jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, February 23, 2011

Perempuan dan tabiat membaca sambil bercakap talifon dan mengodek fesbuk sambil berjalan memang merimaskan.

Seorang perempuan yang berjalan sambil membaca surat kabar dan bercakap telefon amat la berbahaya jika anda anda sekalian berjalan di belakang nya. oh ya, kalau anda- anda itu lelaki, tidak mengapa.Di galakkan. Mengapa? Kerana perempuan - perempuan yang berjalan sambil membaca, mengodek fesbuk yang nak show off blackberi ipone ohh aku jeles ni akan berjalan mengalahkan orang mabuk. sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, tetiba boleh berenti tanpa apa-apa amaran. kalau anda -anda sekalian yang wanita tercium bumper perempuan berkenan, tentu la agak najis kan. lain la kalau perlakuan itu di lakukan oleh seorang yang gagah seperti edward cullen. tentulah anda anda tak kisah kalau terlanggar bumper. tetapi, kalau perlakuan itu dilakukan oleh perempuan, tentu la lelaki -lelaki akan tersenyum sambil bermunajat kerana dipanjangkan nyawa.

Spesis yang berjalan sambil membaca mengodek fesbuk tak kira tempat ni, pada firasat aku tidak digalakkan membawa kenderaan kerana mereka mereka ini akan selamba badak je ke kiri ke kanan tanpa memikirkan kesan pada orang belakang. Boleh membawa kepada perlanggaran yang serius di mana kalau lelaki di belakang boleh mengundang kejadian waterfall darah di hidung.

Tetapi, kalau aku di belakang mereka mereka yang membaca sambil berjalan, mengodek fesbuk sambil berjalan dan berjalan macam orang mabuk kuasa kuda ini, jangan salah kan aku kalau- kalau anda anda tertiba tertonggeng mencium lantai ya.

Bukan aku jeles sebab aku pemegang hanset jenama soni erikson di mana kalaua aku nak online harus mebeli pass Rm 2 perjam dari maxis tetapi aku rimas berjalan di belakang orang orang yang macam ini. Macam dah tak ada tempat nak duduk elok elok untuk membaca dan mengodek fesbuk.

The rock, sila la membaca dan mengodek fesbuk sambil berjalan di depan aku agar aku boleh buat buat terlanggar bumper anda selang lima minit agar boleh menopop awet keremajaan aku yang mengikis akibat lahar gunung berapai yang asik keluar ini.

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la