jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, October 4, 2011

Bila besar nanti, kamu mahu jadi apa?

Seingat ingat aku, daripada masa aku boleh membaca once upon a time ago cerita cindralelah, acap kali orang tanya aku bila besar mahu jadi apa, jawapan aku mesti cikgu atau penulis novel.

Bila dah besar dan mula sekolah rendah, bila tang cita cita, mesti ada cikgu dan penulis.

Bila dah besar banyak dah mula mengatal sini sana, dah mula nak bergaduh sini sana, bila tang cita cita mesti maintain tak berubah;cikgu dan penulis.

Bila dah besar banyak banyak dan sebelah kaki dah melangkah masuk dalam zaman universti;cita cita ada perubahan sedikit iaitu mahu jadi pensyarah dan penulis still maintain.

Tetapi, bila dah masuk alam pekerjaan, cita cita dahulu dengan pekerjaan sekarang amatlah berbeda. seperti sungai Nil dan sungai baling. Sekarang aku sedang mengejar cita cita aku sebagai seorang akauntan yang bertauliah. Penulis? Menulis blog dah dikira sebagai penulis kan. Okey. Cita cita sebagai penulis termakbul.

Tetapi cikgu?Pensyarah?

Aku tak boleh nak jadi cikgu@pensyarah sebab aku terlampau terlampau garang bila mengajar. Even kalau mengajar adik adik aku pun, tangan aku dah bersiap sedia di belakang kepala, supaya senang aku nak menyepak kalau salah jawab. Baru baru tak baru sangatlah, seorang sepupu aku mintak aku ajarkan prinsip akaun. Aku tunaikan hasrat. AKu terang dengan ayat yang sesimple mungkin siap dengan contoh contohnya sekali dengan harapan dia akan faham dan malangnya dia hilang fokus sebab mata sedang tertancap pada deretan hantaran yang siap digubah dan telapak tangan aku sudah aku posisi kan dibelakang kepalanya untuk menyepak.

Aku penah kurung adik aku disebabkan dia tak pandai tulis A B C.

Sekarang, cuba bayangkan kalau aku jadi cikgu. Nescaya setiap bulan wajah aku terpampang dalam berita.

Bayangkan.

Cikgu dulu dan cikgu sekarang tak sama.
Mak bapak dulu dan mak bapak sekarang tak sama.

Aku hormat profesion sebagai seorang guru dan disebabkan itu aku tak nak jadi cikgu. jadi cikgu kena ikhlas mengajar anak anak bangsa. bukan disebabkan senang dapat kerja lepas keluar dari maktab dan bukan kerana cikgu senang dapat cuti.

Alasan utama aku tak nak jadi cikgu sebab zaman zaman aku sekolah dulu, aku banyak menyusahkan cikgu cikgu aku. AKu tak nak nanti bila aku jadi cikgu, anak murid aku pulak menyusahkan aku. Karma weh...Karma..

2 comments:

  1. sekurang2nya lu bole jadi pemes tanpa kebas laki org

    ReplyDelete
  2. hahah .. but i'm going o be a Teacher taw dear .. muahahha .. adeiii~

    p/s: rindu nak baca ayat lawa awk. bila nk update blog nii?? :P

    ReplyDelete

ai lebiu la