jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, August 3, 2011

Durian

Selalunya,aku tidak begitu gemar buah durian yang segar. Aku labih gemar kan tempoyak. Hidangkan aku nasi putih suam suam,sambal tempoyak,ikan pekasam dan ulam ulaman. Itu sahaja mampu membuatkan aku berulang ulang tambah.

Berbalik kepada durian. Hatta bapa saudara aku mempunyai dusun durian dan di depan rumah ku ada sebatang pokok durian yang berbuah selepas digertak oleh madame suppiah mahu dipotong jika tidak berbuah,aku hanya mampu makan 3 ulas sahaja. Tidak lebih dari itu. Aku takut kepanasan.

Tapi,malam ini. Lebih dari 3 ulas aku bantai makan. Sedapnya sampai membuatkan aku stim. Bau nya menyusuk hidung seolah olah menggoda aku menikmatinya.

aku terpikir. Durian spesis apa yang mampu menggoda aku dari menjamah lebih dari 3 ulas? Aku syak durian ini dari spesis jantan yang ala ala ketul ketul isinya seperti petak enam perut van diesel.

Aku tahulah aku wanita panas. Jangan la menggoda aku sedemikian rupa. Terus pipi aku kemerah merahan dek sebiji durian spesis jantan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

ai lebiu la