jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, May 23, 2011

Hospitalization Fobia

Dengan ini, aku mengisytiharkan bahawa aku adalah hospitalization fobia.

kenapa?

mungkin sebab masa aku lahir, bidan yang sambut aku. bukan doktor. logik tak alasan aku?

alkisahnya aku meneman en.seman yang ditahan kerana mengandungkan apendik.selaku jururawat peribadi merangkap bodigad, aku kena la mengawasi keselamatan dia kan. almaklumla, nurse nurse banyak yang cantik.tergugat keimanan aku. tapi, yang lagi mengugat keimanan aku, apabila aku dan en, seman lepak diluar wad sebab tak tahan sejuk macam duduk di eskimo lagaknya. sedang asik melepak, tetiba kami ternampak nurse lelaki menolak katil jenazah. tersentap mak tau...

masa aku meneman kawan kawan aku yakni anis dan lady caja pergi hospital tengah tengah malam buta time belajar dahulu. sorang nak cucuk bontot sebab kawan baik melawat, seorang sakit gigi. aku yang sihat ni jadi sakit bila pergi hospital. dah dipaksa, dirujuk dan direjam, aku pun ikut la. elok elok je parking kereta, nah!!! aku ternampak jenazah kanak-kanak dibawa keluar oleh ibu bapanya. Tersontot jap aku.

Sampai sekarang aku terbayang. tapi yang najisnya,aku dok terbayang yang fucong itu sedang menari shuffle. Celaka tak.

2 comments:

ai lebiu la