah boleh nampak.

aku suka makan.
bagi je apa pun
tolak batu dan kayu
tolak makanan dan minuman yang tidak halal.
setapak je aku berjalan
mesti aku nak makan
tetapi,
aku hairan.
macam mana badan aku tetap slim dan seksi macam angelina jolie ni
silalah percaya
dia tak berapa suka makan
kalau sehari tak makan pun dia tak kisah
gila makhluk asing mana merasuk cik seman ni.

Tetapi,
baru-baru ini
terdapat 1 persamaan yang timbul
iaitu
MAFIA WARS!!!!!!
gila kentang la game ni.
meleleh ayaq mata aku main
dia punya teransang mengadap game ni lain macam
hatta kalau van diesel datang lentok sebelah boleh ditolak main jauh-jauh

korang-korang
add la jadi mafia aku ya


p/s: entri bangang. otak dah senteng nak final exam.



Monday, October 11, 2010

Bercinta Umpama Macam main roda-roda jalanan

semasa dalam perjalanan pulang dari kelas yang amat memerengkan kepala otak saya yang telah sedia mereng,
saya telah berbual-bual bersama -sama dengan sahabat saya,
saya berkata kepada dia:
"minah, kamu tahu tak, bercinta ini boleh juga diibaratkan seperti roda"
bak kata heidi klum dalam project runway
one day u in
one day u out.

minah bertanya kembali kenapa
saya telah terbaca status seorang kawan kepada adik kawan saya semasa kecil
(kalau pening, salahkan mata anda,jangan salahkan tatabahasa saya yang tunggang langgang)
dia menulis
cinta ini ibarat roda
dari cinta, kasih sayang,
jadi rindu.
dari rindu,
jadi dendam,
dari dendam.
jadi benci,
dari benci,
jadi rindu
dan dari rindu
jadi cinta kembali.

betul kan
cinta ini macam roda
kamu bercinta,
kamu rindu-rinduan hatta terpisah 5 saat je untuk ke toilet
kamu jadi benci, dendam ketika bergaduh, bercakaran.
tetapi,
kamu akan merindui pasangan kamu kembali dan seterusnya kembali bercinta kembali.

tapi,
bagi saya
cinta ini ada tahap-tahapnya

tahap pertama iaitu tahap kemaruk cinta.
tahap dimana kentut pun bau perfume lancome
taik pun rasa macam coklat cadbury
muka sememh pun dah dianggap ensem macam edward cullen
badan sekeping pun dah dianggap gagah macam van diesel.

tahap kedua ialah tahap saling bercakaran.
terbesin sedikit pun dah diluku
terkentut sikit je pun dah muncung sedepa.sangkut hanger pun boleh.
salah sikit, bom nuklear sampai.
bergaduh macam berperang
mulut dua- dua dah jadi macam pop con.

tahap ketiga
dimana masing-masing dah bersikap cool
"awak,saya nak pergi makan dengan kawan lelaki"
"ok pergila"
"awak,saya nak pergi mandi buih dengan kawan perempuan"
"ok.have fun".
okey,gila kentang cool.
dah tak ambek peduli dah masing-masing nak buat apa.
selalunya kes-kes termain kayu tiga selalu jadi di tahap ini.

saya berkata kepada minah.
kalau begitu,
kita seharusnya memilih tahap 1
bila nak memasuki tahap 2
carik yang lain dan bercinta
dan seterusnya
confirm tak kawen-kawen sampai ke tua
asyik nak bercinta je.

minah cakap dekat saya
"ko ni senget la"
tu la, hafal rumus matematik bagai nak rak
wayar otak pun dah terbakar.

errkkkkkkkkkk


Friday, October 8, 2010

Tuhan Bayar Cash Tau

Alkisah nya semalam cengini,
meh nenek dara nak cerita meh
semalam aku pergi masjid jamek dengan niat nak beli stoking untuk kegunaan madame suppiah berserta adik bongsu ku untuk menahan kesejukan yang melampau-lampau la sejuknya bagaikan duduk didalam peti sejuk.
kalau nak buat traning tahan sejuk untuk panjat gunung everset,
tak payah pergi jauh-jauh
naik je bas eksperss kolompo - baling
baling - kolompo
konpom kali tu idung sendiri pun tak dapat rasa.

so,
ada la seorang abang " cantik" ni.
dalam hati aku:
"eh..eh..abang cantik.kembali kita bertemu"
(sebelum ni dah pernah terserempak.so, tak ada la nak jakun sangat kan)
dia punya jalan,
golek punggungnya
kalah aku ha.
depan aku ni ada kaple.
jadi,
tatkala ternampak goyangnya inul abang" cantik" ni,
si kaple ni dok bersok-sek-sok-sek
(mengumpat la tuh)
sambil tersenyum-senyum
aku buat dunno je
yelah..
tak da geng nak mengumpat
takkan aku nak pi tepuk bahu kaple depan cakap:
"yo brother n sister!!tumpang mengumpat sekali boleh?"
confirm,
cemolot sekali..
hahahahhahaha

sekali,
korang nak tahu tak apa jadi
sister tu terpeleot,terjatuh, tersungkur dan ter..ter lagi la
di tangga yang terakhir.
aku?
aku tak gelak.
aku gelak dalam hati
sambil berkata
dalam hati jugak
tu la...
mengumpat lagi
kan Allah bayar cash

aku biasanya kalau nampak kategori abang cantik dan kakak ensem ni,
semangat nak berkenalan dan menyembang dengan depa ni membuak-buak
bukan nak mengutuk atau menempelak
just nak tahu sebab apa jadi begini
then,
boleh la cari solution nak tarik depa dari gejala tak sihat ni kan..kan..
ni setengah orang
mengondem je tahu.
mana tak bertambah teruk.

kalau aku cakap kat cik seman nak kawan dengan mereka-mereka ini,
dia mseti kata
pergi la
tapi jangan cari dia lain
kepelikan disitu.
hai abang,
takut ai tergoda kew??

wink..wink..

nak mamposs!!
mau kena bambu dengan madame suppiah
kena salai dengan cik tat.


Thursday, October 7, 2010

Hai Sayang

sayang,
rindu kite tak?
kite pun rinndddddddddddddduuuuu sangat kat sayang.
apa,
sayang nak merajuk?
alolololololo jangan la
nanti dah tak macho macam van diesel
maskulin macam the rock

kita bukan sengaga nak mengabaikan kamu
kita bizi la
kalau tidak,
hari kita belai-belai kamu,
usap-usap kamu
bagi kamu makin gebu dan menarik.

kita bizi tak lama la.
ala,
kamu pun kan tahu
kita seteres la.
dengan keja la,
ngan kuliah la.
kalau kamu merajuk,
sian dekat kita.
kang kena antar masuk wad gila.
macam mana nak belai-belai kamu
dekat sana bukan ada line internet.
kalau ada pun,
takkan diorang akan benarkan pesakit mental melayari internet.
kamu mahu begitu?

haaaa..
kan ensem kalau senyum macam itu
muah sikit
muuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!

p/s: penulis didalam usaha untuk memujuk pakwe diari elelktronik agar tidak merajuk kerana kesalahan mengabaikannya untuk tempoh seminggu ini.