jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, August 15, 2011

Ragam Penjual Dan Pembeli.

Dulu dulu, aku teringn sangat nak kerja sebagai sales girl dekat shopping complex. Pelik kan. Aku memang teringin sangat sangat. Kalau boleh, aku nak jadi sales girl dekat bahagian wanita. Bahagian baju yang pakai di luar, bukan yang pakai di dalam. Kang mahu juling aku rasa. Tetapi, impian aku tak tercapai. Al maklumla, dulu kala Madame Suppiah dan En.Tart adalah pembuat kuih muih yang terkemuka dan oleh itu aku terheret sama dalam kancah pembuatan kuih muih ini sampai kan aku agak dulu muka aku ada la iras iras kuih donut. Oh ya.. Dulu aku sangat sangat la kurus. Berat badan aku tak melebihi 45kg. Kalau angin tiup, aku dah rasa nak melayang(motif cerita)sangat la kurus sampaikan ada rakan rakan Madame Suppiah menyoal selidik beliau sama ada beliau terlupa memberi makanan pada ku walhal aku la yang tukang selongkaq periuk memalam buta. Rahsia aku kurus? Mungkin dulu aku selalu angkat berat aku rasa. Setakat beli tepung sekilo dua kilo, satu jari je boleh angkat. Ni tepung yang Madame Suppaih bukan calang calang kg. Silap ari bulan mahu cecah 20kg aku angkat.

Tapi, dewasa ini, impian zaman kanak kanak yang berhingus mula di makbulkan. Sekarang, aku bekerja di syarikat pencakar gaji dengan wang saraan yang cukupcukup makan di mana kalau aku bergantung sahaja dengan wang saraan yang aku dapat itu nescaya aku kembali kurus tanpa mengangkat 20kg tepung dan bagi memastikan kejituan tubuh badan montok terpelihara, aku telah mengambil pekerjaan ke tiga di sebuah toko pakaian menjual tudung tudung yang high kelass uoolss.

Tak penat ke jadi sales girl terjerit terlolong di Jalan tar(hint) memanggil pelanggan masuk? Penat ditambah tambah dengan bulan Ramadhan. kalau boleh nak je request dekat tokey kedai buat kedai dalam swimming pool. Nyaman je rasa kannnnn.Tapi, penat u bukan penat yang sia sia. Penat yang berbaloi baloi bila ada pelanggan yang datang membeli. Ada seorang makcik tu kata aku mulut manis. Well, makcik...Nama pun penjual. Kalau mulut tak ditanam dengan tebu, mana nak laku ye idak.

Hari Ahad yakni semalam adalah pencubaan pertama ku menjadi salesgirl terjunan akibat terperangkap dengan niat asal. Niat asal ialah aku telah di amanahkan oleh Mem Besar menghantar wang kecil ke kedai di hadapan( aku jaga bahagian stor di mana urus niaga nya lebih kepada borong manakala kedai hadapan adalah kedai yang menjalan urus niaga secara tunai. ). Selalunya, kerja aku menghadap komputer, voucher dan MR. Accounting sahaja tetapi semalam, aku terlari sikit daripada tugas.

Penat memang penat dengan skru skru lutut aku rasa dah nak tercabut. Tapi penat ini adalah penat yang gembira. Faham takmaksud aku. Jika kita buat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas dan sesuatu pekerjaan itu kita lakukan dengan gembira, maka rasa penat yang kita rasa itu boleh menerbitkan suatu perasaan gembira dan kepuasan. Aku seronok jika pelanggan yang berurus niaga dengan kita gembira. Walaupun penat melayan karenah orang terutamanya perempuan kalau boleh nak mintak tawar sampaikan harga jadi sekupang ( macam aku je aku rasa).

Tapi, ada jugak setengah customer yang aku rasa datang bulan yang kita layan first kelas pun meuncung sedepa sampaikan kadang kadang aku rasa nak tarik je muncung tu buat sangkut penyangkut tudung( Mem besaq awal awal dah warning aku masa aku nak g antar duit. Muka jangan garang, jangan halau customer.Keh,...keh...keh...kehh)

Oh ya..sesiapa yang membaca blog aku ini, kalau tak beli tudung nak pakai raya, sila datang ke 12 collection di Jalan Masjid India. Insyallah, kalau anda beli banyak dan cakap pembaca blog ini senangla aku nak mengaku kat tokey yang kalian sahabat gua. Mau diskaun enggak.(ada rakan kelas aku datang beli tudung adalah dalam 3 helai-dua helai tudung yang aku tak tahu apa nama dia tapi spesen tudung sarung yang harga rm38 satu dan tudung siti nurhaliza 1, anak tokey bagi harga yang kaw kaw punya yang aku rasa under bajet dia. memang berbalo baloi.) Tapi, sila la mention dulu kalau nak datang yek. Buatnya aku tak ada, jenuh pulak nakkipas anak tokey comey ha.

3 comments:

  1. mnarik nie.. aku nak beli dekat mak aku.. macam mana nak jumpa ko haa..

    -bulat-

    ReplyDelete
  2. aku p banyak kedai semalam.aku beli 3 shawl, 3 tudung bawal, 3 tudung awning.. banyak kedai.. mana kau???

    ReplyDelete
  3. bulat: ko sungguh2 ke?kalau ko sungguh2, aku leh tunggu ko kat kedai tu. kalau ko xjumpa, nanti aku tunggu ko kat mana2 tolong tunjukkan jalan.

    jelina:nama kedai aku 12 collection. kalao ko nak cam, kedai dia ada sorang je perempuan jaga yang lain laki. sorang gemuk, sorang kurus pende cengkung sorang lagi putih tinggi.

    animos loti

    ReplyDelete

ai lebiu la