jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, March 4, 2011

dulu dan sekarang

dulu,
terlompat lompat mengisi borang sekolah teknik
pilih yang jauh jauh je
kalau boleh,
nak pergi sampai ke america ha
alasan?
bosan duduk kedah
tak best
tak maju macam kuala lumpur.
kuala lumpur cantik.
banyak lampu-lampu
banyak supermarket
dekat kedah?
boleh kira dengan tangan.
kedai kedai pun tutup awal
tak maju betul la.

sekarang,
terlompat lompat aku nak balik kedah
meroyan sudah duduk di kuala lumpur
lampu lampu lip lap lip lap pun dah tak mampu nak menghairah kan aku lagi
supermarket banyak pun dah tak mampu nak mengoda aku lagi
sebab sekarang aku banyak shopping on-line
bhahahahahaha!!
aku rindu
langit kampung
rumput kampung
bau kampung
suasana damai kampung
biar la orang kata budak itu jakun
budak kampung itu culture shok
budak kampung itu baru nak mengenal dunia
aku rela
sebab aku tau syurga dunia ku adalah kampung.
so whatt
aku memang budak kampung pure
tak ada celup celup

aku lahir pakai bidan
kampung.

aku lahir atas tikar getah
kampung.

lidah aku kalau tak kena belacan, boleh tak stim makan
kampung.

aku lagi ghairah tengok petai, ulam-ulaman, budu, tempoyak
dari tengok pizza hut, mcD.
kampung.

aku dah tak lalu tengok kolompo dh

5 comments:

  1. huyoooo.. aku pun budak kampung.. budak minang.. okey.. aku tipu.. hehe

    aku tringin nak duduk dekat kampung.. tapi kampung dekat bandar plak.. jauh dari suasana kampung.. kadang2 tu nak merasa duduk dekat kampung.. boleh aku ikut ko balik kampung... plzz..;)

    -bulat-

    ReplyDelete
  2. entry gua spesel utk lu, tikus.. keh keh keh!
    gua nk jadikn lu pet~

    ReplyDelete
  3. Aku lak teringin nak duk kampung..

    ReplyDelete
  4. huhu, aku pon org kampung. hee bangga menjadi orang kampung =D

    ReplyDelete

ai lebiu la