jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, January 28, 2011

kahwin kontrak

Cik seman, kawen kontrak nak? Kita wat ala ala drama sket. Malam pertama nanti awak buat-buat la bagi kontrak suruh saya sign. saya pun buat buat la macam opocot mak engkau apa bonda alah ni. awak dengan muka bengisnya cakap; "sain kontrak itu. jangan ingat aku kawen dengan ko untuk selama lamanya. aku kawen dengan ko pun sebab nak tunaikan permintaan mami ngan dadi aku untuk timang menantu. "

saya pun dengan air mata berjujuran turun macam air pancut dekat klcc tu sambil sedu sedu sroooottt srooot tahan hingus tengok ajo isi kandungan kontrak tu. dekat situ awak cakap nak kawen dua tahun je. pastu tidur bilik asing asing. pastu awak buat hal awak, saya buat hal saya. kalo mami ngan dedi datang umah melawat, baru tidur sebilik.

saya pulak sambil srooot srooot tahan hingus tak dilupakan jugak effect air mata bak pancuran klcc tuh ditambah dengan pandangan mata yang bekaca - kaca tapi tak lagi retak seribu tengok awak sambil garu kepala sambil berkata; ala, wak. Dua tahun je kahwin? mana sempat nak produce lima orang anak. seorang anak pun memakan masa setahun nak produce. ini kan lima orang. lain la kalau awak gagah perkasa boleh bagi saya kembar lima sekaligus.

Lepas tu, awak dengan muka blur - blur garu garu rambut yang tak berapa nak mayang mengurai , garu garu ketiak bak hutan amazon alolololo comeinya dengan gaya tengah berfikir;"dalam kontrak itu tak ada pulak dinyatakan aku nak anak? tang mana ko baca?'

saya pulak dengan muka malu - malu kuis kuis lantai dengan eksperesi muka bajet mintak penampor lima nam das membalas; ala..itu kontrak awak. ini kontrak saya. mana aci awak je ada kontrak. isi kandungan kontrak saya simple aja. ringkas dan padat bak kata slogan simply citi, simple itu cantik. saya nak anak lima orang. lepas awak dah bagi saya anak lima orang, awak nak buat apa, buat la. eden tak kisah."

"ooooohhh... nak anak lima orang je. sekarang jugak aku start bagi. meh sini"; awak cakap macam gitu dekat saya sambil tarik dengan ganas dan rakusnya tangan baby skin saya ini. saya pulak meronta - ronta;"nehi!!!nehiii!!!pehletum pehletum!!!eden tak rela diperlakukan sebegini rupa".

"Tadi beria-ia sangat nak anak lima. Pas orang nak bagi dok berdrama industan jadahnya". awak tengking saya gitew.. ohhhh..sungguh drama drama pilih kasih kita kan.

saya tersob sob balik dengan effect air pancur klcc sebab ye lah terkejut kan dengan awak jerkah saya. saya sebagai gadis melayu terakhir harus la memiliki hati kaca tau." kalau ye pun tak sabar sabar nak bagi saya lima orang anak, pergila akad nikah duluuuuuu oooiiiiiiiii. ini main redah jeeeee. Tol pun belum dinaikkan lagi". kata saya sambil srooot sroooot hingus dekat samping awak.

"Eh..eh...belum akad nikah lagi eh. Lupa pulak dari tadi sibuk dok berdrama drama pilih kasih dengan ko ni. Aku pi akad nikah dulu. Ko duduk dediam dekat situ. Kang aku datang balik lepas naik kan tol tok kadi", kata awak pada saya.

Saya pun berguling guling melompat lompat macam beruk dapat bunga tapi beruk tu tatau nak buat apa denga bunga itu kan, dia cabut satu kelopak dia baling dia tangkap. haa...macam gitu la ekspresi saya ketika itu sambil berangan -angan berdansa macam hindustan. Tetiba!!!

Gedebukkkkk!!!!!!
(effect jatuh katil)

Alahai.. mimpi la pulak. nasib baik mimpi. kalau realiti, mau kena kekah dengan madame suppiah dan mr tat kalau dapat tau anak perempuan sengal mereka kahwin kontrak. Alahai.drama drama pilih kasih betul la.

3 comments:

  1. gua nk kawen kontrak! macam cerekadrama lama2, MoU yang azhar sulaiman & lydiawati berlakon...

    gua nk kawen kontrak dgn asyraf muslim...

    keh keh keh!

    ReplyDelete
  2. awal-awal cerita kata masa pertama... tetiba kata blom nikah pulak... iskkk~~~

    fail laa penulis skrip nih... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  3. awal-awal cerita kata masa pertama... tetiba kata blom nikah pulak... iskkk~~~

    fail laa penulis skrip drama nih... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete

ai lebiu la