jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 21, 2011

Setulus Hatimu, sesuci Kasihmu.

Kadang kadang, bila duduk berhibenasi di dalam bilik sengsorang, aku selalu terpikir. Katakan la(katakan la,jangan pi mendoakan pulak.aku lempang jugak kang), kalau aku sakit, bukan sakit yang setakat jatuh tergolek dalam bilik ayaq lantas melukakan lutut sendiri. Bukan sakit cengitu. Sakit teruk macam terkena penyakit yang susah nak sembuh tetapi dengan izin Allah boleh sembuh cam kanser ke, leukimia ke, boleh ker hasben aku(kalau jodoh panjang, Hencik Seman la kan) jaga aku dengan penuh kasih sayang dan penuh ketabahan. Yang nak tahan dengan karenah orang sakit, yang akan sentiasa belai aku jika aku dalam kesakitan dan selalu bisik kan kata kata semangat kat aku supaya berjuang.

Yela kan. Sebab rata rata cerita aku dengar mesti tak ada versi yang ala ala seth than ke , macam majnoon ke, macam romeo ke. Lebih banyak macam ke arah badigol. Isteri tengah sakit berjuang penyakit, yang si suami tengah berjuang mengenggam tangan tok kadi pasang lain. Alasan, tak dapat nafkah. Memang betul betul mensirap la kan.

Tetapi kan, tak semua la macam tu kan. Contoh seperti bro talib ni. Diorang punya dugaan, Masya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan. Yang aku pernah baca dekat blog lain, pasangan bro Talib dan kak norma ni, baru berkawin pastu duduk asing asing pastu masa kak norma ni tengah pregnant dah agak sarat rasanya, baru dapat tau dapat kanser otak. Sungguh mencabar bukan. Dan cahaya mata pasangan ini sungguh la comel macam nak gigit gigit je pipi dia tu.

bagi siapa yang berkemampuan dan ingin membantu, sila la tekan link yang diatas.
Bagi yang tak berkemampuan, doa ikhlas kamu pun dapat membantu.

Ya Allah, ku pohon kepada Mu, agar Kau kuatkan la iman pasangan ini dan kurniakan la kesihatan kepada kak norma. Amin.

1 comment:

  1. wah.. lu pon dah baca eh?? teharu ok tengok diorang! menyayat hati dan sangatla merembeskan air mata mak membacanya uolls.. ada apdet terbaru. norma dah boleh alih badan sendri walaupon slo2.. tp +ve la kan.

    ReplyDelete

ai lebiu la