jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, September 5, 2011

Peristiwa Sepanjang penghujung Ramadhan dan Awal Syawal.




  1. Aku berjaya puasa penuh 29 hari. Mula mula mengigil jugak apa la yang tak nak keluar keluar lagi. Takkan baru mimpi pregnant dah melekat. Memang spesis dewata ala ala ecantadia jugak aku ni( astro prima, pukul 11.best woooo). Sekali malam ke 29 tepat tepat orang angkat takbir raya, maka ia pun beraya jugak. Alhamdullilah. Buat posa enam je lepasni.



  2. Berling mengalami musim sonata. Sejuk nya sampai kan aku membalut ketupat palas sambil memakai baju sejuk bulu bulu di kolar. Hampir hampir nak buat unggun api ala ala mat saleh.



  3. Menghias Banglo kepunyaan Madame Suppiah dan En. Tat memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ni kalau panggil si Eric yang deco deco tu pun mahu bertambah kilat kepala dia memikirkan deco deco rumah. Abis jugak angpo raya aku dekat rumah.



  4. Biskut raya Madame Suppiah buat penuh satu almari. Syabas. Pecah tradisi. Mengikut tradisi, selalunya hanya ada 3 jenis Biskut raya sahaja. Tahun ini? petik saja jari semua ada. Ini semua berkat tengah rajin nak masak menggunakan oven baru. Oh tak lupa jugak Madame Suppiah masuk kelas memasak. Aku? Kelas mengular ada tak?aku nak rejister.



  5. Akibat ke eksaited sangat nak balik kampung, arahan dari madame suppiah telah disalah tafsir. Nasib baik semua segala hantu raya, hantu pocong kena ikat. Kalau idak, mahu berterabur aku lari masuk sawah. Ko berani?Pukul 430 jalan sengsorang tepi kubur sebelah kiri dan sebelah kanan hutan. Kalau bulan lain, konpom idaknyer aku nak jalan sengsorang pepagi buta orang azan subuh pun belum lagi.



  6. Duit Raya yang berjaya terkumpul setakat ini adalah sebanyak seratus tiga puluh empat ringgit malaysia sahaja tetapi yang tinggal di kopek hanya la tiga puluh empat sahaja. seratus ringgit abes borong baju baju luar dan baju baju di dalam sahaja. Ikutkan hati, mahu aku jadi Pamela Anderson Berling.



  7. Kasut merah kebanggan aku dikatakan kasut menoreh getah. Ah memang kejam statement itu.



  8. Statement paling kejam. Anak dara tak laku. Cis..nasib baik mak menakan yang cakap. Kalau orang lain, mahu aku cantas hidup hidup.



  9. Bukan perasan, tetapi kenyataan. time aku selekeh itu la ada yang tanya aku masih single ayat sudah berpunya. hohohohoho..



  10. masuk masuk kerja sahaja, aku sudah kena buang daerah. apa barang dari finance department termasuk GTCom department ni. Dah la park baik depan bilik Head Manager. Mahu orang ingat aku sekretari.



1 comment:

  1. stat raya bumi Berling dah panas sampai sekarang.. hitam aku!

    ReplyDelete

ai lebiu la