jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, November 30, 2010

Aku

  1. tak boleh makan sotong, tak leh makan belacan tapi suka sangat bedal dua benda alah ini.
  2. tak boleh tak makan nasi.
  3. cepat muntah kalau makan laksa without makan nasi sebagai lapik perut.
  4. kadang-kadang satu hari tak makan apa-apa pun rasa bertenaga.perut second hand.kadang-kadang senget sikit.
  5. kena makan makanan pedas dan masam untuk menjanakan sistem perkumuhan yang cemerlang.kalau makan makanan ala-ala kanak-kanak, perut akan membusung laksana perempuan mengandung sembilan bulan.
  6. cepat marah dan cepat sejuk.
  7. cepat lupa.
  8. lebih pentingkan perasaan orang lain dari perasaan sendiri.
  9. tak suka pinjam duit dekat orang lain hatta mak bapak sendiri tapi suka bagi orang pinjam.( anis, thanks tolong aku walupun time tuh aku dah rasa muka aku dah tebai sepoloh hinci).
  10. dalam seminggu , hampir lima kali aku demam. baiknya cuma dua hari.
  11. Badan aku berangin. Sebab itu aku kena makan nasi, kalau tak aku cepat muntah. selalu sangat naik benjol angin dekat kepala dan selalu sangat dengar ceramah perdana dari kak ayu tentang bahayanya kalau angin naik kepala.boleh kiok katanya.erkkk!!!
  12. kalau marah, tak suka maki-maki hamun. lebih suka naikkan tangan dan kaki. tak caya, cuba tanya cik seman dan adik-adik aku.
  13. kadang-kadang aku nampak macam bodoh alang, tapi sebenarnya aku malas nak mengeluarkan pendapat aku.
  14. tak boleh hidu bau makanan dekat baju, baju kotor atau asap makanan dekat baju. kalau tak, seratus hempat puluh hempat kali aku akan hidu.
  15. susah nak sebut perkataan i lab u, u lab me, i sayang sebab aku rasa benda-benda macam tu adalah perkara senang yang nak di ucapkan. aku lebih suka tunjuk melalui perbuatan sebab dari situ kita boleh tahu sama ada orang itu ihklas sayang kita atau tak.
  16. cik seman dan bekas bos masa praktikal kata, aku sukar diramal.cuaca pun boleh ramal.

Monday, November 29, 2010

Pengapit bidan terjun?

Pengapit bidan terjun?
sila hubungi saya di number yang tentera di skrin komputer anda!!!
*******************************************************************
okeh.
tamat sudah iklan.

menjadi pengapit perempuan versi bidan terjun amat la tidak menghairahkan apabila pengapit lelaki adalah sepupua anda sendiri. tak boleh wink-wink, crutt-crutt, muah - muah dan sebagainya.
pengapit perempuan original?
lepas dah bedal makan bersantap dengan pengantin,
pegapit perempuan original terus terbungkang kekenyangan.
okey, tipu.
aku pun tatau dia pi mana.
nak tak nak aku kena jadi pengapit pengantin perempuan.
gila nerbes
orang semua tumpu dokek aku je.
mana tak nya.
dari saat aku melangkah naik ke atas pelamin pegang je kipas,
aku asyik dok gelak je.
gilo hapo!!
jurugambar pulak asik snap gambo aku je.
heloo cik abang,
saya bukan pengantin,
saya pengapit je.
time aku buat-buat gaya suku suruh adik aku tangkap gambor
dia pun nak join sekaki
siap tunjuk dokek aku laie gambor yang ditangkap nye
adik aku cakap dia syok kat aku.
aloooolooo abang
berkenan dokek saya ye?
masuk la minang
mas kawen tak mahal pun
RM2 ribu jo
hantaran tak banyak saya mintak
cukup la hanya sekadar
''

''

''

''

''

''

volksewegen sebijik
''

''

''

''
akaun bank bernilai RM 18 rebu habuan bayor ptptn
''

''

''

''

''
banglo fully furnished


p/s:adik aku bongsu aku tanya"la, akak jadipengapit ke?aku jawab,"a'ah,akak jadi".adik aku balas."mesti tak cantik gambor.ada orang cacat dokek sebelah".cis..cis...ciss



Friday, November 26, 2010

Sebaik-baik aku,ada jugak tunas tanduk syiton nirojim

jangan bagi aku naik hantu
karang susah hantu cari makan

itu sahaja entri hari ini
salam sayang dari loti walia indera puteri noyongsariyokeykhdwjl

panjang tak nama betul aku
boleh masuk guiness book of record tak

Thursday, November 25, 2010

KRONOLOGI KISAH PERCINTAAN

Awal tahun pertama:peringkat nak mengurat
mesej tak renti-renti
(selang seminit je)
*hai, sayang!!buat apa!!*
*sayang, dah makan ke?*
*sayang, nak g jamban la..nak uk..uk..uk*
*sayang, esok kita keluar jalan-jalan yek...u name it*
dan
bla
bla
bla

keluar dating, straight seminggu dalam sebulan.
isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad.
(sampaikan tak sempat nak rindu)
semua tempat dalam pelusuk malaysia pergi

Panggilan talifon non-stop
3g
4g
5g
semua ada.

kawan-kawan dah tolak ketepi time itu

awal tahun kedua:sudah berkaple.
mesej 2 minit sekali.
*syg, mkan*
*syg,makan*
syg jgn lupa makan*
(ni konpom stok forward balik mesej dalam send item)

dating selang seari dalam seminggu.
balik-balik wayang, game,wayang,game,wayang, game
alasan
penat drive,jammed teruk.
time ni mula berbaik-baik kembali dengan kawan-kawan.

panggilan telifon?
suara sahaja.
3g?
4g?
5g?
semua ke laut.

awal tahun ke-3:ni dah tahap kenal hati budi luar dalam terpendam aatau tak.

mesej?
20 minit sekali.itu pun kalau nasib baik.
kalau tak nasib baik, sejam sekali baru ada balasan.
*makan*
*keluar ngan kawan*
tido dulu*
semua stok ayat pendek-pendek. kalau nak pendek lagi, perkataan okey ditaip "k" sahaja. kapa?khir toyol?khairil jamaludin?abang k?king kong?

panggilan?
lagi arammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
kelaut semua

dating?
2 kali dalam seminggu.
balance 5 hari?
meronggeng dengan kawan-kawan kembali.

(tahap danger ni)
danger!!
danger!!
sebab?
bila dah mula meronggeng dengan kawan-kawan,
lepak sana sini sunun,
cuci mata sini sana sinun
tertiba tercuci hati sekali.
amacam?
takut tak?

p/s:ini tiada kaitan dengan aku.





Tuesday, November 23, 2010

Nak sepek mata...nak sepek mata

parah tak?
kalau baca perkataan nenek= nenen?
parah kan..kan..kan...

Apa yang aku dapat bila balik kampung?

hoih!!
hapo lembam-lembam satu badan ni?
dokek tangan kiri jo dah da dua lombam.
sakit nye ya ampun.
nak kata aku tido buas,
aku rasa dah gaya sleeping beauty ha.
sapo gigit aku ni?
baik ngaku copek!!!
ntah-ntah the rock hapo yang gigit?
nakal u ni tau,
~~auwww~~

p/s:madame suppiah suruh aku bangun awal pada hari ahad untuk ke hospital cek darah.dengaq2 sepital terus aku koma sampai pukul sepoloh.maap mak,ceq pobia dengaq sepital2 ni.tambah2 jarum...

Friday, November 12, 2010

buek pokcik yang bawa pour wheel drive

saya tak marah pokcik nak parking depan ghumah saya. parking la. tapi, agak -agak la nak parking gheta yang beso ghedabak tu yang umpama badan pokcik itew. ni pokcik parking sampai dah cium pintu pagor ha. lagu mano saya nak masuk ghumah. nak bukak pintu pagor pun dah sengah jam. udah la depan ghumah penuh dengan hanjeng- henjeng yang berkeliaran. mau nye haiwan itu ngap kaki saya yang umpama kfc ini, lagu mano. mau saya ngap balik perut pokcik yang umpama tilam king oil itew. saya tau la pokcik kayo. ada tiga bijik ha. cuba buek sedekoh amal jaraih. bagi je satu dokat saya. pokcik dah tak yah penin - penin palo pikiaq nak parking mano. saya pun tak la penat mulut maki caci hamun saja dirimu, kerna itu yang bisa membat ku puuueehhhhh hatiii...

saya bukan apo pokcik. saya takut tercalor gheta mahai pokcik ja. pokcik parking doket sangat dengan pembukaan pintu pagor. time saya tongah bukak pagor, beg saya udah la design dio penuh butang-butang besi. abes tercalar gheta pokcik ha. saya bukak pintu dah la kasar...pocah kang number plat ha. baik pokcik parking ujung simpang ha.. selamat pun selamat ha. bukan apo, saya ni kasaq orangnya. muka saya wanita, tapi dalam hati, ada the rock ha.

ye pokcik ye.parking la jauh-jauh sikit yo. sayang gheta mahai- mahai ada lukisan.

iskk..isk...iskkk

Thursday, November 11, 2010

keja shift

aku keje shift
tak percaya?
selasa aku shift company secretary
rabu aku shift akaun assistant
kamis aku shift despatch
eh..eh..
hari ni hari kamis
bye uolls
i nak kena antar surat ni
ai punya kenderaan
mercedes benc wa cakap sama lu
ada 16 lapan pintu wooooo
kadang - kadang ada ada 8 pintu wooooooooooooooooo
esok ai shift angkat berat pulak
berketul-ketul ah bodi ai
kalah hulk hogan
tapi ai hulk hogan pink versi ladies gagap la
eh...eh....
ai dah lambat ni
muah muah uolss
tunggu ai shift company secterary
br la boleh hapdate panjang-panjang ya
ai nak g merempit ni
sambil terselit celah lori
korek g-string terselit celah kelapa
hahahahahahaha!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Online shopping

sejak-sejak aku mula berkecimpung dalam dunia penulisan diari alam maya yang asyik buat aku berangan sambil makan pisang berangan cicah ayaq hangat ewah macam pantun pulak dah ni, aku asyik tengok blog-blog on line shopping.itulah koje aku.kadang aku boleh ngangga dekat dua tiga jam hingga lupa waktu makan sebab khusyuk tengok blog on line. selalunya, yang menjadi pilihan aku ialah blog yang jual beg, selendang atau baju-baju. sebab kalau aku g jengjalan dekat-dekat kedai, mata aku ni payah nak berkenan. jujurnya, baju aku dalam almari pun boleh bilang ngan tangan.hehehehehe.sebab aku jarang membeli baju.bagus tak aku.lelaki-lelaki hangat diluar sana, sila la mengurat saya.nescaya, poket anda sentiasa tebal.

aku rasa setakat ari ni ada la dalam lina nam sepoloh kali aku membeli barang on line. barang first time aku beli ialah spin yang ada bentuk cantik - cantik tu. apa kenama dia, ala doodle,dodol, dedel? second, selendang masa aku jinak-jinak merpati dalam arena pemakaina selendang. ketiga beg yang aku pakai time kena ragut. serius beg itu memang kebal. dah kena belasah terajang sepak bagai pun, beg itu totap melekap colah ketiak aku. wangi sangat kot. smpaikan beg itu tidak sanggup nak memelantingkan ( mem+ pelanting= memelanting jahanam bahasa aku) diri sendiri.lepas itu selendang, baju tunics, beg, selendang lycra. penantian tunggu barang sampai memang best tau. berdebar-debar semacam macam tunggu orang masuk minang. kalah berdebar-debar malam pertama( jangan tanya aku. aku main taip je). bila dapat barang yang dipesan tu, happy mengalahkan orang dapat hadiah mercedes menc. dia punya sengihan itu, kalah lisa surihani. hah wa cakap sama lu.

setakat ini, ada tiga blog shopping on line yang aku puas hati. first, kedai zulaikhashop. dia juai tudung.. second, selendang dari cik petisuara.ni kalau tak kenai, pergi la hentak kepala itu laju-laju. jangan tanya aku kepala mana yang nak kena hentak. ke-3, beg dari sepetshop. ni kalau tak tahu jugak, sila la daftar nama dekat aku buat kekah. kualiti memang superb. servis tip top. kira berbaloi dengan bayaran yang korang buat.

baru-baru ni, aku ada beli baju. on line shopping la jugak. tapi, yang membuat aku serba salah ni, kualiti baju itu tidak memuaskan . aku bukan cerewet tapi bila aku tunjuk dekat hencek seman, dia pun cakap tak elok. lagi 1, yang memusykilkan aku, bila aku dapat resit, harga dia lain. aku ada bayar terlebih sebab aku pakai mesin deposit tu ha. almaklumla, mesin tu kaya tak nak terima lima hengget. yang membuat aku resah ni, perlu kah aku memaklumkan owner kedai itu. bukan niat nak menjahanam, tapi niat nak bagi galakan agar masa hadapan, dapat serve more better. hencek seman suruh aku komen dekat blog dia, tapi aku tak sampai hati.

kalau korang, macam mana?

Tuesday, November 9, 2010

perangai pelik #2

saya iaitu loti
amat gemarkan kalkulatur
atau dalam bahasa saintipiknya
mesin pengira
dimana kedai yang saya singgah terdapat mesin pengira ini
saya dengan kadar lajutan cahaya mencapai
dan mengira
mengira apa pun tatau
aku syak time madame suppiah mengandungkan aku ni
dia asik kira hutang kot
sebab tuh aku suka mengira
walopon matematik bangang
ya
saya memang bangang matematik
spm saya 6c untuk matematik moden
dan 8e untuk matematik tambahan
bijak tak anak omak ini
tapi aku cekap mengira duit
$___$

Saturday, November 6, 2010

sikit lagi..sikit lagi....

one more paper to kill
after dat

bubble partiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
( baca: parti buihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh)

Friday, November 5, 2010

mimpi tatkala peperiksaan tidaklah seghairah mimpi berdating dengan brad pitt..maaf anjelina .

  1. aku mimpi lecturer audit aku memakai telekung duduk bersimpuh sebelah aku.mengigil aku mengalahkan sepoloh kala hitcher.masalahnya nya, lecturer aku itu india.
  2. hantu,pesakit wad gila dan 3 orang india menjadi pelengkap mimpi aku untuk papaer management behaviour. sungguh mengigil aku. detail mimpi? tak payah la aku citer,kang bisa buat kamu setem

Wednesday, November 3, 2010

Perangai Pelik #1

Ini sudah ketandusan idea


Hencek seman suka korek -korek hidung dan hasil galian itu disumbat dalam mulut aku tanpa rela.
apa?
kejam?
dia memang kejam.
nasib baik idung yang dikorek itu ialah hidung aku.
kalau idung dia,
mau dia makan guna kaki

Tuesday, November 2, 2010

Sari Berita penting Hari Ini tetapi semalam kejadian sebenar berlaku

  1. dah dapat beg idaman hati..wehuuuu!!!berbaloi patah kaki mencari gerai yang hingat-hingat lupa.
  2. berjaya memfokuskan tumpuan untuk mencari beg sahaja.bluwek!!bluwekk!!!cardigan,kasut dan t-shirt tak mampo mengoda aku untuk menyeleweng.
  3. 2 more paper to go!!!after dat, MERDEKA!!!MERDEKA!!!!!

Monday, November 1, 2010

tanda-tanda musim peperiksaan.

  • rancangan televisyen start tayang cerita yang best-best sampaikan aku susah nak buat pilihan sama ada bertapa dalam bilik untuk menelaah atau melepak menonton t.v.okey..aku insan lemah..marilah bergumbira didepan t. v dan menangis didalam dewan kemudian hari.
  • apabila asik menonton rancangan hindustan dan tamil sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi.ye...madame suppiah ada darah siam dan mr.tat konon-kononya ada darah mamak(sebab apa konon-kononnya?sebab bila aku tanya, mr tat tak nak ngaku). tapi bila sampai dekat kami, dapat muka melayu tulen kecuali bulu-bulu yang amat seksi.patut la time kecik-kecik separa comel dahulu suka sangat tengok hindustan dan suka usha bangla yang ada iras-iras muka shah rukh khan pigi kilija..pelehtum...pelehtummm..tum..tum...
  • hanset sudah di abaikan dan bila cek je,ada la dalam punca kuasa dua darab 18 bahagi 15 tolak 20 tambah 6 sama dengan sepoloh mesej dan miskol dari sahabat handai, madame suppiah dan hencik seman.berdarah telinga tahan kena talbiah.
  • apabila tanduk shaiton nirojim yang dah lama pupus tetiba naik pelan-pelan dengan niat nak mendajalkan kete jiran depan rumah yang selalu park kete epat wheel drive dia depan ghumah..alo makcik..saya tak marah kalau makcik nak park kete pacua empat oda makcik yang makcik ada 3 bijik tuh. tapi agak-agakla parking jangan sampai saya nak keluar pun susah.badan saya bukan kecik macam lidi tapi besaq macam doremon. kang kalau ada kesan gigitan halus dekat kete tu,jangan marah saya.kang mau saya bukak takzirah dengan tajuk adab-adab berjiran.saya dah lama tak asah bakat berpidato ni.
  • sudah bertukar menjadi kekasih edward cullen dimana dimalam hari asyik berdating dengan buku dan disiang hari asyik berdating dengan bantal. cerah masa depan.
  • otak sudah mula terkena short soket sampaikan lupa raya haji bila dan terlupa sudah mandi atau belum dan asik menghidu ketiak sambil berpikir adakah aku sudah mencalit deodorant di ketiak gebu ku.
sekian terima kasih.
kerjasama anda membaca dan mengomen tapi jangan meromen amat la dihargai.
buat hencek bulat dan puan zara, ai wendu la sama lu olang...