jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, August 22, 2011

Suasana Hari Raya Di Jalan Tar

Tiga perkataan je yang mampu aku luahkan:
1-Hebat
2-Mantop
3-Gagah perkasa

Bayang kan di sekitar Jalan tar pada hari sabtu pun dah sesak dengan manusia, banyangkan keadaan di Sogo. Agaknya bukan setakat berentuh bontot aku rasa. Habis semua 1 badan kena sapu.

Naib baik aku dah clear semua keperluan raya pada puasa ke 7. Gila seksaited tak aku. Kaum wanita membeli baju macam membeli ikan di pasar. Habis kain tudung yang di lipat elok berteraburan. Ngeri aku tengok keadaan itu. Yang meminta diskaun toksah di kobarkan. Nasib baik tak mintak diskaun sampai seringgit. Kalau ada, mau aku bagi kain kosong suruh jahit sendiri.

Oh..buat pasangan kaple. Dinasihatkan jangan la berpegangang tangan berpelukan pinggang di tempat tempat sesak cengitu. lagi menyesakkan tau. Kena pulak time time cenggitu aku tengah merempit untuk ke kedai tudung untuk tukaran syif. Mahu kene setempek dengan aku. Buat yag aku tersound, mintak maap la. Saya tak jeles pun anda berpegangan tangan. Saya cuma rimas tau tak. Orang nak mencelah, time tu la dik buat sehati sejiwa berjalan bergandingan bahu.

Yang dah beranak pinak tu, di nasihat kan jika membawa anak kecil, silala pegang tangan anak anda kejap kejap. kalau idak pun payah nak pegang, sila la pinjam gari pak polisi. Gari tngan anak anda bersama sama dengan tangan anak anda. Gerenti tak ilang melainkan kalau anak anda itu jenis david compopield yang pandai dalam silap mata kaaannn.. oh..buat mak mak kepada anak kecik, sila la tinggal kan anak kecik itu dengan ibu/ibu mentua atau pengasuh. Jangan la di bawa ke tempat tempat yang boleh membatalkan puasa. Sekejap sekejap disana dengar suara babby menangis, sekejap belah kanan, sekejap belah kiri. Gamak kalau budak tu boleh bercakap, konpom mak bapak kena sound setempek. Tempat panas, sesak kalau boleh jangan la bawak anak weyyyyyyy...

oh ya. aku fail bab menutup. akhir kata dari aku, sila la berjoli lagi di 12 collection. menyajikan pelbagai tudung ciptan terkini untuk kejelitaan anda di pagi raya.

4 comments:

  1. Selamat hari raya loti;)
    Cam biasa..entry kamu sempoi dan menghiburkan

    ReplyDelete
  2. hehehe.. aku pon dah abes shopping raya

    ReplyDelete
  3. 12 collection tu yg gerai signboad pakai begplastik ke wey??

    ReplyDelete
  4. CGG:akkkakkk!!lama xcerita..amacam baby?

    Jard:aku dh prepare awal2 lagi. mahai pun mahai la dr aku nak meroyan sorang2 meredah lautan manusia.hehehehe

    jelina:agaknya la.aku xperasan signboad dia

    loti

    ReplyDelete

ai lebiu la