jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, January 31, 2011

Review filem-Haq

Kesimpulannya, aquarium, cermin, bola dragon ball dan mimpi adalah sumber tenaga bad.

Menangisssssssssssssssssssssssssssss wehhhh tengok pilem ni.

Cik seman dari starting dah maki hamun sebakul tak dilupakan aku juga kena tempias nya sebab aku yang pilih cerita itu. Terpengaruh tengok promosi yang terkebabooom tapi cerita macam doh betul.

By the way, aksi ranjang yang tak berapa nak ranjang dia membuatkan penonton terpegun sekejap. Dari bunyik gamat orang dok gelak gulita maki hamun tetiba senyappppp je bila part itu. Hampeh betulllll...

Dah macam gabungan the transporter, tekken dan dragon ball aku tengok.

Orang belakang aku die hard fan adi putra kot. bila nampak je adi, bergegar kerusi aku kena tendang. kaki tak benkong ke dulu? Nak akuu bengkong kan ke?

Friday, January 28, 2011

kahwin kontrak

Cik seman, kawen kontrak nak? Kita wat ala ala drama sket. Malam pertama nanti awak buat-buat la bagi kontrak suruh saya sign. saya pun buat buat la macam opocot mak engkau apa bonda alah ni. awak dengan muka bengisnya cakap; "sain kontrak itu. jangan ingat aku kawen dengan ko untuk selama lamanya. aku kawen dengan ko pun sebab nak tunaikan permintaan mami ngan dadi aku untuk timang menantu. "

saya pun dengan air mata berjujuran turun macam air pancut dekat klcc tu sambil sedu sedu sroooottt srooot tahan hingus tengok ajo isi kandungan kontrak tu. dekat situ awak cakap nak kawen dua tahun je. pastu tidur bilik asing asing. pastu awak buat hal awak, saya buat hal saya. kalo mami ngan dedi datang umah melawat, baru tidur sebilik.

saya pulak sambil srooot srooot tahan hingus tak dilupakan jugak effect air mata bak pancuran klcc tuh ditambah dengan pandangan mata yang bekaca - kaca tapi tak lagi retak seribu tengok awak sambil garu kepala sambil berkata; ala, wak. Dua tahun je kahwin? mana sempat nak produce lima orang anak. seorang anak pun memakan masa setahun nak produce. ini kan lima orang. lain la kalau awak gagah perkasa boleh bagi saya kembar lima sekaligus.

Lepas tu, awak dengan muka blur - blur garu garu rambut yang tak berapa nak mayang mengurai , garu garu ketiak bak hutan amazon alolololo comeinya dengan gaya tengah berfikir;"dalam kontrak itu tak ada pulak dinyatakan aku nak anak? tang mana ko baca?'

saya pulak dengan muka malu - malu kuis kuis lantai dengan eksperesi muka bajet mintak penampor lima nam das membalas; ala..itu kontrak awak. ini kontrak saya. mana aci awak je ada kontrak. isi kandungan kontrak saya simple aja. ringkas dan padat bak kata slogan simply citi, simple itu cantik. saya nak anak lima orang. lepas awak dah bagi saya anak lima orang, awak nak buat apa, buat la. eden tak kisah."

"ooooohhh... nak anak lima orang je. sekarang jugak aku start bagi. meh sini"; awak cakap macam gitu dekat saya sambil tarik dengan ganas dan rakusnya tangan baby skin saya ini. saya pulak meronta - ronta;"nehi!!!nehiii!!!pehletum pehletum!!!eden tak rela diperlakukan sebegini rupa".

"Tadi beria-ia sangat nak anak lima. Pas orang nak bagi dok berdrama industan jadahnya". awak tengking saya gitew.. ohhhh..sungguh drama drama pilih kasih kita kan.

saya tersob sob balik dengan effect air pancur klcc sebab ye lah terkejut kan dengan awak jerkah saya. saya sebagai gadis melayu terakhir harus la memiliki hati kaca tau." kalau ye pun tak sabar sabar nak bagi saya lima orang anak, pergila akad nikah duluuuuuu oooiiiiiiiii. ini main redah jeeeee. Tol pun belum dinaikkan lagi". kata saya sambil srooot sroooot hingus dekat samping awak.

"Eh..eh...belum akad nikah lagi eh. Lupa pulak dari tadi sibuk dok berdrama drama pilih kasih dengan ko ni. Aku pi akad nikah dulu. Ko duduk dediam dekat situ. Kang aku datang balik lepas naik kan tol tok kadi", kata awak pada saya.

Saya pun berguling guling melompat lompat macam beruk dapat bunga tapi beruk tu tatau nak buat apa denga bunga itu kan, dia cabut satu kelopak dia baling dia tangkap. haa...macam gitu la ekspresi saya ketika itu sambil berangan -angan berdansa macam hindustan. Tetiba!!!

Gedebukkkkk!!!!!!
(effect jatuh katil)

Alahai.. mimpi la pulak. nasib baik mimpi. kalau realiti, mau kena kekah dengan madame suppiah dan mr tat kalau dapat tau anak perempuan sengal mereka kahwin kontrak. Alahai.drama drama pilih kasih betul la.

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Kedai aiskrem

penjual lelaki: Yes. Welcome sir. Which flavor u want?

pembeli lelaki: give me Oreo flavor.

penjual lelaki:Another one sir? u can mix it with two flavor.

pembeli perempuan: i take chocolate chip.

penjual lelaki: that all?

pembeli lelaki: yap. That all

penjual lelaki: OK. Total all DUA BELAS RINGGIT AND NINETY CENT.

pembeli lelaki: ~smiling~

pembeli perempuan: bebeh i like it!!please said some more!!

Tuesday, January 25, 2011

Mimpi

Mimpi kena gigit dengan anjing hitam tapi berjaya melepaskan diri sekali.
mimpi buaya besar YA RABBI dua kali penat weh lari - lari watson nyambek melarikan diri.

Nyampah tau.
Cuba la hantar The Rock ke
Van Diesel ke
Paling koman, cikai pun
tak der yang international
yang local pun jadilah
macam shahezy sam ke
boleh jugak buat pemanis mimpi.

ni balik- balik
anjing
buaya
kot mimpi kena patuk ular,
boleh la aku feeling feeling naik pelamin.

hoi perempuan
penat tau aku nak lari lari
paras adrenalin aku pun dah habes
hatta ia mimpi pun.
dah tak ader koje ke nak menghantar benda-benda entiti dalam bentuk haiwan
teringin nak bukak zoo ke hapa?

Wednesday, January 19, 2011

Nila cap Ujala.

L: Awak, kita rasa kan kita dah batuk dekat seminggu dah. Pastu, tekak ni rasa perit sangat bila batuk. Nak telan air liur pun sakit ha.

P: Awak, cuba awak rasa dekat leher awak ada benjol tak?

L: A'ah. Adalah wak. Rasa macam ada benjol kecik ha.

P: Awak ada begok ni. Patut la tekak awak sakit, badan awak panas. Kena letak nila dekat tempat benjol tu. Selalunya, orang pakai nila yang ketul tu. Kalau yang cair macam ujala tu tatau la pulak. Tak pela. Awak tahan ye. esok saya cari kan untuk awak. Awak g tidur dulu.

L: Yelah. Saya tidur dulu.

********************************************************************************

L: Awak!!!Gud morning. Tekak saya dah kurang sakit. benjol tu pun dah kurang.

P:Iye? Awak letak apa?

L:Saya minum nila. Macam awak cakap semalam.

P:Astaga!! Orang suh letak dekat benjol bukan suruh minum samdolll!!!!

L:Errrrkkkkkk!!!!! Patut la pas minum air nila tu perut sakit semacam. Nasib baik air nila tu cair. Kalau pekat, mau berbuih mulut. tapi, tak sedap la air nila tu.

P: Lain kali sebelum buat tanya, jangan main redah je. Awak berak taik warna apa? Ada warna biru tak? Hahahahahahaha....

L: Samdol punya awaekkkk!!

Tuesday, January 18, 2011

Clash

P: Awak, kita clash.

L:Apa?Cuba ulang lagi sekali.

P: Kita clash pekak!!

L:Kenapa? Cuba awak bagitau apa yang awak tak puas hati dengan saya?

P: Sebab kita tak nak kongkong awak. Kita tau awak suka berkawan dengan perempuan tetapi saya kuat cemburu macam awak cemburu bila saya mengatal dengan The Rock. Kita tak nak la awak hilang kebebasan.

L: La. Sebab itu je awak nak clash? Awak, walaupun saya berhai dengan perempuan sana, berhai dengan perempuan sinun, hati saya dengan awak je tau. Awak dah ambil hati saya.

P: Ohhh!! Selama ni awak zombie la eh?!! Tak sangka pakwe saya zombie. Zombie makan apa eh?

L: Kelepukkkk!!!

P: Sakit la samdol!!! Ayah bayar zakat tau kepala ni.

L: Lain kali jangan dok buat benda - denda bodoh boleh. Lagi sekali awak cakap benda - benda bengong macam ni, saya jual awak dekat siam.

P Eh..Yeke?? Best nyer. Boleh la jumpa kaum kerabat keluarga dekat siam ha. Bila awak nak jual saya ni?

L: Apa la malang dapat awek sengal unta macam ni!!!!

P: Awak. Saya minta maaf ye tadi cakap nak clash. Tak pernah terpikir pun. Ni semua gara- gara cerita hindustan semalam la ni.

L: Dia salahkan hindustan pulak. Dah dah.. Saya maafkan walaupun sembilu menusuk hati luka berdarah kembali.

P: Eh?? Hati awak luka eh? jom jom kita pergi kedai basikal tampal hati awak tu. kang makin parah pulak.

L: Astaga!!!!! Sengal mengkudu ulu!!!

Monday, January 17, 2011

Apabila demam menyebabkan kepala weng

membuatkan aku terkesima malu- malu
apabila tengok cermin
muka aku macam megan fox
badan macam angelina jolie
sebelah kiri aku ada johny deep
sebelah kanan aku ada The rock
ohhh indahnya dunia
penengan terlebis dos panadol

Antara Law, Lawyer & Loyer

berjaya buat aku demam selama 4 ari
pakej dengan selesema dan batuk
ini bermakna
setiap hari kamis malam jumaat
jangan fikir
aku nak berasmaradana ke hapa
niat nak berasmaradana pun akan terbantut
bila kamis malam jumaat menjelma
tatkala terpaksa hadap kelas law
awat la tak macam legally blonde
meriah seket la idup aku

Thursday, January 13, 2011

CErita Besday

semalam hari lahir kak ayu.

kak ayu telah membeli sepotong kek di secret resepi sebagai kek hari lahirnya.

kek itu sangat sedap.

sangat sedap sampai saya tidak sedar saya telah menghabiskan nya.

Slurppppp!!

Nanti besday saya, saya gantikan balik ya.

*pssss......saya baru berjinak-jinak merpati membuat bisnes on-line menjual barang- barang perhiasan wanita. setakat ini, saya menjual shawal. saya berjinak-jinak dengan menjual 10 helai dahulu. ingin menguji pasaran. shawal saya telah laris dua helai. bakinya tinggal 8 helai. nanti saya memuat naikkan gambar nya. sila la jamu mata dan jamu beg kopek anda dengan membeli sehelai dua ya.mungkin saya akan sertakan cenderahati yang berupa hati saya yang sangat cantik ini.*

Tuesday, January 11, 2011

Lelaki

Lelaki:Eh.eh.cantiknya gurl tu.licin kulit dia.
lelaki :lawa la badan perempuan tu. solid gila.
Lelaki: saya kalau bukak facebook awak, saya suka tengok kawan perempuan awak tu.dia punya
muka cantik.

Perempuan:Awak, cuba tengok lelaki tu. hensem kan.stylo pun stylo. badan pun taf.

lelaki:eh...eh..gatalnya dia ni. tak cukup ke tengok saya sorang sampaikan nak tengok lelaki lain.
korek bijik mata baru tau.

Perempuan: tapi, awak selalu tengok perempuan lain, puji perempuan lain, saya diam je. Sikit
pun tak bising. Kenapa bila saya puji lelaki lain awak nak marah?

Lelaki: Saya lelaki. Lain.Lelaki memang lumrah suka tengok benda yang cantik-cantik. Even i
always compliment other women more beautiful other than u, but im still stuck with u
because u have a beautiful heart darling. And, kamu tidak dibenarkan melihat lelaki lain
selain daripada saya kerana kamu itu tidak betul nawaitunya. Dari mata jatuh ke hati,
itula perkerjaan kamu.

Perempuan: hotak kau bersepai seratus empat puluh empat kali buat saya blushing tambah
kecewa tidak dapat melihat THE ROCK lagi.

Lelaki: PANGGGG!!!!

Perempuan: Hadoiiii!!!! Anak gajah tampaq tangan anak semut!!!!

Lelaki: Padan Muka.



*Lumrah lelaki cepat terpikat dengan kecantikkan dan lumrah perempuan selalu cair dengan ayat manis hatta ayat manis itu macam bangang sekali pun.

Monday, January 10, 2011

Inglish

Mongolia girls: Excuse me. Can u speak English?

LM: Owh...Im sori. I cannot speak English, but i speak americano.

****************************************************************





******************************************************************************

dah dapat duit terus masuk dalam tren.apa punya orang pun ada.

Friday, January 7, 2011

Back To School

L: Ma, pa nak g sekolah balik.

P:Ok la

L:Tadi kawan pa bagi buku peribahasa. pa nak belajar peribahasa. Nanti mesti ma kalah kan..kan..kan..

P:ok la tuh. Dia belajaq peribahasa pastu dia menjahanam kan peribahasa tu.

L:jangan disebabkan setitik susu, rosak susu sebelanga.Jangan ma...jangan...

P: Tskkkk...tskkkk....Pergi bukak buku tengok apa yang betul, apa yang salah.

L:Hikhikhik..

Thursday, January 6, 2011

Apabila lelaki mengurat

*Hai. Baru balik kerja ke?*
*Tinggal dekat mana?*

Bang, ni fesyen ngurat zaman - zaman mak bapak kita la bang.
Ai tak layan fesyen mengurat kanak - kanak ribena ni.

*******************************************************************************
Macam mana cik seman mengurat?
macam ni.

s: i sayang u sangat-sangat ni.
(walhal baru kenai dua minggu)

l:awak ni pesen suka bersayang-sayang dengan orang eh?makcik tepi jalan pun awak cakap saya sayang makcik jugak eh?

s: *speechles*

Tuesday, January 4, 2011

Peribahasa

Apabila en. seman menggunakan peribahasa untuk membasuh otak aku, maka keluar la peribahasa seperti berikut:

  1. ada ubi ada batas,ada lori ada bas.
  2. sekejam-kejam tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
  3. tak nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
  4. jauh perjalanan, luas pendapatan.

Nasib baik aku budak kelas sastera time form 6. kalau tak mau bunuh jiwa.