jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, August 2, 2011

Kejatuhan

Pernah tak mengalami situasi yang boleh meruntunkan semangat kalian?

Seperti mengharapkan sesuatu pekerjaan yang amat didambakan dan telah disogokkan dengan kata kata keyakinan mengatakan anda pasti dapat tetapi anda gagal?

*aku pernah. "Down"nya hanya Allah yang tahu. Stress sangat sampaikan aku terpaksa gondolkan rambut.*



Pernah tak anda di taburkan dengan kata kata manis daripada seorang lelaki yang pada mula nya mendakwa hanya untuk bekawan tetapi melahirkan kata kata manis sehingga anda mula menyayangi sehinggalah pada suatu ketika hati anda diremukkan apabila menerima jemputan kad perkahwinan lelaki tersebut?

*Aku pernah. Sakit nya hanya Allah yang tahu. Aku doakan agar kalian bahagia. Bukan jodoh aku barang kali*


Pernah tak mengalami situasi di mana anda pada mula nya setulus hati melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat untuk membantu serta menaikkan lagi perniagaan tetapi segala yang anda lakukan sia sia sahaja dan tidak pernah dihargai dan tatkala anda mahu meletakkan jawatan, anda disalahkan kerana notis jangka pendek pada hakikatnya anda telah mematuhi syarat syarat yang ditetapkan dan upah anda tidak diperolehi?

*Aku pernah dan aku hanya mampu tersenyum sambil berdoa agar tabahkan la hati hamba yang seorang ini*


Pernah tak dimana anda mengalami situasi dimana anda dikhianati oleh insan yang anda sayang?

*Tidak terbilang rasa nya aku*



Aku insan yang sederhana. Tidak meminta untuk hidup seperti Maharani yang bergemerlapan dengan harta. Cukuplah aku disinari dengan gemerlapan kasih sayang.

1 comment:

  1. sayu jer baca entry ko nie dina.. tidak seperti selalunya aku akan tersenyum..

    ReplyDelete

ai lebiu la