jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, October 27, 2011

Karma

Peratutan hidup aku amatlah senang.
orang buat baik dengan aku, akan layan dengan baik.
orang buat najis dengan aku, najisla jugak la aku layan.

Aku bukan hipokrit.
Bila aku tidak suka akan seseorang, aku akan tunjuk aku tidak suka. Tapi bukan la aku pergi maki hamun weh ko langsi wa tak suka sama lu sila blah dari muka bumi ini oh not so me. Kalau aku terserempak dengan seseorang yang aku tidak suka, aku akan cuba mengelak. Mengelak dengan cara lembut. Agar orang yang aku benci itu tidak tahu aku benci dia dan tak akan terguris hati.

kalau aku sayang akan seseorang, aku sayang dengan ikhlas tulis hati. weh anis farhana. aku sayang ang separuh mati. sebab itu aku tepuk tangan bila ang dah tak kaple dengan si langsi itu. kalau tidak, mau aku ikat ang dekat pokok pisang. aku tacing dengan ang time kita diploma dedulu masa ang bagi dekat aku roti ikan bilis Gardenia dan sekotak air masa gap kelas lima minit. Masa itu aku tau, mana sahabat sejati.

weh en. seman. Aku pun sayang ang. Kekadang je suka buat perangai najis sebab nak mengajar.

tapi sekarang, aku rasa karma sudah tiada. aku buat baik,najis dibalasnya.
dan aku?

masih tersenyum tabah mensyukuri rahmat Allah sebab aku dapat bersabar dengan dugaan dariNya dan melatih perasaan rendah diri dan tawakkal dan dapat mengusir baran yang bermaharajalela selama ini.

Syukur.
AKu mampu tersenyum walaupun dugaan yang datang bertalu talu.

3 comments:

  1. good..
    semangat camni yg akak suke tgk:)

    ReplyDelete
  2. Hye loti :) kes kau dan aku sama. dlu aku jenis baik dgn sume org. sebb aku boleh dikatakan kawan yg senang didampingi, tak banyak kerenah n bunyi. skrg ni dh jadi lain. sebb makin aku buat baik dengan org. makin org pijak aku. org balas aku dgn najis. last2 aku dipersalahkan. takpe. kata mak. bia org buat kita jgn kita buat org. :)

    ReplyDelete
  3. akak CGG: kalau tak tabah kak, dah lama lompat dari tingkat 47 klcc. huhuhu...kekadang terpaksa jadi zombi hidup untuk survive.

    ezan:kannnn...bila kita buat najis walopun hanya untuk sekali, dia punya riuh mcm kita buat najis berkali kali... huh...mcm nak suruh dia mandi dalam loji indah water je

    -loti-

    ReplyDelete

ai lebiu la