jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, July 8, 2011

BERSIH

Baru baru ini Malaysia telah digegarkan dengan isu BERSIH. Apakah BERSIH. Jangan tanya aku.Kalau tanya aku, konpom aku jawab bersih adalah kerja kerja penyucian daripa kekotoran dengil dengan menggunakan sabun pencuci.

Sejak isu bersih ni di utarakan, aku berhati hati memilih baju. takut terpakai baju kuning. sian baju kuning kena darurat. kang terpakai jenuh lokap dala cilita. I tak sanggup yu.

Sebenarnya,aku pun tak paham sangat isu bersih ni. Siapakah pencetus nya idea bersih ni dan apakah kehendak mereka. AKu baca tuntutan mereka, tetapi otak udang aku tak mampu nak menghadam isi kandungan nya. Antara tuntutan nya ialah untuk menghapuskan rasuah.

Aku terpikir. Boleh kah rasuah ini di hapuskan ke akar umbi? Berapa lama? Siapa yang nak laksanakan? kalau korek dari akar umbi, konpom konpom penjara tak cukup nak sumbat. dari orang atas sampai orang bawah. dari orang besar la dari orang kecik.

Bagi aku, bagilah sesapa yang jadi pemerintah pun, takkan dapat jadi macam Tun.Mahathir. Zaman pemerintahan nya, I.S.A digeruni, rasuah tak bermaharajalela, jenayah pun kurang. sekarang? duduk dalam umah pun dok rasa was was.

aku memang dari kecik tak masuk campur hal hal politik ni. dari kecik sampaila besaq. aku tak ambek peduli hal hal yang berlaku disekeliling aku. konsep aku, jangan la kacau aku. tapi,yang aku bengang ni, aku nak g keje ari sabtu ni weiiii. dateline financial year dah dekat weeeiii...jangan la nak chaos. nak buat perhimpunan, buat perhimpunan elok elok. rusuhan kalau, aku bersihkan semua. jangan main main. aku OTOMEN DYNA.

1 comment:

ai lebiu la