jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, December 30, 2010

cerita kedai kopi

"bini aku dok tanya sapa yang golkan bola.padahal tengok sekali ni".
"a'ah...bini aku pun sama".

maaf bapak-bapak sekalian. kami, kaum wanita bukan tengok bola yang disepak, kami cuma tengok pemain bola sepak itu.
*********************************************************************************
Siapa Khairul Fahmi itu?
Aku on - on je face book, banyak nama khairul Fahmi naik.
Mata aku semalam dok melekat dekat pemain malaysia jersi nombor 10 safee tak silap nama nya dan bambang, pemain Indonesia.

Gantang-gantang jugak ya cowok- cowok bola sepak indonesia ini ya

Friday, December 24, 2010

Azam tahun 2011

  1. volkswegen beatle sebijik
  2. income nuffnang Rm3,00.00
  3. settle ptptn
  4. menjadi jelita seperti the rock
********************************************************************

dengan ini saya mengisytiharkan diri saya sebagai minah jenin alaf baru

peace yawww

Thursday, December 23, 2010

Nikmat

Korek hidung di waktu pagi tatkala baru bangun sambil garu pungkoq memang nikmat kan.

Umpama menikmati candle light dinner bersama the rock disinari cahaya bulan purnama.

Wednesday, December 22, 2010

torchlight

p:gelapnya langit pa.mesti nak hujan lebat ni.
l:tak apa.gelap pun tak apa.kereta ada torchlight.
********************************************************************
kete teknologi mana yang pakai torchlight ganti lampu dua ketui besaq gedabak kat depan.naseb tak sebut kete pkai sportlight.kalu tak, humanges kali itu.

Tuesday, December 21, 2010

Sari Berita penting Hari ini- Bas terbabas lagi

*Sebuah bas persiaran terbabas di simpang pulai*
*simpang pulai dekat dengan cameron highlands kan*
*****************************************************************************
Wat da heck
Apa kejadah tahun ini banyak sangat bas yang
terbabas
accident
tergolek
ha?
Aku sebagai pengguna bas tegar ketika mau pulang ke Berlin pun
dah berasa gegar ni.
Ada tak stesen LRT berdekatan dengan BERLIN?

Monday, December 20, 2010

Kronologi bahasa interview

Bahasa inggeris-->mandarin/cartonese-->bahasa melayu

Requirements bahasa dalam pemilihan perkerja untuk mengisi kekosongan.
Bukan auta.
Tapi fakta.
Jangan nak melatah tanpa usul periksa.

Friday, December 17, 2010

Gadis

"akak, ni apa?"

"ni loose powder"

"apa beza dia?"

"macam bedak talkum.di halus"

"ooooo.Akak, ni apa?".

"ni two way cake."

"apa beza dia?".

"ni dia siap2 dengan foundation dah. dah tak payah nak pakai foundation dah."

"ooooooOOooOOooo"

maaf.
saya bukan gadis- gadis.
saya tak tahu sangat pasal jenis - jenis bedak ni. saya cuma tahu bedak compact dan bedak sejuk. Itu pun dah feeling seperti maria ozawa.
Apatah lagi eyeshadow, blusher bagai ni. hendak menggunakan nya pun saya tidak tahu. tetapi, saya tahu, sekiranya saya mengaplikasi kan alatan tersebut, nescaya saya akan menjadi seperti lisa surihani.
Apa? Nanti nak kawen mak andam akan cabut bulu kening? ishhhh...tak mahu la.dari cabut bulu kening, baik tolong cabutkan bulu ketiak saya ini. sudah panjang. Bulan depan, saya mahu pergi trim bulu ketiak saya. Buat rebonding. Tapi kalau buat dreadlock pun mengancam jugak kan.

Thursday, December 16, 2010

Boobs?

Masa aku sedang berjalan mahu pergi klcc, ada dua orang lelaki bangla. Berkot. Smart? ekkkkkk....Salah seorang lelaki itu pandang aku macam sepuluh tahun tak tengok perempuan. Pandangan mintak penampor lima kupang dari aku. Pandangan gatai kamu tau. Sambil pandang-pandang aku, tangan dia dipimpin oleh lelaki satu lagi melintas jalan. Erkkk...kawan atau "kawan baik"?.

Tetiba aku terfikir. Macam mana kalau lelaki bangla itu naik minyak lantas meraba aku macam yang berlaku dekat stesen lrt plaza rakyat. Penampor lima das dari aku memang konpom la dapat. Tapi, apa aku nak jawab kalau orang ramai tanya awat aku belasah lelaki bangla itu.

Adakah aku nak menjawab,

Laki itu meramas buah dada saya.-nampak sangat macam aku yang sanggap kerana penggunaan tatabahasa yang akan mendorong orang ramai meramas aku jadi belacan. Errkkkk!!Eden tak sanggup.

atau

Lelaki itu pegang buah dada saya-kalau di alih bahasa ke bahasa penjajah, He hold my Boobs?Walaweh...Luruh macam buah epal ke?

atau

dia pegang cuti-cuti cinta saya!!

Kalau kamu, apa kamu jawab?

Manusia

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin bodoh.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin tamak.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin buta hati.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin kejam.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin berfikir menggunakan lutut.


Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin sombong.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin lupa daratan.

Manusia,
makin belajar tinggi-tinggi,
makin hilang pertimbangan.

manusia, manusia, manusia,
apa yang membezakan manusia dengan haiwan?
akal fikiran.
tetapi,
zaman sekarang, sudah sama je manusia dengan haiwan.
kadang- kadang haiwan lebih bijak dari manusia.

Monday, December 13, 2010

Adobe Photoshop?



Aku memang suka edit gambar,
tapi aku tak suka ambil gambar,
sebab?
aku tak pandai senyum.
kalau aku senyum?
cuba bayangkan shrek senyum ketika tengah berak.
macam tu la keadaan muka aku kalau senyum.
aku memang ada banyak software-software edit mengedit,
tapi aku tak ada adobe photoshop,
puas aku download bagai
tapi tak dapek jugak,
hampa terus,
ramai yang suggest guna photoscape,
tapi aku rasa tak mencabar la guna photoscape,
gila berlagak,
then,
pada suatu masa bercuti,
aku godek-godek laptop adik aku
tetiba aku terjumpa satu software ni,
aku tatau nak sebut macam mana,
yang bestnya,
software itu tulisan CINA!!
mati aku nak paham.
pakai hentam keromo ja klik-klik ikut teradab.

hasil nya?

tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

*sebelum*

*selepas*


cantik tak...
cantik tak...


























Friday, December 10, 2010

The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader



Ada satu part yang nak abes dah, dimana si lucy tengah ber sok - sek lapa ayaq mata sebab terpisah dengan Aslan buat selamanya. Dialog lebih kurang macam ni:

lucy: Aslan, marilah datang melawat kami di dunia kami.

Aslan:saya sentiasa ada bersama kamu. cuba kamu perlu belajar untuk mengenali dan
mengetahui saya.

Cik seman cakap, dalam dunia manusia, aslan dikenali sebagai lion.
Aku cakap pulak, Aslan dikenali sebagai Maybank.


Aslan= maybank

Thursday, December 9, 2010

Bukit Fraser jom!!!

sekali sekala pergi tempat macam ni boleh menenangkan jiwa yang rosak. Bukit fraser ni terletak di pahang ya anak-anak, bukan di selangor. jangan terkonfius macam cik loti yang akhirnya mendapat lukuan di kepala hasil daripada pertanyaan bertalu-talu bak meriam motar kepada cik seman.ala, tau la geografi lulus. tanya sikit pun dah nak luku. baru 144 kali aku tanya. bukit fraser,sebut betul-betul fraser ya.bila cik seman sebut, aku dengar macam dia sebut bukit breastser. Dem!!! Bukan setakat mata aku kondem, telinga aku pun dah kondem. lucah betul. bukit breaster, eh fraser ni kalau nak datang honeymoon amatla sesuai sebab banyak tempat-tempat penginapan pilih je cik jah oii ko nak yang mana 1 macam -macam ada ha. kalau setakat nak jalan-jalan perabih kan minyak yang semakin mahai tak apa kami orang kaya ni, tidaklah digalakkan sebab dia tempat dia more to trail yang membawa maksud marilah kita berjalan kaki di laluan yang disediakan bagi membuang lemak ternakan anda. Dia punya kesejukan lebih kurang kesejukan di genting dan cameron. Bagi yang tidak pernah pergi ke tempat - tempat yang disebut di atas dan tertanya -tanya bagaimanakah kesejukan anda boleh mencuba dirumah dengan memasukkan kepala anda di tempat sejuk beku peti ais anda dan boleh la start imajin cameron dan genting.

On the way nak pergi bukit fraser ni, banyak terdapat apahal ayat macam karangan darjah enam ni, banyak tempat - tempat air terjun yanag anda boleh buat skuba dibing. pilih je cik bedah oooiiii. nak yang dalam, kurang dalam, deras, tak deras macam - macam ado ha. Free of charge sahaja. Antara tempat yang anda boleh nampak di bukit ini macam binaan seni bina British, Allan Lake dimana anda boleh main kayuh kayuh basikal bot dimana bayaran adalah sebanyak RM 6 untuk lima belas minit, ladang starwbery katanya tapi yang ku jumpa hanyalah stawberi dalam pasu bunga di belakang restoran , kebun bunga dan lain lain sebab tak sempat nak pusing bagi abes.

Perjalanan ke sana amatlah mencabar. Jalan dia lebih kurang jalan nak pergi cameron yang kona-kona maut yang potong jari mat- mat drift melompat kegirangan boleh drift. selekoh dia tajam. silap belok, bai-bai la ko duduk dalam gaung reput pun orang tak tahu. jalan dia one way sajork. maksudnya, jalan tu la kau guna nak naik atas, jalan itu jugak la kau guna untuk turun. Dia ada time-time untuk turn dan naik. kalau nak pergi, disyorkan pergi la awal sebab kalau pergi petang, agak bahaya sebab tak ada lampu jalan. tapi, kalau pergi nak stay, tak kisah la pergi pukul berapa pun kan tapi jangan la pergi pukul 8 sebab masa itu lalulintas tak dikawal. maknanya, pandai-pandai korang naik dan turun guna jalan yang sama. kalau selisih keta, pandai - pandai la adjust supaya anda tidak terjun dalam gaung.

tapi, tak rugi datang. Tempat dia memang tip top cantik. Bagi yang nak berhoneymoon, sila la datang ke Bukit Fraser.







































































Wednesday, December 8, 2010

Kronologi Hikayat NAIK

minyak naik-->tambang bas naik-->tambang teksi naik-->rega gula naik-->rega ayam naik-->semoga barang rega naik-->darah wa pun naik-->tak apa-apa, gaji saya berkepuk-kepuk.sebulan RM 18 K-->cukup tahun,marilah kita cek-in di hotel tanjung rambutan-->stress wehhhh

Monday, December 6, 2010

Adik aku#1

Aku ada tiga orang adik.sorang laki dan dua orang perempuan. Ada 3 orang adik pun aku dah rasa macam ada 300 orang adik. Tak boleh senyap walaupun seminit. Mana Madame suppiah tak bertambah tua. Beliau selalu berkata, 7 orang kami dah seumpama 700 orang dalam rumah. Memekak tak kira masa.

Kitorang pangey dia udin, kawan dia pangey fawaz. nama dia sorang je banyak perkataan dable. mohd fawwazzuddin. cuba bilang berapa banyak dable nya. budak ni nampak je macam penakut, lemah lembut bagai tapi akal mengalahkan albert einstein. kalau lawan cakap dengan madame suppiah, madame suppiah pun angkat bendera putih, tapi kalau berhadapan dengan mr. tat, suara mengalahkan buluh perindu. memang pelakon terbaik.

perangai dia? boleh bikin hampa jantung gugur.

  • ketengaq Ya RAbbi. masa dia tadika, madame suppiah selalu pesan, balik rumah sebelum magrib. tapi disebabkan ketegaq, dia balik rumah after orang azan magrib. malam tu, tengah syok-syok dia tidor, boleh dia bangun berjalan nak bukak pintu rumah nak keluar. aku dan madame suppiah dah syak wasangka and seram sejuk dah. tetiba budak ni bangun dari tidur dengan mata pejam bukak pintu. madame suppiah tanya:
madame suppiah: udin, nak pi mana makam-malam ni?
udin: nak pi taman.
madame suppiah: hah!!!tu la mak dah pesan, balik sebelum magrib. ni balik lepas
magrib.mambang dah pengey dah tu
(time ni dia dah celik)
udin: mak ni!!!
madame suppiah:udinnnn...udiiinnn( buat sora ala-ala scary)
  • cikgu aku tanya masa aku nak serah surat jawapan awat budak ni ponteng,"adik kamu siapa?mohd fawazudin cikgu. patut la adik buas, kakak dia pun sama naik buas. Errrkkk!!! apakah? saya tak buas hokeh. noti je.
  • masa pi interbiew spa baru-baru ni, madame suppiah cakap semua orang kerumun(mengelilingi) dia sebab dia lawak. apakah?lawak ke kamu ini? time jumpa penemuduga, dia boleh cakap macam ni,: maafkan saya hencek!!!saya tidak pandai berkata-kata!!! pitam aku dengar.
penin tak kalau ada adik macam ini.

Friday, December 3, 2010

Doakan Aku

Aku dapat panggilan interview
Alhamdullilah. Rasa macam nak melompat-lompat je. dah lama gila aku tak pergi interview.last aku pergi interview, about two months ago. aku berdoa sangat aku dapat kerja baru. aku dah bosan dekat sini. makin lama, makin rasa makan gaji buta je. bukan kerja tak berjalan, kerja semua siap on time tapi keikhlasan dan kegembiraan dalam membuat perkejaan itu dah tak ada. bayangkan, tengah buat kerja aku boleh maki hamun kalau client ada buat silap. dah dapek dosa. dah la dosa sedia ada mengunung. doakan aku

Thursday, December 2, 2010

Mulai hati ini, aku bertekad untuk......

nak jadi ladies-ladies
sebagai permulaan,
tika aku menaip ni,
aku sedang mencalit atau lebih tepat lagi, lipstik dekat bibir mungil persis angelina jolie, bukan persis jelina jolie tau.
tapi,
ceh!!!
abang-abang cantik pakai lipstik lagi kemas dari aku.
fail jadi ladies!!
kembali ke pangkal jalan.
tak aper
bibir ai merah bak delima
muahhhh!!!

Dear God,please.... I need new...

  1. new job (almost 3 years)
  2. new enviroment(balik-balik tgk klcc, avenue k,avenue k, klcc.nyampah hai tau)
  3. new task( boring giler asik ngadap ssm, lhdn, commension oath)
  4. new salary(tskk.tsk...bau bonus pun tak pernah hidu)
  5. new food( boleh?asik makcik-makcik kedai bawah ni masak lauk yang sama je.sampai aku dah boleh hafal menu dia)
  6. new fren( ceq nak kawan!!ceq nak kawan!!asik kawan dengan semut, lipas cicak je..kang mau jd beast master)
  7. new computer( boleh meroyan tau kalau 144 kali asik hang je.mula aku terasa nak campak dari tingkat 5 bangunan wisma ni)
  8. new boss(kalau boleh, nak yang hensem, muda, bujang dan kaya.Lalalalalalala!!)
  9. new boifren?boleh gak.pilihan-pilihan nya adalah seperti
  • van diesel
  • the rock
  • sam supernatural
  • dean supernatural
  • clark ken smallville
  • lex smallville
  • hero boys over flower den lupo namo
  • louis khoo
so many choice!!
how to choose?
let use lat ta li lat ta plum to choose,
lat ta li lat ta plum!!
haiya....
i choose en.seman !!!
hahahahahaha!!

Wednesday, December 1, 2010

Apa yang aku dengar bila balik kampung

"Bila nak kawen"
"umo berapa ni?ooooo, bila nak kawen?"
"cik abang dah ada?Bila nak kawen nya".

alergik tau dengar soalan-soalan macam gitew.
apa ingat kahwin ni macam main pondok-pondok nabil ke?
esok kahwin dengan abu,
tulat kahwin dengan ali,
tungging kawen dengan ahmad.
meriah sungguh hidup kalau mcm gitew.
sedangkan diri aku sendiri tak terjaga.
masak nasi pun boleh hangus.
masak ikan apatah lagi.
menjerit-jerit macam nampak shahir af8 gayanya
sekali imbas dah macam suasana dekat wad bahagia.
mau kebuluran laki aku nanti.
takkan ari-ari nak makan nasi +telur+kicap kot
bertambah maskulin karang laki aku
selalunya jawapan yang aku bagi untuk soalan yang mencabar minda ini adalah seperti
"nak kumpul cincin langkah bendul sepoloh bentuk dulu".
hah...
depa cakap aku mata duitan.
tak ape,
mata aku..
bukan mata kome
mr.tat bagi jawapan yang bernas untuk aku selepas aku membrontak tak nak pergi kenduri kawen
belia cakap,
kalau orang tanya, bila nak kawen,
cakap je tunggu jerawat abis naik..
danggg!!!
nak tunggu abes jerawat naik sampai tua pun tak abes kan...kan...kan...
agak bernas jawapan yang diberi oleh mr.tat ini